Sebenarnya, ada banyak perkara yang kita mungkin lakukan ketika mengurus makanan yang mengundang kepada bahaya atau pencemaran makanan. Malah, sesetengahnya dianggap ‘biasa’ tanpa menyedari ianya merupakan tabiat yang perlu diubah.
Salah satunya adalah tabiat menyimpan makanan dalam tin yang telah dibuka dalam peti sejuk. Mesti ramai yang selalu buat kan? Kadang-kadang kita simpan lebihan tuna, susu sejat, susu pekat, jagung, koktel buah, dan macam-macam lagilah.
Ingat, makanan dalam tin seharusnya dihabiskan secepat mungkin sebaik saja ianya dibuka. Jika perlu, pindahkan ke bahagian sejuk beku dengan menggunakan bekas yang bertutup selepas 3 hari.
Makanan lebihan tidak seharusnya disimpan melebihi 3 hari kerana kandungan nutrisinya boleh terjejas, terutamanya apabila peti sejuk anda terlalu padat dan mengandungi pelbagai jenis makanan.
Ini bahayanya menyimpan makanan dalam tin yang telah dibuka ke dalam peti sejuk.
1. TINDAK BALAS TIN DENGAN MAKANAN
Kalau ada lebihan makanan dalam tin, seeloknya ia patut dipindahkan ke dalam bekas makanan kaca atau plastik sebelum disimpan dalam peti peti sejuk.
Jika disimpan dalam tin yang asal, kandungannya akan bertindak balas dengan logam tin tersebut apabila terdedah ke udara.
Ads
2. MENUKAR BAU DAN RASA
Disebabkan tindak balas logam dengan kandungan di dalamnya tadi, proses ini menukar bau dan rasa makanan tersebut. Kalau perasan, ada rasa dan bau seolah-olah metalik padanya.
Tindakbalas ini biasanya lebih mudah berlaku pada jenis makanan dalam tin yang berasid, contohnya puri tomato atau jus buah-buahan.
3. MAKANAN MUDAH TERCEMAR
Berbanding penggunaan bekas makanan yang kedap udara, penyimpanan makanan lebihan dalam tin yang telah dibuka adalah berisiko terhadap pencemaran makanan.
Ads
Dalam sebuah artikel, Dr Ronald McCoy, menjelaskan bahawa makanan dalam tin sebenarnya mudah rosak apabila ia telah dibuka.
4. MENINGKATKAN RISIKO KERACUNAN MAKANAN
Cara penyimpanan yang salah boleh memberi ruang kepada pertumbuhan spora, lalu menyebabkan keracunan makanan.
Menurut sumber, walaupun jarang berlaku, kes botulisme juga boleh berpunca daripada makanan dalam tin yang tidak disimpan dengan betul.
Gambar hiasan
Ads
5. TETAP ROSAK WALAU DISEJUK BEKU
Menurut MyHealth pula, tindakan membekukan makanan dalam tin kerana mahu menyimpannya lebih lama juga tak seharusnya menjadi amalan.
Kenapa? Ini kerana, pada tahap beku kandungan dalam tin itu akan mengembang dan keadaan ini akan merosakkan tin tersebut dan menyebabkan ia tumpah.
JANGAN LUPA ‘TRANSFER’ LEPAS BUKA TAU
Jadi, jangan lupa transfer makanan dalam tin ke dalam bekas lain bila dah buka ya. Paling malas pun, tukarlah penutupnya kepada penutup plastik.
Dah tahu ni, sama-samalah kita cuba elakkan tabiat ini demi kesihatan diri dan keluarga.
Jom amalkan cara penyimpanan yang betul!
Sumber: Sirap Limau Via Science Notes, MyHealth
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asyik beli je agar-agar cincau, apa kata buat sendiri saja di rumah. Bagi yang tak tahu, cincau dihasilkan dari pokok cincau, bahagian daun dan ranting yang telah dikeringkan.
Proses nak buatnya mudah sangat.
Memang akan berpuas hati kerana menikmati cincau yang dihasilkan sendiri! Malah dijamin
Bolehlah menikmati jeli cincau hitam buat sendiri yang bersih serta halal.
Bagi yang ingin cuba buat cincau secara homemade, jom ikuti resipi oleh saudara Ibrisam Wossali ini.
Dalam group ni ada tak sahabat yang tanam pokok cincau hitam, tapi belum pernah buat cincau? Atau dah cuba buat tapi tak menjadi cincaunya.
Di sini saya nak berkongsi cara memprosesnya. Saya dpt resepinya dari seorg sahabat. Resepinya tu saya ada buat penambahan bahannya spt air kapur @ air abu dan daun pandan. Saya dpt ilmu ini melalui pembacaan dan belajar dari youtube.
Bahan2nya : 100 gm daun cincau kering. 5 liter air tapis 200 gm tepung kanji 20 ml air kapur ( air abu) 3@4 helai daun pandan
Caranya : 1. Rendam sekejap daun cincau kering. Kemudian basuh sehingga bersih. Tapis sekejap daun yg telah di basuh tadi. 2. Sediakan air tapis + air abu + daun pandan. Rendam daun cincau dlm air tersebut semalaman. 3. Esoknya terus rebus lebih kurang dlm 30 minit. Pastikan air rebusan berbaki 2/3 bhg ( 3.3 liter) atau kurang dari 3.3 liter. 4. Tapis air rebusan dan biarkan ia menjadi suam dahulu. 5. Kemudian barulah bancuh tepung kanji dgn sedikit air lalu campurkan dlm pati rebusan cincau tdi. 6. Rebusan kali kedua ini mestilah guna api yg kecil shj. 7. Masak sehingga air menjadi hitam berkilat dan likat. 8. Tutup api dan terus tuang ke dalam bekas. Proses ni kena cepat dan pantas sbb cincau cepat sangat membeku. 9. Setelah sejuk bolehlah di campur dlm minuman kegemaran masing2.
Daun cincau yang dah cukup kering
Rendaman daun cincau kering + air tapis air + air abu + daun pandan. Saya dapat info bahawa air abu penting utk proses membuat cincau hitam. Ia membantu mengeluarkan estrak cincau. Air abu ni bukanlah dari kapur sirih tu ya. Ada jual di kedai bakery. Sebelum ni saya buat cincau tak letak air abu, hasilnya air rendaman warnanya kurang hitam.
Beberapa jam setelah di rendam kelihatan air sudah berwarna hitam. Ini menandakan daun cincau telah mengeluarkan estrak cincau.
Setelah di rebus dan di tapis inilah hasilnya estrak pati cincau hitam. Rebusan kali kedua nanti barulah letak tepung kanji pula.
Daun cincau yang saya jemur 20 hari yang lalu. Hari ni barulah berkesempatan untuk membuat cincau.
Inilah hasilnya cincau homemade.. Paling penting ia beku. Rupanya taklah secantik mcm di jual kt kedai baja
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Bila dah kahwin, soal perbelanjaan setiap bulan kenalah dirancang dan dicatatkan dengan terperinci supaya barulah nampak perbelanjaan tiap bulan.
Bukan apa, takut tersasar atau terlebih guna. Jika dulu pen dan nota kecil jadi keutamaan tapi tip yang dikongsikan oleh saudara kita ni, Nik Mohd Fahmi memang best. Jom ikut caranya. Mudah!
Senang je nak rekod perbelanjaan setiap hari tanpa bawa pen dan kertas. Saya belajar dari Azizi Ali bahawa pentingnya kita rekodkan belanja setiap hari.
Azizi Ali namakannya Money Tracker. Mula-mula tu macam agak susah untuk saya nak buat sebab masa kita berbelanja, mana sempat nak tulis. Tapi saya dapat idea sendiri, sangat mudah. Idea ni menyebabkan saya dan Aimi Nazihah berjaya amalkan sampai hari ni.
Caranya macam ni, kita semua kan selalu pegang handphone. Macam dah keperluan jadinya. Mana-mana pun tengok handphone. Jadi, buat satu group whatsapp. Ahlinya suami dan isteri sahaja. Letak nama group Money Tracker. Tiap kali lepas makan, beli atau belanja apa-apa, tulis dalam group whatsapp tu :
Makan tengahari -8.00
Minyak kereta -50.00
Parking -1.00
Bil letrik -78.00
Econsave -45.50
Laptop -1450.00
Ali bayar hutang +300.00
Bonus +500.00
Simbol ( – ) adalah sebagai perbelanjaan atau duit keluar. Simbol ( + ) adalah sebagai pendapatan atau duit masuk.
Dalam whatsapp kan ada tarikh bila kita tulis. Jadi, hujung bulan kita boleh semak balik perkara berikut :
1. Berapa duit kita dah belanja
2. Bila tarikh kita belanja
3. Apa yang kita belanja
4. Belanja lebih bajet atau tak
5. Apa yang terlebih bajet
Kesannya, kita akan tahu belanja setiap bulan terlebih kat mana supaya lebih beringat dan perbaiki cara perbelanjaan ke arah yang lebih berhemah.
Tips ni pun boleh buat untuk benda lain juga. Kalau nak simpan resepi, location, nak buat senarai tugasan, senarai barang nak beli, cuma buat group whatsapp suami isteri dan tulis la apa saja dalam group whatsapp tu untuk simpanan.
Semoga bermanfaat.
Hebat kan?
Kredit: Nik Mohd Fahmi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kandungan kolesterol yang tinggi dalam badan memang membahayakan kesihatan. Sebab itu kita kena kawal kolesterol dalam badan sejak awal kecil lagi bagi mengelakkan masalah obesiti, sakit jantung, kencing manis dan lain-lain lagi.
Bagi yang mempunyai masalah kolestrol dalam badan, bolehlah cuba petua yang mudah ini. Petua ini dikongsikan oleh Puan Razzyatt Urutan Tradisional. Selamat mencuba!
PETUA TURUNKAN KOLESTEROL . Skg ni tiap²pg kak yatt blend epal hijau dan setengah biji timun..pastu perah suku biji lemon dan 1 sudu besar madu.
Alhamdulillah..badan rasa ringan..buang toksin dalam badan..turunkan kolestrol.. Kulit pun cantek..😍 Moh cubaaa…
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di