Anda mungkin mengalami vertigo? “Kepala saya yang berpusing ini dah berhari-hari macam ini, tak berkurang langsung. Macam nak pecah kepala!” Pernahkah anda alami masalah pening kepala, tidak boleh langsung membuka mata, terasa seperti berpusing-pusing dunia ini? Nah, ini info ringkas tentang masalah pesakit vertigo!

Vertigo ialah masalah umum yang dialami oleh kira-kira 40% orang sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka.

Ia akan menyebabkan pesakit berasa seolah-olah diri sendiri atau keadaan sekeliling mereka berpusing.

Sesetengah penyakit, jangkitan, trauma kepala dan proses penuaan semulajadi boleh menyebabkan perubahan dalam keseimbangan telinga dalam.

Walaupun gejala ini mungkin hanya berlaku selama beberapa jam atau hari, namun simptom mungkin boleh berlarutan selama bertahun-tahun jika tidak didiagnos dan dirawat!

Masalah ini boleh dibantu dengan kaedah perubatan, pembedahan atau pemulihan vestibular.

Apa simptom-simptom yang akan dialami pesakit? 

Anda mungkin akan mengalami gejala seperti ini :

*Loya

IKLAN

*Muntah

*Kepala seperti berpusing

*Tidak boleh langsung membuka mata akibat terlalu pening

*Berpeluh

*Keresahan

IKLAN

*Debaran jantung

Jika berlaku kepada anda, apa perlu anda lakukan? Ikut petua pertolongan cemas ini:

Jangan Buat Main Bila Rasa Kepala Berpusing. Ini Bahayanya. Baca Penjelasan Doktor Ini Supaya Elak Lagi Makin Teruk 

▪️Bertenang, jangan panik.

▪️Cari kedudukan yang selesa untuk duduk sementara menunggu bantuan.

IKLAN

▪️Dapatkan segera bantuan perubatan jika anda diserang vertigo akut bersama muntah, masalah pertuturan dan rasa lemah.

▪️Hendaklah mendapat nasihat doktor sebelum mengambil sebarang ubat.

▪️Jika sedang memandu, berhenti dan letakkan kereta di tempat yang selamat dan minta bantuan.

Penyakit vertigo akan jadi lebih bahaya jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan antaranya:

1.Penyakit vertigo kerap membuat anda menjadi kehilangan keseimbangan. Jika ketidakseimbangan berlangsung lebih dari beberapa hari, atau jika vertigo disertai kelemahan dan tidak adanya koordinasi pada salah satu bahagian tubuh anda, kemungkinan dipercayai menjurus kepada masalah otak yang lain.
2.Membuat anda sukar melakukan aktiviti harian . Penyakit vertigo dapat membuat kehidupan normal anda menjadi sangat sukar. Ini kerana anda sukar untuk berdiri atau pun berjalan.
3.Kehilangan pendengaran. Seseorang yang mengalami vertigo boleh juga mengalami masalah pada pendengarannya. Kerana beberapa penyebab vertigo seperti penyakit Meniere dan Labirinitis berpotensi menyebabkan kehilangan pendengaran.
4.Terjadi gangguan pada gerakan bola mata dan anggota badan
Vertigo dapat menyebabkan anda jatuh kerana kehilangan keseimbangan. Jatuh dari posisi berdiri dapat menyebabkan cedera, termasuk patah tulang pinggul.
5.Meningkatkan risiko kemalangan semasa memandu kenderaan
Apabila anda menderita vertigo dan masih memandu kenderaan, berhati-hatilah, kerana risiko mengalami kemalangan yang boleh membahayakan nyawa anda dan ahli keluarga.

Akhir kata, jika masalah yang anda sedang alami tidak berkurang, hentikan rawatan di rumah, jumpalah kami di hospital.

Bila sihat, syukur. Bila sakit, jumpa doktor.

Sumber: FB Dr Ezairy M.Sallih
Doktor telinga, hidung & tekak.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI