Jaga Ibu Sakit Hingga Sanggup Tangguh Pengajian. Pengorbanan Yang Tidak Sia-sia!

Share

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya.

Begitulah derita kini yang ditanggung oleh anak muda ini. Setiap hari melihat ibu yang dicintai terbaring lemah di atas tilam  kesan menderita kanser payudara. Berbekalkan rasa tanggungjawab sebagai seorang anak, Mohd Khairul Adhar Mat Isa berusia 25 tahun, begitu ikhlas menjaga ibunya yang terlantar sakit di rumah.

Dan atas sebab itu juga, dia nekad untuk menagguhkan pengajiannya walhal kini berada di semesta tiga di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Memetik berita yang paparkan di Sinar Online ini turut dimaklumkan ibunya kini pengidap kanser payu dara tahap empat semenjak Disember tahun lalu.  

Selain itu difahamkan dengan berbekalkan duit pencen ibunya dan arwah ayahnya sebanyak RM 2,000 digunakan sepenuhnya untuk mengurus keperluan ibunya seperti membeli barang dapur, susu khas, lampin pakai buang dan sebagainya.

Apa yang nyata, bukan calang-calang orang boleh berada ditempatnyua, dan sekiranya ada yang ingin meringankan beban anak muda ini bolehlah salurkan segera.

 

 

IKLAN