Banyak sangat rungutan dari para suami, isteri tak rampinglah, tak kuruslah, tak cantiklah. Kalau para suami nak bonus isteri sempurna dan cantik selalu, suami kenalah sokong isteri lebih bila nak berdiet.
Kena bagi semangat dan tak kurang juga belikan produk atau tolong isteri amalkan petua tradisional untuk dia kekalkan kecantikannya.
Lagi satu, kunci kecantikan adalah TIDUR mencukupi. Tu semua suami kena tahu. Para suami-suami kena baca dulu apa yang disarankan oleh doktor muda ini. Menarik!
Semalam saya biar je isteri saya tidur dulu. Saya pula yang ambil giliran tidurkan anak-anak.
Ada 5 sebab kenapa saya taknak isteri saya selalu tidur lambat dan tak cukup tidur :
Ads
1. Saya kan nak isteri saya kekal ramping. Saya tahu kalau selalu tidur lambat ni akan membuatkan isteri saya gemuk ( obesity ). Ada kajian pada tahun 2004 mengatakan mereka yang tidur kurang daripada 6 jam lebih berisiko untuk gemuk dibandingkan mereka yang tidur lebih daripada 6 jam.
2. Saya kan nak isteri saya cantik macam bidadari di depan mata saya. Saya tahu tak cukup tidur hanya akan membuatkan hormon cortisol ( stress hormone ) dalam badan dia makin banyak. Cortisol ni akan break down kolagen pada kulit tau. Makin cepat kurang kolagen, makin tak elastic dan tak mulus la kulit isteri saya. Bahasa mudahnya adalah, MAKIN CEPAT TUA! Aduh!
3. Saya juga taknak isteri saya pelupa. Saya sangat perlukan seorang isteri yang boleh ingatkan saya ketika saya terlupa. Kalau dua-dua pelupa memang kucar kacir rumahtangga. Tahu tak, tak cukup tidur ni boleh buatkan seseorang tu jadi pelupa? Longterm memory otak lebih mudah terbentuk pada level tidur yang paling dalam sekali. Kalau kurang tidur, kucar kacir la sistem memori tu.
Ads
4. Saya taknak isteri saya stress, depresi dan mengalami mood disorder. Saya tahu biasanya orang ada penyakit depression dan anxiety ni biasanya tidur kurang daripada 6 jam sehari. Saya nak mood isteri saya stabil dan bahagia kerana saya percaya mood bahagia isteri saya akan mempengaruhi mood saya dan anak-anak juga.
5. Saya taknak isteri saya sakit-sakit. Kekurangan tidur yang melampau dan berpanjangan boleh menyebabkan penyakit yang sangat fatal antaranya :
Ads
– serangan jantung
– risiko nak kena darah tinggi meningkat
– risiko nak kena kencing manis meningkat
– sistem imun pun jadi makin lemah
Jadi saya pesan sangat kepada diri sendiri dan para suami semua, tengok tengokkanlah kualiti tidur isteri kita ye terutamanya yang ada anak kecil. Tak salah pun bergilir jaga anak kan.
Tolong sampaikan pesanan ni ye.
Sumber: Dr Taufik Razif
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sudah tiga hari berlalu, namun pemergian arwah Abam Bocey masih diperkata. rata-rata mengungkapkan rasa sedih, pilu dan terharu dengan kelebihan yang dimiliki oleh arwah sehingga ramai yang begitu memuliakannya.
Dalam satu perkongsian oleh saudara Mohd Faizul Ikhwan Erusan di facebooknya cukup menjentik emosi. Bayangkan pasangan yang selama ini sihat dan bersama tiba-tiba pergi begitu sahaja.
Sekelip mata dia tinggalkan tanpa sebarang pesan. Pilunya hati hanya Tuhan yang tahu, namun berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Jadi, hargailah pasangan atau insan tersayang yang berada di sekeliling anda kerana kita tidak tahu berapa lama masa yang ada bersama.
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.
Bila mendengar pemergian Abam bocey
Yang mula-mula terlintas dihati saya adalah isteri dan anak arwah.
Bagaimanalah mereka akan hadapi perkara itu.
Melihatkan jumlah yang hadir waktu solat jenazah almarhum abam, siapa yang tak cemburu? Kerana kita yang hidup ini takkan berani bagi jaminan seramai itu orang akan solat pada jenazah kita walau di beri upah. ini seolah-olah memberitahu bahawa Arwah akan diganjarkan dengan sebaik-baik ganjaran oleh Allah.ameen Allahumma ameen. Rasa kehilangan oleh kita sebagai peminat akan perlahan-lahan hilang dimakan hari tapi ini berbeza dengan keluarga lebih-lebih lagi Isteri,Ibu dan anak dan adik beradik beliau sendiri. Si kecil yang berumur hampir 6 bulan mungkin tidak akan begitu memahami kejadian ini.
Sahabat-sahabat semua, Kisah ini sepatutnya mengingatkan kita pada pasangan kita yang masih hidup. Tahukah anda, setiap dari kita akan melalui proses yang sama. Cuma samada cepat atau lambat sahaja ianya menjengah. Kehilangan itu pasti, sesungguhnya kematian itu pasti.
Mungkinkah ini ingatan Allah pada saya
Sebenarnya, terkadang Allah hantar mesej itu secara kecil-kecilan pada kita dalam mengharungi hidup seharian-harian, cumanya adakah kita sedar atau tidak sahaja. Kenapa Allah menghantar mesej-mesej ini? Allah nak kita bersyukur pada sesetiap sesuatu yang diberikan kerana kita cepat lalai dan lupa dalam kesibukan yang tiada noktahnya. 2003 mengingatkan satu peristiwa yang hampir sama berlaku pada saya, Cuma bezanya Allah berikan saya peluang kedua iaitu isteri saya terselamat. Mungkinkah ini ingatan Allah pada saya agar mensyukuri nikmati itu.
Selepas 15 hari melahirkan anak kedua kami Syazwan.
Isteri saya mulai batuk teruk dan mengadu kesukaran bernafas. Pada mulanya seperti batuk biasa tapi selang bebrrapa hari batuknya semakin teruk dan nafas mula berombak kencang. Tiba di hospital isteri saya terus di rawat di bilik kecemasan.Didapati bacaan oksigen berada paras rendah daripada yang sepatutnya.Wajah – wajah cemas doktor dan nurse di dalam bilik ICU itu langsung tidak membantu jiwa seorang suami yg sedang cemas. Waktu tu saya sangat kalut.mana nak uruskan isteri yang sakit tenat, mana nak urus newborn baby.
Di sisi isteri ada tong oksigen untuk membantu pernafasannya.
Mundar mandir saya dalam bilik kecemasan hospital sambil mendukung baby kecil di tangan yg sekali sekali menangis kerana turut rasa tak selesa dgn keadaan ayahnya yang tak tenang itu. Kelihatan selepas itu jururawat menolak isteri saya ke bilik X-ray pula sambil di sisi isteri saya ada tong oksigen untuk membantu pernafasannya. Syukur tak lama selepas itu keluarga mertua saya pun sampai untuk uruskan baby dan mereka minta untuk bawa bayi kami pulang ke kampung. Saya pun pulang ke rumah sebentar untuk siapkan keperluan pakaian baby dan sebagainya untuk diberikan kepada keluarga mertua. Dalam perjalanan itu pihak hospital menghubungi untuk saya patah balik dengan segera ke hospital .ada perkara urgent katanya.
pelbagai skrip dalam drama pun mula main di dalam minda Waktu itu tuhan saja yang tahu apa perasaan saya.berbagai perkara buruk mula bermain di kotak pemikiran saya. Kenapa doktor cal urgent? Selamatkah isteri saya? Apa yg doktor nak bgtau saya?. Mulalah pelbagai skrip dalam drama pun mula main di dalam minda saya. Setibanya di hospital saya diminta terus ke bilik doktor. Doktor mulakan dengan nada yang sangat sedih. “Faizul, saya harap awak bersabar dan dengar dengan tenang”. Masa tu….dengup jantung kencang….alamak apa pula ini. “Faizul separuh dari paru-paru isteri awak collapse( tidak berfungsi) kata doctor tersebut sambil menunjukkan hasil X-ray.
Encik Faizul ini kes yang sangat serius dan boleh bawa kematian serta merta.
buat masa ini isteri awak bergantung bantuan oksigen! Saya cadangkan kita uruskan ambulan dan terus ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan.
Di sini kami tidak mempunyai alatan dan pasukan yang secukupnya bagi merawat isteri awak.
“Please monitor the oxygen level” Awak kena dapatkan nasihat pakar paru-paru mengenai perkara ini dan awak kena bertolak sekarang malam ini juga. Jangan berlengah, silap sikit awak mungkin akan kehilangan isteri. Tuhan jelah tahu bagaimana hati saya bila mendengarkan kata-kata doctor. Badan tiba-tiba jadi lemah, hati celaru dan saya termenung dan jadi bodoh sekejap.
Bagaikan budak kecil saya hanya mengangguk sedangkan fikiran totally blank. Setibanya van ambulan isteri saya di tolak masuk dan saya masih dengar lagi doktor tu dengan tegas mengatakan kepada paramedik “Please monitor the oxygen level” Lemah lutut saya ketika itu. Bagaikan langit nak runtuh ketika itu saya rasakan. Kami tiba di HKl dan dihantar ke wad menjelang tengah malam. Saya cuba menemankan isteri, saya tahu dia memerlukan saya ketika itu.
“baby mana ..baby mana?baby lapar nak susu tu.
Saat itu tubuh isteri saya sangat lemah dan ditambahkan keadaannya yang baru melahirkan. Namun mulutnya sibuk tanyakan “baby mana
..baby mana?baby lapar nak susu tu. Saya hanya mampu menenangkan dgn berkata “baby ok.. baby ok.baby tengah tidur. K.Ngah dah tidurkan baby”. Sambil saya menahan sebak. Jiwa jantan saya sangat lemah ketika itu dan sambil teresak esak saya gengam tangannya dan bisik “anje…apa pun jadi boy nak anje tau,boy sayang sangat kat anje tau”.
Saya gagahkan ucapkan kata2 ini walau saya ini bukan suami yg sering ungkapkan kata2 sayang.
Ini kerana seandainya perkara buruk terjadi…saya nak kalam itu tersemadi bersamanya. Ya Rabb,dugaan apakah ini? Saya jadi takut setiap kali melihat wajah doktor-doktor yang datang memeriksa beliau. kelihatan seperti mereka cuba menyembunyikan sesuatu.
Saya berdoa, Ya Allah, bantulah aku ya Allah, jangan ambil isteri Apabila tengah malam saya diminta untuk meninggalkan wad kerana sudah jauh lewat malam. Saya masih ingat lagi dalam perjalanan pulang saya menaiki kereta semasa itu sambil menangis….berderai-derai airmata. Masa tu saya berdoa pada Allah dan saya masih ingat lagi doa itu sampai sekarang. Saya berdoa, Ya Allah, bantulah aku ya Allah, jangan ambil isteri aku ya Allah. Kasihanilah aku ya Allah. Bagaimana nak aku hadapi ini. Aku tiada daya…aku tiada upaya ya Allah. Aku janji ya Allah, kalaulah dia sembuh, aku berjanji akan menjaga dia sepenuh hati ku.
Aku janji! Aku tidak akan mensia-siakan hidup aku dengan dia walaupun sesaat pun! Dipendekkan cerita, selepas bbrapa hari di HKL isteri saya di pindahkan ke Intitut Rawatan Respiratori Jalan Pahang.di sana beliau di rawat hampir sebulan alhamdulillah akhirnya sembuh sepenuhnya.
Pasangan kita adalah hadiah yang perlu kita pulangkan bila tiba masanya
Selama itu juga setiap petang selepas kerja saya berulang alik ke hospital. Inilah antara memori yang paling tidak dapat saya lupakan sepanjang umur hidup saya. Sahabat-sahabat FB, Jangan sia-siakan pemberian Allah pada kita kerana agak terlambat sekiranya anda ingin berpatah balik. Pasangan kita adalah hadiah yang perlu kita pulangkan bila tiba masanya. Oleh itu pastikan kita melayan dia dengan baik sepanjang umur kita, siapa tahu atas kasih dan rasa syukur kita Allah panjangkan rezeki kita hidup berpasangan dengan dia.
Always treat her/him well and say thank you for being your life partner. Dia mungkin tak hensem
Dia mungkin tak cantik
Dia mungkin tak kaya atau tak sebijak pasangan orang lain Tapi dia itu eksklusif bagi kita dari ALLAH! Dia tu customed made khas dari Rabbul Jalil! Jagalah dia dengan kasih sayang dan penuh ehsan. Always treat her/him well and say thank you for being your life partner. Usahakan apa yang dia suka dan elakkan perkara yg boleh merosakkan hubungan antara suami isteri. Tell her/him how much you love them dan beritahulah betapa berharganya mereka dalam hidup anda!
Sesekali bila terjaga di tengah malam,gengamlah erat tangan mereka yang hangat itu kerana di takuti suatu ketika nanti tangan itu sejuk dan diam membungkam. Syed Umar Mokhtar,
Semoga Allah ampunkan semua dosamu dan beri syurga Firdaus buat dirimu.
kematian mu sangat kami cemburui! Share sekiranya bermanafaat pada yang lain Faizul Ikhwan
Rindu Abam Bocey Inilah kali pertama saya menulis sambil sebak dan bergenang airmata. Semoga mesej saya sampai pada setiap jiwa yang membacanya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Selain baju raya, gaya potongan rambut anak-anak juga selalu diberi perhatian oleh ibu ayah untuk pastikan di Hari Lebaran nanti anak-anak terlihat kemas dan bergaya. Begitulah juga yang dilakukan oleh seorang ibu ini apabila membawa anak lelakinya ke selon rambut.
Nak dijadikan cerita, tukang gunting tersebut telah memotong rambut anaknya mirip gaya perempuan. Dia agak terkejut bila dimaklumkan oleh ibu kanak-kanak tersebut yang anaknya itu adalah lelaki. Comel sungguh kanak-kanak tersebut!
Bila anak potong rambut
Video yang dikongsikan oleh ibu kepada kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Jieha Adon di aplikasi Tik Tok menarik perhatian ramai. Rata-rata netizen memuji betapa anak lelakinya itu sangat comel.
Tanpa mengetahui jantina kanak-kanak itu, tukang gunting rambut telah memotong rambutnya dengan gaya kanak-kanak perempuan. Ini memandangkan rambut sebelumnya agak panjang dan secara tidak langsung tukang gunting beranggapan anaknya itu adalah perempuan.
Dan setelah dimaklumkan bahawa anaknya lelaki menjadikan situasi kelakar di dalam salon. Suasana terasa lucu dirasakan oleh pekerja salon dan pelanggan lain yang ada di situ.
Setelah dimaklumkan, barulah tukang gunting rambut itu memotong semula rambut kanak-kanak tersebut dengan gaya ala-ala Kpop. Barulah anaknya nampak handsome!
Resam dalam kehidupan rumah tangga pastinya ada pertelingkahan dan sering juga berlaku salah faham berpunca daripada pelbagai faktor.
Pun begitu, bila puncanya adalah disebabkan hadirnya ‘orang baru’ tanpa diundang antara suami dan isteri tersebut, itu lebih menjadikan hubungan semakin parah.
Hinggakan baru-baru ini tular berita mengenai isteri pertama menyerang isteri kedua bekas pemain bola sepak, Datuk Zainal Abiddin Hassan di kedai mamak.
Susulan itu, isteri kedua iaitu Fyna Jamal telah membuat laporan polis selepas berlakunya pergelutan terbabit pada hari Isnin, sekitar jam 2.15 pagi.
Difahamkan juga, isteri pertama berasa marah terhadap Fyna kerana perkahwinan bersama suami sama sekali dilakukan tanpa pengetahuannya. Malah, juga merasakan madunya itu menyindir dia di dalam program Famili Duo baru-baru ini.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
ARTIKEL MENARIK
Sokongan Anak-Anak
Pun begitu, tinjauan di Facebook ada sesuatu yang menarik perhatian netizen, apabila anak isteri pertama Zainal Abidin telah memuat naik sebuah gambar mesra dirinya bersama adik beradik duduk bersama ibu tersayang telah mencetuskan pelbagai reaksi warganet.
“Biar gambar ini berbicara dengan sendirinya,” ujarnya ringkas di ruangan kapsyen.
Dalam hantaran tersebut, anak Zainal Abidin yang dikenali sebagai Zaifiq Zainal itu seakan menyatakan akan tetap memberi sokongan penuh terhadap ibu yang dicintai susulan isu yang sedang hangat berlaku di dalam keluarga mereka ketika ini.
Sekadar info, bekas pengendali pasukan Melaka United itu telah berkahwin dengan Datin Zalina Haji Zaini sejak tahun 1985 dan mereka dikurniakan lima orang cahaya mata sepanjang bersama.
Meninjau di ruangan komen rata-rata netizen mendoakan urusan ibu Zaifiq dipermudahkan dan tidak kurang juga berkongsi kata-kata positif untuk keluarga ini.
Shiera Al-Khaired berkongsi kegembiraan apabila anak sulungnya, Allisya Tahir, selamat melahirkan cucu kedua yang diberi nama Aisa Zaina pada 3 Ogos 2026.