Jambu Batu Elok Buahnya Di Pokok. Begini Cara Jaga Dari Putik Hingga Boleh Dituai!

Share

Menurut perkongsian Dr Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan, buah jambu batu mengandungi lebih tinggi Vitamin C daripada buah oren?

Pucuk ubi pula, adalah antara sayur yang mengandungi vitamin C tertinggi!

Menurut RNI* cadangan pengambilan Vitamin C adalah 70mg sehari. Ni saya kongsi senarai sumber-sumber vitamin C semulajadi. Jika kita pilih makanan yang sesuai, tak perlu vitamin tambahan.

RNI = Recommended Nutrient Intake.

Semoga bermanfaat! Pilih makanan yang sihat!

Jadi bila kita sudah tahu kelebihan buah jambu batu ini, ada baiknya untuk ditanam di laman rumah. Jika berbuah bolehlah dimakan bersama keluarga.

Sebelum itu ketahui juga  cara membungkus jambu batu yang dikongsikan oleh Wan Ali Norhayati

 

Peralatan dan bahan
Stapler
Surat khabar
Plastik

Cara2nya
1.pilih putik jambu yg dah agak besar dlm gambar.

2.steplerkan dengan surat khabar

3.bungkus dengan plastik

4.Tunggu buah jambu masak ranum biasanya warna hijau muda

5.Petik

6.Baca doa makan

7.Makan dengan sopan

8.Dah habis makan baca alhamdulillah

9. Jangan lupa bagi baja dan air pada pokok jambu UTK menikmati buah yang seterusnya

 

 

IKLAN