Pernah tak beli oxygen absorber tanpa tahu fungsinya? Kisah yang dikongsikan oleh Saiful Azmi ini jadi peringatan buat kita semua—jangan percaya bulat-bulat cakap penjual tanpa ilmu!
Setiap warna pada oxygen absorber ada fungsi berbeza untuk makanan tertentu. Salah pilih, makanan tak tahan lama seperti yang diharapkan! Jadi, sebelum guna, pastikan anda tahu beza antara hijau, biru, dan kuning supaya makanan kekal segar dan berkualiti.
Ads
Ads
Ads
Nak tahu lebih lanjut? Jom baca perkongsian penuh!
Alkisah beberapa hari yang lepas, di sebuah kedai bakeri.. tak yah cakaplah apa nama kan.. satu kisah tentang oxygen absorber ( food grade )..
Pembeli : Dik apa beza oxygen absober warna biru dan hijau. Akak nak letak untuk biskut
Staff kedai : Sama ja kak, packaging ja lain..
Aku yg dengar geleng kepala, kalau tak tahu jangan pandai2 buat tahu.. Moral of the story, jangan percaya 100% pada penjual. Aku jumpa akak tu dan terangkan.. mula2 dia rasa mcm percaya tak percaya.. betul ke mamat ni.. bila tunjuk business card baru dia senyum.
Ada beza ya sahabat2 semua, jangan main beli ja
1. Pastikan ianya food grade
2. Warna pada packaging menentukan fungsi pada makanan yg berlainan
Warna Hijau ( Food Dessicant )
* kelembapan relatif yang rendah
– kerepek
– biskut
– chips
– cakes
Warna Biru ( Dry Maestro )
– Kekacang
– Ikan bilis
– pasta
– beras
Warna Kuning ( Oxygen absorber )
– Tepung2
– rempah serbuk
** mengelakkan tepung & serbuk rempah lembap
But it doesn’t matter main hentam guna mana2 pun tapi tak mencapai fungsi yang optimum
Semoga bermanfaat
Sumber: saiful azmi suhaimi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pepatah ada mengatakan sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Hakikatnya pasti ada perbezaan pendapat atau pertelingkahan kecil akan berlaku antara suami isteri, itu lumrah. Namun yang menjadi kebimbangan, bila setiap masa ada sahaja yang tidak kena di mata suami mahu pun isteri hingga menyebabkan hubungan menjadi ‘panas’ di antara kedua-dua belah pihak.
Jadi bagaimana sebenarnya untuk mendapatkan ketenangan agar walau ada selisih pendapat sekali pun, kita mampu mengatasinya dengan tenang dan disantuni dengan sebaik mungkin di kedua-dua belah pihak.
Mungkin dengan perkongsian daripada Ustaz Ebit Lew ini dapat menjentik hati setiap antara kita mengapa sering terjadi rasa tidak tenang dalam hati. Jom semak perkongsian ini.
Tadi balik dari radio salamfm terjumpa sepasang suami isteri minta nasihat. Mereka asyik bergaduh siang malam. Katanya tak pernah tenteram rumahtangga. Sebab yang kecil pun sampai maki hamun. Tak tenang. Sebab kena orang buat ke ustaz. Ada kata sebab tak sesuai. Panas jadinya. Macam-macam lagi..macam-macam ikhtiar dah ustaz..
Maaf sangat saya nak tanya satu soalan pada saudara saudari berdua. Cukup solat 5 waktu tak?
Mereka senyap. Saya tanya suami dulu. Suami kata, saya memang tak solat ustaz. Dah lama dah tak solat.
Baik isteri pula. Saya dulu solat cukup. Sekarang dah banyak tinggal.
Saya nak tanya Al-Quran baca berapa helai sehari?
Keduanya jawab dah lama tak baca..ada amalkan apa-apa zikir tak?
Semua dah lama tinggal ustaz..
Begini saudara saudari berdua. Saat kita menyerahkan diri, hati dan seluruhnya dengan sujud pada Allah dan minta pertolongan Allah. Saat itu kita diberi ketenangan, petunjuk dan bahagia yang hakiki.
Saya tahu Allah sayang saudara saudari. Dia beri peluang untuk menjadi hambanya. Siapa jaga solat. Allah jaga mereka..
Ramai orang solat juga ditimpa pergaduhan dalam kehidupan suami isteri. Tetapi tiada orang tak solat rasa bahagia dalam rumahtangga. Janji Allah bahagia buat orang yang benar-benar jaga solat pada waktunya dan sempurna khusuk dan khuduknya. Hati yang bulat pada Allah. Dan anggota yang diam tetap berserah padanya..
Saidina Umar ra sentiasa kejut keluarga bangun malam untuk tahajud dan baca ayat : Dan perintahkanlah ahli keluargamu untuk solat, bersabarlah kamu dalam mengerjakannya, sesungguhnya kami tak minta Rezeki dari kamu. Bahkan kami yakni Allah yang beri rezeki kepada kamu..
Dengan mengajak keluarga solat, kita diberi bahagia, rezeki,keberkatan, ketenangan, cinta, kasih sayang, lemah lembut, kebaikan, saling menghormati, kejayaan, dan Redha Allah.
Inilah jalannya. Lelaki tadi sebak dan menangis. Sebelum balik dia peluk saya. Dia menangis. Saya peluknya kembali. Saya kata selalu dalam hidup saya saat saya nak balik pada Allah ada orang peluk saya. Pelukan guru dan alim. Paling mahal pelukan mak saya. Kini tinggal satu lagi pelukan yang saya rindui pelukan ayah saya. Bahagia dapat peluk ayah. Bahagia dapat peluk isteri yang banyak berkorban untuk kita.
Jagalah isteri dengan baik. Jagalah solat awal waktu berjemaah. Rawat hati dengan rajin baca Al-Quran. Cara tercepat nak dekat dengan Allah melalui pembacaan Al-Quran.
Tanda cinta Allah amalkan zikir tasbihad 100x subhanallah walhamdulillah lailaha illallah Allahuakbar. Tanda cinta Nabi saw Selawat 100x. Tanda cinta diri sendiri Istighfar 100x. Setiap pagi dan petang
Murid Pasti Jadi Juara Dunia Pidato Bahasa Inggeris. Amatullah Hamidah Muhammad Luqman Al Hakim, 7, berjaya mengharumkan nama negara apabila memenangi tempat pertama dalam pertandingan pidato bahasa Inggeris yang dianjurkan Global Arts, Sports and Culture Association (GASCA) berpangkalan di Hong Kong, China pada 23 Januari lepas.
Membaca dan menghafal ayat suci al-Quran pada setiap hari adalah antara resipi kejayaan seorang murid Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Al-Furqan, Chendering itu. Kanak-kanak itu merangkul gelaran Juara Dunia pada Pertandingan Pidato Bahasa Inggeris Kanak-kanak dan Belia Antarabangsa Kali Ke-63.
Ibunya, Hasmah Darwis, 31, berkata, kejayaan tersebut didorong oleh amalan membaca dan menghafaz al-Quran sepanjang masa yang diterapkan sejak kecil.
“Sejak Amatullah Hamidah kecil, saya dan suami, Muhammad Luqman Al-Hakim, 32, sentiasa mengalunkan zikir selain mengajar anak membaca al-Quran bagi mencerdaskan dan memiliki fikiran yang tenang supaya mudah menerima ilmu.
“Menghafal ayat suci al-Quran salah satu kunci kejayaan untuk anak-anak ini memiliki daya ingatan kuat serta mengukuhkan kefahaman tentang sesuatu perkara.
“Alhamdulillah, amalan yang sentiasa diterapkan itu membantu kejayaan anak saya dalam menunjukkan bakat dan potensi berpidato dalam Bahasa Inggeris dengan cemerlang sekali gus mengharumkan nama negara apabila memenangi pertandingan pidato Bahasa Inggeris ini,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Selain itu, Hasmah berkata, kesungguhan dan kegigihan berlatih pada setiap hari juga antara faktor yang menyumbang kepada kejayaan Amatullah Hamidah dalam memenangi pertandingan tersebut.
“Saya dan suami sentiasa memberi sokongan dan semangat kepada Amatullah Hamidah untuk berlatih.Setiap hari dia akan meluangkan masa selama setengah jam untuk berlatih berpidato.
“Malah kami akan belanja dia makan dan membawa ke tempat yang menarik seperti pantai sebagai tanda menghargai kesungguhan dirinya berlatih sekali gus tanda penghargaan dan sokongan ibu bapa kepada anak-anak dalam melakukan sesuatu perkara ” jelasnya.
Dalam pada itu, Hasmah juga sering menerapkan amalan dan ajaran yang baik kepada Amatullah Hamidah bersama adiknya, Amatullah Habibah, 6, dari sejak kecil bagi memastikan anak-anaknya itu menjadi insan yang berguna pada agama dan bangsa kelak.
“Kami kurangkan anak-anak terdedah pada penggunaan telefon bimbit dengan mengehadkan penggunaannya agar mereka tidak terlalu leka.
“Kami juga selalu membawa anak-anak ke majlis ilmu seperti ceramah agama bagi memastikan mereka berpeluang mendapat ilmu agama daripada para ulama sekali gus memupuk rasa cinta pada agama dan ibadah,” ujarnya.
Justeru, Hasmah berkata, kejayaan anaknya itu dapat menjadi inspirasi kepada seluruh masyarakat dan murid Pasti dari seluruh negara supaya berani mencabar diri dalam menonjolkan bakat masing-masing.
“Saya mengharapkan anak saya ini berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Saya harap Amatullah Hamidah berjaya menjadi pakar bahasa Arab.
“Selain itu, saya juga berharap dia berjaya menjadi penghafaz al-Quran yang memahami dan menghayati kandungan kitab suci berkenaan dalam kehidupan seharian,” katanya.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.