Meskipun mencecah 3 tahun melayari bahtera perkahwinan, pelakon genit Hannah Delisha, 27, mengaku bahawa dia dan suami belum bersedia untuk menimang cahaya mata.
Memetik laporan Kosmo!, Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch, menjelaskan untuk bergelar seorang ibu adalah satu tanggungjawab besar dan mahu lebih bersedia untuk memiliki zuriat pertama.
“Saya dan suami telah pun berbincang tentang perkara ini (memiliki zuriat). Untuk memiliki anak memerlukan tanggungjawab yang sangat besar. Jaga anak bukan seperti menjaga anak patung atau bela kucing.
“Menjaga kucing pun memerlukan tanggungjawab, apa lagi anak.
“Kami mahu pastikan sudah betul-betul bersedia. Sebab saya tahu apabila ada anak nanti, kami kena betul-betul tumpukan perhatian dan masa untuk anak sebaik mungkin.
“Apabila saya sudah tidak terlalu sibuk nanti, insya-Allah baru saya akan merancang untuk memiliki zuriat. Tapi apa-apa pun semuanya berbalik juga kepada keizinan Allah SWT,” jelasnya.
Ads
Tambah pelakon 28 Hari Mencari Cinta itu, dia dan suami tetap merancang untuk memiliki cahaya mata namun bukanlah pada waktu terdekat.
“Sejujurnya memang saya merancang untuk memiliki cahaya mata. Saya bukan kahwin, terus untuk dapatkan zuriat secepat mungkin.
“Saya rasa kagum melihat ibu yang bekerjaya, namun pada masa sama dapat menjaga dan memberikan tumpuan pada anak. Perkara itu bukan mudah.
“Saya melihat bagaimana ibu saya membesarkan saya dengan kepayahan sebagai seorang ibu tunggal. Memang sangat susah sebab pada masa saya dia perlu bekerja,” ujar Hannah.
Ads
Dalam pada itu, Hannah memberitahu kedua-kedua keluarganya sangat memahami perkara tersebut. Malah berkongsi mahu dikurniakan empat cahaya mata.
“Alhamdulillah kedua-dua belah pihak memahami dan tidak meletakkan tekanan pada saya dan suami untuk segera memiliki anak.
“Kalau mereka bertanya sekali pun, saya hanya cakap doakanlah yang terbaik untuk kami.
“Namun jika diberikan rezeki lebih, empat orang cahaya mata pun dah ‘cantik’,” kongsinya.
Ads
Untuk rekod, Hannah mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Imam Shah yang juga asal Singapura pada 2021 secara rahsia.
Sumber: Kosmo!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
tular di media sosial seorang wanita yang berkongsi kisah bayi yang baru dilahirkannya ‘tertukar’ dengan bayi yang lain selepas dibawa pulang ke rumah dari sebuah hospital swasta.
Dikenali sebagai Siti Jamumall, ini memberitahu perkara tersebut hanya disedari di rumah apabila berasa ada yang ‘tidak kena’ apabila tag nama yang dipakaikan pada kaki bayi mereka adalah nama ibu yang berlainan.
Siti Jamumall atau nama sebenarnya Siti Suriani melahirkan seorang bayi lelaki pada Jumaat (11 Jun) jam 2.36 pagi, manakala bayi lelaki berkenaan dilahirkan pada Khamis (10 Jun) jam 3 petang mengikut maklumat yang tertera pada tag.
Siti berkongsi kejadian tersebut menerusi satu siaran langsung secara live di Facebook Jamumall.com dan meraih lebih 45 ribu ‘share’ oleh warganet dalam tempoh empat jam.
Pasangan ini kemudiannya bergegas kembali ke hospital berkenaan untuk mendapatkan kembali bayi mereka.
Menerusi siaran langsung terbaharu, Siti menjelaskan debaran mereka sedikit reda apabila menghubungi pihak hospital dan berjaya mendapatkan ibu sebenar kepada bayi berkenaan yang sudah pulang ke rumah.
Ibu sebenar kepada bayi berkenaan yang tiba di hospital, memberitahu bahawa mereka (keluarga ibu bayi itu) juga tidak perasan akan bayi yang tertukar, didakwa kerana tidak menyemak dengan teliti penama yang ada pada tag berkenaan.
Sebab pasangan tu merupakan anak yang pertama (dilahirkan), dan juga ibunya juga (bersalin) czer. Jadi diorang duduk berdua, diorang dah sayang sangat baby tu. Syukur sangat sebab anak saya duduk dengan orang yang baik.
“Ibu tadi datang pun dia memang mata bengkak (menangis), sama-sama mata bengkak. Dia pun dah sayang anak ni, dia rasa sedih nak pulangkan. Saya terdiam, speechless. Takda pun nak marah ke apa, memang fikir anak je waktu tu..ada hikmah di sebaliknya,” katanya.
Malah, dalam tempoh tertukar itu, masing-masing sudah saling menyusukan bayi yang ada dalam pangkuan mereka sekaligus timbul kasih dan sayang daripada naluri seorang ibu.
Kes ini berjaya diselesaikan setelah kedua-dua mereka ‘bertukar’ semula bayi berkenaan dengan kerjasama pihak hospital.
kejadian ini merupakan pengajaran baginya dan semua ibu yang bakal melahirkan cahaya mata. Dia turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam mendapatkan kembali anaknya.
Hidup ini tinggal sisa dan saki baki yang kita tidak tahu bila ia akan berakhir. Oleh itu jadilah kita orang yang paling bahagia dan membahagiakan. Orang yang ceria dan menceriakan.
Jadilah ibu yang menjadi kedamaian pada anak-anak.
Jika kita seorang isteri, jadilah isteri yang memberi kebahagiaan, keceriaan dan manfaat pada suami kita.
Jika kita menjadi sahabat jadilah sahabat yang mendamaikan
Jika kita menjadi anak jadilah anak yang menyejukkan kedua ibubapa
Kerna hidup ini hanya seketika.
Siapa duga dan sangka saat kudrat dengan kesihatan yang baik tiba-tiba kematian datang menimpa tanpa di sangka.
Pengajaran untuk kita betapa rapuhnya hidup kita. Kematian itu tidak mengira masa dan usia. Muda mahupun tua.
JANGAN BERTANGGUH
Jangan bertangguh untuk menjadi anak yang baik.
Jangan bertangguh untuk menjadi isteri yang baik
Jangan bertangguh untuk menjadi suami yang baik
Jangan bertangguh menjadi ibu yang baik
Jangan bertangguh menjadi sahabat yang baik
Jangan bertangguh menjadi pekerja yang baik
Jangan bertangguh menjadi majikan yang baik
Kadang-kadang kita terasa hati, kecewa, sakit hati, sedih.
Maaf kan sahaja. Jadilah orang yang memberi manfaat pada orang lain.
Kerana kematian itu sangat rapuh.
Jadilah orang yang bahagia dan membahagiakan.
Kita tidak tahu bila tiba masa kita mengadap Allah. Orang yang kita sayang pasti kita akan tinggalkan. Dan perpisahan itu adalah dengan sebuah kematian.
Sumber: Ustazah Norhafizah Musa.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Risaukan apabila anak tidak membuang air besar beberapa hari atau dikenali sebagai sembelit. Jika dibiarkan ia mungkin merujuk kepada masalah sistem pencernaan. Malah sembelit boleh menjejaskan proses tumbesaran kanak-kanaktermasuk bayi.
Jadi ibu ayah kena tahu cara untuk mengelak masalah ini. Melalui maklumat yang diperolehi, menurut Dr. Syahrul Bariah Abdul Hamid, Ketua Pusat Pengajian Pemakanan & Dietetik,Fakulti Sains Kesihatan, Uitm Puncak Alam mengenai pemakanan yang betul mengelak masalah sembelit dikalangan kanak-kanak.
Sembelit kerap terjadi di kalangan kanak-kanak dan atas sebab itu, ia juga sering dipandang ringan oleh sesetengah ibu bapa. Mereka mengandaikan ia adalah perkara biasa yang berlaku semasa proses tumbesaran, terutama apabila bayi diperkenalkan dengan makanan pejal ketika berusia 6 bulan.
Menurut definisi, sembelit berlaku apabila seorang kanak-kanak membuang air besar kurang daripada tiga kali seminggu, mengalami kesukaran semasa proses itu atau najis adalah keras, kering dan bersaiz agak besar daripada kebiasaan dan kanak-kanak mengadu sakit semasa membuang air besar.
PUNCA SEMBELIT
Sembelit terjadi apabila najis atau bahan buangan bergerak perlahan di dalam usus yang menyebabkan najis menjadi kering dan keras.
Banyak faktor boleh menyumbang kepada sembelit di kalangan kanak-kanak, termasuk:
1.Perubahan pada diet
Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan serta air yg tidak mencukupi pada diet kanak-kanak boleh menyebabkan sembelit (Fujitani et al., 2018). Selain daripada itu, ia juga kerap terjadi pada bayi yang baru diperkenalkan kepada makanan pejal disebabkan perubahan diet cecair (susu ibu/formula) kepada makanan pejal.
2.Alahan kepada susu lembu
Alergi kepada susu lembu dan produk tenusu serta pengambilan yang berlebihan juga boleh menyebabkan sembelit.
3.Sejarah keluarga
Kebarangkalian berlakunya sembelit pada kanak-kanak yang mempunyai ahli keluarga yang berpengalaman menghidap sembelit adalah tinggi. Ia mungkin disebabkan oleh genetic dan tinggal dalam persekitaran yang sama
4.Kegemukan atau berlebihan berat badan
Beberapa kajian mendapati sembelit kerap terjadi pada kanak-kanak yang berlebihan berat badan dan kegemukan berbanding usia. Ini kerana, pengambilan harian mereka adalah kebanyakannya tinggi lemak, kurang serat dan air serta terhad aktiviti fizikal.
5.Menahan atau mengabaikan rasa ingin buang air besar kerana sibuk bermain, takut ke tandas atau tidak selesa menggunakan tandas awam apabila di luar.Kesakitan yang dialami semasa buang air besar menyumbang kepada trauma dan menyebabkan kanak-kanak akan menahan diri daripada membuang
6.Masalah latihan tandas pada usia muda
Sekiranya anak-anak diberikan latihan tandas pada usia muda dan tidak bersedia, ia boleh mendorong kanak-kanak untuk menahan buang air besar dan menyebabkan sembelit.
7.Perubahan pada rutin harian
Sebagai contoh, cuaca, tempat dan stress akan mendorong kepada sembelit.
8.Pengambilan ubat atau suplemen
Sesetengah jenis ubat dan supplemen boleh menyebabkan berlakunya sembelit.
9.Masalah kesihatan
Sembelit di kalangan kanak-kanak disebabkan masalah kesihatan atau penyakit jarang berlaku, tetapi ia merupakan petunjuk kepada abnormaliti pada anatomi, metabolic atau system pencernaan atau disebabkan penyakit yang lain.
BAGAIMANA MENGATASI DAN MERAWAT SEMBELIT?
1.Tingkatkan pengambilan air
Minum air masak atau cecair yang lain dapat membantu najis melalui usus dengan mudah. Jumlah air yang diperlukan setiap kanak-kanaka dalah berbeza mengikut umur dan berat badan. Tetapi, kebiasaannya, kanak-kanak memerlukan 3 ke 4 gelas air masak setiap hari. Bagi bayi yang berumur 6 bulan ke atas dan mula diperkenalkan dengan makanan pejal, cuba tawarkan sedikit jus prun sekiranya menghadapi sembelit. Manakala, bagi kanak-kanak yang sudah mula berjalan dan berlari, pengambilan air perlu ditingkatkan sesuai dengan pertambahan usia dan aktiviti fizikal mereka.
2.Hidangkan makanan yang berserat tinggi
Makanan serat tinggi seperti sayur-sayuran, buah-buahan seperti jambu batu, prun dan epal dan roti mil penuh boleh membantu mengelakkan sembelit (Stewart & Schroeder, 2013). Serat tidak boleh dicerna, tetapi ia membantu dalam memudahkan pencernaan makanan sehingga ke penyahtinjaan. Manakala, makanan yang tinggi lemak, gula dan berkanji menyebabkan pergerakan usus lebih lambat dan berkecenderungan mengalami sembelit (Fujitani et al., 2018).
3.Pengambilan jus buah-buahan
Jus buah-buahan dapat membantu mengatasi sembelit, sebagai contoh buah prun, epal atau pir. Kanak-kanak berumur setahun dan ke atas digalakkan minum jus buah sebanyak 120 ml – 180 ml sehari, manakala bagi bayi berumur 6 bulan ke setahun, tidak melebihi 120 ml sehari.
4.Aktiviti fizikal yang mencukupi
Aktiviti fizikal membantu dalam memudahkan pergerakan usus, jadi, ibubapa perlu menggalakkan anak-anak untuk beriadah seperti berbasikal, berlari di taman dan sebagainya.
5.Jadual makan yang tetap
Jadual makan yang tetap setiap hari dapat membantu kanak-kanak membentuk rutin amalan buang air besar
6.Pengubahsuaian pada diet
Bagi bayi yang baru diperkenalkan makanan pejal ketika berusia 6 bulan. Ibubapa perlu bijak membuat pengubahsuaian terhadap diet si bayi agar bersesuaian dengan umur dan kemahirannya. Perhatikan keadaan najis kanak-kanak dalam tempoh beberapa hari selepas diperkenalkan dengan makanan tertentu. Ibubapa perlu sentiasa peka dengan perubahan najis anak dan perubahan diet mereka. Sekiranya bayi tidak membuang air besar 2 ke 4 hari, lebihkan pengambilan air atau buah dalam diet mereka.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...