Sama juga dengan perasaan bahagia, kesedihan juga adalah sebahagian daripada kehidupan. Bahkan hingga ada yang mengaitkan wanita dan tangisan tidak dapat dipisahkan.

Menangis  menjadi salah satu cara untuk melegakan sesuatu yang menyesakkan di dada. Pun begitu sedarlah bahawa tangisannya itu bukan kerana wanita lemah. Bukan juga tanda dia merintih memohon simpati dan belas kasihan sesiapa.

Malah menurut perkongsian Dato Dr Mohd Fadzilah Kamsah, air mata seorang wanita itu tinggi nilainya.

Di saat seorang wanita menangis di hadapanmu, bukan tanda dia lemah. Namun betapa kuat dirinya menahan dan memendam demi sebuah kebahagiaan.

Peganglah tangannya dengan sebuah pengertian, maka dia akan bersamamu selamanya.

Jika kamu membiarkannya pergi, maka pergilah dia bersama tangisannya selamanya.

Lihatlah anak matanya, rasakan kesakitan yang terpendam dari dalam dirinya.

Hitunglah setiap titis air matanya. Kamu akan lihat betapa beratnya beban dari deras air matanya.

Para suami,

“Bila Isteri Menangis….”-Tok Abah Tinggalkan Pesan Buat Suami, Wargamaya Rasa Terkesan!

IKLAN

Menangis Bukan Kerana Lemah

Sedarlah bahawa tangisannya itu bukan kerana dia lemah. Bukan juga tanda dia merintih memohon simpati dan belas kasihan darimu.

Dia menangis kerana tak dapat menanggung beban dari dalam hatinya. Dia meronta-ronta, merintih dan lemas dalam kesedihan tak bertepi.

Waktu ini, fikirkan sejenak apa yang kamu lakukan untuknya.

Hanya kamu sahaja yang tahu jawapan itu.

Pertimbangkanlah baik-baik.

Kerana satu saat nanti, kamu mungkin akan terlambat untuk mengucap sepotong ayat, “Abang minta maaf!”

IKLAN

Masa itu segalanya sudah terlambat. Tak mampu dibaiki dan diungkapkan apa-apa untuk lagi.

Maka jangan kita biarkan keadaan itu berlaku pada kita.

Tanya Diri

Sedarlah bahawa, Allah kuatkan bahu wanita untuk menjaga anak-anakmu.
Allah lembutkan hatinya untuk menyelimuti hatimu hingga tenteram.
Allah berikan naluri yang kuat untuk tetap saling menyayangi walau pada saat itu wanita itu dikhianati berkali-kali.

Maka, layakkah kita mengasari dan menyakiti hatinya disebabkan oleh ego kita yang meninggi? Tentu tidak, bukan.

Moga kita buka mata dan hati. Moga Allah beri kita hidayah untuk mencipta kebahagiaan berumahtangga.

IKLAN

Sumber : Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Berpesan-pesan pada para suami isteri hari ini.

ARTIKEL MENARIK : Selepas Balik Haji, Rico Rinaldi Tolak Tempahan Baju Seksi. Ramai Puji & Doakan Istiqomah!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI