‘Jahit dekat sini (bahagian pipi) lagi sakit dari jahit beranak. Sakit sangat-sangat. Nasib tak kena di mata.’
Itu luahan yang dirasai isteri pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada selepas ditumbuk sebanyak tiga kali dan perlu menerima 10 jahitan Khamis lalu.
Memetik laporan Melodi, Shuhada ditanya respon Hafidz selepas melihat dirinya sudah berlumuran darah dan adakah sudah membuat permohonan maaf selepas melakukan keganasan rumah tangga?
“Tak boleh nak describe macam mana. Susah nak cakap. Kita tak tahu keikhlasan orang. Hanya Allah yang tahu.” katanya.
Shuhada juga menjawab soalan sama ada pernah kena lagi teruk selain daripada kejadian ditumbuk.
“Rasanya dia lagi tahu. Saya tak nak komen sangat, benda dah lepas. Saya harap perkara ini boleh dijadikan iktibar untuk semua. Kalau pun pernah terjadi, saya serahkan kepada pihak polis untuk selesaikan.” katanya.
Ibu kepada dua cahaya mata ini menyatakan dia sudah menyerahkan segala bukti kepada pihak polis dan menegaskan kepada pihak ketiga untuk tidak berasa takut sekiranya bukan menjadi punca berlaku pergaduhan.
Ads
“Saya sudah serah segala bukti-bukti kepada pihak polis untuk jalankan siasatan. Kalau betul pihak ketiga tidak bersalah, dia tidak perlu takut. Saya memang di pihak yang benar.
“Saya sudah tujuh tahun berkahwin dengan Hafidz. Saya tahu perangai dan nak handle dia. Daripada pengalaman-pengalaman lepas, apa yang berlaku, kalau saya mengeluarkan kata-kata provokasi kepada dia, memang saya bodoh untuk dapatkan luka macam ini.
“Orang luar di sana, korang tak kenal saya macam mana. Saya dan Hafidz masih bercakap baik. Saya juga tidak akan menjatuhkan maruah untuk pergi tarik rambut orang ketiga. Nak kata saya sengaja menyebarkan aib, selama ini pun saya tak ada media sosial.” tambahnya
Selain itu, Shuhada menekankan dia tidak akan memburukkan pemilik nama Muhammad Hafidz Roshdi kepada anak-anak kerana mereka memerlukan kasih sayang dari seorang ayah.
Ads
Dalam pada itu, anak kelahiran Perlis ini turut menitipkan ucapan sekiranya ditakdirkan Hafidz berkahwin dengan ‘penyondol’ iaitu Athira Yuhada.
Biarpun rumah tangga sedang diuji, namun sebagai ibu, Puteri Sarah enggan membiarkan hal tersebut diketahui oleh anak-anaknya.
Keputusan itu dibuat demi menjaga hati serta emosi dua anaknya iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 2.
“Anak-anak tak tahu dan saya nak kekalkan begitu.Anak-anak dikelilingi orang-orang yang positif dan jauh dari persekitaran yang toksik. Jadi saya nak kekalkan begitu supaya pembesaran dan emosi mereka terjaga,”katanya.
Sarah berkongsi luahan tersebut menerusi Instagram Storiesnya semasa menjawab pertanyaan seorang pengikut yang bertanyakan tentang hal tersebut.
Akuinya, sebelum ini pernah berdepan dengan situasi gagal mengawal stres sehingga menyebabkan anak-anaknya terkena tempias.
“Dulu, masa awal-awal, saya pun pernah terlepas marah dekat Syaikhul. Kasihan dia. Sampai sekarang, saya rasa diri ini bukan seorang ibu yang baik bila teringat apa yang saya pernah buat.
“Tapi Syaikhul tak ingat. Saya cuba menjadi seorang ibu terbaik buat anak-anak saya. Lama-lama, saya belajar untuk kawal diri. Dekatkan diri dengan orang-orang yang positif.
“Sibukkan diri dengan bekerja, kerja dari rumah pun okey. Keluarkan diri kita dari persekitaran yang toksik itu. Bila saya dah keluar dari persekitaran sebegitu, saya rasa lebih hidup dan gembira,”katanya.
Dalam pada itu, pelakon ini juga berkongsi antara cara untuk cuba melawak stres itu adalah dengan mengaji Al-Quran.
“Bila saya mula mengaji semula pada tahun lepas, jiwa rasa terisi dan kuat. Setiap hari cuba isi walau 20 minit . Dengan mengaji, ia buat hati saya rasa tenang. Saya dapat semula kawal diri dan sedar bahawa dunia ini hanyalah sementara.
“Alhamdulillah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Walau sibuk dengan penggambaran, macam-macam masalah melanda, saya pun dah khatam Al-Quran. Bagi saya, mengaji bantu saya untuk berfikiran waras dan sentiasa positif,”katanya.
Sebelum ini, media tempatan melaporkan rumah tangga Syamsul dan isterinya, Puteri Sarah didakwa dilanda masalah hingga mendapat perhatian netizen.
Pasangan itu berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata.
Hati mana yang tak sebak apabila menjelang hari raya mendapat khabar duka.
Ayah tersayang pergi selama-lamanya menghadap sang pencipta.
Lebih sebak, apabila pemberian buat ayah tidak sempat diterima.
Begitulah yang dirasai oleh wanita ini yang kehilangan ayah yang terlibat dengan kemalangan jalan raya.
Malah kiriman kuih raya dan duit raya tidak sempat diterima arwah.
Ikuti lanjut luahan hati anak ini.
Cuma nak meluah..masih belum terima hakikat smlm adalah hari paling sakit buat saya.. kehilangan satu2 nya lelaki yang paling menyangi saya seikhlas hati iaitu ayah saya. meninggal dunia akibat kemalangan kena langgar dengan triton dan meninggal di tempat kejadian.. tak pernah terbayang saya akan kehilangan ayah saya menjelang hari raya.
Ayah saya terseret lbh kurang 30m dan pecah tempurung kepala. meninggal saat tu jugak masa mandikan darah tanpa henti keluar..saya terkilan keluarga yg langgar xdtg pn mohon maaf pd kami..
ARWAH TAK SEMPAT TERIMA DUIT DAN KUIH RAYA
Hajat kami tercapai nak raya adik beradik semua tapi dah xguna Ayah tiada lagi..smlman tak mampu lena terbyg apa yg jadi. baru kemarin saya kirimkan duit raya ,kuih raya dan 2 helai baju raya pada abg sy utk ayah. belum sempat dia tengok dan terima brg2 tersebut dia telah dulu pergi meninggalkan kami.
Doakn sy kuat nk terima ayah saya tiada lagi di dunia ni. saya sedar allah hanya beri saya pinjam ayah selama 30 tahun.alfatihah ayahku syg. damaila di sana di negeri abadi ayah..kami iringi dgn doa. kami syg ayh. ayh meninggal dgn wajah senyuman dan bersih pd 29 ramadan..
Sumber: Facebook Puan Eha
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tidak dinafikan ramai ibu bapa risau mengenai sikap anak yang ‘ketagih’ bermain gajet.
Situasi ini mengakibatkan anak alpa dengan pelajaran.
Sikap begini akan mengganggu motivasi anak untuk fokus belajar.
Nak tahu cara untuk pisahkan anak dengan gajet. Ikuti panduan ustazah ini yang merupakan pendidik disebuah sekolah.
Pisahkan anak dari gajet
Mungkin tip ini dapat membantu. Saya kumpulkan disini cara ibu ayah hebat bantu anak mereka agar tidak terikat dengan gajet
1. Anak-anak kena faham tujuan gajet itu diberikan kepada mereka
Gajet adalah untuk PdPR, bukan untuk hiburan. Jika penggunaannya sudah tersasar jauh, anak-anak perlu disedarkan tentang perkara itu. Anak-anak leka dengan gajet sehingga abaikan PdPR, tidur lewat malam kerana bermain game, mengingatkan saya kepada kata-kata seorang ilmuan, manusia akan rosak jika terlalu ta’asub dengan hiburan, melayari Internet tanpa batasan. Gajet ini seperti pisau yang menghiris dan melukai anak-anak kita. Selalulah ibu ayah meminta petunjuk dan hidayah daripada Allah agar anak-anak kita diberikan kesedaran dan rasa tanggungjawab.
2. Selesai PdPR, bina aktiviti bermanfaat untuk anak-anak. Pisahkan mereka daripada gajet dan perbanyakkan komunikasi, cari point penting untuk dibualkan dan wujudkan kemesraan. Tiada apa yang mampu menarik anak-anak untuk bercakap dengan ibu ayah melainkan mereka mendengar ungkapan yang indah, menyenangkan dan baik dari kita. Kurangkan menghukum, mengarah atau terlalu tegas. Jadi seperti kawan bagi anak-anak remaja, bercakap dari hati ke hati.
3. Berjamaah setiap kali waktu solat. Bila solat sendiri-sendiri, adakah kita yakin anak-anak akan laksanakan. Dalam masa 5 hingga 10 minit biar anak-anak depan mata kita solat berjemaah dan latih mereka untuk menyebut kalimah-kalimah toyyibah, zikir pada Allah dan baca surah-surah lazim.
4. Waktu petang ajak anak-anak keluar untuk bersenam, berjoging, main bola dan sebagainya. Sesekali bawa mereka menikmati keindahan alam di tepi pantai, jeram ataupun sungai. Kehidupan anak-anak hari ini sangat berbeza dengan zaman kita dulu, mereka tidak lagi merasai nikmat zaman Kanak-Kanak yang sangat indah dan menyeronokkan.
5. Selepas selesai solat maghrib berjamaah jadikan membaca Al-Quran sebagai rutin satu keluarga sementara menunggu Isyak. Galakkan anak-anak membaca dan menghafaz ketika ini.
6. Tidur awal, bermula pukul 10 hingga 10.30 malam. Anak-anak yang ketagihan gajet akan berjaga hingga pagi untuk bermain game. Ibu ayah yang saya kasihi.. Anak-anak kita bakal pemimpin masa hadapan, jika zaman remaja mereka dicorakkan dengan habit yang bertentangan dengan fitrah, kemungkinan besar ia memberi kesan negatif kepada anak-anak ini bila mereka dewasa nanti.
Ustazah Aminah bersama pelajar-pelajarnya . p/s: Gambar diambil sebelum wabak Covid-19.
Jarakkan anak-anak dari gajet, penuhi hidupnya dengan penuh bermakna.
Sumber: Aminah Mat Yusoff
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di