“Jaga Aurat Kaki, Dalam Air Pakai Stoking.” Zizi Kirana Sopan Tutup Aurat Ketika Honeymoon, Warganet Titip Doa Istiqamah!

Share

Sejuk mata memandang. Perubahan pada dirinya membuatkan ramai yang kagum dan dipuji ramai. Bahkan, rata-rata mendoakan Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil, 36 terus istiqamah dengan penghijrahan tersebut.

Isteri kesayangan Yusu Bahrin ini meraih perhatian ramai usai mengambil keputusan berhijab. Sopan dalam penampilan dengan menutup aurat sepenuhnya dengan memakai jubah dan bertudung labuh.

Terbaru, penampilannya ketika sedang menikmati percutian bulan madu di Semporna, Sabah bersama suami kesayangannya.

Perkongsian Yusuf menerusi laman instagramnya ketika berada di tepi pantai tampak begitu romantis meraih perhatian ramai.

Pre-honeymoon with my lovely wife @zizi_kirana 😘😘💚💚

Btw trip kami ke pulau-pulau di Semporna ni di taja khas oleh @ohhsem.travel

 . Thank you so much . Banyak lagi pulau yg tak sempat nak pergi sbb tak cukup masa kena balik sbb kerja 😂 in syaa Allah Next trip , Pulau Mabul !

Demikian tulis Yusuf menerusi kapsyennya beserta satu video pendek yang dimuat naik di instagramnya.

Lebih mencuri tumpuan pastinya penampilan Zizi yang tetap menutup aurat sepenuhnya. Tidak sekadar itu, dia juga turut memakai stoking sehinggakan ramai yang memuji perubahan pada diri Zizi.

cikeasyana Subhanallah.. hebat zizi Jaga aurat Kaki.. dlm air pon pakai sock.. X ramai blh buat mcm ni . Semoga istiqomah doakan sy juga ❤️
nurulhuda_153 Sweetnyaaaa adoi bersemut lak tertengok video ni teriba tringat saat2 honeymoon haaha😂 apepun hebattt zizi jage aurat, dlm air pn pakai stoking, rmaai yg tak dpt buat termasukla Sy yg dh lama bertudung ni.. moga dpt istiqomah jage aurat.. tq bgi inspirasi 😍
nuraingah comelnye zizi bila bertudung. tahniah both of u. moga kekal hingga ke jannah😘😘😘
nami_quinn Hi lh zizi..awk pakai tudung cmni pun cantik .klu sye pakai cmni dh rupe acik2 dh

Sumber: yusuf_bahrin

 

 

 

IKLAN