Bagi peminat drama tanah air, pasti cukup kenal dengan pelakon yang satu ini. Wajahnya yang cukup manis dengan turut kata yang lembut membuatkan dia cukup diminati.
Menceburi bidang seni sejak tahun 1993 lagi, namun kini kelibat pelakon Datin Seri Noniswara sudah jarang kelihatan.
Baru-baru ini Noniswara atau mesra disapa Nonis berkongsi gambar sambutan ulang tahun kelahirannya. Perkongsian gambar tersebut dimuat naik menerusi laman instagramnya.
Walaupun sambutan dilakukan secara kecil-kecilan dan sederhana, namun Nonis terharu dan gembira memandangkan majlis tersebut dijayakan oleh anak-anaknya.
Ads
Walaupun sederhana namun cukup bermakna lebih-lebih lagi dilakukan oleh orang tersayang.
Perkongsian tersebut mendapat pujian ramai. Walaupun dalam usia yang sudah memasuki separuh abad, namun Nonis manis maintain cantik dan awet muda. Wajahnya tetap manis dan nampak muda seolah-olah tidak dimamah usia.
Bukan itu sahaja, rata-rata mengakui kecantikan si anak diwarisi oleh ibunya. Tidak hairanlah Nonis dan anak-anak nampak seperti adik-beradik apabila bergambar bersama.
Mendidik anak di zaman ini sememangnya cukup mencabar. Mana lebih tepat, mahu berlembut dengan anak atau tegas tetapi anak memberontak. Payah bukan?
Menurut perkongsian Penulis Keibubapaan, Pn Wawa Shauqi, elakkan sama sekali Permissive Parenting kerana ia memburukkan keadaan anak. Jom ikuti perkongsian beliau.
Tolong jangan samakan ‘berlembut’ tu dengan Gentle Parenting. Gentle Parenting tak membesarkan manusia yang entitle. Sebab dalam Gentle Parenting masih ada ketegasan. Masih bergantung pada peraturan yang tegas.
Berlembut adalah Permissive Parenting. Terlalu berlembut dengan anak sampaikan takut untuk kecewakan anak. Biarkan anak buat sukati. Tanpa letak sempadan/ kawalan / peraturan.
Ya. Permissive parenting berisiko melahirkan anak yang perangai diva. Serba betul. Narsisistik. Dan rasa diri entitled.
5 kesalahan dalam mendidik anak
Sehingga berisiko melahirkan anak yang entitle.
1. Memberi apa saja yang anak inginkan
Tak salah nak gembirakan anak. Saya pun bagi aje. Takut jugak kalau tak bagi apa dia nak, anak belajar panjang tangan.
Cuma, kita beringat. Kita berpada. Terlalu banyak dapat benda yang diingini, lama-lama anak makin hilang rasa menghargai.
Terlalu memewahkan membuatkan anak melihat dunia dari aspek material semata-mata. Kalau boleh letakkan ini sebagai reward atas kerjasama anak yang baik selama ini. Bukan anak yang letak syarat sampai pandai mengugut kita.
2. Tak ada kawalan/ sempadan/ peraturan
Anak nak buat apa, buatlah. Asal bahagia. Asal tak menangis mengamuk. Itu yang paling utama. Sehingga mak ayah takut nak letak peraturan pada anak.
Anak yang begini pandai memanipulasi mak ayah dengan rajuk dan tangisnya. Tanpa peraturan yang jelas, anak tidak belajar untuk menghormati peraturan. Sampai besar dia rasa dia berhak buat apa saja.
3. Overprotective
Lawnmower parenting adalah antara ciri mak ayah yang overprotective. Terlalu takut anak susah dan gagal. Sampai mak ayah jadi tukang buatkan semua untuk anak-anak.
Kehidupan anak terlalu senang. Hasilnya, anak tak belajar untuk menghadapi cabaran dan belajar bersusah-susah sikit untuk capai sesuatu.
4. Tak diajar tanggungjawab
Anak perlu diajar untuk membantu kerja-kerja rumah. Supaya mereka belajar bekerjasama dan menyumbang tenaga dalam hidup bekeluarga.
Pun begitu, jangan sampai deligate kebanyakan kerja di rumah. Sampai anak hilang kehidupan kanak-kanak dia. Ada beza parentified kids dengan responsible kids.
5. Puji berlebihan untuk usaha anak yang sedikit
Anak akan lihat apa saja yang dibuatnya adalah sesuatu yang betul. Anak tak rasa mereka perlu berusaha. Sebab mereka tak belajar bahawa untuk dapat sesuatu, kita perlu berusaha keras.
Kelima-lima ciri ni sebenarnya adalah ciri-ciri mak ayah Permissive. Penting untuk kita jadi mak ayah yang bijak. Iaitu mak ayah penyayang dan berlembut. Tapi ada sempadan dan peraturan yang jelas.
Ini untuk ingatan saya sebagai ibu yang tak sempurna. Jangan biarkan anak-anak kita membesar dengan rasa entitled tanpa rasa tanggungjawab.
Dengan pendekatan yang seimbang, kita boleh membantu anak-anak menjadi individu yang bertanggungjawab dan menghargai setiap usaha yang dilakukan.
Semoga kita semua dapat menjadi ibu bapa yang memberi kasih sayang dengan penuh bijaksana.
Rasa pijar tangan biasanya berlaku bila kita usai menyediakan bahan kisaran cili kering, cili padi mahu pun cili merah.
Tangan akan rasa tidak selesa dan sekali gus kita mahu meredakan rasa pijar tersebut dengan pelbagai cara.
Bahkan petua-petua lama juga banyak kongsikan cara alternatif untuk hilangkan rasa pijar tersebut.
Dan salah satu daripada petua itu adalah sepertimana yang dikongsikan oleh Rafiza Idayu. Malah menurutnya petua ini jaga telah dibuktikan oleh sains akan keberhasilannya.
[Petua menghilangkan pijar yang dibuktikan oleh sains]
Tempoh hari saya baca tentang macamana nak buat jika tangan pijar.
Sebab saya ni spesis yang tak boleh tolerate dengan cili. Jika masak yang ada contact dengan cili, mesti dia punya pijar lain macam.
Sama juga kalau makanan makanan yang pedas. Jari jemari saya akan pijar. Jadi kita ni macam cacing kepanasan menunggu pijar tangan tu hilang…
Pagi tadi saya gunting halus cili kering nak buat cili flakes untuk masak Spagetti Aglio Olio. Lepas siap masak.. dia punya pijar.. buat kita tak keruan.
Teringat tip pertama untuk hilangkan pijar adalah dengan melumur tangan kita dengan bahan lemak.
Jadi saya gunakan minyak masak.
Lemak bertindak melarutkan dan melemahkan ikatan capsaicin yang ada dalam komponen cili yang membuatkan cili pedas dan penyebab pijar.
Memang lega lepas sapu minyak tu.. kemudian saya cuci dengan sabun.
Sabun juga mengandungi komposisi lemak yang boleh melarutkan capsaicin tersebut.
Excited tangan hilang pijar, terus saya buat posting ni sebab nak share keberkesanan tip no 1. Ada 7 tip yang dikongsikan oleh Dr Fatimah Salim.
Suka duduk dalam group ini. Banyak petua yang dibuktikan secara saintifik oleh sains. Trigger otak saya yang suka sangat berfikir bagaimana sesuatu itu berlaku secara teknikal.
Anda selalu alami masalah sakit kat tekak? Macam mana nak kurangkan sakit ni sebelum berjumpa doktor? Jom cuba langkah ini dulu.
5 Cara Hilangkan Sakit Tekak
1. Kumur air garam. Ambil sedikit garam, campur dengan segelas air suam. Kajian Randomised controlled trial RCT yang saya jalankan sendiri menggunakan sodium chloride 3.0% (air garam) mampu mengurangkan simptom sakit tekak akibat jangkitan ‘non-bacterial pharyngitis’ pada tekak. Kajian ini telah diterbitkan pada tahun 2019.
2. Makan aiskrim. Kenapa aiskrim dapat kurangkan sakit tekak? ‘Soothing effect’ dan agen penyejuk pada aiskrim dapat legakan perit pada tekak.
3. Lozenges. Ini pun boleh dilakukan. Anda boleh dapatkan di farmasi terdekat. Ia dapat mengurangkan rasa sakit pada tekak.
4. Gargle. Ubat kumur seperti listerine, thymol dan difflam boleh digunakan untuk mengurangkan gejala sakit tekak. Biasanya saya akan nasihatkan pesakit untuk menggunakan sebelum dan selepas makan.
5. Ubat. Antibiotik akan diberi selepas pemeriksaan doktor mendapati ada tanda jangkitan bakteria. Memandangkan kebanyakan masalah sakit tekak adalah akibat jangkitan virus, penggunaan antibiotik sebenarnya jarang dilakukan.
Semoga info kali ini berguna untuk kalian. Jemput #share dan #kongsi kepada orang yang anda sayang.
Sumber: Dr Ezairy M.Sallih
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.