Perkongsian ilmu daripada Dr Ahmad Sanusi Azmi diharapkan dapat memberi motivasi dan pencerahan kepada ibu ayah untuk jangan pernah jemu mendoakan anak-anak. Memberi gambaran jelas tentang pengharapan ibu dan ayah, dikongsikan melalui kisah Nabi Ibrahim, semoga ianya dapat dijadikan pengajaran dan inspirasi buat semua.
Ini perkongsiannya.
Jangan Jemu Mendoakan Anak
1. Nabi Ibrahim menampilkan contoh terbaik dalam kesungguhan mendoakan anak. Sebelum dikurniakan anak lagi, Nabi Ibrahim berdoa agar dikurniakan anak yang soleh. Firman Allah:
رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ
“(Nabi Ibrahim berdoa): Wahai Tuhanku, kurniakanlah aku anak yang soleh.” (Surah al-Saffat: 100)
2. Mengapa Nabi Ibrahim bersungguh berdoa agar dikurniakan anak yang soleh? Kerana hanya anak yang soleh sahaja yang mampu memberikan bantuan pada kita setelah kita meninggal. Ini difahami dari hadith Rasulullah yang menegaskan:
إذا ماتَ ابن آدم انْقَطَعَ عنه عَمَلُهُ إلاَّ مِنْ ثَلاَثةٍ: صَدَقَةٍ جارِيَةٍ، أوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أوْ وَلَدٍ صالحٍ يَدْعُو لهُ
Ads
“Apabila meninggalnya anak Adam, terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara: (1) Sedekah jariah, (2) ilmu yang bermanfaat, serta (3) anak yang soleh yang mendoakan mereka.
3. Barangkali atas dasar itulah Nabi Ibrahim berdoa kepada Allah agar dikurniakan anak yang soleh. Bagi ibubapa yang belum, sedang atau telah mempunyai zuriat, jangan sesekali berhenti berdoa agar dikurniakan anak yang soleh.
4. Setelah dikurniakan anak, Nabi Ibrahim berterusan berdoa agar dikurniakan anak yang sentiasa mendirikan solat. Ini difahami dari doa Baginda yang direkodkan di dalam al-Quran. Firman Allah:
“Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang sentiasa mendirikan solat, begitu juga dengan anak-anakku, Wahai Tuhan kami, perkenanlah (doa ini).” (Surah Ibrahim: 40)
5. Perhatikan doa ini. Dihujung doa tersebut, terdapat satu ungkapan yang tidak pernah disebutkan di dalam doa Nabi Ibrahim yang lain (sebagai kata penguat) iaitu ungkapannya:
Ads
رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء
“Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa ini!”
Ungakapan yang terakhir ini seolah menggambarkan betapa bersungguhnya Nabi Ibrahim dan amat berharap agar dikurniakan anak yang konsisten mendirikan solat. Begitulah juga kita yang sepatutnya sentiasa berdoa agar dikurniakan anak yang sentiasa menjaga solatnya.
6. Nabi Ibrahim turut dilihat mendoakan anaknya yang berada dalam keadaan kesusahan yang membimbangkan. Ini didapati daripada doa beliau ketika meninggalkan anaknya Nabi Ismail di Mekah. Firman Allah:
“Wahai Tuhan kami, aku telah menempatkan zuriatku di lembah yang tidak mempunyai tumbuhan di sisi RumahMu, Wahai Tuhanku, supaya mereka mendirikan solat.” (Surah Ibrahim: 37)
7. Nabi Ibrahim sedar bahawa anak dan isterinya berada dalam keadaan yang sukar sewaktu di Mekah, lalu dipanjatkan doa agar Allah memelihara mereka. Kebergantungan yang tinggi kepada Allah menjanjikan pulangan yang lebih lumayan.
Pada asalnya, Nabi Ibrahim berdoa agar Allah memelihara keluarganya sahaja. Namun anugerah yang diberikan oleh Allah lebih dari itu. Telaga Zamzam yang ditemui mereka sangat diberkati sehingga dinikmati oleh umat manusia pada hari ini.
8. Dalam apa keadaan sekalipun, jangan pernah jemu mendoakan anak. Doa adalah manifestasi kebergantungan seorang hamba kepada Tuhannya. Saat belum dikuniakan anak, ketika dikurniakan anak, malah ketika anak dalam kesusahan, usah jemu berdoa. Moga Allah memelihara hamba-hambaNya yang berharap kepadaNya.
Pendakwah terkenal, Dato’ Ustaz Kazim Elias merayu kepada orang ramai untuk membantu mengubati penyakit yang ditanggungnya ketika ini.
Hal tersebut dikongsikan sendiri menerusi laman Facebook miliknya.
“Sesiapa yang boleh tolong ubatkan saya, tolonglah. Berat mata memandang berat lagi bahu yang menanggung. Pada Allah kita berserah,” tulisnya di laman Facebook.
Dalam perkongsiannya itu, beliau turut memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan keadaan yang sedang dialami dibahagian tangannya.
Perkongsian berkenaan turut mendapat Reaksi dan komen daripada pengikutnya di laman facebook.
Rata-rata menyuarakan rasa simpati dengan penderitaan yang sedang dihadapi oleh pendakwah ini.
Malah, mereka turut menitipkan doa semoga penderitaan dan dugaan yang dilaluinya segera hilang dan diberikan kesembuhan dengan segera.
Dalam pada itu, komen pelakon Aeril Zafrel pada posting itu turut menarik perhatian warganet.
“Shooting kan ni ustaz?” tulis Aeril di ruangan komen status berkenaan.
Sehingga kini, pendakwah itu belum berkongsi lanjut mengenai hal tersebut.
Untuk rekod, tahun lalu ada laporan berita mengenai Kazim yang sedang sakit, dipercayai terkena buatan orang.
Perkara itu dikongsikan oleh keluarga beliau, yang tidak menolak dakwaan kesakitan yang dialami Kazim akibat terkena sihir.
Pelakon dan usahawan Natasha Hudson kini sah bergelar isteri kepada Muhammad Harits Jasmin atau lebih dikenali dengan nama Jay Jasmin.
Pasangan ini sah diijabkabulkan pada satu majlis nikah serba ringkas mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan dihadiri 10 orang keluarga terdekat.
Dalam majlis tersebut,pelakon filem Chermin itu menerima mas kahwin RM300 selain bertukar dulang hantaran.
Pasangan ini kemudiannya diraikan dalam majlis santai di kediaman ibu Jay juga di Bangi.
Pemilik nama penuh, Natasha Liana Hudson itu juga mendedahkan dia tidak meminta wang hantaran.
“Dia kenalan lama saya. Kami pun tak nak bercinta lama. Keluarga sudah saling mengenali. Kami putuskan untuk mempercepatkan perkara baik ini.
“Satu perkara biarpun saya pernah melalui fasa hidup berumah tangga sebelum ini, dia sangat memahami. Saya pun memilih untuk tidak berada dalam kehidupan silam.
“Moga ikatan ini akan menuju ke satu pengakhiran yang baik. Insya-Allah,” katanya.
Kata Natasha, dia dan suami berkongsi minat yang sama dalam aktiviti bersukan dan lasak.
“Hujung tahun lalu, saya ke Pulau Langkawi kerana menguruskan urusan pembukaan pusat memanah. Suami pula mengendalikan perniagaan luncur ombak di sana.
“Akhirnya kami jadi rakan perniagaan dalam usaha menjadikan pulau pelancongan di Kedah itu sebagai tarikan. Kini, kami jadi teman sehidup semati pula.
“Insya-Allah selepas ini, sekitar minggu depan … kami akan pulang ke sana. Saya juga akan terus menetap di sana. Cuma anak saya tak ikut kerana bersekolah di ibu kota,” katanya yang masih berulang-alik ke KL untuk urusan kerja dan anak.
Mengenai perancangan berbulan madu, kakak kepada Tania Hudson ini menjelaskan dia dan suami belum memikirkannya.
“Lagipun nak masuk bulan puasa tak lama lagi. Tengoklah nanti mungkin lepas raya.
“Saya pun nak kena pastikan urusan perniagaan menerusi pusat memanah di Langkawi terus berkembang,” katanya yang turut merancang untuk mengadakan majlis resepsi di Sungai Petani selepas Syawal nanti.
Mengenai cahaya mata, baik suami dan Natasha hanya berserah.
Natasha sebelum ini pernah berkahwin dan dikurniakan tiga cahaya mata.
Rumput tiruan semakin mendapat tempat di setiap kediaman. Mana taknya ia sebagai pengganti rumput semula jadi di bahagian tanah lapang di luar rumah kerana mudah menguruskannya untuk jangka masa yang panjang.
Memang cantik dipasangan di halaman rumah. Serba hijau dan halaman kekal kemas setiap masa.
Kos pemasangan rumput tiruan ini agak mahal mengikut keluasan halaman.
Bagaimana pun, ada pemik kediaman sanggup melakukan sendiri. Cara ini lebih menjimaatkan.
Begitulah yang dilakukan oleh Muammar Arfa dan Faz Yanie menerusi facebook mereka.
Perkongsian Muammar Arfa yang menjelaskan bahawa beliau melakukan sendiri pemasangan rumput tiruan mengikut panduan yang dipelajari menerusi youtube.
Step 1
Cangkul rumput-rumput
Step 2
Pasang weedmat
Step 3
Tabur pasir dan ratakan
Step 4
Pasang rumput tiruan
Siap!
Dalam pada itu, puan Faz Yanie juga berkongsi cara beliau. Lebih mengejutkan hanya menggunakan kos RM1.2K berbanding harga upah pemasangan sehingga RM10K.
Ibu sebak anak maut dihempap pokok kelapa sawit -"Dia pakai cantik, wangi sangat." Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun menemui ajal selepas ditimpa sebatang pokok kelapa sawit yang telah reput di Kampung Parit Wak Katek, Sanglang, dalam kejadian sekitar jam 11.30 pagi Selasa.