Semua pasangan inginkan rumahtangga bahagia walaupun sudah lama mendirikan rumahtangga. Malah pakar telah membuktikan kunci kebahagian sesebuah perkahwinan terletak pada tangan seorang suami yang bijak mengendali emosi isteri. Oleh itu, jika isteri mahu meluahkan isi hati, dengarlah kata-katanya. Sebagaimana yang dikongsi oleh Firdaus Shakirin di laman facebooknya yang sungguh bermanfaat.
Kenapa, sini x ok? tak selesa? apa lagi yg xcukup? Awk dduk je la sini…jgn ikut sgt perasaan awk, jgn ikut sgt kwn2…
“Baiklah abg…saya minta maaf”
Byk isteri yg takut nk meluahkan perasaan mereka…mereka bimbang takut2 ada hati yg terluka atau terasa dgn luahan itu…mereka juga bimbang, apa yg diceritakan itu akan disalahertikan…
Mereka xnak jadi derhaka…xnak dianggap jahat dan tak bersyukur…
Pilihan terakhir, turutkan saja kemahuan dan kehendak suami, apa yg suami suruh, apa yg suami nak…suami, sedarkah apa yg tersirat disebalik pertanyaan tersebut? tahukah kita apa yg seorang isteri ingin memberitahu kita ttg isihatinya? apa yg dia mahu….apa yg dia lalui…apa yg dia rasa…
Kita selalu anggap yg itu hanyalah sebuah “pertanyaan biasa” sedangkan sebenarnya emosi isteri dah sarat, dah byk yg dipendamnya…terlalu byk yg disimpan dan tak diceritakan dan keberanian dia utk buka mulut, bertanya, merupakan caranya utk memberitahu bahawa dia sudah melepasi tahap2 yg dia mampu terima…
Klu kita xfaham, siapa lg yg faham…klu kita xambik apa2 tindakan, siapa lagi akan ambik tindakan?
Setiap luahan isteri itu penting, setiap cerita isteri itu penting dan setiap pertanyaan isteri itu penting…org pompuan akan pendam dan simpan selagi dia boleh but if dia dh xbleh, dia akan suarakan…dia akan ckp…
Peka, prihatin dan ambik tahu…itu isteri kita….
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sesiapa pun tidak dapat menolak untuk akui anak nombor dua ni sememangnya lain dari yang lain perangai mereka. Betul tak? Ada sahaja gelagat dan kenakalan mereka yang pastinya lucu dan kadangkala boleh buat orang geleng kepala dengan mereka.
Tidak ketinggalan, anak kedua dari pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha juga ada sifat anak kedua apabila keletahnya sempat dirakam oleh Hairul ketika sesi bermaafan anak sulung mereka dan ibunya.
Dalam video yang dikongsikan Hairul di laman instagramnya, Yusuf Iskandar bermaafan dengan ibunya kerana bercakap benda yang tidak elok ketika beraya di rumah tetamu. Tidak membebel marah, sebaliknya Hanis Zalikha gunakan pendekatan menatap dekat wajah anaknya itu yang bertutur dengan penuh lemah-lembut dalam Bahasa Inggeris.
Namun tatkala Hanis sedang fokus terhadap Yusuf, dia langsung tidak perasan kelibat anak kedua mereka yang berada di belakangnya. Malah apa yang mencuit hati, Alisa Aisyah sempat membuat memek muka garang sambil memberikan isyarat ‘jangan buat lagi’ dengan jari seolah-olah turut ingin menegur kesalahan abangnya itu.
Telatah Alisa menjadi perhatian ramai di ruangan komen yang rata-rata geram dengan gelagatnya itu! Bukan itu sahaja, cara didikan Hanis terhadap anak-anak dan cara soft spoken Yusuf menjadi pujian orang ramai.
Sebagai manusia, normal jika kita kadang-kadang mempunyai rasa sedih dan stress pada suatu masa. Tapi ingat jangan biarkan rasa itu menguasai diri terlalu lama kerana akan mendatangkan pelbagai kesan buruk kepada fizikal mahupun mental. Walaupun ia mendatangkan aura yang negatif pada ketika itu tetapi percayalah ia akan memberikan aura positif yang luar biasa pada masa akan datang. Haaa, jadi cepat bangun daripada rasa sedih dan stress tu okey!
Sebagai manusia, normal jika kita kadang-kadang mempunyai rasa sedih dan stress pada suatu masa. Tapi ingat jangan biarkan rasa itu menguasai diri terlalu lama kerana akan mendatangkan pelbagai kesan buruk kepada fizikal mahupun mental. Walaupun ia mendatangkan aura yang negatif pada ketika itu tetapi percayalah ia akan memberikan aura positif yang luar biasa pada masa akan datang. Haaa, jadi cepat bangun daripada rasa sedih dan stress tu okey!
Artikel Berkaitan
Tip / Petua
Seperti yang dikatakan oleh salah seorang guru saya baru-baru ini, kita perlu bertawakkul dan beriman kepada Allah dalam setiap perkara yang berlaku dalam hidup. Dia tahu apa yang terbaik dan akan memberikan yang terbaik kepada anda, kita hanya perlu terus melakukan yang terbaik dan tidak tenggelam dalam kesedihan dan kesedihan masa lalu atau takut akan masa depan yang membawa kita kepada tidak aktif atau tidak produktif.
Itu antara ketakutan terbesar saya. Tidak menggunakan masa yang Allah berikan kepada saya untuk kebaikan dan tersesat dalam emosi negatif.
Kelegaan dari Kesedihan dan Kesusahan:
[Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kegelisahan dan kesedihan, dari kelemahan dan kemalasan, dari pengecut dan bakhil, dari dibebani hutang dan dari dikuasai oleh manusia.
Perubahan hormon, berat badan meningkat antara yang sering dialami oleh wanita yang sedang berbadan dua. Demikian yang dialami oleh isteri kesayangan selebriti pujaan ramai, Alif Satar.
Ibu kepada dua cahaya mata baru-baru ini berkongsi cerita dengan memuat naik gambar di laman Instagram bersama suaminya.
Di dalam perkongsian tersebut, Shadila Halid mengakui berasa kurang yakin apabila pengacara itu kelihatan lebih kurus berbanding dirinya.
Bagaimanapun, kapsyen posting berkenaan telah mendapat perhatian suaminya yang meninggalkan komen dengan nada lucu. Namun tidak lupa menyelitkan pujian bahawa isterinya itu masih kelihatan cantik walaupun semakin ‘berisi’.
Perkongsian itu nyata mendapat reaksi dari pengikut pengacara dan juga pelakon ini. Ratarata memberikan pandangan yang sama apabila memuji wanita hamil itu yang kelihatan semakin berseri-seri sejak ‘berbadan dua’.
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.