Kalau dapat buat sendiri jamu pastinya lebih puas hati dan paling utama kita tahu kualiti jamu yang dihasilkan adalah original dan dalam masa yang sama menjimatkan berbanding beli yang sedia ada dipasaran.
Fungsi jamu pastinya untuk kesihatan dalaman, sekaligus mampu memberi kesan pada kecantikan luaran wanita. Ini sebagaimana perkongsian daripada Noraini Kahal menunjukkan bagaimana cara-cara nak buat jamu manjakani. Ikuti perkongsian bermanfaat ini.
KAPSUL MANJAKANI HOMEMADE Bahan-bahan :
Buah Manjakani
Kapsul kosong
Cara buat :
Sangai seketika buah manjakani.
Tumbuk dengan lesung batu untuk pecahkan manjakani.
Kisar hingga halus.
Tapis.
Masukkan ke dalam kapsul.
Ads
Ekstra Info
1) Kapsul kosong beli di farmasi RM3.20/100pcs
2) Manjakani boleh beli di kedai sensei, kedai runcit india or pasaraya
3) cuci dulu baru sangai manjakani sekejap sahaja, asalkn biji manjakani panas.
4) Amalkan sebiji sehari.
5) Kalau period tu tak perlu amalkan. Just buat basuhan sahaja.
6) Biji manjakani ni kena tumbuk dulu sebelum dikisar sebab kalau tak ditumbuk boleh pecah blender.
7) Guna sarung tangan getah untuk masukkan serbuk manjakani dalam kapsul untuk menjaga kebersihan. Masukkan guna sudu sahaja, sangat mudah.
KHASIAT MANJAKANI
Berikut antara manfaat dan khasiat yang terdapat dalam buah manjakani
1. AWET MUDA
Antioksida melambatkan proses penuaan sel.
2. PENCEGAHAN BAU YANG TIDAK DIINGINI
Manjakani dikatakan bersifat astringen, berupaya membasmi bakteria dan kuman yang mencetuskan bau kurang enak pada faraj.
3. MATA YANG SIHAT
Astringen terbukti dapat memberikan penglihatan yang jelas kerana ia mengecutkan tisu-tisu pada mata.
4. RAWATAN PAYUDARA
Oleh kerana manjakani mempunyai sifat-sifat menegangkan kembali otot-otot, maka amalan meminum minuman bemanjakani dapat memperbaiki payudara yang telah hilang keanjalannya.
Ads
5. KULIT KERING DAN BERMINYAK
Astringen juga dapat mengaawal kulit kering dan berminyak.
6. PELBAGAI KHASIAT MAKANAN
Disebabkan manjakani mempunyai serat makanan ia dapat melawaskan pembuangan air besar. Vitamin dan zat galian serta karbohidrat dan protein boleh memupuk kesihatan.
7. MEMULIH OTOT DALAMAN FARAJ
Tannin pada manjakani amat mampu menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan sekali gus merapatkan bahagian yang longgar, lemah atau kendur.
8. MENGAWAL LENDIR DAN LELEHAN FARAJ
Astrigen berupaya menyerap lendir dan lelehan faraj.
9. MENGECUTKAN TISU-TISU
Astrigen dikatakan berupaya mengecutkan semula tisu-tisu di dalam faraj terutamanya selepas bersalin.
10. MENEGANGKAN DAN MENCANTIKKAN KULIT
Astrigen dalam manjakani boleh mencantikkan kulit dan mencegah jerawat.
11. MENGUATKAN GIGI DAN KAYA DENGAN KALSIUM
Kalsium dalam manjakani boleh membantu menguatkan gigi dan tulang.
Ads
12. MULUT
Astrigen dalam manjakani dapat mengekalkan kebersihan mulut.
CARA DAN ATURAN GUNA
SEBAGAI LULUR/MASKER
Ambil serbuk buah manjakani ini dalam kuantiti separuh sudu kecil (terpulang kepada anda sebenarnya). Campurkan dengan air seolah-olah anda ingin memakai bedak sejuk. Agak-agak keperkatannya supaya mudah disapu. Sapu ke seluruh wajah anda. Biarkan ia betul-betul kering. Selepas itu, bilas dengan air bersih. Jika masalah muka anda teruk, sapulah setiap hari. Jika hanya untuk penjagaan sahaja, tiga kali seminggu sudah memadai.
Ia boleh juga digunakan untuk merawat luka samada luka biasa atau pembedahan perut selepas bersalin. Caranya, cuma sapu pes manjakani (serbuk yang dicampurkan dengan sedikit air)di tempat terbabit dan biarkan ia mengering. Selepas itu, dicuci perlahan-lahan sehingga bersih. Amalkan sehingga ia sembuh.
SEBAGAI EJEN PERAPAT / KEGUNAAN UNTUK BAHAGIAN SULIT
Bagi mendapatkan hubungan suami isteri seperti diimpikan, faraj wanita mestilah sentiasa dalam keadaan bersih, tidak berbau, rahim cantik terletak,faraj tidak banjir dan paling penting,maintain ketat bab perawan. Caranya cukup mudah. Ada beberapa cara sebenarnya.
Ambil serbuk manjakani dan campurkan dengan sedikit air lalu disapu ke pintu lubang faraj. Buat 3-4 kali seminggu pun sudah memadai. Tindakbalasnya akan segera dapat dirasai. Bertahanlah sedikit dengan rasa berdenyut-denyut di bahagian otot yang longgar sebab manjakani sedang bekerja untuk membantu anda.
SEBAGAI PENCUCI BAHAGIAN SULIT
Ambil satu sudu kecil serbuk manjakani ini dan campurkannya dengan segayung air(cebuk air). Kacau atau kocak-kocakkannya sehingga sebati dan gunakan semasa mencuci bahagian sulit anda. Air campuran yang lebih tadi bolehlah disimpan di dalam botol untuk kegunaan pada waktu-waktu yang lain.
*TIPS PENTING
Air janganlah disimpan di dalam botol terlalu lama sehingga berminggu-mingu. Bimbang ia akan bertukar menjadi masam sebab air paip kita bukanlah bersih sangat. Bakteria terlalu banyak. Jika air direbus terlebih dahulu lainlah ceritanya. Ia amat sesuai digunakan ketika wanita dalam keadaan haid kerana ia amat kaya dengan bahan antiseptik dan antioksida. Seelok-eloknya gunakan setiap hari sebagai amalan. Cara ini juga berupaya untuk mengetatkan faraj anda.
sumber : Noraini Kahal Via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mengawal berat badan dan seterusnya memiliki berat badan yang ideal tentunya ada banyak cara dan amalan yang dilakukan. Selain melalui pemakanan yang sihat dan melakukan aktiviti bersenam, bahkan mengamalkan petua juga tidak kurang hebatnya dalam memberikan kesan pada tubuh badan.
Ini seperti mana kaedah mengamalkan petua yang dikongsikan oleh Aisyah Badar Bajrai . Menurutnya, minum air daun parsley yang dicampur dengan perahan lemon boleh memberi kesan pada sesiapa yang ingin menurunkan berat badan.
“Aisyah share petua kurus yang best tapi simple. Macam biasa, kita guna bahan simple-simple jek. Ramai bagi feedback berat badan turun 3-5 kg dalam masa 2 minggu bila konsisten buat petua ni,” ujarnya pada perkongsian di facebook.
TEH PARSLEY UNTUK KURUS
Bahan- bahan;
1 genggam daun parsley dengan batang ( boleh guna jenis daun flat atau yang bergulung)
1 hiris jus lemon
1 gelas air panas mendidih
Cara buat;
1.Rendam parsley dalam segelas air panas mendidih.
2.Bila teh parsley dah suam, masukkan jus lemon.
3.Minum masa perut kosong.
Teh parsley ni sebenarnya rendah kalori tapi kaya dengan macam-macam vitamin yang best macam vitamin A, B, C, K, potassium dan iron.
Parsley ni sebenarnya kaya dengan chlorophyll juga tau. Sebab tu dia boleh detox badan dan kuruskan badan. Bila minum teh parsley ni, korang akan kurang rasa craving dan dia bantu kontrol lapar. Selamat mencuba
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Mencari solusi untuk menghalau lipas daripada berlegar-legar di ruangan dapur selain menggunakan racun serangga ada baiknya jika digunakan kaedah lebih selamat dengan menggunakan bahan-bahan tersedia di rumah. Apa yang pasti terdapat pelbagai pilihan kaedah dan cara boleh dipraktikkan dan semuanya mudah untuk dilakukan.
Daun pandan
Anda juga boleh mengambil beberapa helai daun pandan, hiris nipis-nipis dan taburkan di dalam laci atau kabinet. Atau pun lebih mudah simpulkan daun pandan tersebut dan letakkan di sudut dalam kabinet. Dikatakan, lipas tidak suka pada bau daun pandan yang harum.
Buah pelaga dan kulit kayu manis
Dikatakan juga lipas tidak suka pada bauan rempah seperti buah pelaga dan kulit kayu manis. Jadi caranya cukup mudah, letakkan sahaja rempah ini di dalam laci kabinet dan ia tidak akan membiak di situ.
Baking Soda
Bahan-bahan:
1 sudu besar baking soda
1 sudu besar gula
Caranya:
Satukan dua bahan tersebut dan kemudian letakkan di dalam bekas. Sebaiknya letakkan bekas tersebut di dalam kabinet dapur yang menjadi laluan lipas.
Dikatakan bau kemanisan gula akan menarik minat lipas untuk makan ramuan tersebut manakala baking soda pula akan berfungsi membunuh lipas.
Buah lemon
Ambil sebiji lemon dan dihiris nipis. Letakkan di tempat yang dirasakan menjadi sarang lipas terutamanya di ruangan gelap seperti di dalam kabinet dapur. Cara ini bukan sahaja dapat menghalau lipas tetapi dalam masa yang sama menjadikan ruang kabinet berbau lemon yang menyegarkan.
Timun
Setiap kali anda memotong timun, biasanya akan buang bahagian pangkal dan hujung timun tersebut bukan? Sebenarnya kedua-dua bahagian tersebut boleh dijadikan sebagai salah satu cara untuk menghalau lipas.
Sabun
Gunakan sabun mandi juga tidak menghampakan untuk membuatkan lipas tidak suka di kawasan tersebut. Caranya, ambil sebuku sabun dan kemudian potong kepada saiz yang agak kecil. Taburkan di dalam almari anda terutamanya di dalam laci dan boleh lihat kesannya selepas itu.
Air sabun
Sediakan air sabun di dalam botol spray dan apabila ternampak lipas terus sembur ke arahnya. Biasanya lipas akan cepat mati setelah disembur dengan air sabun kerana lipas tersebut tidak dapat bernafas. Ini memandangkan air sabun telah menutup lubang pernafasan lipas yang terletak pada seluruh bahagian kulit kepala hingga ke kulit badan.
Cecair penyegar mulut
Semburan cecair penyegar mulut juga boleh digunakan sebagai agen menghalau lipas. Sebaiknya pilihlah yang beraroma pudina untuk kesan yang lebih efektif.
Selain usaha ini boleh dilakukan untuk pastikan lipas yang ada di dalam rumah dapat dihapuskan, disamping itu adalah lebih wajar sekiranya usaha untuk menghalang lipas dari masuk ke rumah dilakukan terlebih dahulu.
Ini pula antara tip mudah yang boleh dipraktikan.
Pastikan ruang singki sentiasa kosong
Jadikan kebiasaan setiap kali selepas makan, basuh semua pinggan yang ada dan jangan sekali-kali dilambakkan di dalam singki. Sisa-sisa makanan yang ada di situ sebenarnya yang akan mengundang kehadiran lipas.
Tong sampah sentiasa tertutup
Pastikan juga tong sampah yang ada di ruang dapur tertutup rapat. Ini penting untuk elakkan bukan sahaja lipas malah menghindarkan kehadiran lalat, semut dan sebagainya.
Makanan ditutup
Ini juga penting untuk pastikan makanan yang dimakan tidak tercemar. Ini kerana ketika kita terlihat lipas sedang makan hakikatnya lipas tersebut sedang meninggalkan bakteria-bakteria yang berbahaya dan pelbagai jenis kuman.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tentu ramai yang telah mengalami, bila hidung mula berair maka tidak lama kemudian badan pula rasa hendak demam dan tekak pula terasa gatal-gatal yang membuatkan asyik terbatuk.
Bila ini berlaku, tentu kita akan cepat-cepat mencari ubat untuk merawat penyakit ‘3 serangkai’ ini agar tidak menjadi lebih teruk hingga boleh mengganggu kerja harian. Apatah lagi jika anak-anak yang ‘diserang’ dengan penyakit ini, tidak senang duduk kita dibuatnya bila anak-anak tidak sihat.
Jadi perlu segera dirawat, selain dengan menggunakan ubat-ubatan yang disarankan oleh doktor anda juga boleh mencuba remedy 3 serangkai ini yang dikongsikan oleh Puan Sumaiyah Abdullah.
Menurutnya semenjak mengamalkan ubatan alternatif ini sudah bertahun-tahun dia tidak membeli ubat batuk mahupun Panadol. Jadi jika anda ingin mencuba kaedah yang diamalkan olehnya bolehlah buat seperti yang dikongsikan di sini. Selamat mencuba.
Kat rumah ni dah bertahun tak beli ubat batuk atau Panadol. Kalau anak tak sihat mild² gitu saya rawat cara kampung atau alami sahaja. Kalau demam teruk baru saya guna kaedah megadose vit c dan topup supplement lain. Saja nak share, kebetulan buat stok ubat semalam. Ni cara saya la.
2.Selepas itu masukkan ke dalam botol jar kaca secara selang seli dengan madu. Buat secara layer.
3.Bila sudah penuh, tutup rapat pastu biarkan dalam suhu bilik 12 jam.
4.Selepas 12 jam, dapat lihat bahan-bahan tadi terapung dekat atas maknanya sudah boleh digunakan untuk merawat.
5.Simpan dalam peti sejuk untuk lebih tahan lama. Nak tapis dahulu pun boleh baru simpan dalam peti sejuk.
Cara pengambilan:
Tengok keadaan anak. Kalau kerap batuk, keraplah minum. Sukatan sudu teh. Nak campur dengan air pun boleh. Ok, itu saja sharing kali ni. Kita ikhtiar, Allah yang menyembuhkan. InshaAllah. Semoga bermanfaat.