Setiap kali musim cuti sekolah mulalah anak tidur lambat kerana tidak perlu ke sekolah. Sudahlah tidur lambat, bangun pula terlebih awal macam hendak ke sekolah.
Jangan dibiasakan rutin tidur yang semacam ini pada anak-anak kecil kita. Ada risikonya yang mak ayah perlu tahu.
Apa yang perlu mak ayah tahu, waktu tidur anak merupakan aspek penting dalam perkembangan mereka kerana ia boleh membantu tubuh dan minda mereka berkembang dengan sihat.
Jadual tidur yang konsisten bukan sahaja memberi manfaat kepada kesihatan fizikal, tetapi juga membantu meningkatkan mood, daya tumpuan, dan pembelajaran anak.
Ads
Menerusi perkongsian Mohd Fhais Salim di laman Facebooknya, tindakan anak tidur lambat tetapi bangun cepat adalah tidak bagus kerana ia boleh mengganggu otak.
“Tidur lambat tapi bangun cepat ini sebenarnya kurang baik untuk anak-anak.
“Jika tak cukup 7-8 jam sehari tidur yang berkualiti otak jadi lemau, memori lemah dan susah faham pelajaran nanti,” jelasnya.
Ads
Jadi, bagi memastikan waktu tidur anak mencukupi, terdapat tiga perkara yang ibu ayah di luar sana boleh lakukan. Antaranya adalah:
1. Waktu tidur paling ideal adalah 9 – 10pm. Hal ini kerana waktu tersebut senang untuk membuatkan diri anak memasuki fasa deep sleep atau tidur tena. Selewat-lewatnya adalah jam 11ppm, jangan terlajak!
2. Boleh latih anak bangun seawal 6-7am setiap hari. Ini waktu terbaik untuk mereka menunaikan solat dan bersiap ke sekolah.
Ads
3. Ajar anak juga jika ada masa atau peluang, tidur sekejap di tengah hari selama 30min – 1 jam agar minda kekal cerdas.
Bukan itu sahaja bahkan ibu ayah perlu memastikan anak di bawah usia 6 tahun ke bawah supaya mempunyai Waktu nap time sehari sekurangnya 30 minit. Jangan biarkan mereka leka dengan gajet atau mainan di rumah.
Waktu tidur anak yang mencukupi perlu diutamakan agar si kecil tidak ‘lemau’ sepanjang hari malah otaknya cergas dan sihat untuk berada lama di sekolah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Apabila tiba musim raya, isu tidur di homestay atau hotel akan jadi ‘trending’.
Penuh berita mengenai isu ini dan kebanyakannya menjurus kepada tanggapan negatif, sama ada daripada ibu ayah, adik-beradik atau saudara-mara.
Maka ada yang mencemuh, pandang atas bawah atau cakap belakang.
Cerita disebalik beraya di kampung memang seronok tapi sebenarnya mudah terpalit dosa jika tidak diteliti sebaiknya. Jika banyak keluarga berhimpun dalam satu rumah, tidur berjemaah di ruang tamu sebab tak cukup bilik, maka akan berlaku pendedahan aurat ipar, sepupu atau biras semasa tidur. Bukan itu sahaja, bagi yang menyusu badan lagi sukar kerana mungkin tak sedar auratnya terdedah ketika sedang tidur selepas menyusukan anak. Allahu Akbar.
WAHAI IBU BAPA, SELIDIK DAHULU. WAHAI ANAK, JANGAN MELULU.
Semasa menjadi perunding cara rumah tangga dulu, memang ramai ibu bapa mengadu bahawa anak mereka terjebak dengan pornografi atau ketagih melihat benda lucah bermula dengan situasi begini di kampung. Pada awalnya hanya ternampak sikit, kemudian datang keinginan untuk melihat dengan lebih banyak.
Tuan Puan,
Keadaan ini harus difahami oleh semua pihak dengan berlapang dada. Sudah menjadi tanggungjawab buat seorang suami untuk memelihara maruah anak isteri. Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.”
(Surah at-Tahrim 66: 6)
Sebelum ibu ayah berkata sesuatu yang mungkin akan timbulkan salah faham, walaupun dah 2 tahun tak beraya dengan anak-anak, lama tak balik, maka fahami dulu situasinya kenapa. Bukanlah sebab rumah itu tidak selesa, tiada aircond, suasana kampung, dll tetapi bagi menjaga maruah, aurat dan pergaulan anak dan isteri.
Seorang anak pula harus jujur jika bermalam di hotel/homestay. Terangkan kepada ibu ayah dengan baik dan jelas, kadang mungkin mereka terlalu rindukan anak yang sudah lama tak pulang, jadi tugas kita ialah cuba jelaskan dengan baik. Mudah-mudahan ibu ayah memahami dengan lapang dada.
Anak-anak yang memilih untuk tidak bermalam dirumah ibu bapa, perlulah sebab yang berkaitan syara’, bukan kerana tidak selesa dll, dibimbangi akan membuatkan orang tua dan keluarga berjauh hati. Dan pada waktu selain rehat malam maka sepatutnya perlu berada di rumah supaya boleh berbakti dan menggembirakan hati orang tua dan keluarga.
PENTING SANGAT, janganlah jadi seperti tetamu pula, datang pada waktu makan atau waktu tertentu sahaja, sikap ini memanglah akan menyakitkan hati banyak pihak. Tidur hotel atau homestay asalnya tiada masalah, tapi sikap kita yang bermasalah.
Maksudnya: “Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai ilmu tentang itu, maka janganlah engkau menaati keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku. Kemudian hanya kepada-Ku tempat kembalimu, maka akan Aku beritahukan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.”
(Surah Luqman 31: 15)
BATAS AURAT WANITA DENGAN LELAKI AJNABI
Kita maklum bahawa batas aurat seorang wanita dengan lelaki yang bukan mahramnya (ajnabi) ialah seluruh tubuh badan kecuali muka dan kedua tapak tangan. Daripada Ibnu Abbas r.a., beliau mengatakan:
Maksudnya: “Apa yang zahir daripadanya (perempuan) ialah muka dan telapak tangannya. Kedua-duanya bukanlah aurat kerana terdapatnya keperluan (hajat) untuk mendedahkannya. Adapun diharamkan untuk melihat pada kedua-duanya kerana biasanya kedua-duanya akan membawa kepada timbulnya fitnah.”
(Kitab Asna al-Matalib, 1/176)
Walaupun batasan auratnya masih boleh dijaga, namun sebagai langkah berjaga-jaga, khususnya bagi saudara-mara yang ramai dan tiada privasi, sebaiknya bermalam di tempat berasingan kerana waktu tidur kita tak sedar apa yang terdedah. Kecuali jika di kampung memang tak ramai atau setiap keluarga mendapat privasi yang diperlukan. Maka ketika itu tidur di rumah ibu bapa lebih baik bagi meraikan dan menggembirakan mereka.
Jika kita miliki anggota keluarga yang ramai, maka semakin ramailah orang yang perlu dijaga batas auratnya, terutama sekali wanita. Mereka perlu menjaga aurat daripada sepupu, ipar, bapa tiri, adik-beradik angkat, biras, dll.
Maksudnya: “Dan hendaklah mereka menutupkan kain yang dipakai untuk menutup kepala (tudung) ke dadanya. Dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau anak-anak lelaki mereka, atau anak-anak lelaki suami mereka, atau saudara-saudara (adik-beradik) lelaki mereka, atau anak-anak lelaki kepada saudara-saudara (adik-beradik) lelaki mereka, atau anak-anak lelaki kepada saudara-saudara (adik-beradik) perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak suruhan (hamba) yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.”
(Surah an-Nur 24: 31)
Semoga para suami, ibu ayah, abang, adik lelaki, ibu ayah mertua memahami akan kepentingan dalam penjagaan aurat ini dan tidak semudahnya berkecil hati dan bersangka buruk terhadap anak-anak yang memilih untuk bermalam selain di rumah.
Maksudnya : “Sesiapa yang memelihara penglihatannya, maka Allah SWT akan menyinari (memberi petunjuk) pandangannya dan juga hatinya.”
(Kitab Tafsir Ibnu Kathir: Tahzib wa Tartib, Dr. Solah al-Khalidi, 4/2343)
DOA MENJAGA MARUAH DIRI
Mari kita amalkan doa ini, mudah-mudahan maruah diri dan keluarga kita sentiasa dipelihara oleh Allah SWT:
اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي وَآمِنْ رَوْعَاتِي
Maksudnya: “Ya Allah lindungilah auratku, amankanlah apa-apa yang menjadi pemeliharaanku.”
(HR Ibnu Majah, hadis sahih)
Semoga penerangan ini bermanfaat, Allah merahmati dan melindungi seluruh ahli keluarga kita daripada perkara mungkar serta salah faham di dalam rumah tangga. Ameen Ya Rabbal Alamin.
SILAKAN SHARE, KITA BERKONGSI KEBAIKAN DAN GANJARAN PAHALA.
Sudah tentu ramai yang tertunggu-tunggu wajah anak kesayangan selebriti terkenal Neelofa dan suaminya, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz.
Muat naik terkini selebriti kesayangan ramai, Neelofa menarik perhatian ramai peminat di media sosialnya.
Neelofa memuatnaik sekeping foto yang memaparkan wajahnya ketika kecil berserta kapsyen ringkas penuh makna. Hanya menulis nama ‘Bilal’ serta emoji ‘love’.
“Ummi Bilal 🤍🤓”
Sebelum itu, dia memuat naik gambarnya semasa kecil bersama ibunya, Datin Noor Kartini di Instagram Story.
Tengok masa kecik (kecil) ni, rasa macam ‘copy-paste’ Bilal sangat,” tulisnya dengan disertakan emoji ketawa.
Neelofa seakan memberi ‘hint’ wajahnya anaknya seakan dirinya semasa kecil.
Kebahagiaan dalam sebuah rumahtangga, suami tak perlu romantik nak tunjuk kasih sayang, tetapi bantu isteri uruskan segala urusan hariannya. Bukan hanya meletakkan segalanya dibahu isteri.
Perkongsian Muhammad Yusof ini sungguh inspirasi. Beliau berkongsi cerita mengenai seorang suami yang tidak menunjukkan sikap romantik tetapi ringan tulang membantu isteri walapun sekadar menolak troli dalam kereta.
Hubungan sikap tolak ansur dan tolong menolong inilah adalah cerminan kebahagian sebuah keluarga. Isteri merasa dirinya dihargai walaupun pertolongan itu biasa-biasa daripada padangan mata orang lain.
Hari tu saya ada berjumpa dengan seorang bekas cikgu saya dekat sebuah shopping complex. Walaupun lama saya tak jumpa dia tapi cikgu is still cikgu, dia masih ingat nama saya siap mentioned full name.
Dah habis sembang, saya pun ikut teman dia dengan bini dan anak dia ke kereta.
Apa yang saya pelik, cikgu saya tadi laju je tolak troli ke kereta dia. Tinggalkan anak bini dia, jalan dengan saya kat belakang.
Dalam hati saya terdetik, apalah cikgu saya ni tak romantik langsung la. Tunggulah bini dia ni, kan?
Tapi yang peliknya bini dia rilek je, takde la nak panggil-panggil marah suami dia ke apa. Senyum je dia saya tengok.
Bila sampai kat kereta, rupa-rupanya cikgu saya tadi dah siap angkat barang semua dan enjin kereta dah hidup dah. Bila isteri dia sampai dia siap buka pintu ke bini dia. Bertambah senyuman bini dia saya tengok.
Saya belajar sesuatu hari tu.
Kadang-kadang kita kena buat post mortem perkahwinan kita. Antara sebab perempuan tak berapa nak bahagia ialah kerana semua benda dalam rumah dia nak kena buat. Dorang kena lalui rutin yang memenatkan sepanjang 24 jam. Tensyen woi. Dah lah penat kat tempat kerja lagi.
Yang suami pulak bila isteri nak ambil nafas rehat sikit mulalah order suruh buat nescafe tarik nipis kurang manis. Tahu order je dengan bini. Lambat sikit dikatanya isteri derhaka tak ikut cakap suami.
So, pada saya cikgu saya dah ajar bahawa kebahahagiaan kaum perempuan ni ialah apabila kaum-kaum suami ni mempermudahkan kerja mereka.
Mempermudahkan ni maksudnya bukan isteri jadi queen control tapi suami kena faham dan alert bila masa dia boleh bantu bini dia buat kerja rumah.
Contohnya suami tengok isteri dia dah siap basuh baju, jadi permudahkanlah isteri dia dengan hantar baju pi kering kat dobi. Ataupun kalau isteri dah siap masak, suami tolonglah buh nasi dalam pinggan. Ataupun kalau suami tengok isteri berpeluh-peluh gosok baju, permudahkanlah dorang dengan beli iron steam Phillips. Pastinya semua perempuan akan senyum lebar macam isteri cikgu saya tadi. Betul tak akak-akak?
Kata kuncinya, PERMUDAHKAN ISTERI.
So, pada semua suami, jadilah pasangan yang menyenangkan, bukan menyusahkan.
Hari tu, cikgu saya dah ajar tentang ilmu yang cikgu saya tak ajar dalam kelas dia iaitu ilmu tentang apa yang dinamakan sebagai ‘mencari kebahagiaan hakiki’. .
Yang nak share dipersilakan, yang yang tag pasangan dialu-alukan. Semoga bermanfaat untuk kebahagiaan kita dunia dan akhirat. Yelah kita bukan sekadar nak jadi pasangan bahagia kat dunia sahaja kan, kat akhirat pun kita nak sama-sama pimpin tangan pasangan kita masuk syurga, betul tak?
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...