Kejayaan personaliti media sosial terkenal, Khairul Aming dengan jualan sambalnya mencetus rasa kagum dan bangga di kalangan netizen.
Menerusi hantarannya di Instagram (IG), Khairul Aming Bin Kamarulzaman atau lebih dikenali sebagai Khairul Aming meluahkan rasa syukur atas kejayaan jualan Sambal Nyet yang telah mencecah RM21.5 juta.
“Alhamdulillah hari ini jumlah jualan Sambal Nyet telah mencecah RM21.5 juta.” tulisnya.
Selain itu, hasil jualan sambal itu turut menerima dua anugerah istimewa iaitu kategori Best Customer Service dan Best New Seller.
Menurutnya, jualan bagi tahun 2021 berjumlah RM7.5 juta manakala pada tahun 2022 jualan Sambal Nyet meningkat iaitu RM14 juta.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah buat pempengaruh media sosial itu dengan kejayaan yang dikecapinya. Selain itu, terdapat juga netizen yang terinspirasi dengan usaha yang ditonjolkan oleh Khairul Aming.
Ads
Sebelum ini Khairul Aming pernah memuat naik perjalanan hidupnya dari usia 20 hingga 30 tahun. Semoga dapat jadi inspirasi buat semua!
Sendirian membesarkan anak bukanlah satu tanggung jawab yang mudah, sementelah diri masih mauda. Namun, penyanyi terknal Siti Nordiana tidak lemah semangat, sebaliknya dia berjaya membuktikan dengan sokongan keluarga , dia mampu melakukannya.
“Sebagai ibu saya akui agak gementar dan cuba yang terbaik untuk anak. Saya tak pernah paksa dia janji benda yang dia belajar itu bermanfaat untuknya. Saya berikan yang terbaik untuknya. “Saya jenis ibu yang sempoi, saya bukan jenis ibu yang mahu anak membanggakan ibu, sebaliknya saya mahu dia belajar benda yang baik.
Terbaru Nana memuat naik beberapa keping gambar bersama anaknya ketika Syawal yang lalu. Penampilan Nana dan Rayyan meraih perhatian ramai. Apa tidaknya anaknya nampak lebih besar dari Nana. Seolah-olah macam kakak dan adik.
Sedondon dalam persalinan rona merah jambu, rata-rata memuji Nana nampak muda di samping anaknya.
Untuk rekod, Rayyan adalah anak hasil perkongsian hidup Nana dengan bekas suaminya, arwah Mohd Faizal Yusup. Rayyan kini sudah berusia 13 tahun dan tidak hairanlah dia nampak semakin tinggi daripada ibunya.
“Rayyan masa arwah abah dia meninggal umur dia baru dua tahun tujuh bulan, dia masih belum faham lagi.
“Dulu waktu waktu masih kecil dan Rayyan sudah masuk sekolah, dia ada bertanya pada saya juga, sebab kadang-kadang saya hantar sendiri ke sekolah jadi dia bertanya…
“Mama semua orang datang dengan abah dia, Rayyan sahaja datang dengan mama. Itulah soalan yang paling susah saya nak jawab sebenarnya.”
“Saya jawab… Rayyan abahkan dah tak ada. Tak apa Rayyan jangan lupa baca Al-Fatihah untuk abah.
“Abah memerlukan doa Rayyan supaya abah senang dekat ‘sana’. Bila saya cakap macam tu barulah dia faham.
Penampilan Nana yang cukup manis manakala Rayyan nampak ‘abang-abang’ sangat.
Sebelum memulakan projek bercucuk tanam, pemilihan dan penggunaan tanah yang sesuai amat penting dan menjadi perkara asas untuk pastikan pokok yang ditanam dapat hidup subur.
Mengetahui berkenaan mendapatkan campuran tanah yang sesuai dan bagus untuk tanaman, ayuh kita ketahui formula ringkas yang dikongsikan oleh saudara Azhar Che Soh. Semoga ianya bermanfaat.
Salam sahabat semua. Semoga sentiasa dicucuri rahmat oleh Tuhan.
Campuran tanah terbaik untuk tanaman dalam pasu atau polibag bagi kebanyakan pokok adalah, 2+1+1:
– 2 bahagian tanah hitam
– 1 bahagian kompos
– 1 bahagian tanah bakar
Untuk jadikan tanah lebih gembur dan memberi ruang pengudaraan dan pengaliran air yang baik. Boleh tambahkan 1/2 bahagian lagi pasir sungai.
Hari ini saya tanam pokok jambu air merah. Anak pokok beli hasil kaedah tut. Moga tumbuh hidup dengan jaya.
Selamat mencuba.
Sumber : Azhar Che Soh
Jom sertai contest ini. Caranya cukup mudah, share sahaja gambar tanaman yang sedia ada di rumah anda ke inbox Facebook Keluarga Magazine / Instagram @keluargamag
Contest bermula pada 5 Februari hingga 20 Februari 2021. Tunggu apa lagi, jom sertai sekarang juga!
#tanamsendiridirumah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Wang ringgit, kedudukan, pangkat, harta, zuriat, rumah dan sebagainya bukanlah kayu pengukur sebuah kebahagiaan.
Bahagia itu tidak dilihat pada kebendaan semata-mata, bahkan tiada gunanya harta menggunung sekiranya hati tidak tenang dan bahagia.
Kebahagiaan itu sebenarnya terletak pada diri sendiri dan hati kerana hanya diri yang dapat menentukan hala tuju kehidupan sama untuk mengecapi kebahagiaan atau kemewahan.
Berkongsi tentang bahagia orang yang berbeza-beza, Ustaza Noor Laila Aniza berkongsi penulisannya di media sosial untuk kita renung-renungkan bersama.
Bahagia Orang Berbeza-beza
Ada orang rasa bahagia boleh bagi makan dekat kucing-kucing tepi jalan. Tak cukup dengan tu, kucing-kucing yang sakit dirawatnya dan dijaga penuh kasih sayang.
Ada orang bahagia bila siap masak pada suami atau anak-anak je hidang cantik pastu tangkap gambar untuk kenangan. Satu kepuasan yang tak dapat diungkap dengan kata-kata.
Ada orang bahagia saat boleh bagi makan dekat anak-anak yatim, rasa puas boleh lihat anak-anak syurga gembira. Kasih dan sayang tu tak semua orang boleh merasa.
Ada orang bahagia dapat belikan anak-anak pakaian baru, walaupun hanya beli di pasar malam. Rasa nak membahagiakan orang tersayang tu terlalu kuat. Dapat gaji terus belanja anak tanpa fikir keperluan diri yg lama tak berganti. Nikmatnya tengok anak tersenyum bahagia.
Ada orang bahagia setiap hari bersedekah, walaupun sedikit tangannya laju memberi. Bahagia melihat orang yang susah dapat merasa dan memiliki. Tanda syukur dengan rezeki yang Allah bagi.
Ada orang bahagia dapat solat berjemaah dan mengaji Quran setiap hari, diperbaiki solatnya & bacaan. Tak kira usia atau waktu lapangnya. Dikejarnya akhirat seperti esoknya dia mahu pulang ke negeri abadi.
Ada orang bahagia setiap langkah dipenuhi doa dan zikir. Selalu berzikir mengingati Allah. Halang diri bercakap benda-benda tak baik, bercakap keburukan orang atau pun nak mencari salah orang jauh sekali. Bahagianya bila lidah tak terpisah dengan zikir.
Tak kira siapa pun kita, kaya ke miskin, apa pun pangkat kita, kita tetap manusia biasa dan sentiasa perlu perbaiki diri.
Setiap orang akan melalui saat sukar, saat diuji dengan ujian kecil dan berat, tapi Allah maha baik. DigantiNya dengan perkara yang baik-baik tanpa kita sedar.
Laluilah hidup dengan tenang, bahagiakan diri sendiri dan orang sekeliling, maafkan semua orang, bersangka baik dengan semua orang dan sayangi semua orang.
Moga Allah sayang dan kebaikan yang bahagiakan kita tu asbab untuk kita ke syurga paling tinggi. Aminn..
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.