Malam tadi, merupakan hari pertama umat Islam menyambut Ramadan dan berterawih. Dalam keterujaan menyambut Ramadan, ramai ibu bapa mengambil langkah awal untuk membuat persiapan Hari Raya sekaligus kerana jangka waktu yang dekat dengan pembukaan sesi persekolahan Isnin lalu. 

Namun hasrat sebuah keluarga untuk berpakaian sedondon warna hitam di pagi Hari Raya Aidilfitri tahun ini tidak kesampaian apabila seorang kanak-kanak prempuan maut digilis treler.

“Jangan Lupa Tarik Kami Ke Syurga..” Hasrat Sedondon Hitam Di Pagi Raya Tidak Kesampaian, Kanak-Kanak Maut Digilir Treler

Nahas kemalangan yang melibatkan kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun dikenali Nurul Jannatun Assyifa maut digilis treler di Jalan Tengah, Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang.

Difahamkan, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian selepas motorsikal yang diboncengnya bersama jiran dilanggar treler sewaktu dalam perjalanan pulang dari sekolah.

Dalam kejadian itu, turut terlibat sama adalah  pengasuh yang juga jiran iaitu seorang wanita berusia 54 tahun termasuk adik lelakinya, Alif Zahfran Muhammad Jamathir mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala.

[TRENDING] Kepala Aku Dihayun Jurulatih.” Remuk Hati Kakak Allahyarham Prebet Iman Bila Temui Nota Adiknya Di ‘Ragging’ Selepas 5 Bulan Pemergiannya

[EKSKLUSIF] Kalau Nak Jadi Perdana Menteri Kenalah…Nasihat ‘Deep’ Tun M Kepada Umar

IKLAN

Bapa kepada mangsa, Muhammad Jamathir Ahmad Nordin, 32, berkata, dia terus bergegas dari tempat kerja di Pulau Indah ke lokasi kejadian sebaik sahaja isterinya memaklumkan mengenai kejadian tersebut.

Pun begitu, Muhammad Jamathir reda dan pasrah dengan ketentuan takdir yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

“Saya sempat bersalaman dengan anak-anak sebelum pergi kerja jam 6.30 pagi. Saya tidak boleh berbuat apa, sudah ditakdirkan begitu. Saya reda,”katanya.

Kata Muhammad Jamathir, mereka sekeluarga bersepakat untuk mengenakan pakaian raya sedondon berwarna hitam pada tahun ini.  Lebih memilukan pakaian tersebut baru tiba dirumahnya minggu ini. 

“Bila beliau (Nurul Jannatun Assyifa) nampak baju itu, beliau rasa seronok,”

IKLAN

Dalam pada itu, meninjau di laman Facebook ibu mangsa, Rubyatul Adawiyah menyatakan mereka sudah selesai menguruskan upacara pengebumian anak kedua daripada tiga beradik itu selepas solat Isyak.

Rubyatul Adawiyah juga berterima kasih kepada orang ramai mendoakan anaknya selain memberitahu dirinya tidak sanggup untuk membuka pesanan dan mesej diterimanya.

“Jangan Lupa Tarik Kami Ke Syurga..” Hasrat Sedondon Hitam Di Pagi Raya Tidak Kesampaian, Kanak-Kanak Maut Digilir Treler

Dalam pada itu, ibu kepada tiga cahaya mata meluahkan rasa sayang terhadap zuriat yang ditatang bagai minyak yang penuh, selain berharap agar Nurul Jannatun ‘menarik’ mereka ke syurga bersama.

“Awak dah sampai sana, jangan lupa ibu, abah, kakak dengan alip (Alif) tau.

IKLAN

“Tarik kami bawa ke syurga ya. Ibu sayang anak-anak ibu. Ibu sayang awak,” tulisnya.

 “Jangan Lupa Tarik Kami Ke Syurga..” Hasrat Sedondon Hitam Di Pagi Raya Tidak Kesampaian, Kanak-Kanak Maut Digilir Treler

Hantaran berikutnya, beliau turut berkongsi perkembangan anak ketiga, Alif yang terlibat sama dalam kemalangan tersebut yang kini berada di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Jangan Lupa Tarik Kami Ke Syurga..” Hasrat Sedondon Hitam Di Pagi Raya Tidak Kesampaian, Kanak-Kanak Maut Digilir Treler

[TIPS]

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

“Jangan Lupa Tarik Kami Ke Syurga..” Hasrat Sedondon Hitam Di Pagi Raya Tidak Kesampaian, Kanak-Kanak Maut Digilir Treler

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI