Zaman sekarang ini kos sara hidup semakin tinggi, dan ini memerlukan bukan sahaja suami berusaha lebih keras untuk menggandakan pendapatan keluarga malah ada baiknya isteri turut membantu dalam meringankan beban suami.

Selain perlu bekerja dengan makan gaji, apa kata mulakan untuk berbisnes secara kecil-kecilan di rumah. Cara ini lebih memberi ruang masa yang fleksible kepada ibu-ibu untuk menguruskan keluarga dan dalam masa yang sama menjana pendapatan.

Apa yang pasti, berbisnes pada hari ini selain tujuannya untuk membantu suami, ada baiknya fahami kepentingan kepada diritentang perlunya duit poket sendiri.

Melalui perkongsian daripada Puan Norsahida Mohamad Said diharapkan dapat membuka mata dan memberi inspirasi untuk ibu-ibu di luar sana memulakan langkah untuk berbisnes. Jom semak perkongsiannya.


5 Sebab Kenapa Isteri Sekarang Perlu BUAT BISNES
1. SIDE INCOME
Rasanya semua orang tahu, ekonomi sekarang makin tenat dan gawat. Nak tak nak, isteri sekarang kena fikirkan macam mana nak bantu suami untuk tambah pendapatan keluarga. Kenaikan harga barang, menyebabkan si isteri kena berjimat cermat. Time shopping barang dapur tu, kena cari yang ada pakej kombo. Kena fikir juga 48 kali nak beli barang sendiri. Kena dahulukan keperluan keluarga dulu. Sob Sob Sob…aduhaiii…

2. TAK MENGHARAPKAN GAJI SUAMI


Kadang kadang kita ni si isteri, malu aihhhh, asyik nak mintak duit suami aje. Lebih lebih lagi sekali sekala nak melaram beli tudung terobang. Nak beli suplemen untuk dalaman pun, rasa segannnn aje nak mintak. Bukan mintak dengan orang lain pun tapi dengan suami sendiri pun maluuuu ya amat.

IKLAN

Anak anak pula, sekali sekala nak beli aiskrim Malaysia makcik depan rumah buat. Aiskrim kacang hijau plak tu, sedap popalihhhh (cakap orang Temerloh), tapi takkan lah nak tunggu duit gaji masuk baru boleh beli. Sadiss kan jika tiada duit sendiri. Huhu..

3. SUAMI TAK BAGI NAFKAH
Oh, ini cerita sadis lagi. Abam sado kita tu bukan tak nak bagi, tapi beban belanja keluarga yang besar. Memang tak cukup nak bagi isteri. Kita yang isteri solehah ni, opkos lah patuh. Lagi pun, kesian kat suami tu, dia sorang sorang je cari duit untuk belanja keluarga. Kesian sungguh pada cik abam sado kita tu!

IKLAN

4. BELAJAR BERDIKARI
Haaa… ini ibarat sediakan payung sebelum hujan. Something happen, kita tak tahu. Bukan minta, tapi cerita realiti. Yang hidup pasti mati. Jadi, isteri yang solehah dan baik, bersiap sedialah kita sebelum apa apa terjadi. Pecahkan TEMBOK MALU untuk mula buat bisnes tau!. Cari orang yang betul yang boleh guide kita.

5. TAK NAK DIPANDANG RENDAH
Apa… ingat kita duduk rumah, jaga anak, jaga keluarga ni tak boleh jadi wanita HEBAT?. Jangan pandang sebelah mata woooo… Sekarang ni, dah banyak cerita, dari surirumah kini sudah punya empayar sendiri. Fuhhhh… So, jangan pandang rendah wanita berwajah lembut tapi punya hati waja.

Kalau ikutkan, banyak lagi SEBAB kenapa awak awak, isteri perlu buat bisnes sekarang. Tapi cukuplah akak bagi 5 ni dulu. Hadam baik baik dan berbincanglah dengan cik abam tu untuk bagi restu untuk mulakan bisnes.