Lazimnya kalau seorang wanita yang sarat mengandung berjumpa dengan sanak saudara atau kawan-kawan, tentu akan ada bertanyakan “baby lelaki ke perempuan?”. Tidak dinafikan itulah soalan popular yang akan dijawab bahkan mengetahui jantina anak yang dikandung juga adalah sesuatu keterujaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Menjadi antara salah satu  momen yang indah dalam fasa kehamilan.

“It’s a girl!”. Demikian perkongsian penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat dan suami, Nabil Mahir, ketika mengumumkan jantina bayi mereka yang bakal dilahirkan pada penghujung bulan depan.

 “It’s a girl!”- Ayda Jebat & Nabil Mahir Bakal Timang Anak Perempuan

Dalam video berdurasi tujuh minit 58 saat yang dimuat naik ke saluran YouTube Wuvv Show itu, Ayda dan Nabil membuat pengumuman di hadapan anggota keluarga mereka di rumah serta sahabat-sahabat terdekat secara virtual.

 “It’s a girl!”- Ayda Jebat & Nabil Mahir Bakal Timang Anak Perempuan

Pilih Bedah

Memetik berita di Harian Metro, dalam temubual bersama media yang berlangsung malam tadi secara virtual, Ayda juga berkongsi hasratnya untuk menjalani proses bersalin menerusi pembedahan.

“Sebenarnya, sebelum berkahwin pun saya dah beritahu Nabil, kalau ada rezeki untuk menimang cahaya mata, saya nak bersalin menerusi pembedahan.

“Nabil okay saja. Saya pun tak ada sebarang alasan atau apa, tapi saya sendiri yang memilih untuk bersalin menerusi pembedahan,” katanya kepada Harian Metro.

 “It’s a girl!”- Ayda Jebat & Nabil Mahir Bakal Timang Anak Perempuan

Menurutnya, doktor yang merawatnya sepanjang proses kehamilan juga bertanya untuk mendapatkan kepastian mengenai keputusan saya itu.

“Doktor pun ada tanya, dan saya tetap beri jawapan saya. Tak ada alasan. Yang penting, bayi sihat, saya pun sihat,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

Ayda sebelum ini dijangka akan bersalin pada 8 Oktober, namun kerana dia memilih untuk menjalani pembedahan, dia akan bersalin dua minggu lebih awal daripada tarikh jangkaan.

Ditanya mengenai nama untuk bayi mereka, Ayda dan Nabil belum membuat sebarang keputusan, namun mengakui sudah ada menyenaraikan beberapa nama.

Pasangan Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 selepas lapan bulan mengikat tali pertunangan.

Sumber : @aydajebat dan  myMetro

ARTIKEL MENARIK:Puding Digabungkan Dengan Kek Nak Bagi Melekat Elok, Ada Triknya & Ni Resipinya!

LAGI ARTIKEL MENARIK :Bila TokTi Respon “MasyaAllah Hebat!!!”. Terus Abang Ni Buatkan Pula Potret Siti Nurhaliza Guna Rubik. Hasilnya Sama Sangat!

Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.

Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

 “It’s a girl!”- Ayda Jebat & Nabil Mahir Bakal Timang Anak Perempuan

Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/   atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

 “It’s a girl!”- Ayda Jebat & Nabil Mahir Bakal Timang Anak Perempuan

Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR ONLINE BERKEBUN CILI DI HALAMAN RUMAH dengan daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/berkebun-cili-di-laman-rumah/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

 “It’s a girl!”- Ayda Jebat & Nabil Mahir Bakal Timang Anak Perempuan

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 “It’s a girl!”- Ayda Jebat & Nabil Mahir Bakal Timang Anak Perempuan

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI