Perkongsian ilmu daripada Dr Ahmad Sanusi Azmi diharapkan dapat memberi motivasi dan pencerahan kepada ibu ayah untuk jangan pernah jemu mendoakan anak-anak. Memberi gambaran jelas tentang pengharapan ibu dan ayah, dikongsikan melalui kisah Nabi Ibrahim, semoga ianya dapat dijadikan pengajaran dan inspirasi buat semua.
Ini perkongsiannya.
Jangan Jemu Mendoakan Anak
1. Nabi Ibrahim menampilkan contoh terbaik dalam kesungguhan mendoakan anak. Sebelum dikurniakan anak lagi, Nabi Ibrahim berdoa agar dikurniakan anak yang soleh. Firman Allah:
رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ
“(Nabi Ibrahim berdoa): Wahai Tuhanku, kurniakanlah aku anak yang soleh.” (Surah al-Saffat: 100)
2. Mengapa Nabi Ibrahim bersungguh berdoa agar dikurniakan anak yang soleh? Kerana hanya anak yang soleh sahaja yang mampu memberikan bantuan pada kita setelah kita meninggal. Ini difahami dari hadith Rasulullah yang menegaskan:
إذا ماتَ ابن آدم انْقَطَعَ عنه عَمَلُهُ إلاَّ مِنْ ثَلاَثةٍ: صَدَقَةٍ جارِيَةٍ، أوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أوْ وَلَدٍ صالحٍ يَدْعُو لهُ
Ads
“Apabila meninggalnya anak Adam, terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara: (1) Sedekah jariah, (2) ilmu yang bermanfaat, serta (3) anak yang soleh yang mendoakan mereka.
3. Barangkali atas dasar itulah Nabi Ibrahim berdoa kepada Allah agar dikurniakan anak yang soleh. Bagi ibubapa yang belum, sedang atau telah mempunyai zuriat, jangan sesekali berhenti berdoa agar dikurniakan anak yang soleh.
4. Setelah dikurniakan anak, Nabi Ibrahim berterusan berdoa agar dikurniakan anak yang sentiasa mendirikan solat. Ini difahami dari doa Baginda yang direkodkan di dalam al-Quran. Firman Allah:
“Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang sentiasa mendirikan solat, begitu juga dengan anak-anakku, Wahai Tuhan kami, perkenanlah (doa ini).” (Surah Ibrahim: 40)
5. Perhatikan doa ini. Dihujung doa tersebut, terdapat satu ungkapan yang tidak pernah disebutkan di dalam doa Nabi Ibrahim yang lain (sebagai kata penguat) iaitu ungkapannya:
Ads
رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء
“Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa ini!”
Ungakapan yang terakhir ini seolah menggambarkan betapa bersungguhnya Nabi Ibrahim dan amat berharap agar dikurniakan anak yang konsisten mendirikan solat. Begitulah juga kita yang sepatutnya sentiasa berdoa agar dikurniakan anak yang sentiasa menjaga solatnya.
6. Nabi Ibrahim turut dilihat mendoakan anaknya yang berada dalam keadaan kesusahan yang membimbangkan. Ini didapati daripada doa beliau ketika meninggalkan anaknya Nabi Ismail di Mekah. Firman Allah:
“Wahai Tuhan kami, aku telah menempatkan zuriatku di lembah yang tidak mempunyai tumbuhan di sisi RumahMu, Wahai Tuhanku, supaya mereka mendirikan solat.” (Surah Ibrahim: 37)
7. Nabi Ibrahim sedar bahawa anak dan isterinya berada dalam keadaan yang sukar sewaktu di Mekah, lalu dipanjatkan doa agar Allah memelihara mereka. Kebergantungan yang tinggi kepada Allah menjanjikan pulangan yang lebih lumayan.
Pada asalnya, Nabi Ibrahim berdoa agar Allah memelihara keluarganya sahaja. Namun anugerah yang diberikan oleh Allah lebih dari itu. Telaga Zamzam yang ditemui mereka sangat diberkati sehingga dinikmati oleh umat manusia pada hari ini.
8. Dalam apa keadaan sekalipun, jangan pernah jemu mendoakan anak. Doa adalah manifestasi kebergantungan seorang hamba kepada Tuhannya. Saat belum dikuniakan anak, ketika dikurniakan anak, malah ketika anak dalam kesusahan, usah jemu berdoa. Moga Allah memelihara hamba-hambaNya yang berharap kepadaNya.
Lumrahnya bila sebut tentang membebel, kaum perempuan
begitu sinonim dikaitkan berbanding lelaki.
Namun sedar atau tidak, sebenarnya wanita atau seorang ibu itu lebih suka membebel disebabkan oleh banyak faktor.
Wajar bagi si suami memahami keadaan isterinya. Jangan pula
disindir atau diajuk setiap bebelan tersebut kerana bimbang mendetangkan kesan yang negatif.
Ini sebagaimana yang dijelaskan oleh saudara Mohd Fhais ini. Jom semak.
Jangan gelak, ajuk atau sindir pada isteri membebel. Lebih lebih lagi masa di depan anak.
Mula memang nampak macam kelakar tapi hakikatnya isteri sedang dalam kesakitan emosi.
Dan paling sakit lagi bila anak anak mula hilang hormat pada mak mereka.
Ya, cara kita yang mula kelakar tadi di lihat anak anak sebagai satu amalan yang patut di ikuti.
Anak anak ni dia tak belajar dengan kata-kata dan arahan tapi mereka belajar dengan melihat contoh dari kita.
Dan contoh dari seorang ayah paling senang di ikuti anak anak.
Bagaimana kita buat begitu la dia akan tiru. Jika kita gelak masa isteri membebel, maka dia pun akan gelak bila ibunya membebel.
Paling bahaya lagi takut apa yang dia belajar ni jadi tradisi pula. Sampai kahwin di buat benda yang sama pada isteri mereka pula.
Oleh itu, kita kena la ambil serius bila isteri membebel atau merungut jika ada sesuatu yang tak kena.
Walau kelakar sekalipun saat itu jangan gelak di depan anak anak, cuba buat muka serius. Bila anak dah tak ada nak gelak gelak la puas puas.
Tapi sebaiknya daripada gelak baik tunjuk sifat empati sebab isteri tu membebel bukan untuk buat kelakar tapi nak bagitahu dia sedang sakit emosi dan kepenatan.
Sumber :
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bak kata pepatah, “Kasih ibu bawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa”. Itulah yang ditunjukkan oleh setiap bapa di dunia ini yang sedaya upaya bekerja keras demi membahagiakan keluarga kecil mereka.
Ditetapkan tarikh 19 Jun setiap tahun sebagai hari bapa, tidak ketinggalan buat guru vokal dan juga penyanyi, Ernie Zakri untuk membuat ucapan khas buat suaminya sempena hari bapa pada hari ini.
Melalui perkongsiannya di Instagram, Ernie yang merupakan isteri kepada penyanyi Syamel membuat video khas koleksi video Syamel dan anak mereka, Khawla dengan ucapan pujian bahawa suaminya adalah ayah yang terbaik yang anak mereka miliki.
” This is for you, Daddy @syamel_official . You’re the best Daddy to Khawla she’s so lucky to have you. Daddy obses dengan Khawla (in a good way 😅) & selalu nak yang terbaik untuk anak soleha ni.
“Bila Khawla dah besar, I will give you all the videos macam mana Daddy sayang you sangat.” tulisnya di ruangan kapsyen.
Yang menjadi tarikan dalam ucapan ini apabila Ernie membongkar rahsia Syamel menyanyi ketika tidur!
” Jangan terkejut, satu masa nanti Khawla akan tengok Daddy mengigau dalam tidur dan akan buat concert selalunya. Paling tak pun, Daddy buat presentation/bagi ucapan dalam mimpi. Lihatlah bukti last part. Mimpi mimpi pun kena on point tau nyanyi. 🥲” tambahnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata turut mengucapkan selamat hari bapa kepada Syamel. Malah ada juga yang terhibur menonton video penyanyi yang popular dengan lagu ‘hidup dalam mati’ ini menyanyi ketika tidur.
Terdahulu, Syamel dan Ernie diijabkabulkan di Masjid Puncak Alam, Selangor pada 22 Mac tahun lalu. Mereka dianugerahkan cahaya mata sulung iaitu Nur Khawla Soleha yang kini berusia hampir 4 bulan.
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memasak adalah antara aktiviti yang sering dilakukan oleh kaum wanita. Salah satu aksesori memasak mesti adalah senduk untuk memasak. Lebih menarik, ada pelbagai warna dan jenis senduk. Bila aksesori warna warni dapur pun nampak menarik.
Namun, penggunakan senduk jenis silikon ini bukan main ‘ redah’ aje. Kena tahu cara penggunaannya supaya tidak memudaratkan kesihatan. Bayangkan jika terendam dalam kuali panas, minyak pulak kelihatan berbuih kemudian sudah tentu senduk yang cantik pun rosak.
Nak tahu cara yang betul penggunaannya dan sebabnya, ikuti penjelasan pakar kimia, Fatimah Salim mengenai hal ini.
Ikuti perkongsian ini.
Merujuk kepada pertanyaan ahli MaMa seperti ss di bawah mengenai senduk silikon yang berbuih apabila digunakan untuk mengoreng. Sebenarnya saya sudah menjawab beberapa kali isu ini di ruangan komen. Sebab kerap ditanya, eloklah juga dibuat siaran khas agar mudah dikongsikan pautannya. Baiklah.
SEBAB BERBUIH Minyak berbuih disebabkan oleh degradasi struktur kimia yang membentuk minyak atau kontaminasi (tidak tulin) minyak dengan benda asing (impurities). Apabila dipanaskan, tenaga kinetik molekul-molekul minyak akan bertambah, lalu memaksa penolakan benda asing ini ke permukaan minyak. Keadaan ini lah menyebabkan terbentuknya buih pada minyak.
Untuk kes senduk silikon yang berbuih ini kemungkinan besar disebabkan integriti struktur binaan senduk terganggu dengan suhu panas minyak. Ini mungkin disebabkan oleh kurangnya kualiti silikon itu sendiri tidak tahan tahap kepanasan minyak. Komponen yang membentuk senduk ini bercampur dengan minyak sebagai benda asing, punca terbentuknya buih tadi.
Saya secara peribadi hanya menggunakan senduk logam atau kayu untuk memasak pada suhu tinggi. Setakat pengalaman, senduk silikon biasa mengerutu dihujung kerana bersentuhan terus dengan permukaan kuali yang sememangnya pengalir haba yang sangat bagus.
Silikon apabila termakan dalam kuantiti sedikit itu tidaklah boleh menyebabkan mudarat kepada kesihatan. Namun anda boleh • elakkan senduk digunakan pada suhu tinggi seperti menggoreng. • kurangkan interaksi senduk dengan minyak dengan tidak membiarkan senduk terendam lama dalam minyak. • elakkan senduk bersentuhan terus dengan permukaan kuali. • gunakan senduk ini untuk menyenduk makanan telah dimasak, atau mengacau kuah yang berasaskan air saja.
Nota: Minyak yang telah digunakan berulang kali juga akan menjadi lebih likat kerana terperangkapnya lembapan, udara dan komponen masakan seperti kanji, protein dan saponin yang boleh menyebabkan berlakunya buih. Benda asing ini juga penyebab lambat dan kurangnya tahap kepanasan minyak.