Hujung sesi persekolahan biasanya sibuk juga kita mak-mak sediakan menu istimewa untuk dibawa oleh anak-anak kita sempena jamuan kelas. Kalau boleh kita mahu berikan menu yang lazat dan sedap untuk rakan sekelas anak-anak kita menikmatinya.

Pun begitu mungkin ada juga yang ketika ini tengah mencari-cari menu apa yang paling sesuai dan digemari oleh kanak-kanak.

 

 

Jadi apa kata anda ‘tiru’ idea yang dikongsikan oleh Rose Senni yang juga merupakan seorang ibu  dalam membuat persiapan jamuan sekolah anaknya.

Jamuan Akhir Tahun Anak, Tiru Macam Ibu Ni Buat. Resipi Spaghetti Bolognese Untuk 40 Cup!

“Saya masak 3 kali sebab waktu lain-lain dan banyak sangat. Sekali masak untuk 40 cup. Dah hantar anak-anak akan letak siap garfu/chopstik. Mudah sebab tak perlu pinggan bagai dah. Boleh terus gaul dan makan.

Ni resepi Spagetti Beef Bolognese cara saya. Nak tukar Chicken Bolognese pun boleh. Boleh ubah ikut kesesuaian dan bahan masing-masing. Untuk yang nak buat jualan pun saya rasa ok. Resepi untuk 40 cup aka 40 orang,” jelasnya.

Spagetti Beef Bolognese

2 pek spagetti (direbus dengan sedikit minyak)

Bahan kuah spagetti :

IKLAN

5 tin sos prego cendawan

1 tin sos pasta cendawan adabi

2 pek daging lembu kisar Ramly

1 tin cendawan butang (dihiris halus)

3 biji capsicum aka cili benggala (3 warna di potong dadu)

1 biji bawang holand (dipotong dadu)

1 batang lobak merah (dipotong dadu)

6 batang sosej (dihiris halus)

IKLAN

2 cawan air (ikut sukatan tin prego)

Sedikit garam

2 ulas bawang merah (tumbuk halus)

1 ulas bawang putih (tumbuk halus)

5 batang sosej (direbus dan dihiris kasar untuk hias di atas. Kalau ada bajet lebih boleh letak meatball yang dah digoreng)

 

IKLAN

ARTIKEL MENARIK :

 

Cara-cara :

  1. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau
  2. Masukkan daging kisar. Kacau sehingga daging masak aka bertukar ke warna coklat.
  3. Masukkan sosej dan lobak merah kacau sebatiJamuan Akhir Tahun Anak, Tiru Macam Ibu Ni Buat. Resipi Spaghetti Bolognese Untuk 40 Cup!
  4. Masukkan capsicum dan bawang holand dan kacau sebati
  5. Masukkan sos prego dan sos adabi. Kacau semuanya dan tambah air serta garam.
  6. Biarkan menggelegak sekejap kemudian boleh tutup api. Ready to serve.Jamuan Akhir Tahun Anak, Tiru Macam Ibu Ni Buat. Resipi Spaghetti Bolognese Untuk 40 Cup!Jamuan Akhir Tahun Anak, Tiru Macam Ibu Ni Buat. Resipi Spaghetti Bolognese Untuk 40 Cup!

 

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Jamuan Akhir Tahun Anak, Tiru Macam Ibu Ni Buat. Resipi Spaghetti Bolognese Untuk 40 Cup!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI