Wabak Coronavirus atau COVID-19 ini membawa seribu satu makna buat semua. Bukan hanya kita bahkan satu dunia terkena tempiasnya.
Beribu-ribu kematian dicatatkan dan yang sedang dirawat tidak terkira jumlahnya. Semuanya dek kerana ‘virus’ kecil dan tidak mampu dilihat dengan mata kasar.
Perkongsian yang meruntun hati ini daripada salah seorang anak kepada mangsa korban pandemik ini meluahkan rasa sedih dan lebih menjadikan mereka sedih apabila ayahnya sempat meninggalkan warkah untuk anak-anak tercinta.
Lebih lagi menyedihkan apabila mereka tidak dapat menatap wajah insan tersayang buat kali terakhir sebelum jasad dikebumikan.
Ads
Begitulah yang dirasakan oleh seorang salah seorang anak seorang jenazah antara kes kematian COVID-19. Fika Maira yang kehilangan bapa tersayang akibat wabak tersebut meluahkan rasa hati dilaman sosialnya.
Difahamkan, mangsa merupakan kes kematian ke 325 yang dilaporkan oleh pihak KKM baru-baru ini.
Ads
Assalamualaikum wbt Alhamdulillah .. alhamdulillah.. Selesai sudah semua urusan pengebumian abah pagi tadi. Alhamdulillah sempat sampai dan jadi wakil keluarga tengok abah disimpan walaupun dari jauh 😥🥺 Alhamdulillah semua urusan pun Allah mudahkan. Semoga Allah ampunkan abah, beri kelapangan pada abah, dilepaskan dari siksa kubur, dimasukkan di kalangan orang2 beriman. Nota ini yang paling terakhir sekali abah tinggal sebelum abah ditidurkan pada isnin lepas. 🥺🥺😭
I cried everytime 😭 Bagi sesiapa yang mengenali abah, sesiapa yang abah saya berhutang dengannya, mohon direct terus pada saya atau ahli keluarga yang lain. Doakan juga buat ahli keluarga saya yang lain yang masih lagi dirawat dan dipantau di hospital ipoh, semoga terus sihat dan selamat dari wabak ini InsyaAllah.
Ads
Covid 19 isn’t a joke guys. Follow SOP dan jaga jarak. Jaga diri, jaga keluarga.
P/s : Btw.. cuma saya dan suami dan sorang anak menakan sahaja yang tidak dijangkiti.. dan sy bukan penyebab mereka dijangkiti. ( Sebab berlegar2 di ws kata sy punca 🧐) 19112020 Khamis Anak sulung abah.
“Sebagaimana Sunnah Nabi saw, setelah cukup 7 hari, kami ingin mengumumkan selepas ditahnik oleh my mama, mother in law and my father in law, anak lelaki tercinta kami dinamakan Mohamad Eidrees Bin Mohamad Hanif.
“Semoga membesar menjadi anak yang soleh, berbudi pekerti mulia, pintar, serta berjaya dunia dan akhirat. Amin.”
Dalam pada, melalui Instagram Anzalna pula turut memaparkan majlis berkenaan.
Bahagia diri kita itu kita yang tentukan. Namun, realitinya bukan semudah yang diucapkan dalam mencari dan mengejar bahagia bagi wanita bergelar isteri dan ibu bila berada dipersimpangan delima. Umpamanya bila membaca perkongsian daripada Peguam Syarie Fahmi Ramli ini. Katanya, demi anak banyak ibu bertahan dalam derita.
Apa yang cuba disampaikan olehnya menarik perhatian warganet untuk memahami situasi atau realiti kehidupan.
Ini perkongsiannya;
Tanyalah mana-mana isteri sekalipun, siapa saja yang sanggup nak kahwin tapi menderita dalam perkahwinan. Semua orang tak nak.
Di luar sana saya percaya ramai wanita yang kini, dialah ibu dan dia jugalah bapa kepada anak-anaknya. Bukan kerana dia ibu tunggal, tapi keadaan dia yang membuatkan seolah-olah dia ibu tunggal.
Ibu itulah yang uruskan hal ehwal anak-anak sendirian, ibu itu jugalah yang bekerja siang malam untuk cari nafkah kepada anak-anak. Ada sebilangan kecil yang mungkin dia terpaksa lakukan begitu sebab suami lumpuh, sakit, kematian suami dan hal-hal yang tak dapat dielakkan.
Tapi,
Lebih teruk bila dia jadi ‘Ibu Tunggal’ menanggung segala perbelanjaan diri dan anak-anak, WALAUPUN wanita itu sebenarnya ada suami. Ada beberapa contoh mengapa ibu yang tanggung segala perbelanjaan anak walaupun ada suami yang sihat:
1. Suami banyak hutang peribadi
Kadang-kadang banyak suami yang terpaksa abaikan tanggungjawab menyediakan nafkah wajib kepada anak isteri disebabkan banyak buat Personal Loan, Overlap loan, kereta mahal lebih daripada kemampuan, hutang kad kredit dan macam-macam hutang lain lagi.
Perkara ini berlaku disebabkan lelaki itu sebelum kahwin tidak ada perancangan kewangan yang betul bagaimana nak survive dalam kehidupan selepas kahwin. Dan ada juga disebabkan, hutang yang tinggi ini disebabkan nafsu sendiri seperti nak pakai kereta mahal, hingga bayaran bulanan lebih daripada RM1000, sedangkan gaji baru dalam RM2500.
2. Suami banyak membazir
Pembaziran ini sangat kerap berlaku. Kadang-kadang, benda yang tak patut beli pun dibeli juga. Contohnya, bayaran bulanan Astro/Netflix. Itu satu kehendak sahaja. Kalau tak ada pun, masih boleh hidup. Satu lagi, yang paling ketara adalah, pembelian rokok atau vape. Walaupun ada banyak pandangan ulama’ sudah sebut Haram, tapi, masih lagi ada pembaziran untuk perbelanjaan rokok setiap bulan. Pembaziran itu berlaku bila, benda yang tak diperlukan, kita tetap nak beli. Ia masih berkaitan tentang nafsu.
3. Suami tak bekerja/malas
Ini satu perkara yang paling membuatkan wanita takut nak berkahwin. Bila dapat suami yang malas nak kerja, atau bila dah tak cukup pendapatan tapi tak mahu usaha lebih untuk cukupkan keperluan anak isteri.
Kadang-kadang masih ada lagi suami yang tahu kahwin saja, tapi segala perbelanjaan isteri dan anak-anak, mak dan ayahnya yang tanggung. Ishhh, malu sangatlah kalau nak kahwin, tapi tak mampu berdikari. Lebih baik tak payah kahwin kalau macam tu. Biasa sangat jadi anak manja kalau macam ni.
4. Suami ada banyak isteri
Sepatutnya, orang yang poligami kena ada banyak duit. Sebab setiap bulan mesti banyak perbelanjaan untuk dirinya, isteri-isterinya dan anak-anaknya. Ye lah, lebih besar periuk, lebih banyak keraknya.
Cuma, ada sebilangan suami, yang tak ada kemampuan kewangan pun, tapi nak kahwin lebih juga. Tak boleh cara baik, dia nikah pula dekat Siam. Tak boleh pergi Siam, nikah pula cara sindiket. Lepas tu, anak isteri sedia ada terabailah dari sudut nafkah. Ye la kan, ada isteri baru.
5. Bekas suami jahil
Bila sudah berpisah, biasanya anak-anak diletakkan di bawah jagaan ibu. Jadi, ada sesetengah lelaki yang tak faham, walaupun diterangkan berkali-kali. Hak jagaan tetap di bawah ibu, bapa pula wajib bagi Nafkah.
Ada yang faham, mudah. Tapi bila ada yang tak faham, dia akan mengelak dan buat tak tahu saja bab perbelanjaan wajib anak. Lelaki ini selalu akan cakap, “dah mak dia yang jaga, mak dia la yang tanggung.” Kemudian bila bawak tuntutan ke Mahkamah, mulalah nak marah-marah dan cari seribu satu jalan elak bayar nafkah.
Kenapa ramai wanita tak mahu cerai sebab anak?
Biasanya jawapan yang akan saya dapat adalah bimbang anak itu dibesarkan tanpa bapa.
?????? Saya pun bingung sebenarnya…Adakah bapa kepada anak tersebut akan mati kalau mereka berpisah?
Mungkin pada saya, ramai orang tak nak pisah kerana anak ada sebabnya tersendiri. Cumanya, semua ini bergantung kepada wanita tersebut. Sekiranya, dia sanggup beri peluang untuk suaminya berubah, maka berikhtiarlah sesuatu.
Namun, jika sekiranya anda sudah tidak sanggup lagi menanggung derita, Islam tidak pernah mengHARAMkan atau meMAKHRUHkan berpisah. Bahkan, perceraian itu sendiri adalah Harus jika perkahwinan tersebut mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri.
Kalau tidak, Islam itu akan dilihat sebagai agama yang tidak adil kerana memaksa wanita itu hidup dalam penderitaan dek kerana perbuatan suaminya yang abaikan tanggungjawab.
Semoga dengan pengorbanan anda sebagai isteri dan ibu, dapat suatu ganjaran yang besar dan dipermudahkan Allah atas apa jua urusan anda. Pilihan ditangan anda. Anda yang tentukan kehidupan anda dan anak-anak anda wahai wanita yang kuat dan hebat.
Hari raya menjelang tiba, sudah tentu ramai dah tak sabar nak menikmati hidangan di pagi hari raya yang enak terhidang. Tapi bagaimana nak Mindful Eating semasa hari raya. Tentu mencabar kan? Maklumlah dah sebulan berpuasa, ini lah masa nak ‘balas dendam’. Tapi hati-hati salah makan, memang buat perut ‘terkejut’ . Sakit perut sepanjang hari!
Hidangan istimewa yang biasanya disediakan seperti rendang ayam, rendang daging, lontong, dan aneka juadah lain yang pasti mengundang nostalgia dalam setiap suapan.
Menurut Farahanani Amir Hamzah, Pegawai Dietetik UiTM, makan dalam kuantiti sederhana untuk mengelak berlaku masalah penghadaman setelah sebulan berpuasa.
Dalam tempoh kita berpuasa perut kita telah direhatkan di siang hari selama 13 jam tak makan dan minum. Dalam tempoh ini, enzim perut kurang dihasilkan berbanding hari biasa untuk mengurangkan risiko dinding perut terhakis oleh asid perut. Jadi, sebarang perubahan secara mendadak boleh mengundang ketidakselesaan perut seperti refluks asid, kembung, dan juga sembelit.
Lazimnya, kita akan makan juadah yang tinggi protein seperti ayam dan ikan beberapa kali pada hari raya. Enzim perut seperti pepsin yang berfungsi dalam penghadaman protein yang kurang dihasilkan selepas sebulan berpuasa boleh terganggu dengan perubahan mendadak dalam corak pemakanan kita dalam satu hari.
Jangan risau, boleh sahaja nak cuba semua makanan yang ada, cuma kena amalkan konsep ‘mindful eating’ supaya tidak berlebihan dan memudaratkan perut. Kena cedok makanan ke dalam pinggan kita dalam porsi yang terkawal. Makan sedikit sahaja dahulu dan ulang lagi selepas beberapa jam. Dengan cara ini, sistem penghadaman kita akan lebih bersedia untuk memproses makanan.
‘Mindful Eating’ merupakan satu konsep makan yang memerlukan kita makan dengan penuh kesedaran tentang apa yang ada di dalam pinggan kita. Salah satu caranya ialah dengan mengunyah makanan perlahan-lahan dan menikmati setiap suapan. Dengan cara ini boleh membuatkan kita cepat rasa kenyang dan tak menambah berkali-kali.
Selain itu, pastikan kerap minum air kosong dan elakkan minum minuman berkarbonat yang boleh menjadi punca perut kembung. Tak pasal-pasal kena cari air halia pula bila dah senak perut. Lagipun minuman berkarbonat selalunya tinggi kalori dan boleh menyebabkan berat badan naik selepas hari raya. Mesti kita taknak berat naik berkali ganda kan?
Hidangan raya yang kurang serat daripada buah-buahan dan sayur-sayuran juga boleh jadi punca sembelit. Jadi caranya kena selit kan juga hidangan seperti salad buah-buahan segar sebagai pemanis mulut untuk elakkan kejadian sembelit di hari raya. Selain itu, jangan lupa minum air dengan cukup sehingga 10 gelas sehari untuk dewasa untuk memastikan kelancaran penghadaman.