Hidung kerap berdarah boleh jadi disebabkan oleh gejala alergik rhinitis yang tidak dikawal dengan baik, terutama pada kanak kanak.
Pemakanan yang tidak dijaga juga akan menambah terukkan keadaan. Hidung yang gatal pada pesakit yang mengalami alergik rhinitis ini akan menyebabkan pesakit kerap menggosok pada hidung. Luka pada kawasan dalam hidung akibatnya boleh menyebabkan pendarahan sangat mudah berlaku.
Pesakit yang mempunyai simptom alahan yang teruk dan tidak terkawal, boleh mengalami hidung berdarah pada sesetengah keadaan. Walaubagaimanapun, ia juga boleh berlaku di sebabkan oleh berbagai-bagai sebab lain.
Struktur di dalam hidung yang mempunyai runcing ‘spur’, juga boleh menyebabkan pendarahan daripada hidung berlaku.
Selain daripada itu, tabiat sesetengah orang yang gemar mengorek hidung juga boleh menyebabkan menyebabkan hidung berdarah. Justeru para pesakit dinasihatkan untuk membuang tabiat ini.
Pengambilan ubat-ubat antikoagulan atau ubatan tradisional juga boleh menyebabkan berlakunya pendarahan. anda adalah dinasihatkan untuk mendapat nasihat yang lebih terperinci sebelum mengambil sebarang ubatan.
Bagi sesetengah kes, beberapa penyakit seperti tekanan darah terlalu tinggi, kanser tekak atau ketumbuhan juga boleh menyebabkan berlakunya hidung berdarah. Kanser nasopharyx juga boleh datang dengan simptom hidung berdarah selain hidung tersumbat dan sebagainya.
Ads
Ini yang selalu masyarakat kita lakukan. Mendongak ke atas supaya darah berhenti dan tidak lagi keluar.
Dua perkara perlu dipastikan apabila pendarahan hidung sedang berlaku.
1. Pendarahan hidung berhenti.
2. Tidak berlaku komplikasi tambahan kepada pesakit.
Oleh itu, beberapa langkah perlu dan MESTI dilakukan apabila pendarahan hidung berlaku.
1. Bertenang. Ini perkara paling penting bagi memastikan anda melakukan perkara yang sepatutnya.
2. Tundukkan kepala. JANGAN DONGAKKAN KEPALA. Apabila anda dongakkan kepala anda ke atas, ia akan menyebabkan darah daripada hidung masuk ke salur pernafasan. Ini boleh mengakibatkan komplikasi lebih buruk berlaku!
3. Tekan, compress atau pinch pangkal hidung anda. Ini akan memastikan pendarahan hidung berhenti.
4. Letakkan ais pada bahagian dahi bagi mengurangkan pendarahan daripada terus berlaku.
5. Lakukan langkah ini selama 15-20 minit. Jika pendarahan berkurang, lakukan sekali lagi.
6. Jika tidak ada tanda-tanda pendarahan akan berhenti, segera ke hospital. Pendarahan perlu dihentikan segera.
Ads
Jangan cuba-cuba masukkan air ke dalam hidung untuk mencuci dan menghentikan pendarahan. Ia tidak membantu.
Satu badan anda gatal dan mungkin sudah berjangkit kepada ahli keluarga yang lain? Ini mungkin “kudis buta”. Gatalnya tidak dapat dibawa bincang dan apabila garu akan sampai berdarah. Ini pesanan dari Dr Ahmad Sahman untuk merawat kudis buta.
Kudis buta atau nama lainnya, “scabies” adalah keadaan kegatalan pada permukaan kulit yang digigit oleh kutu “sarcoptes scabiei”.
Apabila dilihat di bawah mikroskop, kutu ini berbadan bulat dan mempunyai 8 kaki. Kutu ini betina dan akan menggorek masuk ke dalam kulit untuk bertelur dan mati kemudian. Apabila telur menetas, ianya akan menjadi kutu dan akan menyebabkan kegatalan.
Bagaimana boleh berjangkit?
Ia sangat mudah berjangkit melalui sentuhan langsung kulit seseorang dengan orang yang mengalami kudis buta. Kutu ini boleh didapati pada tuala, selimut, baju atau cadar yang diguna pesakit kudis buta dan boleh hidup selama tiga hari dan kemudiannya akan mati.
Ia akan hidup lebih panjang jika mampu menumpang pada ‘perumah baru’ dan boleh hidup lebih 30 hari !
Jangkitan scabies biasanya berlaku di tempat-tempat awam seperti taska dan tadika, sekolah, asrama dan pusat-pusat penjagaan yang mana orang ramai kerap berhubungan dan berinteraksi antara satu sama yang lain.
Ruam scabies biasanya melibatkan celah-celah jari tangan dan kaki, ketiak, pusat, kawasan pinggang, kemaluan dan celah paha, manakala sangat jarang melibatkan muka dan kepala.
Bagaimana ingin merawatnya?
Rawatan pertama: Menggunakan losyen anti scabies
Losyen Permethrin 5%:
– Sesuai digunakan kanak-kanak 2 bulan ke atas dan wanita mengandung
– Sapu dan biarkan semalaman
– Contoh: A-Scabs lotion
Emulsi Benzyl Benzoate (EBB) 25%:
– Sapu dan biarkan pada kulit 24 jam, kemudian mandi.
– Dewasa (12 tahun ke atas): pakai losyen 25% tanpa perlu di campur dengan air
– Kanak-kanak (2-12 tahun): campur losyen dengan air pada nisbah 1:1 (kepekatan jadi 12.5%)
– Bayi (2 bulan ke atas): campur losyen dengan air pada nisbah 1: 3 (kepekatan jadi 8.3%)
– Jika perlu, ulang rawatan selepas 5 hari penggunaan kali pertama.
– Contoh : Scabitone Emulsion, RidPed
Losyen Lindane 1%:
– Sapu dari bahagian leher hingga ke tapak kaki. Biarkan pada kulit 8-12 jam, kemudian mandi.
– Digunakan sekiranya losyen permethrin dan benzyl benzoate gagal merawat kudis buta.
– Elak gunakan pada wanita hamil serta menyusu anak, bayi pramatang, pesakit sawan, individu dengan masalah kulit (atopic dermatitis, psoriasis).
– Contoh : Scaboma Lotion
Rawatan kedua: Jangan berkongsi tuala, baju atau tempat tidur dengan pesakit kudis buta.
Rawatan ketiga: Elak hantar kanak-kanak yang dijangkiti dari sekolah atau tempat asuhan sehingga selesai rawatan.
Rawatan keempat: Semua ahli keluarga perlu dirawat pada masa yang sama, tidak kira sama ada mereka ada rasa gatal atau tidak.
Rawatan kelima: Basuh semua pakaian dengan air panas pada suhu 60 darjah celcius.
Semoga bahan bacaan kali ini dapat memberi manfaat buat anda dan keluarga.
KELUARGA INSPIRASI selami perkongsian eksklusif keluarga dan kerjaya daripada figura yang pernah menjadi fenomena Bonda Rozita, Encik Azmi Zainal, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim, Datuk Rashid Sidek dan Ustazah Asma Harun.
Saksikan setiap jam 2.30 petang pada 12-16 September 2022 hanya di facebook keluargamagazine. Jangan ketinggalan ok!
Semangat memasak bila ada perkakasan baharu yang dibeli seperti air fryer umpamanya tentu luar biasa jadinya. Apa yang pasti, kita semakin rajin dan berkobar-kobar untuk sediakan pelbagai menu untuk dinikmati bersama seisi keluarga.
Apatah lagi dengan adanya perkakasan memasak seperti itu, memudahkan kerja malah dapur tidak lagi berkecah.
Jika ada yang belum ada dan teringin untuk membeli AIR FRYER bolehlah beli brand Khind 3.5L Air Fryerni untuk tawaran yang istimewa.
Pun begitu dalam keterujaan memasak menggunakan air fryer, tentu ada juga yang belum mahir cara mencuci produk tersebut untuk dipastikan tiada sisa makanan terlekat pada bahagian jaring bakul air fryer.
Nak tahu bagaimana, jom ikuti perkongsian daripada Amanda Tan atau juga dikenali sebagai Amoi Jamu. Diharapkan perkongsian ini bermanfaat.
Peralatan Yang Diperlukan:
Step 1
Pastikan air fryer telah sejuk dan ditutup suiznya.
Step 2
Keluarkan bakul jaring dan letak di tepi
Step 3
Ambil tisu dan lap sekeliling bakul jika ada sisa-sisa minyak yang melekat. Ini bertujuan untuk memudahkan dicuci. Kemudian masukkan semula bakul jaring di dalam air frayer.
Step 4
Setelah itu didihkan air panas di dalam periuk lain dan tuangkan ke dalam air fryer agar kita dapat rendam bakul jaring tadi. Cara menggunakan air panas akan memudahkan sisa makanan yang terlekat pada bakul jaring lebih mudah tertanggal.
Namun selepas 3 mini terendam dan masih ada sisa yang melekat. Teruskan step seterusnya.
Step 5
Masukkan cuka 1 penutup dan kemudian masukkan soda bikarbonat suku sudu.
Kemudian goncangkan bakul air fryer tadi buat seketika. Cara ini akan mudahkan sisa tersebut tertanggal di bahagian jaring. Rendam beberapa minit.
Step 6
Boleh juga guna berus botol untuk membersihkan bahagian bekas jaring.
Step 7
Setelah itu, buang air tadi dan perlu diingat jangan pegang handle tetapi pegang sisi bakul. Setelah itu ambil sedikit sabun dan cuci bersih.
Step 8
Kemudian cuci bakul air fryer pula, seperti biasa. Cuci luar dan dalam. Bahagian hadapan cukup memadai digosok dengan tangan untuk mengelakkan tercalar.
Cara Cuci Badan Air Fryer
Step 1
Simpan wayer dengan menolak ke dalam seperti di dalam gambar.
Step 2
Baringkan air fryer dengan hati-hati. Kemudian basahkan kain dengan air tanpa menggunakan sabun. Pastikan kain di dalam keadaan lembap tidak berair. Bersihkan elemen pemanas dan lap secara membulat.
Ada orang risau betul bila dijamu daging kepadanya, bukan sebab tak boleh makan tapi bimbang kalau terlalu banyak makan daging boleh menyebabkan kolesterol naik, darah tinggi dan pelbagai lagi penyakit lain. Maklumlah, macam-macam resipi enak berasaskan daging disediakan sepanjang Ramadan ini.
Daging bila dimasak sama ada dibuat sup, dibakar, digoreng, digulai dan sebagainya. Semuannya memang nampak cukup menyelerakan!
Berdasarkan perkongsian saintis Dr Suri Roowi berkenaan Daging: Apa Yang Anda Perlu Tahu? Rupanya ada tips dan cara untuk pesakit gout menikmati daging dengan selamat. Begitu juga buat pengidap asma dan animea, ada juga disentuh tentang pemakanan daging buat mereka.
Nak lagi detail,jom baca perkongsian ini.
Daging: Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Bulan puasa ini rasanya ramai antara kita lebih selera memakan daging berbanding ikan. Disertakan di sini info tentang daging dan semoga ianya bermanfaat kepada semua.
1. Bagi pesakit asma, daging terproses seperti burger dan sosej kurang elok dimakan berlebihan. Kajian ke atas 971 orang selama 7 tahun mendapati memakan daging terproses berlebihan memburukkan lagi gejala asma
2. Bagi pesakit gout, daging seeloknya dipotong kecil-kecil, dibasuh seterusnya direbus terlebih dahulu.Ini akan turunkan kandungan purine sebanyak 25%.
Daging pula, jangan dimasak terlalu lama kerana memasak pada masa lama akan hasilkan purine yang lebih banyak. Kurangkan juga memakan daging merah. Ini kerana daging merah tinggi purine berbanding daging putih. Semasa makan, kurangkan ambil kuah kerana bahan purine banyak dalam kuah.
Bagi pesakit gout juga elakkan memakan hati ayam dan kurangkan penggunaan ikan bilis dalam masakan. Ini kerana kandungan purine dalam hati ayam dan bilis adalah tinggi.
3. Bagi pesakit anemia, daging merah terutama organ dalaman tinggi zat besi dan bagus untuk dimakan. Memasak menggunakan minyak kelapa sawit merah lebih elok kerana minyak ini kaya β-karoten dan bantu leraikan zat besi dari diikat.
4. Untuk mereka yang mengalami masalah kolesterol, ambil makanan tinggi fiber seperti oat dan barli, minum jus oren, minum air halia, bawang putih selepas memakan daging
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.