Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Nyata pesanan yang diberikan oleh Nabi Muhammad S.A.W adalah memberi peringatan bahawa kita tidak harus lalai dalam kehidupan seharian kita.

Menarik dengan perkongsian ilmu wanita ini menerusi facebooknya, Haliza Hashim begitu inspirasi. Ia memberi kesedaran kepada kita mengenai sikap kita setiap hari. Malah tidak mustahil perkongsiannya mendapat 14k share!

Moga ia menjadi kita muhasabah diri untuk menjadi muslim yang lebih baik dari semalam.

“Dengar di Radio IKIM, Ustaz Pahrol Mat Juoi kupas tentang LALAI. Mula-mula Ustaz kongsi tanda-tanda  LALAI.”

 

Istimewanya Perkongsian Wanita Ini Tentang Tanda-Tanda ‘Hati’ Yang Lalai’, Patutlah Share Hingga 14K!

IKLAN

Tanda-tanda  LALAI antaranya:
1. Kurang membaca Al Quran
2. Kurang berzikir
3. Lalai dlm solat, kurang ingat pd Allah:
– Tidak fokus,
– Sering terlupa bilangan rakaat,
– Melewatkan solat,
– Kurang solat jemaah.
4. Banyak membuang masa utk hiburan, sukan & dimeja makan serta menonton tv.
5. Kurang @ malas berdoa. Kalau berdoa, tidak ada penghayatan, pakat hafal saja.
6. Sentiasa sibuk dgn urusan dunia; mudah stress.
7. Cara hidupnya menyerupai musuh Islam.
8. Tak berhati² dgn perkara yg syubhah & haram.
9. Tangguh utk bertaubat.
10. Malu utk belajar agama.
11. Bangun fikir nak makan apa & apa aku nak buat hari ini.

Ada juga Ustaz sebut:
_Jarak antara hati kita dgn ketenangan, ibarat jarak’ kita dgn Al-Quran._

 

Pesan Ustaz:
_Beli Al Quran guna duit sendiri. Pilih ikut citarasa kita. Cakap dgn Al Quran tu, kita nak bersahabat dgn dia. (nak baca)_

IKLAN

Kemudian, Ustaz cerita tentang akibat LALAI:
1. Kurang semangat nak beribadah, tidak suka baca Quran.
2. ‘Bunuh’ kebaikan yg kita buat, kita tak nampak berbuat baik itu suatu yg utama.
3. Hilang fokus dlm hidup.
4. Mudah lesu & buntu, sentiasa rasa esok masih ada & suka tangguh beribadah & kerja soleh.

Sebab-Sebab LALAI:
1. Mengulang² dosa kecil sampai jadi kelaziman.
2. Berkawan dgn org² yg lalai.
3. Berada dlm persekitaran ‘rosak’. (Cth: pergaulan bebas dgn bukan muhrim, dedah aurat & buat maksiat), berada di situ bukan utk tujuan berdakwah.
4. Tidak berzikir.
5. Terjerat dlm perancangan² licik musuh Islam. (Cth: berlebihan dlm mendengar lagu, tonton filem Yg melalaikan dll.

Istimewanya Perkongsian Wanita Ini Tentang Tanda-Tanda ‘Hati’ Yang Lalai’, Patutlah Share Hingga 14K!

Cara-cara mengatasi LALAI:

IKLAN

1. Cari sahabat yg baik & soleh.
2. Hadiri majlis ilmu.
3. Bangun malam utk solat tahajjud.
4. Banyakkan zikir & taubat.
5. Rajin baca quran.
6. Bersangka baik pd org lain.
7. Pemaaf.
8. Ingat mati.
9. Kurangkan makan.
10. Amalkan sunnah Nabi saw.
11. Bersabar bersyukur & bertawakkal.

Na’uzubillahhi min zalik. Semoga tidak termasuk dalam golongan (lalai) ini

Sumber: Haliza Hashim

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

Istimewanya Perkongsian Wanita Ini Tentang Tanda-Tanda ‘Hati’ Yang Lalai’, Patutlah Share Hingga 14K!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI