Kemahiran menjahit yang kita tahu walaupun tidaklah seperti profesional, namun tidak salah kiranya dari masa ke semasa kita belajar ilmu jahitan.
Umpamanya jika ingin menjahit fabrik lycra untuk dijadikan skirt untuk anak-anak ataupun tudung, ada tip dan caranya yang kita perlu tahu andai guna fabrik tersebut.
Keterangan lanjut tentang ini dikongsikan oleh Qurra Saim.Jom semak.
TIPS MENJAHIT KAIN LYCRA
Kebiasaan masalah yang berlaku apabila menjahit kain jenis lycra adalah jahitan melangkau atau benang tidak berkait pada kain mahupun kain tidak bergerak atau stuck semasa menjahit.
Ads
Jika masalah ini yang berlaku anda harus mencuba setiap satu solusi ini, kerana keupayaan mesin adalah berbeza-beza.
1 JARUM
Biasanya untuk mesin industri,gunakan saiz jarum no 11 untuk jahit lycra tetapi bergantung kepada ketebalan kain.
Jika kain sederhana tebal,gunakan saiz 13. Digalakkan menukar saiz jarum untuk mengelakkan jarum patah.
Ads
2 TAPAK TEFLON
Gunakan tapak teflon untuk menjahit kain lycra. Tapak teflon juga boleh digunakan menjahit PVC,PU dan kulit.
3 KETEGANGAN BENANG
Ketegangan benang juga merupakan faktor penting semasa menjahit lycra tau.
Fabrik lycra adalah fabrik yang mudah diregang, jadi ketatkan ketegangan benang dengan memulas ke arah jam jika mata jahitan asal melompat lompat atau longgar.
Fabrik lycra perlukan ketegangan benang yang lebih untuk mencengkam fabrik so,apa yg anda perlu buat?????
Buat Adjustment secara sedikit demi sedikit sehingga mendapat mata jahitan yang dikehendaki.
Jika mata jahitan terlampau rapat dan tegang, pulaskan ke arah lawan jam dan sebaliknya jadi anda mesti bijak tau membuat adjustment ni….
4 MATA JAHITAN
Elakkan gunakan mata jahitan yang terlampau kecik seperti 2 atau kurang, kerana jahitan yang terlalu kecik menyebabkan jahitan tak cantik
Sebaiknya guna saiz 2.5 atau 3 supaya jahitan lebih cantik.
Jom praktik jahit kain lycra… lama lama anda akan mahir
Sejuk perut ibu mengandung… demikian yang boleh diungkapkan dengan penuntut bernama Hakeem Mohammad Akmal, 18 yang mencipta kejayaan sekaligus mengharumkan nama negara mendapat skor penuh 100 peratus bagi kertas FA1 Recording Financial Transactions. Sekali gus mencipta sejarah dunia dengan berada di tempat pertama bagi subjek berkenaan.
Dia yang memiliki pengetahuan asas dalam bidang perakaunan sedikit pun tidak menghalang penuntut program Certified Accounting Technician (CAT) Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi Mara (UiTM) memperoleh skor penuh berkenaan bagi sesi Julai – Disember 2019. Seterusnya berjaya mengekalkan kecemerlangan selepas memperoleh keputusan 9A pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.
Hakeem berkata, dia tidak menyangka akan menerima anugerah berkenaan yang dikurniakan oleh badan profesional perakaunan The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) United Kingdom memandangkan dia tiada asas dalam perakaunan berbanding rakan kuliah lain yang lebih berpengalaman.
“Sebelum ini saya mengambil jurusan sains tulen di peringkat sekolah menengah, namun saya buat keputusan tukar haluan kerana ingin mencuba sesuatu yang baru dan lebih mencabar.
“Alhamdulillah urusan saya dipermudahkan apabila dikelilingi rakan serta tenaga pengajar yang banyak membantu walaupun saya terlalu banyak bertanya,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.
Berkongsi tips belajar, anak ketiga daripada lima beradik itu masih keluar bersama rakan melakukan aktiviti seperti menonton wayang dan bersukan, namun dia meletakkan had supaya tidak leka.
“Jangan lagho (leka) sangat, kena pandai ‘control’. Tugas kita sebagai penuntut harus belajar sampai dapat yang terbaik, jangan pula terbaik dalam melepak.
“Saya juga bertuah kerana pensyarah yang mengajar kertas ini banyak membantu biarpun di luar waktu kelas. Saya pula seorang yang tidak akan puas selagi tidak faham sesuatu perkara.
“Di sini, saya dapat lihat kerjasama daripada tenaga pengajar dan penuntut amat penting untuk sama-sama berjaya kerana jika sebelah pihak saja yang bersungguh-sungguh mungkin tidak akan ke mana,” katanya yang berasal dari Langkawi, Kedah.
Katanya, dia merancang melanjutkan pengajian dalam bidang percukaian di UiTM melalui ACCA memandangkan jurusan itu agak mencabar dan mempunyai peluang pekerjaan yang luas.
“Zaman sekarang kita perlu bijak mengatur langkah. Belajar sesuatu yang boleh mendatangkan kebaikan pada masa depan dan bukan sekadar untuk memenuhi minat. Minat boleh datang kemudian, yang penting kesungguhan untuk mengubah masa depan.
“Kelilingi juga diri dengan orang yang positif dan rajin. Itu semua menyumbang kepada kejayaan tanpa kita sedari. Insya-Allah, kejayaan akan menyusul selepas kita lakukan yang terbaik di samping menjaga hubungan dengan keluarga dan Allah SWT,” katanya.
Terdahulu, UiTM memuat naik ucapan tahniah kepada Hakeem selepas diumumkan penuntut terbaik dalam kertas FA1 Recording Financial Transaction.
Lama tidak mendengar berita pasangan ini. Semalam, pelakon dan hos, Sazzy Falak berkongsi berita suaminya cedera dalam satu kemalangan ketika mengayuh basikal.
Tanpa menjelaskan secara detail kemalangan tersebut, Sazzy menerusi instagram Stories miliknya hanya memberitahu suaminya terjatuh teruk (bad fall) ketika berbasikal bersama kawan-kawan.
“Akhirnya ada masa untuk update. Terima kasih kepada semua yang mengambil berat, memberikan ucapan serta doa. Suami Nash Idrus berada dalam keadaan stabil, Alhamdulillah.
“Collarbone sebelah kirinya patah empat dan tiga tulang rusuknya retak. Walaupun dia mengalami concussion selepas kemalangan, CT scan menunjukkan semuanya berkeadaan baik,” tulis Sazzy.
Menurut Sazzy lagi, ketika ini mereka sedang menanti berita daripada pasukan orthopaedic sama ada suaminya perlu menjalani pembedahan atau tidak.
Tambah Sazzy lagi, paru-paru Nazril tidak mengalami sebarang kecederaan dan pasukan pembedahan memberitahu tulang rusuknya akan baik sendiri tetapi memerlukan masa.
“Dia akan berada di hospital beberapa hari untuk pemantauan,” tambah Sazzy lagi.
Sazzy atau nama penuhnya Sazlini Shamsul Falak berkahwin dengan Nazril Idrus pada 2006. Pasangan ini dikurniakan bayi kembar perempuan yang bernama Lily Imaan dan Tiara Rose.
Liyana Jasmay PJJ menjadi topik perbualan hangat apabila pelakon dan penyanyi itu berkongsi pesanan arwah ibunya tentang cinta yang begitu mendalam maknanya. Kata-kata tersebut nyata menyentuh hati ramai, lebih-lebih lagi dalam kalangan pasangan suami isteri yang sedang melalui fasa perkahwinan jarak jauh.
Liyana mencuri perhatian apabila tampil membuka ruang kepada pengikutnya untuk berkongsi pengalaman menjalani hubungan jarak jauh atau PJJ dalam rumah tangga. Soalan yang diajukan nampak ringkas, namun cukup dekat dengan realiti ramai pasangan hari ini yang terpaksa berjauhan atas tuntutan kerja dan tanggungjawab harian.
Menerusi satu hantaran di media sosial, Liyana meminta orang ramai berkongsi cabaran dan solusi apabila berdepan rasa rindu terhadap pasangan yang berada jauh.
“Siapa dekat sini percintaan jarak jauh? Kongsi sikit cabaran and solusi bila rindu and dia (pasangan) jauh!” tulisnya.
Perkongsian itu pantas mendapat perhatian ramai. Ruangan komen dibanjiri pelbagai pandangan dan pengalaman daripada netizen yang pernah atau sedang melalui situasi sama. Dalam konteks Liyana Jasmay PJJ, jelas ramai yang dapat mengaitkan diri dengan isu ini kerana hubungan jarak jauh bukan perkara asing dalam kehidupan moden hari ini.
Ada yang berkongsi tip berkomunikasi secara konsisten, ada juga yang menekankan kepentingan kepercayaan, sabar dan usaha mengekalkan kemesraan walaupun tidak dapat selalu bersama. Semua ini menunjukkan bahawa hubungan jarak jauh memerlukan komitmen yang lebih kuat berbanding hubungan biasa.
Antara komen yang mencuri perhatian Liyana ialah pandangan seorang pengguna media sosial yang menyatakan bahawa walaupun sudah berkahwin, pasangan tetap perlu kekal romantik seperti waktu bercinta. Dalam situasi Liyana Jasmay PJJ, pandangan ini sangat relevan kerana jarak sering kali menguji emosi dan kesetiaan pasangan.
Komen itu ternyata cukup dekat di hati Liyana. Membalas pandangan tersebut, dia kemudian berkongsi satu nasihat arwah ibunya yang sehingga kini menjadi pegangan dalam kehidupan berumah tangga.
“Arwah mama saya pesan, cinta kena pupuk. Tak boleh biar saja dan berharap ia akan tumbuh bunga sebab macam pokok kalau tak siram dia akan mati.
“Jadi, kita kena baja dan siram cinta kita,” kongsinya.
Pesanan itu mungkin kedengaran sederhana, namun maknanya sangat besar. Dalam sesebuah perkahwinan, cinta bukan sesuatu yang boleh dibiarkan bergerak sendiri tanpa perhatian. Ia memerlukan usaha, masa, komunikasi dan keikhlasan daripada kedua-dua pihak. Dalam kisah Liyana Jasmay PJJ, nasihat ini menjadi sangat relevan terutama bagi pasangan yang berjauhan.
Hakikatnya, dalam kehidupan berumah tangga, rasa sayang perlu sentiasa dipelihara. Lebih-lebih lagi apabila pasangan diuji dengan jarak, kesibukan kerja, keletihan mengurus anak-anak dan pelbagai komitmen harian. Jika tidak dijaga, hubungan yang pada awalnya indah boleh menjadi hambar sedikit demi sedikit.
Sebab itu, pesanan arwah ibu Liyana ini begitu dekat dengan hati ramai. Cinta tidak cukup hanya dengan perasaan, sebaliknya perlu dibuktikan dengan tindakan. Bertanya khabar, meluangkan masa berbual, memahami emosi pasangan dan menghargai usaha kecil satu sama lain juga adalah cara menyiram kasih sayang dalam rumah tangga. Dalam konteks Liyana Jasmay PJJ, perkara kecil seperti ini boleh menjadi penyelamat hubungan.
Perkongsian Liyana ini juga mengingatkan kita bahawa nasihat seorang ibu selalunya ringkas, tetapi penuh hikmah. Bila dikenang semula, kata-kata itulah yang sering menjadi panduan paling bermakna dalam melayari kehidupan berkeluarga.
Semoga perkongsian ini menjadi ingatan buat semua pasangan bahawa cinta yang bahagia bukan hadir sendiri, tetapi perlu terus dipupuk agar kekal mekar sampai bila-bila. Kisah Liyana Jasmay PJJ ini bukan sahaja menyentuh hati, malah membuka mata ramai tentang pentingnya usaha dalam mengekalkan hubungan, walaupun dipisahkan oleh jarak.
Muhammad Raiyan Nufael meninggal dunia selepas rebah ketika latihan ragbi di Melaka. Kisah kenangan terakhir bersama ayah menyentuh hati ramai dan mengundang rasa sebak.