Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya.
Begitulah derita kini yang ditanggung oleh anak muda ini. Setiap hari melihat ibu yang dicintai terbaring lemah di atas tilam kesan menderita kanser payudara. Berbekalkan rasa tanggungjawab sebagai seorang anak, Mohd Khairul Adhar Mat Isa berusia 25 tahun, begitu ikhlas menjaga ibunya yang terlantar sakit di rumah.
Dan atas sebab itu juga, dia nekad untuk menagguhkan pengajiannya walhal kini berada di semesta tiga di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).
Ads
Memetik berita yang paparkan di Sinar Online ini turut dimaklumkan ibunya kini pengidap kanser payu dara tahap empat semenjak Disember tahun lalu.
Ads
Selain itu difahamkan dengan berbekalkan duit pencen ibunya dan arwah ayahnya sebanyak RM 2,000 digunakan sepenuhnya untuk mengurus keperluan ibunya seperti membeli barang dapur, susu khas, lampin pakai buang dan sebagainya.
Apa yang nyata, bukan calang-calang orang boleh berada ditempatnyua, dan sekiranya ada yang ingin meringankan beban anak muda ini bolehlah salurkan segera.
Mendirikan rumah tangga bukan hanya ingin mengelak daripada melakukan maksiat. sebaliknya setiap pasangan perlu tahu tanggung jawab dan kewajipan masing-maisng.
Ini termasuklah bab pemberian nafkah kepada isteri. Apabila mendirikan rumah tangga wajib bagi seorang suami menyediakan nafkah untuk si isteri. Menurut Islam, seorang isteri berhak mendapat keperluan hidup dan nafkah yang mencukupi daripada suami. Suami perlu menyediakan nafkah zahir dan batin secukupnya mengikut kemampuan suami.
Nafkah isteri merupakan wang yang khusus diberikan oleh suami kepada isterinya untuk digunakan bagi kepentingan peribadi isteri. Wang nafkah merupakan kewajiban suami untuk membahagiakan isteri.
Wang perbelanjaan rumah tangga merupakan kewajipan suami sebagai ketua rumah tangga bagi memenuhi keperluan isteri dan anak-anaknya agar kehidupan menjadi lebih sempurna.
Persoalan ini turut diajukan kepada Ustaz Azhar Idrus bagi memberi kepastian berkenaan soal nafkah.
“Wajib seorang suami sediakan 3 perkara ini sama ada isteri miskin atau kaya, atau sebaliknya. Makan minum, pakaian dan tempat tinggal. Jika tidak diberi dikira hutang dan sengaja abai berdosa dan tidak diterima amal ibadatnya.
“Adil tak Tuhan buat, jika isteri yang derhaka pada suami tak diterima solatnya, suami yang abai isteri juga tidak diterima solatnya. Jika suami telah menyediakan tiga perkara iaitu makan minum, pakaian dan tempat tinggal, maka dia telah dikira menunaikan nafkah isteri,”ujar Ustaz Azhar Idrus lagi.
Dalam pada itu,k jJika isteri duduk di rumah tak buat kerja apa-apa, tak masak, tak basuh baju, makan order dari restoran saja, baju hantar dobi, dia tak kemas rumah, dia tak melahirkan anak, tak jaga anak, tapi dia hanya main Facebook siang malam 24 jam, maka tak perlu lagi beri duit belanja setiap bulan.
“Tapi jika isterinya membuat kerja-kerja di rumah seperti memasak, membasuh baju, mengemas rumah dan sebagainya, maka suami kena lah beri duit untuk isteri setiap bulan. Tak perlu tunggu isteri minta baru nak beri, jadilah suami yang gentleman. Diakan isteri kita yang kita duduk tergila-gila sebelum akad nikah dulu. Jangan buat tak ingat pulak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bedak Sejuk Campuran Beras Pulut, Kunyit & Kulit Kayu Manis, Jerawat Hilang, Kulit Jadi Anjal
Bedak sejuk memang sejak dari dahulu lagi menjadi amalan nenek moyang kita. Ia mampu merawat kulit wajah berjerawat di samping menjadikan kulit wajah lebih halus dan anjal. Jerawat memang boleh dikatakan ‘musuh’ utama kulit wajah. Sesiapa sahaja yang mengalami masalah jerawat pasti akan berasa kurang keyakinan diri.
Apabila jerawat mula menghinggapi kulit wajah, solekan setebal mana pun tidak mampu menyembunyikannya. Apa kata anda cuba bedak sejuk versi cara cepat dan mudah. Hanya menggunakan tiga bahan sahaja. Boleh buat untuk stok dan kemudian simpan dalam peti sejuk. Tidak sesuai simpan di luar, bimbang berbau atau pun berkulat.
BAHAN-BAHAN:
Beras pulut
Kunyit hidup
Kulit kayu manis
CARA-CARA MEMBUAT:
1. Basuh beras pulut dan rendamkan semalaman atau sejam (ikut mana kita suka)
2. Buang kulit kunyit (kuantiti kunyit ikut kesesuaian dengan beras pulut)
3. Kisar kering beras pulut bersama kunyit (jangan dicampur dengan air)
4. Campurkan kulit kayu manis. Jangan terlalu banyak. Takut panas muka. Boleh guna setengah sudu kecil. Kemudian kaccau hingga sebati.
5. Kulit kayu manis ikut suka sama ada hendak tumbuk atau pakai serbuk yang sedia jual di kedai.
6. Simpan di dalam bekas. Tutup rapat dan simpan dalam peti sejuk. Barulah tahan lama
7. Apabila hendak pakai, ambil sedikit, barulah campur dengan sedikit air.
BERIKUT LANGKAH DEMI LANGKAH MEMBUAT BEDAK SEJUK VERSI CEPAT DAN MUDAH:
Kisar semua bahan dengan kaedah kisar kering ikaitu tanpa dicampur dengan air.
Simpan di dalam bekas yang tertutup dan kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.
Ambil sedikit untuk digunakan.
Campurkan dengan sedikit air.
Sapukan rata pada seluruh kulit wajah.
Sebenarnya kita boleh mempelbagaikan ikut kesesuaian kulit muka kita. Ada orang suka campur madu dan asam jawa. Boleh jugak buat masker dengan putih telur. Dan tiga bahan ini juga kita boleh olah buat skrub badan juga.
Apa yang menarik tentang bedak sejuk kunyit + kulit kayu manis ini? Sebenarnya ia boleh membantu untuk mengecutkan jerawat, menegangkan kulit wajah dan menghilangkan gatal-gatal resdung pada kulit muka.
Kunyit memiliki sifat antikeradangan dan antioksidan yang penting untuk mengubati masalah kulit. Menggunakan kunyit sebagai pupur wajah bukan saja dapat meredakan keradangan akibat jerawat, malah mampu mengecutkan jerawat dan mengurangkan kemunculannya.
Sumber kredit: Hanie Inara via Masak Apa Hari Ini (MAHN)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Nak jumpa kawan tu ramai. Tapi nak jumpa sahabat tu, satu dalam sejuta. Sahabat sejati orang yang akan sentiasa bersama kita, tidak kira dalam suka dan duka, susah dan senang.
Itulah kisah antara dua pelajar yang tulus suci hatinya menunjukkan erti sebenar sebuah persahabatan. Menerusi perkongsian ibu kepada anak bernama Haziq, Arizaothman di laman Tiktok, tersentuh hati seorang ibu apabila anak istimewanya mempunyai rakan baik yang sanggup membantu anaknya setiap kali tamat sekolah.
Bukan sahaja setia di sisi sepanjang perjalanan pulang ke kereta, malah rakannya itu sanggup mengangkat begnya sehingga ke kenderaan.
Tidak cukup dengan itu, dia dilihat turut membukakan pintu buat anak syurga tersebut sebelum bantu meletakkan begnya. Tersentuh dengan perbuatan berkenaan, si ibu pun sempat bertanya mengapa dirinya sanggup menolong si anak setiap hari.
Ringkas dia menjawab, Haziq merupakan rakannya seakan-akan mengetahui peranan sebenar sebagai seorang sahabat. Tiada lagi yang mampu digambarkan si ibu melainkan hanya berasa sebak mendengarkan jawapannya.
Meneliti di ruangan komen, orang ramai turut memuji kebaikan yang dilakukan oleh kawan Haziq tersebut. Malah, mereka juga mendoakan mereka bersahabat sampai bila-bila.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.