Mungkin ada yang terlepas pandang tentang rutin harian yang dilalui oleh seorang wanita bergelar ibu dan isteri sepanjang Ramadan ini.
Nyata, jika ingin disenaraikan begitu padat jadualnya. Bukan calang-calang orang dapat melunaskan tanggungjawan ini, bukan sehari dua tetapi 30 hari berpuasa begitulah rutinnya.
Ini sebagaimana yang cuba dijelaskan oleh Mohd Fadli Salleh di dalam perkongsiannya, dan mengharapkan agar lebih ramai kaum lelaki tahu menghargai isteri dengan membalas setiap kebaikan tersebut dengan cara menggembirakan hati isteri.
Ini lerkongsiannya.
Jam 1 pagi, para ibu bangkit siapkan bahan-bahan untuk masak sahur dinahari nanti. Ikan dan ayam dikeluarkan dari peti sejuk. Bahan-bahan lain turut disedia agar mudah untuk memasak nanti.
Setelah itu kembali masuk ke kamar tidur untuk meletak kepala. Tidurnya antara lena dan tidak bila anak merengek sepanjang malam.
Jam 4:00 pagi alarm telefonnya berbunyi. Dia bangkit masuk dapur, penuh sabar menyiapkan hidangan sahur pula. Setelah semuanya siap siaga, beliau mengejutkan ahli keluarga.
Usai makan, saat ahli keluarga lain ada yang menyambung tidur, ada yang melayan telefon menantikan azan Subuh, beliau masih didapur. Mengemas dan membasuh pinggan mangkuk dan periuk belanga.
Kemudian beliau bergegas solat Subuh dan mengaji pula. Letak kepala sekejap setelah itu sebelum bangun siapkan anak-anak, mandi dan pakaikan bedak.
Gambar hiasan
Yang mana anak tidak puasa, beliau siapkan makan dan suap pula. Kemaskan dapur sebelum kembali ke ruang tamu menghadap pakaian berbakul-bakul untuk dilipat.
Jadual belajar anak-anak tidak dilupa. Yang perlu dibantu, dibantu segala. Yang perlu diajar, diajar semua.
Selepas itu menguruskan anak-anak lagi. Memandikan, tukar pakaian, teman anak bermain sekejap kemudian menidurkan anak yang mula meragam.
Ads
Jam 4 petang, beliau mula masuk dapur untuk siapkan juadah berbuka. Semasa Ramadan, juadah mesti meriah dengan air tangannya sendiri.
Gambar hiasan
Di dapur memasak siakap stim limau, siakap tiga rasa, udang berkuah, sayur, ayam goreng dan apa lagi entah.
Sambil bersilat didapur, sambil itu juga perlu melayan anak-anak yang merengek mahu ibunya.
Dan sebaik azan Maghrib berkumandang menandakan tamatnya waktu menahan lapar dan dahaga, beliau ambil sebiji kurma lantas dimakannya. Diminum seteguk air, sebelum menghadap hidangan yang menyelerakan.
Baru hendak menyuap, anak paling kecil merengek lagi. Mengantuk dan tak selesa agarnya.
Dia tinggalkan hidangan nasi yang belum bersentuh itu, lantas memujuk anak,
“Baby tak selesa ya? Baby mengantuk ya? Jom ibu mandikan dan dodoikan.”
Ads
Dia berlalu mendukung anak masuk bilik untuk dimandikan, dipakaikan bedak dan disalin baju baru pula. Kemudian disusukan kecil dengan penuh kasih dan sayang sehingga anak kecil itu tertidur atas ribanya.
Setelah itu baru dia kembali ke dapur untuk menyambung makan yang tidak sempat diselesaikan.
Usai makan, tugasan di dapur belum selesai. Perlu kutip makanan anak kecil yang makan bersepah, perlu basuh semua periuk belanga, pinggan dan gelas.
Gambar hiasan
Berkejar untuk solat Maghrib pula. Sementara menunggu Isyak, beliau mengaji Quran dan mengajar anak Iqra’.
Itulah dia wanita. Itulah dia isteri. Itulah dia ibu.
Majoriti seluruh wanita di dunia pun begini sikap mereka. Multi tasking, penuh jadual yang padat sejak awal pagi hingga ke tengah malam.
Pengorbanan ini tidak kecil. Ia sangat besar, cuma kadangkala ia tidak dihargai. Kadang-kadang ia tidak kita perhati.
Ads
Cuba kita lihat rutin puan isteri kita. Perhati dan halusi ketekunan, kesabaran dan pengorbanan mereka untuk kita dan keluarga.
Mereka sebenarnya penat dan jadual yang padat. Namun mereka tetap senyum dengan tabah dan kuat.
Itulah wanita. Itulah isteri. Itulah ibu.
Jika ada masa terluang, bantulah mereka. Sekecil-kecil bantuan yang kita hulur mampu meringankan tugas mereka.
Jika ada lebihan rezeki, gembirakan mereka. Hadiahkan mereka apa sahaja dalam kemampuan poket kita.
Tidak terbayar segala budi, jasa dan pengorbanan dengan apa yang kita hadiahkan. Namun ia cukup bermakna untuk mereka rasa diri mereka dihargai.
Buat kaum wanita seluruh dunia…
Terima kasih atas pengorbanan kalian. Tidak terbalas segala budi dan jasa. Semoga syurga buat kalian semua dan syurga kami juga.
Tak habis-habis lagi kisah tentang anak sekolah. Lain anak-lain ragamnya semenjak sekolah bermula Isnin lalu.
Umum tahu bahawa ibu bapa masa kini gemar untuk memberikan nama yang cantik dan panjang untuk anak-anak mereka. Seunik mana pun namanya, pasti ada maksud yang baik dan sedap untuk dipanggil.
Bagaimanapun, nama yang panjang ini sebenarnya mendatangkan ‘beban’ pada individu tersebut untuk menulis namanya yang panjang. Itulah yang terjadi pada seorang anak ini yang ‘rengsa’ dengan namanya yang terlalu panjang baginya.
Menerusi video yang dikongsikan di aplikasi Tiktok, kanak-kanak yang bernama Arianna Amanda menangis kerana namanya terlalu panjang.
“Apa yang nak ditukar pendeknya,” “Nama!” “Kenapa nama akak?” “Panjang sampai 10!”
Kata pemilik video ini yang juga merupakan ibu saudaranya, kanak-kanak ini sangat bijak bercakap dan sangat kuat drama, malah ini salah satu drama bila dia bosan buat kerja sekolah.
Menjengah di ruangan komen, masing-masing terhibur dengan ‘drama’ adik Amanda ini.
Dalam pada itu, di laman Twitter, pemilik akaun @inahazmada mencaddangkan supaya ibu bapa mengambil pendekatan menamakan anak dnegan nama zaman dulu-dulu yang lebih mudah.
“Saya merayu untuk emnamatkan nama panjang bagi kanak-kanak. Lihatlah tangisan terhadap nama yang diberi oleh ayah dan ibunya. nama panjang tidak cool dan ada yang tidak mempunyai maksud.
“Kembalikan nama-nama lama seperti Harun, Shamsiah, Azizah, Othman dan sebagainya. Jadikan nama yang mudah, tidak terlalu grand seperti spesies saintific,” katanya.
I pledge to end long names for kids.
Look at her in tears for her own name parents gave. Long names aren’t that cool, some don’t even have meanings.
Bring back veteran names instead.
Harun, Shamsiah, Azizah, Othman etc
Memahami pembahagian harta faraid hakikatnya cukup sempurna dan ‘cantik’ serba serbinya.
Setiap orang ada hak dan bahagian-bahagiannya yang dibahagikan mengikut jalan kira-kiranya yang tersendiri.
Memahami secara ringkas cara kiraan tersebut dan mengapa agihan untuk isteri dilihat sedikit bahagiannya, mungkin menimbulkan tanda tanya tentang hal itu.
Memahami dengan lebih jelas, ayuh kita lihat perkongsian Puan Umi Yusof ini.
En. Razak bukan nama sebenar baru meninggal dunia. Beliau meninggalkan seorang isteri, dua orang anak perempuan dan seorang adik lelaki kandung.
Harta bersih beliau selepas tolak hutang adalah bernilai RM300,000.
Pembahagian harta mengikut faraid adalah seperti dalam jadual di bawah.
Isteri 3/24=rm37,500
Anak perempuan 1 8/24=rm100,000
Anak perempuan 2 8/24=rm100,000
Adik lelaki kandung 5/24=rm62,500
Kenapa isteri mendapat bahagian yang paling kecil? Ini kerana bahagian faraid isteri “bersih” hanya untuk dirinya sahaja. Beliau tidak perlu menanggung anak-anaknya dari segi nafkah.
Siapa pula yang perlu menanggung anak-anak Encik Razak. Jawapannya adalah adik lelaki Encik Razak kerana faraid datang dengan tanggungjawab.
Namun apa yang berlaku sekarang, mereka datang mengambil bahagian faraid namun tanggungjawab menjaga anak-anak yatim ini dilepaskan kepada ibu anak-anak yatim tersebut.
Cadangan yang boleh di ambil untuk perancangan harta semasa hidup adalah:
1. Hibahkan harta sekiranya ingin memberi bahagian yang lebih kepada anak perempuan atau pun isteri.
2. Membuat Dokumen Perlantikan Wasi bagi memudahkan pengurusan tadbir pusaka.
3. Menyertai Program Khairat Pusaka dengan Wasiyyah Shoppe Berhad (WSB).
Manfaat yang di terima adalah:
🗄Penyediaan dan penyimpanan wasiat pentadbiran
📃Penyediaan dan penyimpanan dokumen wasiat 1/3 percuma
👨💼Sesi pembacaan khutbah pusaka dan khidmat rundingcara (selepas kematian)
🏛WSB bantu waris untuk tuntutan harta pusaka dengan dapatkan surat kuasa daripada Pejabat Pusaka Kecil/ Mahkamah Tinggi.
Setiap pasangan yang berkahwin tentunya inginkan kebahagiaan. Begitu juga peranan seorang isteri yang seharusnya bangun pada waktu malam demi mendoa kesalahan suami pada Allah untuk kebahagiaan keluarga. Begitu juga perkongsian yang dipaparkan oleh Abu Hurairah Asifa. Moga kita muhasabah diri dalam membentuk sebuah rumahtangga sakinah.
Gambar sekadar hiasan
Mak selalu pesan,
“Kalau kita nak jadi isteri yang baik, kita kena bangun malam. Kena merintih. Banyak menangis. Sebab kita ni lemah. Nak ubah suami pun payah.
“Nak cakap dengan suami lagi susah. Jadi, kita bercakaplah dengan Allah. Doakan kesalahan suami pada Allah. InsyaAllah, Allah sendiri akan didik suami untuk jadi baik pada anak isterinya”
Tiadalah yang lebih membahagiakan seorang wanita itu melainkan dia memiliki Tuhan didalam hatinya.
Memiliki Tuhan bererti kita ada tempat untuk mengadu, tempat merujuk, tempat meminta tolong, tempat penyelesai masalah dan segala-galanya.
Dua wanita ini, adalah bukti bahawa mereka tak pernah putus bangun di tengah malam, mendoakan suami mereka, lalu mereka dikurnia menjadi wanita yang paling bahagia.
Ibu saya, dan ibu mertua saya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap ibu bapa di Malaysia pasti mengimpikan masa depan anak yang cemerlang penuh pencapaian dan kejayaan. Namun impian ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa...