Memang benar, jangan buat main-main doa seorang ibu. Doa ibu tiada hijab dan mustajab! Doa seorang ibu untuk anaknya akan membawa keberkatan hidup di dunia. Pernah bacakan, bahawa doa ibu setanding dengan doa Nabi untuk umatnya iaitu membawa kemuliaan, dapat menolak fitnah, membuka pintu rezeki, dan pintu hidayah.
Semoga perkongsian pesanan daripada Ustaz Dr. Kamilin Jamilin menjadi panduan bersama untuk membentuk keluarga mawadah dalam membesarkan anak-anak.
Andainya dengan tawfiq Allah saya memiliki sekelumit kejayaan, maka wanita mulia ini adalah rahsia dan kunci segalanya. Saya tidak pernah khuatir dengan sebarang ujian dan dugaan hidup andainya saya mempunyai doa wanita ini yang saya bersangka baik termasuk dalam golongan yang Allah mustajabkan doanya.
Wanita ini tidak pernah lupa untuk mendoakan saya berpuluh-puluh minit lamanya, bersungguh-sungguh meminta setiap hari, setiap waktu solat fardu dan sunatnya.
Wanita ini akan berpuasa setiap hari musim peperiksaan saya sejak saya kecil lagi demi mendoakan kejayaan buat diri yang penuh kelemahan ini.
Saya terasa kuat dan tenang dengan doanya.
Saya tidaklah cerdik, apatah lagi rajin untuk menggapai kejayaan. Namun saya tidak pernah risaukan kegagalan kerana sentiasa ditemani doanya.
Andai saya ditanya rakan pada malam peperiksaan: “Kenapa nampak macam relaks je esok nak periksa?”, saya akan menjawab: “Apa nak risau, saya ada doa mak yang Allah pasti makbulkan” penuh keyakinan.
Gambar hiasan
Bukan pelajar pintar
Ya, wanita yang menjadi rahsia kejayaan ini ialah insan teristimewa bergelar ibu yang telah berkorban segalanya melalui pelbagai keperitan hidup demi kebahagiaan anak-anaknya. Walaupun pelbagai “luka” dan air mata yang telah beliau titiskan akibat masalah serta sikap saya ketika remaja dahulu yang sering menggurisnya, namun wanita yang saya panggil sebagai “mak” ini tidak pernah berputus asa dari doa dan bimbingan.
Dari pelajar benak yang mendapat 5 markah Quran, hingga memiliki anak-anak didik tahfiz Darul Siddir yang luar biasa kerana doa “mak”.
Dari seorang anak “moody” panas baran yang mensia-siakan 6 tahun persekolahannya dengan kegagalan, hingga menempuhi cabaran menuntut ilmu 10 tahun di luar negara kerana doa “mak”.
Dari seorang pembenci ilmu agama, menjadi pencintanya kerana doa “mak”.
Dari seorang yang bercita-cita memartabat bangunan pencakar langit, kepada impian memartabat sunnah Rasul kerana doa “mak”.
Ketika “mak” mengetahui saya akan diviva, dialah yang lebih cemas dan panik dari saya. Saya ditegur dan dibebel kerana kelihatan lebih sibuk dengan kuliah dan “travel” ke negara jiran beberapa hari sebelum viva. Tapi saya hanya menjawab padanya sambil tersenyum: “Apa nak risau, kan ada doa mak?”.
Ads
Saya katakan padanya: “Mak doakan lulus pun jadilah”. “Mak” menjawab: “Mak doakan lulus dengan cemerlang tanpa pembetulan”. Saya membidas: “Mak, mustahillah boleh lulus viva Ph.D tanpa pembetulan! Dahlah tebal”. Ujarnya”: “Mak tetap jugak nak doakan”.
Alhamdulillah kuasa Allah, semua urusan dipermudahkan. Dari urusan penulisan tesis dengan pelbagai kesibukan yang melanda, hingga dipercepatkan urusan viva. Malah dikurniakan penyemak-penyemak hebat yang bermurah hati menutup banyak keaiban diri, menganugerahkan kecemerlangan yang tidak layak dimiliki.
Namun jika doa seorang ibu telah dimakbulkan oleh Yang Maha Kuasa, siapakah lagi yang mampu menghalangnya??
Bagi yang masih memiliki “rahsia” ini, hargailah ia dan janganlah lupa memanfaatkannya selagi kita dan dia masih bernyawa. Kelak apabila dia sudah tiada, segala penyesalan sudah tiada guna. Barangkali kejayaan juga “terbang” entah ke mana.
___________________________________
Dalam pada itu, admin sertakan kisah dizaman Rasulullah mengenai kehebatan doa seorang ibu. Moga kita muhasabah diri dalam membesarkan anak-anak.
Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam telah berpesan kepada kita betapa mustajab doa seorang ibu untuk anaknya. Dalam Sahih Muslim, baginga kisah seorang lelaki, Juraij, yang begitu kuat beribadah kepada Allah. Hari-harinya diisi dengan solat sunat. Beliau mempunyai tempat khas untuk solat – pondok kecil yang agak tinggi tempatnya.
Pada suatu hari, ibunya datang menziarahinya. Sambil mendongakkan kepalanya, si ibu memanggil anaknya: “Juraij, saya ibumu, cakaplah denganku!”
Ads
Juraij khusyuk beribadah dan berkata dalam hatinya: “Ya Allah, saya utamakan solatku atau ibuku?”
Juraij memilih meneruskan ibadahnya. Ibunya letih berteriak dan akhirnya meninggalkan tempat Juraij.
Esoknya ibunya datang dan memanggilnya lagi tetapi Juraij tidak mengendahkan dan terus beribadah.
Ibunya pulang ke rumah dengan rasa hampa dan marah dalam hatinya. Semasa itulah wanita itu berdoa: “Ya Allah, Juraij itu adalah anakkku, aku mahu bercakap dengannya tapi dia menolak bercakap denganku. Ya Allah, jangan engkau matikan dia kecuali Engkau tunjukkan padanya akan pelacur.”
Ada gembala kambing yang sentiasa menggembala kambingnya di sekita pondok Juraij. Gembala kambing itu terserempak dengan ‘bunga desa’ yang cantik. Mereka berasmara sehingga wanita itu hamil dan akhirnya melahirkan anak. Namun gembala itu menghilang.
Semasa ditanya orang kampung, anak siapakah itu, wanita ini sekadar menuding ke arah pondok Juraij. Orang-orang kampung beramai-ramai mendatangi Juraij dan memanggilnya dengan marah. Juraij keluar kehairanan. Mereka menuduhnya berzina sehingga wanita itu melahirkan bayinya. Juraij bertanya: “Di mana bayi itu”
Maka mereka membawa bayi itu menghadapnya. Juraij berkata: “Tinggalkan aku untuk solat dan berdoa.”
Sesudah itu, Juraij menepuk perut bayi dan bertanya: “Wahai bayi, siapakah bapamu?”
Ads
Dengan izin Allah, bayi itu menjawab: “Bapaku ialah gembala kambing di kampung ini.”
Penduduk kampung terkejut dan malu kerana merobohkan pondok Juraij dek tertipu oleh wanita itu. Mereka berjanji akan membangunkan pondoknya dengan emas dan perak, namun Juraij menlak dan meminta pondok seperti asalnya.
Rasulullah menyatakan kisah Juraij menunjukkan betapa kuat doa seorang ibu, apatah lagi yang disakiti anaknya.
Banyak iktibar daripada kisah Juraij.
* Kewajiban anak memenuhi panggilan ibu lebih utama dibandingkan menyempurkan ibadah sunat. Dengan hadith ini, dihukumkan menurut fiqah bahawa memenuhi panggilan ibu adalah wajib berbanding meneruskan solat sunat.
* Doa ibu sangat mustajab – sama ada maksud baik atau tidak. Oleh itu, ibu perlu berhati-hati dan usah ikut perasaan.
* Ibu harus sentiasa memantau dan mengambil tahu akan keadaan kehidupan anak-anaknya agar tidak terjadi salah faham antara kededuanya.
* Ibu haru ssentiasa mendoakan kebaikan untuk anak-anaknya, terlebih lagi pada waktu solat dinihari.
* Ibu harus sentiasa menjaga mulutnya dan usah mudah tersinggung – maafkanlah dan nasihatkan serta sentiasa berdoa untuk anaknya.
* Sebagai pengasuh, ibu perlu dilengkapi ilmu demi memupuk anak yang soleh.
Seorang alim besar, Syeikh Sya`roni Ahmadi Al-Qudsy berkata: “Doa ibu adalah seperti jelmaan malaikat, bahkan ibu adalah seperti jelmaan malaikat yang nampak. Ertinya, hati-hatilah dengan doa ibumu kerana doanya begitu cepat dikabulkan oleh Allah subhanahu wa ta`ala.”
Para ibu sekalian, berdoalah sentiasa akan kebaikan anak-anak anda di dunia dan akhirat.
Demi keselamatan anaknya, penyanyi, Wany Hasrita mengakui kerap bertukar pengasuh malah lebih berhati-hati dalam mencari pengasuh buat anaknya, Aisyah Al Iman.
Kata Wany lagi, kejadian anak perempuannya yang dihayun kuat ketika digendong membuatkan dia lebih berhati-hati dan cerewet dalam segala hal berkaitan anaknya.
“Mungkin ada yang anggap itu perkara biasa tapi saya pula lihat pengasuh ‘burn out’ jaga anak. Jadi saya rasa kala dia tak boleh bekerja tak perlulah bekerja dan dia boleh berehat,” ceritanya.
Tambah Wany lagi, kejadian itu membuatkan dia lebih cerewet malah kerap bertukar pengasuh biarpun ada ibunya yang tinggal bersamanya memantau anak di rumah.
“Ada beberapa perkara saya tidak boleh bertolak ansur seperti kalua mereka ada penyakit kulit atau beri alas an tak boleh basuh baju. Macam mana?
“Saya pun tak mahu orang bekerja dalam keadaan terpaksa. Saya memahami dia manusia dan tak boleh senang senang mengerah tenaganya,” kongsinya lagi.
Syukur jumpa pengasuh yang serasi
Namun kata Wany dia kini teramat bersyukur apabila akhirnya sudah menemui pengasuh yang serasi menjaga anak perempuan sambal dipantau ibunya.
“Alhamdulillah sekarang ini memang sudah ada pengasuh tetap yang Aisyah selesa.
“Saya bersyukur dan boleh bekerja dengan tenang sepanjang dua bulan ini,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Wany mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Mohd Al-Adib Fahmi Harun pada 22 Julai 2022.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Nak ajar anak menulis dengan cara memegang pensil yang betul bukan mudah. Anak selalu mengadu cepat penat lepas menulis. Semuanya disebabkan salah memegang pensil dengan cara yang betul.
Jadi sejak usia anak kecil lagi perlu diasah kemahiran dan aktiviti yang melibatkan jari dan tangan.
Nak tahu lanjut, aktiviti untuk menguatkan jari jemari anak sebagai persediaan menulis, ini sepatutnya ibu bapa sediakan untuk anak-anak di rumah. Tak semestinya semua peralatan ini dibeli, yang penting kena sentiasa kreatif dan rangsang tangan si kecil. Berikut perkongsian Influencer Parenting, Wawa Shauqi.
Kelmarin saya dah cuba. Insaf betul rasa. Nak habiskan menulis satu muka surat tu, sungguh! Rasa nak menangis. Tah berapa kali padam dan betulkan balik.
Baru faham kenapa kadang tulisan anak buruk. Dan kenapa anak boleh menangis nak siapkan kerja sekolah. Padanlah bila sebut kerja sekolah, macam-macam alasan dibagi.
Kalau anak dipaksa pegang pensel dalam keadaan jari yang masih lemah, kita takut nanti anak hilang minat untuk buat kerja sekolah.
Tapi jangan risau. Ada banyak aktiviti yang boleh kita buat untuk kuatkan jemari anak. Ini contoh permainan yang boleh saya cadangkan.
Fidget sensory toy ni orang pakai untuk budak ralit. Macam kita yang besar ralit main letupkan bubble wrap tu. Bagus untuk latih finger isolation. Mintak anak gunakan satu demi satu jari.satu line, jari kelinking. Satu line lagi jari manis, sampai la guna semua jari.
Di setiap gambar, saya ada sertakan apa benefit yang mainan tu boleh bagi kat anak. Pilihlah ikut sesuai umur anak tau.
Ini untuk koordinasi mata dan tangan. Ini asas sebelum nak kenalkan anak dengan aktiviti lacing. Anak akan belajar kawalan tangan juga. https://shp.ee/pv69mzm
Tak payah susah cari kat mana. Saya dah senaraikan antara tempat yang boleh anda cari.
Ini pun koordinasi mata dan tangan. Selain kawalan tangan dna kemahiran kognitif jugak. Mak-mak join anak main sambil berangan jual sate.
Ketuk-ketuk ni, latihan awal anak manipulasi peralatan. Koordinasi mata tangan jugak. Bantu tangan anak kecil kita jadi lebih jitu. https://shp.ee/ku6z9mf
Ini baru bercakap soal jari lemah. Sedangkan dalam kemahiran menulis, ada beberapa lagi kemahiran yang anak kuasai.
Menguatkan jemari anak. Latih pincer grip. Kasi jari anak power. Ini kalau anak-anak saya main, komfem susah berhenti. Anything yang berkaitan dengan air dan warna, diorang memang suka. Kalau taknak menangis basuh karpet, lapik la ye. Tak pun main kat porch https://shp.ee/huit94xLepas jari anak tu kuat sikit main picit-picit air, kita kasi penyepit macam ni. Ini tingkatkan kemahiran manipulasi, kawalan tangan dan kekuatan jari jugak. Bila reja aktiviti macam ni, dia tambah nilai kat kemahiran kognitif. Kot ye pun nak tangan anak kuat cepat, jangan terus bagi yang jenis susah nak tekan. Sepit mak dia baru tau! https://shp.ee/qnyq62p
Shape sorting macam ni orang selalu nampak benefit kat kognitif. Tapi, ia juga melatih koordinasi tangan serta tangan dan mata.
Yang ni best. Melatih kemahiran visual, koordinasi kata tangan dan ofkoz, kognitif dan fokus jugak. Cuma bertabah kalau anak pakai buat acah-acah masak cendawan Sebab saya dah kena.
Bila kemahiran manipulatif anak bertambah baik, beri anak aktiviti alihkan objek ke dalam bekas lain dengan peralatan yang lebih mencabar pincer dia. Ini antara wajib jugak ada ni. Latih fokus juga.Haaa! Lacing is must. Tapi pastikan jangan bagi kat baby. Kulacing jugak lubang telinga kang. Lacing bagus sebagai kawalan bilateral, integrasi tangan kanan dan kiri, koordinasi tangan-mata, mencabar pincer, kemahiran manipulatif dsb. Bagus sangat ni. Menajamkan fokus juga. Saya buat aktiviti ni bila tak larat tengok anak wrestling tak berhenti.Haaa. Ini tolonglah ada ye mak-mak dan ayah-ayah. Namanya theraputty. Benda ni sangat banyak manfaat. Dan banyak aktiviti yang kita boleh rangka dengan theraputty ni. https://shp.ee/5ucktq7 Letak guli dalam ni bagi anak cari, menggunting, menguli dan macam-macam lagi. Boleh rujuk gambar sebelah kalau nak tau macam mana nak ajak anak main. Kalau kat pusat terapi, ini kira wajib ada ni. Cuma jangan main lekat kat rambut atau kat karpet kalau taknak gaduh laki bini.
Mana yang mengadu penat menulis, nak! Kasi dia exercise dengan benda alah ni. Insya Allah kalau lama berlatih, kuatlah tangan tu. Kalau kita stres, objek ni mampu bantu bagi sensory sensation kat kita. Better dari lepaskan stres dengan tumbuk perut pasangan kita. https://shp.ee/w9scpufIni kalau nak beli, silalah beli 2 ye. Selain boleh gabungkan anak kita 2 orang tu buat okestra, ia juga bantu kita untuk buat aktiviti latih memori. Kita ketuk dan anak tiru bunyi yang kita ketuk. Ini especially bagus untuk latih memori anak yang asyik lupa bila kita ajar tu.
Antaranya :
Ini untuk ares yang lebih tinggi. Sebab ini melibatkan integrasi otak kanan dan kiri. Serta koordinasi tangan-mata
I loove this one! Selain latih pincer dan koordinasi jemari serta tangan, ia juga latih memori juga.
Ini pun best. Sebab dia offer multiple activities. So anak dapat multiple benefits jugak. Anak boleh latih kognitif, kawalan tangan, koordinasi tangan-mata, pincwr dan sebagainya. Anak-anak saya minat nau main benda ni.
Dan baaanyak lagi! Tapi jangan risau. Permainan sedia ada ini pun akan bantu improve kemahiran yang lain sekali. Dan jangan lupa ajar anak banyakkan guna badan secara aktif. Untuk improve motor kasar juga.
Kredit: Wawa Shauqi (Influencer Parenting)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Impiannya segunung tinggi untuk menggenggam segulung Ijazah Sarjana. Biarpun berhadapan dengan masalah kewangan, namun dia nekad dan berusaha mencari pendapatan tambahan usai mendapat tawaran menyambung pengajian.
Lelaki bernama Ridzuan khalid ini merupakan pelajar Tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan membantu ibunya membuat kuih untuk menambah pendapatan keluarga.
Berkat Usaha gigih dan sokongan keluarga, dia berjaya melalui semua ujian tersebut. Lebih membanggakan bila mana berjaya menamatkan pengajian dan muncul sebagai Penerima Anugerah Sarjana Cemerlang.
Kisah lelaki ini dikongsikan menerusi laman instagramnya.
“Mesti ada yang teringat bagaimana saya sibuk belajar dan pada masa sama terpaksa menguli tepung bersama Opah Sapiah untuk memenuhi tempahan kuih bangkit #projekkuihbangkit.
“Ketika mendapat tawaran menyambung pengajian saya memang gembira tetapi pada yang sama saya tahu bakal berhadapan dengan masalah kewangan. Saya terpaksa berjimat kerana simpanan semakin susut dan elaun lewat diterima. Saya tiada pilihan lain.
“Pada awalnya Opah Sapiah agak keberatan tapi saya cuba yakinkan Opah Sapiah. Kami bermula agak perlahan dan susah. Orang tak tahu macamana kita struggle untuk berjaya,”tulisnya di ruangan kapsyen.
Allah bukakan rezeki dengan cara yang tidak disangka. Menurut Ridzuan lagi, segalanya berubah selepas dia menghadiahkan Kuih Bangkit kepada Dato’ Seri Siti Nurhaliza.
“Seorang kawan datang ke rumah dan memberitahu akan bertemu Tokti. Masa tu kebetulan ada stock kt rumah. Saya minta bantuan kawan untuk memberikan hadiah kuih kepada Tokti.
“Keesokan hari ketika di dalam kelas, saya pelik kenapa handphone saya tak henti vibrate. Notification untuk WhatsApp dengan IG penuh dekat skrin. Masa rehat baru saya bukak tengok. Allahuakbar! Tangan saya mengeletar.Jantung macam nak luruh. Tokti post gambar kuih kat Instagram. Macam dalam mimpi je. Opah Sapiah sampai menangis yeh.
“Terima kasih kerana mempromosikan kuih kami. Sejak tu kami tak menang tangan. Masa Aidilfitri 2017, beribu balang tempahan sampai kami terpaksa tolak. Masa tu jadi gila kejap. Mana nak belajar lagi..Mana nak mengadap kuih lagi. Tapi Alhamdulillah saya dapat bahagikan masa. Cuma sekarang terpaksa berehat kejap sebab abah tak sihat,”ulas Ridzuan lagi.
Disebalik setiap rezeki kita ada rezeki milik orang lain yang Allah SWT amanahkan. Alhamdulillah dengan izin-Nya dapat mereka berkongsi rezeki dengan pelbagai aktiviti kebajikan.Terima kasih Allah!
Saya dah berjaya menamatkan pengajian dan Anugerah Sarjana Cemerlang ini saya tujukan juga kepada Tokti. Ternyata post Instagram Tokti menjadi magis yang telah mengubah hidup kami. Terima kasih..Hanya Allah SWT yang mampu membalasnya.