Air cucian beras usah dibuang begitu sahaja. Banyak mafaatnya untuk ibu-ibu cuba. Ada yang berkongsi tip air basuhan beras untuk mengatasi masalah anai-anai. Tak kurang juga digunakan untuk menyiram pokok yang ditanam.
Selain itu, air basuhan beras juga baik untuk tujuan mencantikkan kulit wajah nampak flawless’ serta mengatasi masalah kulit. Nak tahu bagaimana kegunaannya?? Jom baca kat bawah ni :
1)Mencerah dan menghilangkan bintik hitam??
Kalau korang nak tahu, air beras sangat berkesan untuk mencerahkan kulit. Selain itu, air beras ini boleh menghilangkan jeragat malah protein yang terkandung dalam air beras dapat meningkatkan produksi kolagen pada kulit kita.
2) Pembersih wajah semulajadi
Ambil air beras yang kali ketiga selepas membasuh beras dan basuh kulit wajah korang. Tepuk-tepuk wajah korang dan biar ia mengering. Jangan lap tau, biar je ia kering sendiri okay! Kemudian, korang boleh bilas dan lihat hasil kulit akan jadi lebih segar.
3) Boleh Hilangkan jerawat !
Ambil air cucian beras yang kali ketiga mencuci beras dan basuh wajah korang. Kemudian, biarkan ia mengering. Muka korang akan jadi sedikit pedih dan lama-kelamaan jerawat akan kecut.
4) Atasi masalah kulit berminyak.
Korang cuci ce muka korang dengan pencuci biasa, kemudian bilas dengan air cucian beras. Lakukan setiap hari dan korang akan peroleh hasil yang diiginkan.
5) Cerahkan kulit korang.
Kalau nak putih cepat, basuh muka 2 hingga 3 kali seminggu. Bukan sahaja lebih cerah, kulit korang akan jadi lembut dan halus.
6)Mengecilkan liang pori
Ambil kapas, kemudian korang celup dalam air cucian beras dan sapu pada wajah korang okay! Tekap pada wajah korang secara perlahan-lahan kerana ia akan mampu mengetatkan pori-pori dan ia akan kelihatan lebih kecil.
7) Masker rambut
Korang tuang air cucian beras pada kulit kepala dan biar aje selama 20 minit okay! Lepas 20 minit, korang bilas guna shampoo tau.
Dah baca,Apa pula pendapat anda jangan lupa komen dan share ya,Terima kasih.
Sumber : myinfomaya via majalahilmu
Anak Tinggal Di Asrama, Hati Ibu Memang Sedih. Atasinya, Ikut Cara Ibu Ni Buat!
Melepaskan anak yang masih kecil untuk tinggal di asrama, kebanyakan perasaan ibu akan berasa berat hati untuk berjauhan.
Pengalaman yang sama juga dilalui oleh ibu ini dalam niatnya untuk menghantar anak-anaknya ke sekolah Tahfiz.
Malah turut berkongsi beberapa tip untuk atasi saat itu agar lebih tabah berpisah dengan anak.
BAGAIMANA KAMI HANTAR ANAK ANAK KE TAHFIZ
============================
Alhamdulillah, Kak Effi dan suami bulatkan tekad dan hasrat untuk cuba lahirkan al hafiz dalam keluarga ni. Sebenarnya, ALLAH lorongkan hasrat ini bila mana pengalaman dengan sekokah biasa tidak memenuhi kehendak pengajian agama yang kami impikan.
Bab paling sukar bagi Kak Effi adalah bentuk akhlak anak pada zaman serba mencabar nihhh. Dengan pengaruh handponn, televisyen, media sosial dan kawan kawan, membesarkan anak bersekali akhlak al Quran sangat sukar dilakukan.
Kami larikan anak dari sekolah biasa ke sekolah harian swasta. Alhamdulillah, anak anak mula belajar menghafaz di situ. Namun masih wujud kebimbangan lain di sudut hati kami. Kerana sirap yang bercampur air kopi takkkan boleh jadi sirap yang sedappp. Apatah lagi membentuk sirap ais yang sedap diminum saat panas terik.
Selepas anak dapat pendidikan asas, membaca menulis dan mengira, kami hantarkan anak anak ke tahfiz. Alhamdulillah, kami tak putus meminta pada Allah tunjukkan kami jalan. Satu persatu terbuka. Hinggalah anak ada kesempatan untuk interview dan berjaya ke tahfiz.
Pastikan anak selesa
Waktu itu HARRAZ baru berusia 9 tahun dan AKIF 11 tahun. Mereka masih anak anak. Bukan mudah untuk kami hantar mereka. Duduk di asrama saat mereka tak pernah pon membasuh baju sendiri. Awalnya kami berikan anak anak full support. Kami sanggup ambil baju kotor dan jumpa mereka dua kali seminggu. Ya, kami sanggup buat apa saja asal anak anak selesa.
Awal awal memang Harraz menangis. Akif nampak kuat walaupon kami tahu ini tak mudah. Dah biasa di rumah dengan semua tersedia. Gembira dengan kawan kawan lelaki perempuan di sekolah, biasa guna telefon dan menonton tv.
Tiba tiba semua itu hilang, semua tiada lagi. Yang ada persekitaran berbeza. Kawan kawan berbeza. Ustaz yang garang. Asik asik solat, al Quran dan cerita kebesaran Allah. Mula mula mereka ‘terperanjat’ hingga akhirnya mereka temukan keseronokan.
Apa saja yang sekolah perlu kami bekalkan. Kami hantar makanan sekali untuk kawan kawan mereka yang lain. Satu masa memang semua kawan kawan anak mengenali kami.
Ada yang minta bantuan belikan barang bila outing, ada yang suka borak dengan suami dan ada yang request Kak Effi masakkan sesuatu. Kami buat dengan gembira.
Alhamdulillah anak anak sudah jadi senior sekarang. Telah lebih separuh Al Quran berada dalam ingatan Akif, manakala Harraz hampir suku. Kami tak pernah memaksa untuk mereka laju laju menghafaz. Kami biarkan mereka ambil masa. Yelahh, juzuk 30 pon kami belum hafaz, apa hak kami memaksa mereka yang telah jauh lebih baik daripada kami.
Masa cuti mereka hanya 5 kali setahun. Yang sangat Kak Effi hormati. Kami penuhkan dan gembira bawa mereka jalan atau pulang ke kampung. Mereka anak baik, mereka anak yang sangat patuh. Ternyata kehidupan tahfiz banyak mematangkan mereka. Kak Effi tak menyesal dan sangat bersyukur dengan jalan yang Allah lorongkan ini. Alhamdulillah.
Melepaskan mereka bukan perkara mudah. Membiarkan mereka duduk di asrama dalam usia muda. Namun ada beberapa perkara yang Kak Effi boleh tuliskan sebagai panduan ibu ayah yang nak berpisah dengan anak anak. Insha Allah. Selalulah buat dan fikir begini:
1) ANAK BUKAN MILIK KITA
– anak bukan hak mutlak ibu bapa. Mereka amanah yang kena kita jagai. Amanah dari siapa? Dari ALLAH. Maka lorongkan anak mengikut apa yang ALLAH suka.
2) JAGAAN ALLAH LEBIH BAIK DARI KITA
– hantar anak ke jalan Allah sama macam hantar anak berperang. Tapi kita jangan risau. Allah kannn ada? Kita sendiri mengharapkan jagaan dan perlindungan Dia, takkanlah kita rasa mampu buat lebih hebat dari Allah?
3) BANYAK BACAKAN FATIHAH DAN DOA UNTUK ANAK
– hati rasa rindu, menangis teringat anak. Maka segera ingat, jika kita menangis, mereka juga akan begitu. Maka kuatkan hati, sambil bacakan fatihah dan doa sebanyak banyaknya. Doa untuk diri kita diberi kekuatan dan anak dipermudahkan urusan, mudah menghafaz dan gembira.
4) IBU BAPA BANYAK BELAJAR DAN DIDIK DIRI
– Jika kita nak anak berjaya, mak ayah perlu berjaya juga. Baca Al Quran sebanyaknya, tadabur, cari ilmu agama, tutup aurat sempurna. Pendek kata, apa mak ayah buat akan pengaruhi anak. Maka cubalah dan usahalah jadi LEBIH baik. Insha Allah.
5) MASAK UNTUK ANAK
– Air tangan orang yang solat dan mencari redho Allah itu adalah lebih baik dari yang lain. Maka, ibu kena banyak sediakan makanan air tangan sendiri. Kerana kita tahu dan kenal puncanya dengan jelas.
6) INI TANGGUNGJAWAB
– Kelak akan ditanya apa yang kau berikan pada zuriat keturunanmu, sesungguhnya Al Quran dalam dada adalah yang terbaik. Insha Allah.
7) SALING MEMBERI SOKONGAN
– Ibu bapa dan anak anak yang lain di rumah perlu saling memberikan sokongan. Jangan pernah putus asa. Saling mengingati.
8)BANYAKKAN BERDOA DAN TAWAKAL
– Doa yang tak pernah putus adalah ubat utama untuk banyak perkara. Yakinlah semuanya milik DIA. Dan kepada DIA lah tempat meminta dan berserah. Insha Allah.
Untuk semua rakan rakan, Kak Effi doakan semoga Allah permudahkan dan lorongkan pada kebaikan. Semoga perpisahan sementara adalah jalan menuju pertemuan berkekalan di syurga. Insha Allah.
Nukilan:Effi Rahmat
Mama MIRZA (Akif Mirza, Harraz Mirza dan Firas Mirza)
Anak Jadi hiperaktif. Angkara Tak Pernah Guna Ayat ‘Jangan’, Pendedahan Pakar Terapi Ini Bikin Netizen Terkejut
Setiap ibu bapa sudah tentu mahu memberikan yang terbaik kepada anak. Lantaran itu, memastikan anak didik dengan sempurna.
Selain mendapat panduan keibubapaan daripada orang tua, ada juga yang mendapatkan info mendidik anak melalui sumber bacaan melalui buku dan internet.
Namun setiap info dan tip keibubapaan ada yang sesuai atau sebaliknya.
Seterusnya ikuti perkongsian terapis ini, Norzi Malek akibat tersalah pilih info mendidik anak-anak.
Tak guna ayat ‘JANGAN’
Saya ada menerima kes untuk anak Hyperactive yang berusia 6 tahun. Setelah beberapa kali sesi rawatan, saya tersedar sesuatu apabila si ibu kerap kali memaklumkan saya yang beliau menggunakan kaedah parenting Jepun dalam mendidik si anak.
Awal-awal sesi saya rasa bagusnya ibu muda ni, rajin membaca untuk menjadi ibu yang baik. Lama kelamaan saya rasakan si ibu mula taksub dengan kaedah Jepun. Salah satu yang sering disebut-sebut Time-Out.
Semasa sesi education selepas habis sesi therapy, si anak memanjat meja dan saya spontan menegur “Eh abang, jangan panjat meja. Nanti jatuh. Turun turun. Bahaya”.
Si ibu terus menegur saya “Cikgu, kalau ikut kaedah Jepun, kita tak boleh menegur macam tu.
Tak boleh guna perkataan JANGAN. Kita kena bagi ayat positif. Ayat negatif kena elakkan. Nanti anak jadi pemikiran negatif dan buruk”.
Saya memang tercengang dengar jawapan tu.
Saya pun bertanya “Siapa bagitau ibu macam tu? “.
Si ibu pun membalas, “saya guna kaedah Parenting Jepun”.
Jadi dipendekkan cerita, saya pun memberi ‘parent education’ gaya Malaysia. Hahaha. Panjang lebar saya ceramah.
“Ibu, kenapa nak guna cara Parenting Jepun atau luar Malaysia? Cara parenting kita pun bagus, sebab anak kita dibesarkan di Malaysia. Kawan-kawannya juga orang Malaysia yang dididik cara orang kita. Dan sudah tentu di sekolah juga cara didikan Malaysian akan digunakan.
Saya tak berapa pandai bab ulasan agama. Tapi ibu boleh lihat dan baca tafsir Al-Quran di dalam surah Luqman. Bagaimana Luqmanul Hakim mendidik anaknya. Terdapat perkataan ‘JANGAN’ digunakan untuk menegah anaknya daripada melakukan perkara tidak baik dan dilarang Islam.
Perkataan JANGAN bukanlah perkataan negatif. Dan itu juga bukanlah suatu doa.
Tadi ayat saya, ” Jangan panjat meja. Nanti jatuh. Bahaya”. Kita perlu memberi tahu dengan jelas kesan dan akibat sesuatu perbuatan. Itulah gaya Parenting Malaysia.”
Si ibu menjawap “kaedah Parenting kita tak berapa sesuai. Tak soft dan agak traditional. Saya nak ajar cara lembut dan moden”.
Saya diam. Dan bagi jawapan ini.
” Parenting gaya Jepun tak semuanya baik ibu. Yang baik kita ambil. Tapi jangan terlalu ikut sangat semua kaedah. Ada yang tidak sesuai untuk anak-anak kita. Untuk makluman ibu juga, kes bunuh diri di Negara Jepun adalah antara yang tertinggi di dunia.
Kenapa mereka bunuh diri sedangkan kaedah Parenting mereka diagungkan di seluruh dunia? Bukankah mereka dibesarkan dengan cara Parenting Jepun yang BAGUS?”
Tamat kisah ni.
Dah tiga bulan si ibu tak mai therapy kat saya. Merajuk agaknya.
Nota kaki : terlalu banyak tips-tips parenting di Media Sosial. Ambil yang baik dan mampu kita ikuti sahaja. Parenting adalah satu proses pembelajaran dari pengalaman. Jangan jadikan ia satu penanda aras untuk menentukan kita sebagai ibu bapa yang baik atau tidak.
Meninjau di ruangan komen netizen juga setuju penggunaan ‘jangan’ dalam mendidik anak.
Sumber: Norzi Malek
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Jika Ada Anak Lelaki Usia 9 Hingga 12 Tahun, Penceramah Motivasi Kongsi 22 ‘Life Skills’ Ibu Ayah Kena Alert.
Tidak dinafikan cabaran didik anak millennia di zaman sekarang boleh buat ibu ayah jadi migrain. Salah pendekatan boleh menjadikan si kecil lebih agresif . Malah ia juga akan beri kesan kepada perkembangan anak itu.
Lebih merisaukan apabila mempunyai anak lelaki. Sudah tentu ada cabarannya tersendiri. Ini yang ditegaskan oleh penceramah motivasi oleh Akhi Fairuz yang berkongsi 22 cara untuk didik anak lelaki pada usia 9 hingga 12 tahun.
Jika Tuan Puan ada anak lelaki yang berusia 9 ke 12 tahun, mohon baca sampai habis perkongsian ini:
1. Tolong sangat-sangat untuk jelaskan kepada mereka tentang akil baligh. Ilmu yang mereka pelajari di sekolah tak mencukupi sebagai bekalan menempuhi alam remaja.
2. Akil baligh dikupas dengan baik dalam subjek Pendidikan Islam/ KAFA. Namun, ada anak-anak kita yang tak dapat relate dengan realiti yang bakal berlaku kepada mereka.
3. Contoh yang pertama, mereka masih samar-samar memahami bagaimana proses akil baligh itu terjadi. Yang mereka faham, air mani akan keluar setelah berlakunya mimpi basah. Mimpi basah pula sering dinisbahkan sebagai mimpi yang menyeronokkan, malam pertama dan lain-lain.
4. Oleh yang demikian, ada kalangan remaja lelaki sekolah menengah mengaku tak mandi wajib bila keluarkan air mani sendiri dengan cara melakukan onani. Puncanya, beliau hanya ‘beriman’ perlu mandi wajib bila air mani keluar melalui mimpi basah sahaja.
5. Inilah masalah terbesar hari ini Tuan Puan. Ada dikalangan anak-anak kita ‘akil baligh’ sebelum akil baligh yang sebenar. Bukan sebab mimpi basah, tetapi mengeluarkan air maninya sendiri.
6. Setakat pengalaman saya bersama pelajar sekolah, adik-adik ini telah peroleh rangsangan seksual lebih awal melalui drama, filem, pembacaan sehinggalah terjebak dengan pornografi.
7. Istilah melancap, toceng, bukan lagi asing dalam kalangan anak-anak lelaki di sekolah rendah. Bagi mereka, perkataan itu melucukan hingga dijadikan bahan gurauan. Mereka tahu ada dikalangan rakan-rakannya yang sudah buat benda itu.
8. Kesian mereka, sungguh naif sekali! Sudahlah akil baligh seawal usia 9 tahun, menonton video lucah dan melakukan onani, bahkan tak tahu menahu itu yang dirinya telah akil baligh!
9. Hal bagaimana terjebak dengan video lucah dan onani saya telah sentuh sebelum ini. Pornografi sangat mudah diperolehi oleh mereka. Samada dari handphone yang Tuan Puan berikan atau menjadi mangsa sex grooming di media sosial atau rasa ingin tahu melalui pop up perempuan tak berpakaian yang berlegar di internet atau melalui kawan sekolah atau juga video lucah yang disimpan dalam handphone ayahnya sendiri.
10. Mak ayah, please ingatkan anak-anak akan hal ini. Anak-anak perlu tahu kesan dari menonton pornografi. Ia akan mendorong individu merangsang diri sendiri dengan melakukan onani. Mereka juga perlu tahu air mani itu anugerah yang Tuhan berikan kepada lelaki, penerus generasi ke generasi. Ia amanah dan tanggungjawab! Ajar mereka secara praktikal cara mandi wajib yang sebenar.
11. Mungkin ada lelaki di luar sana yang skeptikal dengan isu melancap ni. Bagi mereka biasalah budak lelaki buat onani. Eh! Come on! Yang saya cerita ni kes budak sekolah rendah seawal 7 8 tahun yang beronani. Bayangkan apa yang boleh berlaku kepada mereka 2 ke 3 tahun akan datang. Melakukan onani dan menonton pornografi berkait antara satu sama lain. Bermula dari ingin tahu, akhirnya ketagih. Akhirnya, anak-anak ini memahami seks dari sumber yang salah dan bakal merosakkan dirinya dan orang lain.
12. Baik, cukup hal berkaitan akil baligh dan mandi wajib. Sekarang, saya nak huraikan pula tentang perubahan fizikal dan emosi anak-anak.
13. Tuan Puan, perkara yang sering saya ingatkan kepada adik-adik di sekolah adalah tentang bau badan. Kadang-kadang ada pelajar yang dipulau oleh kawan-kawan dek bau ketiak yang busuk ya ampun.
14. Kita sebagai mak ayah tolonglah ingatkan pasal hal ini. Kata pada mereka, lepas akil baligh, bau badan muncul. Paling ketara, di ketiak. Maka, belilah deodarant untuk mereka gunakan.
15. Beli sahaja tak cukup, Tuan Puan kena tunjukkan pula cara nak guna dan berapa kali sehari nak kena sental ketiak tu. Seterusnya, kena pantau.
16. Untuk pengetahuan Tuan Puan, ramai budak lelaki di luar sana yang pandang ringan penggunaan deodarant. Mereka lebih selesa tepek bedak pada ketiak. Biasalah, budak lelaki, benda macam ni dia anggap tak penting, leceh dan menyusahkan.
17. Selain dari itu, Tuan Puan kena tekankan mengenai perubahan fizikal pada tubuh badan. Suara semakin garau, ketinggian, badan makin sasa, bulu tumbuh serta rasa tertarik kepada lain jantina.
18. Tuan Puan tahu tak ada pelajar di sekolah menengah yang payah gila nak cukur bulu ari-ari di bahagian zakar dan ketiaknya? Benda macam ni kita kena sebut dan ajar. Jangan anggap anak kita tahu semua benda. Atau jangan anggap anak kita akan tahu sendiri. Ini mindset yang salah!
19. Dalam Islam, bulu-bulu ini perlu dicukur atau digunting dalam tempoh masa 40 hari. Sebut pada anak, ini sunnah Nabi. Kalau sahabat non muslim ada baca post ni, lakukan juga hal yang sama. Ia ilmu universal. Dah panjang, cukurlah kan. Takkan nak biar panjang sampai boleh diletakkan pomade? Huhu
20. Sekarang, bab penampilan pula. Tuan Puan, ajarlah anak kita nampak menarik sikit bila berpakaian. Nak jaga penampilan, tak semestinya perlu pakai dan beli pakaian yang mahal. Cukuplah sekadar kemas dan bersesuaian dengan aktiviti yang anak kita lakukan. Jadi, tak adalah anak kita selekeh je sepanjang masa.
21. Paling penting adalah, Tuan Puan wajib ingatkan soal dosa dan pahala. Terangkan dengan jelas segala perbuatan mereka akan dikira sebagai amal soleh atau dosa. Kita dah mendidik mereka dengan baik, maka menjadi tanggungjawab mereka menghindar diri dari dari menjadi hamba Tuhan yang engkar dengan perintahNya.
22. Sebab itu Islam menyarankan mak ayah mengajar anak solat ketika umurnya 7 tahun dan rotan (niat mendidik dan bukan untuk mencederakan) ketika berusia 10 tahun. Cara paling mudah mendidik anak solat adalah melalui perbuatan kita sendiri. Hidupkanlah solat jemaah di rumah. Masa kecil, memang depa akan main-main atas badan kita, panjatlah, jadikan kudalah, tapi lama-lama mereka akan ok. Jangan lupa sekali sekala bawa ke masjid.
Sumber: Akhi Fairuz
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.