Menjaga kesihatan amat penting supaya dapat menjalani kehidupan dengan sempurna.

Salah satunya masalah kesihatan yang perlu diberi perhatian adalah masalah sendi. Nak tahu penjelasan lanjut, ikuti penjelasan Dr ini.

Sakit sendi atau keradangan sendi merupakan gejala kepada lebih 100 penyakit yang berkaitan dengan sendi. Sakit sendi yang paling sering berlaku adalah arthritis dan gout.

Sendi adalah tempat yang menghubungkan tulang dan membenarkan pergerakan. Sebagai contoh, sendi di kawasan bahu, siku, lutut dan pergelangan tangan.

Semakin meningkat umur, struktur di kawasan sendi ini semakin merosot dan tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya. Lalu menyebabkan ruang dalam sendi tersebut berkurangan dan tulang boleh bergesel di antara satu sama lain.

Keadaan ini mengakibatkan kecederaan tisu dan berlaku keradangan di sendi tersebut.

PUNCA SAKIT SENDI

1. Umur

Umur yang semakin meningkat menyebabkan kawasan sendi kurang berfungsi dengan baik.

2. Jantina

Kebanyakan sakit sendi berlaku pada kaum wanita.

3. Genetik

Banyak penyakit melibatkan sendi yang berkait rapat dengan genetik, seperti arthritis dan gout.

4. Berat badan berlebihan

Berat badan yang berlebihan akan memberi tekanan kepada sendi dan menyebabkan kecederaan di kawasan tersebut.

5. Kecederaan dan kemalangan pada sendi

Kecederaan yang lepas pada sendi akan menyebabkan ia tidak stabil dan mudah terdedah pada kecederaan baru.

6. Berlebihan kerja

Melakukan kerja berlebihan dengan postur badan yang salah boleh menyebabkan sakit sendi. Sebagai contoh, mengangkat barang yang berat boleh mencederakan kawasan sendi.

IKLAN

7. Menghidap penyakit lain
Keradangan sendi boleh berlaku disebabkan oleh penyakit kronik lain seperti penyakit tulang dan saraf.

8. Jangkitan
Terdapat beberapa jenis jangkitan bakteria dan virus yang boleh menyebabkan keradangan sendi.

SIMPTOM SAKIT SENDI

Selain rasa sakit, terdapat simptom-simptom lain yang menunjukkan bahawa sendi tersebut bermasalah. Di antara simptom sakit sendi adalah seperti berikut:

1. Sendi rasa tegang
2. Sendi bengkak dan merah
3. Sendi terasa lebih panas apabila disentuh
4. Pergerakan sendi yang terhad
5. Sendi tersekat (locking)

Selain itu, terdapat juga simptom-simptom sistemik yang lain seperti:

1. Demam
2. Ruam kulit
3. Sakit atau ketegangan di bahagian belakang
4. Lemah otot
5. Cirit birit
6. Muntah
7. Hilang keupayaan untuk mengawal buang air kecil atau besar

JENIS-JENIS SAKIT SENDI

Terdapat beberapa jenis sakit sendi yang sering menyerang pesakit.

1. Osteoarthritis

Osteoarthritis merupakan sakit sendi yang paling sering dialami oleh pesakit. Sakit sendi ini berlaku apabila tisu rawan yang berfungsi sebagai pelapik yang melancarkan pergerakan sendi semakin haus dan nipis.

Ia berlaku sehingga tulang boleh bergesel antara satu sama lain. Ia mengakibatkan tisu di kawasan tersebut cedera dan sakit.

2. Rheumatoid arthritis

IKLAN

Rheumatoid arthritis merupakan penyakit di mana sistem pertahanan badan menyerang sel badan itu sendiri. Ia menyerang tisu di kawasan sendi dan menyebabkan keradangan berlaku.

Kebiasaannya, ia menyerang sendi pada jari, pergelangan tangan, siku, bahu dan lutut. Ia menyebabkan sendi bengkak dan susah untuk digerakkan.

3. Gout

Bagi yang pernah mengalaminya, gout merupakan satu mimpi ngeri yang sangat menyakitkan. Ia berlaku apabila asid urik berkumpul di bahagian sendi. Lalu menyebabkan penghasilan kristal di kawasan sendi.

Selalunya gout menyerang di kawasan ibu jari kaki. Ia menyebabkan sendi di kaki bengkak, merah dan berasa panas.

RAWATAN SAKIT SENDI

Terdapat beberapa rawatan sakit sendi yang boleh anda cuba untuk kurangkan sakit pada sendi:

1. Rehat yang cukup

Sakit sendi yang ringan boleh diredakan dengan rehat secukupnya. Sendi terlibat direhatkan dari sebarang aktiviti dan pergerakan.

2. Pek ais atau haba

Anda boleh cuba letakkan pek ais atau pek panas di bahagian yang sakit.

Ais boleh mengurangkan keradangan dan bengkak pada sendi. Letakkan pek ais pada sendi yang cedera sekurang-kurangnya 30 minit.

IKLAN

Manakala pek haba boleh meringankan ketegangan sendi.

3. Ubat tahan sakit

Jika sakit agak terus, pesakit akan diberikan ubat tahan sakit untuk merawat kesakitan terlebih dahulu. Anda boleh dapatkan sendiri ubat tahan sakit seperti paracetamol di farmasi berhampiran.

4. Lakukan regangan dan senaman

Melakukan senaman merupakan rawatan sakit sendi yang efektif. Terdapat beberapa jenis senaman ringkas yang anda boleh dilakukan di rumah:

1. Hamstring stretch
2. Calf stretch
3. Hamstring curls
4. Knee rolls
5. Straight leg raises

5. Rawatan fisioterapi

Fisioterapi atau terapi manual boleh merawat sakit sendi dengan berkesan. Rawatan ini juga dapat membantu anda menggerakkan sendi dan meningkatkan julat pergerakan sendi.

Sumber: Dr Zubaidi Ahmad\

 

Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!

Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520

Jangan Buat Main Jika Alami Sakit Sendi, Dr Ini Jelaskan Sebabnya.

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Jangan Buat Main Jika Alami Sakit Sendi, Dr Ini Jelaskan Sebabnya.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI