Sejak dari lahir sampai lah meningkat dewasa, ibu bapa menjaga kita. Bila mereka sudah meniti akhir usia, menjadi tanggungjawab anak-anak pula menjaga orang tua mereka.
Ada sesetengah adik beradik, mereka akan bergilir menjaga ibu ayah yang sakit atau semakin uzur, malah ada juga yang melantik atau ada yang sukarela menjaga dikala adik beradik lain masing-masing ada tuntutan kerja.
Seperti perkongsian video di Tiktok ini, seorang kakak menggalas tanggungjawab menjaga ibunda tersayang sejak 2017 lagi, Namun siapa sangka, berkat kebaikan dan pengorbanannya itu, adik beradik yang lain menyiapkan kejutan buatnya.
Dalam satu majlis bacaan doa selamat di rumah, mereka sempat membuat agenda lain berkongsi berita gembira sebahagian keluarga menunaikan umrah bersama-sama.
Nama yang akan turut serta ke umrah diletakkan di banner dan ditutupi dengan tape, dan dipamerkan satu demi satu nama. Suasana menjadi gamat apabila nama si kakak yang menjaga ibu mereka juga ada di banner tersebut, rupanya adik bongsu mereka telah bersepakat untuk menaja si kakak untuk menunaikan umrah sebagai hadiah atas pengorbanan yang dilakukan selama ini.
Dalam video yang dikongsikan, jelas sekali wajah terharu kakaknya terkejut dengan hadiah yang tidak ternilai harganya dan lantas bangun terus menuju ke arah si ibu yang juga baru mengetahui kejutan tersebut.
Video yang berdurasi 2 minit dan 26 saat itu mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata terharu dengan keluarga ini yang tidak berkira antara satu sama lain, malah keakraban mereka patut dicontohi.
Sifat bawang putih yang kecil dengan ulasnya yang runcing membuatkan ia cukup sukar dikopek. Bukan itu sahaja, malah ia mengambil masa untuk memasak dengan lebih pantas.
Disebabkan itulah ada wanita yang sanggup membeli bawang putih yang sudah siap dikopek. Selain cepat dan mudah, tak perlulah anda fokus pada ulas bawang yang kecil dan menyukarkan.
Namun ada caranya untuk anda kopek bawang putih dengan lebih pantas. Pastinya ia lebih menjimatkan masa anda di rumah. Anak-anak pasti tak merungut kalau diminta mengupas bawang. Kerja jadi mudah. Cuba ni!
Rendam Air
Salah satu cara adalah dengan merendamkan bawang putih di dalam air. Leraikan satu labu bawang putih dan kemudian masukkan ke dalam mangkuk berisi air. Biarkan seketika kemudian barulah dikupas kulitnya. Lihatlah hasilnya.
Goncang
Cara ini sedikit berbeza namun sangat membantu. Leraikan satu labu bawang putih dengan menekannya dengan kuat. Kemudian golek-golekkan dengan tapak tangan. Apabila kesemuanya sudah terpisah, masukkan ke dalam bekas bertutup dan goncangkan dengan kuat beberapa kali. Buka dan lihat hasilnya, bawang anda sudah sedia terkopek dengan sendirinya.
Guna Pisau Rata
Pisahkan butiran bawang putih satu persatu dan tekan menggunakan pisau rata. Pastikan permukaan landas rata dan sekata. Tekan dengan pisau dan hasilnya bawang putih dan terkopek. Buanglah kulitnya.
Panaskan Dalam Microwave
Jika anda memiliki microwave di rumah, masukkan bawang putih ke dalam microwave dan panaskan selama beberapa minit. Hasilnya kulit akan mengelupas dengan sendirinya.
Bungkus Kain
Menggunakan kain juga adalah petua yang mujarab. Pisahkan labu bawang putih satu persatu kemudian bungkus bawang putih dengan kain. Buat bunjut kemudian gosokkan dengan menggunakan tangan. Ini akan membuatkan kulit bawang menggelupas dengan mudah.
Alat Silikon
Yang perlu anda tahu, sejenis alat khas dicipta untuk memudahkan proses mengupas kulit bawang ini. Silikon khas ini boleh anda dapati di kedai menjual peralatan dapur. Masukkan seulas bawang putih ke dalam bekas silikon kemudian tekan dan golekkan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap orang ujiannya berbeza-beza. Ada yang diuji dengan anak, ada pula ujiannya melalui harta benda . Yang pasti setiap ujian yang kita lalui itu adalah penanda aras sejauh mana kita reda dan sabar menerima segalanya.
Allah uji tanda Dia sayangkan kita dan pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Usah kita melihat dari sudut yang negatif. Seperti mana yang kita semua lalui kini dek penularan Wabak Covid-19.
Disebalik segala kesulitan, ada manisnya kerana waktu inilah kita dapat habiskan masa bersama keluarga, merehatkan tubuh dan minda dari diasak dek tuntuan kerja sehari-hari dan sebagainya. Jadi, pandang ujian itu dari pelbagai sudut, dan jangan hanya nampak yang negatif sahaja.
Perkongsian yang cukup bermanfaat dari saudara Firdaus Mokhtar ini juga baik untuk kita manfaatkan bersama.
Atas nasihat doktor aku pergilah buat x-ray. Sakit dekat tulang rusuk belah kanan yang dah seminggu lebih. Syukur urusan daripada tunggu giliran sampai dipanggil masuk ke bilik x-ray tu kejap sahaja. Tak sampai 20 minit.
Nak tunggu laporan x-ray tadi jururawat minta tunggu sekejap dekat ruang menunggu. Dah tahu mesti kena tunggu, aku dah siap bekalkan tangan aku dengan sebuah buku. Buku Cerita Bilik Guru, tulisan 4 orang cikgu yang femes dekat fesbuk.
Tengah aku selak muka surat demi muka surat, datang seorang lelaki berkerusi roda. Ada perempuan tolak dia. Aku jangkakan itu isteri dia. Mereka bersembang tak sampai 2 minit, bersalaman lepas tu perempuan tadi pergi. Tinggal dia seorang.
“Mesti warded sini ni,” aku bercakap dalam hati. Nampak gelang putih plastik dekat tangan kiri dia tanda dia pesakit dekat KPJ Damansara ni. Aku tengok ke kaki dia ada kesan lebam dekat semua jari kaki. Biru kehijauan. Kiri kanan sama sahaja.
Aku pandang dia, kebetulan dia pandang aku juga. Kami bertukar senyuman.
“Eksiden ke bang?” Spontan aku tanya. “Tak. Saya jatuh tangga,” balas abang tadi. Dia kenalkan diri dia, abang Zul.
Dia ceritalah macam mana jadi sampai kaki dia jadi macam tu.
“Allah. Allah. Allah..” itu je mampu aku balas. Ngeri woih. Kecil kelopak mata aku dengar cerita abang Zul. Kejap kejap aku tutup mata, pejam sekejap. Nak menghilangkan bayangan cerita dia.
Hari tu dia balik rumah. Lepas parkir kereta naik tangga apartmen dia tinggal dekat Mutiara Damansara. Masa tu hujan. Kawasan tangga itu basah sikit sebab banyak tempias air.
Entah macam mana dekar hujung tangga dia tergelincir. Jatuh berduduk daripada anak tangga yang paling atas. Terus terhentak menggelongsor atas satu anak tangga ke anak tangga bawah. Satu satu anak tangga tu dia terhentak dalam keadaan terduduk.
Tak boleh berhenti sebab tangga basah. Dan tak sempat nak capai apa-apa dia kata. Punya licin dia menggelongsor sambil terhentak tu sampai anak tangga paling bawah. Agaknya sebab laju dia sampai bawah tu kaki dia tahan dinding depan tangga. Masa ni setakat rasa sakit belakang pinggang. Iyalah satu tingkat juga dia jatuh.
Dia kata dia bangun lah. Bangun macam biasa. Elok dia bangun dia terjatuh lagi sekali, terhentak menggelongsor lagi macam tadi. Kali ini ke tangga setingkat bawah lagi.
Allahu akbar. Rupanya masa dia tahan ke dinding tadi tu, tulang tumit dia patah dah kiri kanan. Dia tak rasa lagi, terus berdiri. Kaki tu dah tak boleh berdiri. Itu yang terus longlai kaki dia jatuh ke bawah setingkat lagi.
“Dekat bawah tu tak larat langsung dah. Masa tu rasa sakit tak tahu macam mana. Nasib ada cleaner dengan pekerja apartment tu. Saya minta tolong panggilkan ambulans,” nampak tenang dia bercerita.
“Benda tak sangka kan bang?” Aku sambut cerita dia tadi.
“Itulah. Dah seminggu saya dekat sini. Seminggu ni juga tak merasa nikmat berjalan,” dia senyum. Pandang tepat ke mata aku. Abang Zul sambung, ”Kadang Tuhan nak bagi kita rehat daripada buat benda lain dan tumpu ke Dia. Kenalah banyak ibadah lepas ni.”
O Tuhan. Tepat ke rusuk aku yang sakit tu rasanya. Menikam sekejap sekejap. Sikit pun tak ada riak wajah kecewa atau sedih kaki dah tak dapat berjalan. Senyum dan tenang sahaja.
Begitulah kawan-kawan, kalau kita kenal sesuatu ujian itu sebuah kebaikan yang Tuhan tentukan untuk kita, kita tak akan senang-senang nak geram geram, lebih lagi lah nak marah marah ye dak.
Kita memang bakal diuji. Jenis atau bentuk ujiannya sahaja yang berbeza. Semuanya sesuai dengan kita.
“Encik Muhamad Firdaus!” suara akak kaunter panggil nama aku. Aku minta izin untuk uruskan bayaran dan ambil laporan x-ray sekejap.
Sebelum balik sempat aku tanya dia kerja mana. Rupanya dia pemilik satu kedai makan dekat The Strand Kota Damansara. Mujur dia kerja sendiri, tak adalah terganggu urusan kerja dia sangat sebab ada ramai pekerja. Kalau tidak payah juga, nak elok kaki tu makan bulan rasanya.
Nak gerak balik aku hulur tangan ke dia, nak bersalaman. “Sedap nama Firdaus. Nama syurga. Moga dapat syurga lah nanti,” itu kata-kata akhir dia ke aku.
Amin, amin, amin.
Firdaus Mokhtar, Hargailah setiap langkah kaki kita. Selagi boleh berjalan, syukurlah.
Berdepan dengan keluasan ruang rumah yang terhad, kalau ikutkan hati biarlah perkakasan dan barang-barang yang ada di dalam rumah tu semua boleh disembunyikan daripada pandangan mata. Agar harapannya, ruang rumah akan terlihat besar dan luas.
Bagi mengatasi masalah ruang rumah yang kecil ini jugalah telah memberi idea kepada Nasibah Ramly dan suaminya untuk menghasilkan meja setreka multifungsi. Jika sekali pandang tiada siapa menduga disebalik cermin yang menjadi hiasan dinding itu adalah ironing board.
Rumah kami kecik, ruang amatlah terhad.. Penyelesaiannya….. Ironing Boards disebalik cermin.
Buat anda yang ingin memiliki ruang yang multifungsi seperti ini, bolehlah ikut langkah-langkah untuk hasilkannya sebagaimana yang dikongsikan ini.
Bahan-bahan yang diperlukan:
Papan plywood 9mm
cermin
Gam dari Mr diy (gam warna kuning ada pistol tu)
Ironing board
Wallpaper
Langkah demi langkah :
1. Buat bentuk ikut ukuran
Ukur plywood ikut besar ironing board. Kalau ada almari lama atau plywood terpakai boleh je guna. Saya pun guna yang terpakai sebab tu ada nampak kayu penyambung dekat bahagian dalam.
2. Transform Ironing Board
Ironing board tu saya guna yang biasa, cuma ubahsuai sikit kakinya. Saya adjust 1 kaki untuk jadikan penahan, dan 1 lagi kaki dibuang.
Gambar di bawah pula bahagian kaki yang diubahsuai. Saya tambahkan penahan (bahagian warna brown) tu supaya ironing board boleh dilipat dan dapat berdiri dengan kukuh.
Bahagian letak seterika tu pun saya cabut dan buat tempat letaknya di tepi.
Kemudian bolehlah gantung cermin untuk sorokkan kotak ni. Saya tampal cermin ni guna gam MR DIY je. Bila guna cermin, ruang pun nampak lebih luas.