Rumah di mana tempat kita adik beradik dibesarkan oleh ibu ayah pastinya banyak kenangan manis dan indah, suka mahu pun duka tercipta untuk dikenang sampai bila-bila.
Apatah lagi andai ibu ayah sudah tiada, rumah peninggalan itulah juga akan menjadi begitu bermakna buat semua adik beradik.Bermakna untuk dipertahankan dan bukannya direbut antara adik beradik.
Menyentuh tentang rumah pusaka peninggalan orang tua, lelaki ini juga turut terpanggil memberi pesanan untuk peringatan bersama.
Ikuti perkongsiannya, semoga bermanfaat.
Guys.
Ads
Ingat pesan paksu ni ya.
Kalau mak ayah dah tak ada, jadikan rumah mak ayah tempat untuk kita semua adik beradik berkumpul/berjumpa mata. Rumah ni lah yang akan buat kita ingat pada mak ayah kita bila mereka tiada (meninggal dunia). Jangan direbutkan rumah mak ayah kita yang tak seberapa. Jangan digaduhkan tanah yang hanya sekangkang kera. Sebab harta takkan boleh bawak masuk kubur pun nanti ya.
Bila dah besar, dah ada kerja, dah ada pendapatan, dah ada duit, kumpullah harta sendiri (beli rumah, beli tanah, beli aset…..belilah apa saja). Tak ada siapa nak marah, nak cemburu atau buruk sangka. Rumah mak ayah tu biarkan kat situ (jangan direbut, jangan dijual, jangan dipajak pada sesiapa). Itu rumah mak ayah kita. Rumah kita semua.
Jangan direbutkan tanah sekangkang kera dikampung tu nanti (itu je harta yang kita ada). Jangan hanya disebabkan harta yang tak seberapa, kita adik beradik bergaduh, bermasam muka, bertelagah, bersengketa dan putus saudara.
Ads
Tak guna!!! Tak guna!!! Tak guna!!!
Orang luar duk bertepuk gembira.
Orang dekat bersorak kat belakang kita.
Orang rapat mai cucuk sini…..pi cucuk sana.
Kita adik beradik pecah tiga.
Tak kisah la kita ni yang sulung ke, kita ni anak lelaki ke, nanti bahagian kita lebih dari adik beradik yang lain ke, jangan fikir……jangan berharap…..jangan letak target yang kita nak rumah, kita nak tanah, kita nak kebun atau kita nak apa saja harta yang ada. Sebab mak ayah tak pernah ajar kita jadi tamak haloba.
Jangan sebab tamak, sifat dengki sesama saudara, rumah mak ayah kita tu jadi mangsa. Tak boleh tengok ada adik beradik lain duduk dan jaga. Hati tu jadi panas, jadi sakit, jadi serba tak kena. Padahal dulu bukan kita pun yang jaga. Masa mak ayah ada kita datang singgah pun tak pernah (kalau ada pun boleh dikira). Tup tup bila orang tua dah pergi, kita sibuk nak tuntut hak kita.
Ads
Hak kepala banaaa dia!!!!
Kalaulah kita duk berebut nak jaga mak ayah kita macam kita duk berebut nak harta pusaka, mesti untung orang tua kita kan (mesti depa rasa bertuahnya dapat anak macam kita). Tapi ini tidak, ramai yang jadi bodoh dan hilang akal macam “lembu dicucuk hidung” hanya disebabkan “harta pusaka”.
Masa sakit tak nak jaga. Masa dah tak ada sibuk datang menuntut harta. Tak malu ke…..engkooo sekolah ke tak gila???!!! Haaaa itu makanan dia!!! Geram pulak paksu ya.
Sumber : Redzuan Abd Manaf
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Takk Sangka Sedap Sangat Masak Macam ni, Tak Payah Tumis , Campak-Campak Je Siap
Hi assalamualaikum semua. Harini saya nak share resepi yang tengah viral di media sosial sekarang ni, iaitu Kari Ala Bangladesh. Resepi ni asalnya dikongsi oleh tiktok akaun femmes_introverties di akuan tiktok nya. Terima kasih, memang sedap sangat!
Resepi :
– 1/2 ekor ayam
– 2 sudu makan rempah kari ayam/daging
– 1/2 sudu makan serbuk kunyit
– 2 sudu makan minyak masak
-1 batang kulit kayu manis
– 4 biji buah pelaga
– 1 biji bawang besar
– 2 biji ubi kentang
– 1 biji bawang kecil
– 4 ulas bawang putih
– 1 sudu teh jintan putih
– 1/2 – 1 inci halia
– 1 biji cili merah
– bendi
– tomato
– 300 – 400ml air
– 2 sudu yogurt asli/santan
– 1 sudu teh garam
……………………………………………………………………………..
english recipe//
– 1/2 chicken
– 2 tablespoons chicken/meat curry powder
– 1/2 tablespoon of turmeric powder
– 1 cinnamon stick
– 4 cardamoms
– 2 tablespoons of cooking oil
– 1 large onion
– 2 potatoes
– 1 small onion
– 4 cloves of garlic
– 1 teaspoon cumin
– 1/2 – 1 inch of ginger
– 1 red chili
– okra
– tomatoes
– 300 – 400ml of water
– 2 tbsp of natural yogurt/coconut milk
– 1 teaspoon of salt
Sekarang ni nak pagar cantik untuk kediaman tak perlu berhabis ribu-ribu, boleh aje buat sendiri.
Cara DIY memang jimat banyak. Apa yang menarik mengenai cara untuk cantikkan pagar menjadi versi modern, hanya menggunakan shera plank pun dah cukup berbaloi.
Sebagaimana yang dilakukan oleh saudara Marzuki Mahadi yang memasang sendiri shera plank di pagar kediaman rumah barunya.
Mendapat inspirasi dari geng TAHIkrians untuk lebih privasi bila berada di laman rumah dengan cara jimat tapi masih cantik dipandang kenalah dengan harganya. Privasi lebih penting dari cantik, kalau nak cantik terletak elok dan ada bajet sudah tentu saya ikat bata je kan?
Jadi saya pasang shera plank – fibre cement board di pagar besi sedia ada. Shera Plank (Teak) Size: 8mm tebal x 150mm lebar x 3000mm panjang Rm17 sekeping 1 pek 5 keping Info terperinci di kapsyen pada gambar
Pandangan pagar dari luar hadapan rumah
Pandangan luar sisi.
Pandangan dari dalam pagar
Sebelum: Pagar besi
Selepas: Ditutup dengan shera plank – fibre cement board di pagar besi sedia ada
Proses pemasangan, dipotong menggunakan grinder mata potong simen.
Shera Plank jenis teak
Size: 8mm height x 150mm depth x 3000mm width
Rm17/sekeping
1 paket 5 keping
Produk Thailand, weather resistant. Jangan dikarate diterajang in sha Allah bertahan lama lah dia.
Proses undercoat primer menggunakan Primer Jotun sebanyak 2 lapis, cat sorang2 dua hari setengah sebab level cap ayam … dia punya penat sakit pinggang lenguh2 satu badan sampai terkangkang2 jalan sbb kedudukan membongkok dan mencangkung masa mengecat.
Top coat juga 2 lapis menggunakan cat Nippon Fibercote kod 101 Meranti. Lain mcm lepas cat dia punya lawa. Berus roller yg berbulu kasar jgn halus mcm kapas sbb yg belah bunga kayu tu ssh nak berus kalau berus halus mcm kapas.
Utk lebih cantik, jemur lah bagi kering betul2 cat tu.
Cat: Rm145 5L
Jenis skru digunakan.
Jumlah kos
Apa Itu Shera Plank?
Shera plank atau juga dikenali sebagai shera plank cement fiber board merupakan hiasan seperti kepingan kayu yang boleh dilekatkan pada dinding luar rumah. Ia diperbuat daripada bahan campuran simen dan fiber yang mempunyai ketahanan yang lebih kuat berbanding kayu untuk digunakan pada bahagian luar rumah. Boleh boleh didapati dalam pelbagai corak yang akan menjadikan rumah kelihatan lebih menarik.
Kes HFMD yang semakin meningkat di negara kita ternyata semakin membimbangkan ibu ayah. Mana tidak bimbang bila mana keadaan anak semakin teruk dan demam serta bintik-bintik air semakin menebal pada kaki, tangan dan mulut. Masih tidak menunjukkan tanda reda malah semakin meningkat jumlahnya dari hari ke hari.
Sedih melihat keadaan anak yang tidak selesa dengan keadaan ini, Doktor Ezairy M.Sallih kongsikan pesanannya buat mak ayah. Jangan pandang mudah!
HFMD (Hand, foot and mouth disease) Jangan dibuat main!
Sejenis jangkitan virus. Hand, foot and mouth disease adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus coxsackie(cox A16) atau enterovirus (EV 71).
Simptom yang perlu diberi perhatian. Perhatikan jika anak-anak anda mengalami gejala seperti:
✔️demam
✔️ruam
✔️ulser dalam mulut
✔️lepuh (blister) pada tapak tangan dan kaki.
✔️hilang selera makan
Ini semua adalah simptom biasa yang ditemui oleh kanak-kanak yang mengalami HFMD. Hati-hati dengan kaedah jangkitan.
HFMD mudah berjangkit melalui beberapa cara. Ia termasuk air liur, cecair daripada lepuh (blister) pada anggota tubuh, sentuhan najis dan juga sentuhan permukaan yang disentuh oleh pesakit seperti alat permainan, alatan di dalam rumah dan sebagainya.
Oleh itu, hati-hati! Kawal dan asingkan anak-anak.
Ini penting. Sebaik sahaja doktor sahkan anak anda mengalami jangkitan HFMD, jangan bawa mereka ke sekolah dan pusat asuhan kanak-kanak. Ini akan menyebabkan jangkitan mudah merebak kepada kanak-kanak lain.
TIP ELAK SERANGAN HFMD
HFMD (Penyakit tangan, kaki & mulut) bukan lagi suatu penyakit yang ‘rare’ di negara ketika ini, memandangkan serangannya yang semakin rakus terhadap anak-anak kecil di Malaysia.
Jangkitan Enterovirus 71 dan Coxsackie virus A16 ini amat mudah diperolehi. Oleh itu, langkah membendung dan mengelakkannya mesti segera ditangani!
Virus HFMD boleh dan mudah didapati pada:
Air mata, cecair dan lendir daripada hidung dan tekak.
Najis pesakit.
Cecair daripada lepuh atau vesikel pada kulit mangsa.
Permukaan mana-mana yang ada virus HFMD. Ia termasuk alat-alat permainan, perkakas di rumah, sekolah, taska, kemudahan awam dan mana-mana sahaja!
Nah, begitu banyak kan virus ini mudah diperoleh? Justeru, bagaimana kita harus membendung dan memastikan ianya tidak menyerang anak-anak kita?
Saya beri beberapa langkah bijak untuk mengelak jangkitan ini
Basuh tangan dengan pencuci dan sabun dengan bersih. Pastikan setiap permukaan, celah-celah jari dan kuku bersih, sebelum dan selepas makan. Juga selepas keluar tandas.
Elakkan bawa anak kecil ke tempat ramai orang. Jangkitan HFMD amat mudah berlaku di tempat-tempat seperti ini.
Elakkan menyentuh mata, mulut dan hidung anda sebelum membasuh tangan.
Kurangkan ‘close contact’ seperti mencium bayi, kanak-kanak, mendukung anak-anak jiran dan orang lain.
Elak berkongsi peralatan dengan orang lain terutama yang disyaki mengalami HFMD. Jangkitan juga mudah berlaku.
Lakukan pembesihan sekerap yang mungkin segala perkakas dan alatan rumah. Ini termasuk perabot rumah, pakaian, katil dan lain-lain.
Pastikan anak-anak tidak menyentuh dan bermain dengan peralatan di kawasan ramai orang secara mudah. Ini seperti alatan permainan di rumah irang, taman permainan, pusat rekriasi dan sebagainya.
Semoga perkongsian ini membantu.
Kongsi dan sebarkan jika ianya amat berguna untuk anda dan mereka yang anda sayang.
Dr Ezairy M.Sallih
Doktor prihatin
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di