Memang suami kena respect isteri bila bab kemas beg bila balik kampung. Semu keperluan disediakan lengkap. Tugas suami hanya pastikan beg-beg disusun dengan kemas dalam kereta. Betul kan. Mungkin ada segelintir suami bantu isteri tapi majoriti tugas-tugas ini semua diuruskan oleh isteri.
Perkongsian inspirasi ini pernah viral oleh puan Izyan Izdihar Shaarani moga menjadi pedoman bersama.
Jangan kau pertikai apa bini kau buat. Jangan ingat kemas beg tu senang.
Walaupun kemas beg tu like kemas BEG je, tapi ia merupakan task paling mencabar bagi seorang isteri.
Dia perlu fikiran yang tenang, mood yang stabil, fokus yang bertumpu dan masa yang optimum untuk lakukan task tu dengan baik.
BAJU RAYA BANYAK JENIS
Jangan kau fikir semua baju adalah BAJU. Baju ni ada banyak jenis baju.
Baju balik kampung.
Baju untuk masak di malam raya.
Baju pagi raya.
Baju ke dapur pada hari raya.
Baju berjalan ke rumah saudara.
Baju casual di malam hari pada hari raya.
TUDUNG PUN ADA KATEGORI
Tu baru kategori baju isteri tu sendiri.
Belum masuk tudung.
Tudung jangan kau ingat satu jenis je.
Ada tudung sarung untuk ke dapur.
Ada shawl nak pakai pagi raya.
Ada tudung bawal nak match dengan baju casual.
Inner tudung.
Anak tudung.
Pin tudung.
PIN PUN BANYAK JE TAU
Pin ni pun ada banyak kelas.
Pin kat telinga kena tajam.
Pin kat dagu kene kecik.
Pin kat bahu kena besar sikit.
Pin kat baju kebaya kena besar gedabak.
Pin baju biasa tu pun kena ada takut kain longgar
Ads
Belum baju anak.
Uiii..tu lagi banyak jenis.
BAJU ANAK PUN ADA JENISNYA
Baju raya.
Baju bila dah tengah hari.
Baju tidur.
Baju ganti kalau baju raya dah comot.
Baju kalau tido dalam aircond.
Baju untuk turn tidur rumah yang takde aircond.
Baju berlubang, baju takde lubang.
Tu kalau seorang anak.
Kalau ada 5?6?
Suami punya pun dia kena fikirkan jugak.
Bukan takat baju melayu je.
Butangnya, sampin nya, songkoknya.
IRON PUN BAWA
Itu baru baju.
Baju tu pulak ada dekat 20 pasang yang dia dah siap iron. Siap congak hari pertama baju ni, hari kedua baju ni. Kalau seminggu kau balik kampung, ha memang nak roboh lah handle tangan kat ceiling kereta tu dia sangkut. Silap aribulan boleh melengkung bumbung kereta.
Belum dia nak bawa balik kipas, tilam, bantal selimut, extension, ubat nyamuk letrik dan segala keperluan alat tidur agar tidur suami dan anak anak lena.
Ads
Iron pun dia bawak weh!
KASUT RAYA
Kasut?
Ha..ada kasut raya.
Ada kasut kalau nak pergi pasar kat rumah mak nanti.
Ada kasut kalau nak jalan jauh.
Hmmmmmm
Ha…mandi cemane mandi…
Sabun mak..sabun anak..sabun bapak tak payah. Dia tibai je sabun apa apa yang ada dalam bilik mandi tu karang.
Shampu, ubat gigi, berus gigi, semua tu mesti cukup. Takde nak main sebat je orang lain punya walaupun dalam bilik air rumah mak tu karang ada dekat 10 jenis sabun mandi sebab semua orang bawak sendiri punya
Ads
Ha..ok…cukup dah kot. Nak meletup dah pun beg tu ha.
Eh…ada lagi!
Barang mekaaappppp…
Bedak anak, bedak mak, shaver bapak, minyak rambut bapak..deodoran aih semualah… Ketip kuku pun dia bawak.. Cotton bud.. Dan penyepit bulu ketiak pun ada. Entah bila dia ada masa nak proses pun tak tahu
CHARGER GAJET
Charger handphone..charger charger..
Tuuuuu kalau dia tak ingat memang takde le bercaj handphone tu karang.
SET KESIHATAN ANAK
Dan…dan…
Dia siap ada plan kontigensi.
Bawak panadol..minyak angin..blood pressure meter..home thermometer..mopiko..tiger balm..kot anak demam lah..takut anak kene gigit sengkenit lah. Macam macam.
Jarum jahit pun ada..benang..gunting…kot tertetas jahitan kat ketiak ke..tercabut butang baju raya anak ke..
Haaaaa……
Ok.
Ada dah semua.
Fuhh…legaa….
Ok zip beg!
Suami kerjanya apa?
Angkat je beg banyak banyak tu susun dalam kereta.
Jangan cakap pape.
Angkat.susun.senyum.
Sumber: Izyan Izdihar Shaarani
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bagi setiap pasangan, tarikh anniversary amatlah penting. Lebih-lebih lagi pasangan yang baru berkahwin. Walaupun tiada sambutan, cukuplah dengan ucapan tanda menghargai dan mengingati.
Bagaimana kalau kita terlupa mengucapkan selamat ulang tahun pada pasangan? Huh! Jangan main-main dengan perkara ini lebih-lebih lagi dengan isteri.
Kadang-kadang perkara ini bukan disengajakan. Dengan kesibukan kerja dan juga jadual yang padat, tak mustahil kita akan terlupa dengan tarikh penting ini kan?
Seperti yang terjadi kepada penulis buku terkenal, Iddin Ramli yang terlupa tarikh istimewa itu sehingga menyebabkan isterinya menangis dan bad mood lebih-lebih lagi isterinya sudah membelikan hadiah buatnya.
Apa yang melucukan, sewaktu proses pujuk-memujuk dilakukan Iddin Ramli bersungguh memujuk isterinya itu yang masih menangis teresak-esak. Dengan penuh keyakinan dia menyebut tarikh anniversary mereka tanpa menyedari yang tarikh yang disebut itu salah.
“Tengah pujuk pun still salah tarikh anniversary. Hari anniversary kami 3 hb. Kenapa aku sebut dalam video ni 4 hb.”
Rata-rata netizen yang menonton video tersebut sangat terhibur dengan insiden tersebut dan turut memahami kesedihan dan perasaan sensitif yang dirasai oleh si isteri.
Biarpun pernah mengalami keguguran dua kali sebelum ini, namun rezeki pasangan sama cantik sama padan Sari Yanti dan suaminya, Jep Sepahtu menimang anak kedua akhirnya dimakbulkan. Dalam satu perkongsian di laman instagramnya, Jep Sepahtu memuat naik sekeping gambar bayinya yang baru dilahirkan.
Berita gembira tersebut turut mendapat reaksi dari rakan artis dan peminat pasangan ini. Masing-masing mengucapkan tahniah atas kelahiran bayi tersebut.
elizadsharifuddin Alhamdullillah best nye lahaiiii ❤️❤️❤️❤️ . Tahniah jep & sari .
shieraijoy Dah dapat sepasang.. Telinga tu cerah masa depan tu
rahimr2 Alhamdulillah..tahniah bro..semoga kehadiran org baru menambahkan lg kebahagiaan dalam keluarga..semoga si comel menjadi anak yg soleh..tumpang bahagia bro
si_kadok Tahniah jep.. !!!dah ade 3 hululubang la lepas ni
Lebih menggembirakan, pasangan ini dikurniakan anak lelaki. Kini mereka sudah memiliki sepasang anak. Sebelum ini, mereka dikurniakan anak perempuan bernama Dariya Inara.
Sungguh benarlah rezeki Allah tidak pernah salah alamat, jika sudah itu janjinya maka kenikmatan dan rahmat Allah pasti sampai tepat pada masanya. Inilah yang dapat digambarkan dengan anugerah Allah berikan kepada 4 adik beradik ini iaitu Muhammad Hasif, 26, Imran Harith, 25, Nur Hanisah, 23, dan Ahmad Hazim, 19 apabila mereka berempat menjadi antara jemaah yang terpilih menjadi tetamu Allah sempena Musim Haji 1440H/2019M.
Simpan Duit Sejak Kecil
Menurut Dr Noor Hassan Yahaya, 53, keempat-empat anaknya mula menabung sejak kecil lagi. Dan setiap kali dapat duit raya akan masukkan ke dalam akaun TH selain duit yang diperuntukkan olehnya untuk anak-anaknya menabung di TH.
“Sejak mereka berusia setahun, saya dan isteri Norlida Hassanal Bashry, 54, sudah membuka akaun simpanan TH masing-masing sebagai persediaan awal ke Tanah Suci.
“Duit raya yang mereka dapat sejak zaman kanak-kanak akan kami simpan dalam TH selain duit yang saya simpan untuk mereka,” katanya ketika ditemui di Kompleks TH di Sepang, hari ini.
Keluarga berkenaan dari Bandar Baru Uda (BBU), Johor Bahru, pertama kali mengerjakan ibadah haji manakala ibu bapanya sudah menjejakkan kaki ke Tanah Suci pada 2009.
Dr Noor Hassan yang juga pakar bius di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru, berkata hati mereka amat berat melepaskan keempat-empat anaknya, namun tuntutan agama sangat penting sebagai Muslim.
Amanah Digalas Abang Sulung
Sementara itu, Muhammad Hasif berkata, sebagai abang sulung, dia akan menjaga adik beradik seperti diamanahkan mak dan ayah.
“Apa yang berlaku adalah tanggungjawab saya sebagai abang sulung. Insya-Allah, saya tidak akan mensia-siakan amanah diberikan.
“Kami sudah membuat persediaan awal termasuk mengikuti kursus haji sejak beberapa bulan lalu termasuk Kursus Perdana Haji di Johor Bahru.
“Alhamdulillah, semoga urusan kami dipermudahkan untuk menjalani ibadah dan membantu jemaah lain terutama warga emas yang uzur,” katanya.