Orang kata apa yang keluar daripada mulut ibu itu suatu doa. Jadi apabila ibu bercakap mengenai anaknya haruslah memperkatakan yang baik-baik.
Bak kata orang dulu-dulu, ‘masin mulut ibu’. Jadi elakkan berkata yang tidak elok tentang anak-anak. Lebih elok apabila berkata, “bertuahnya anak!”
Menarik dengan perkongsian puan Effy Sueffy yang berkongsi mengenai hal ini. Moga bermanfaat dijadikan panduan ibu ayah.
Musim cuti macam sekarang, anak-anak meriahlah kat rumah. Berkumpul pulak adik-beradik. Banyaklah ragam masing-masing, kan?
Mak-mak masa macam ni, ramailah yang cakap diri jadi naga, harimau, singa semua.
Itu mak. Kalau ayahnya agak bertukar jadi t-rex kot. Huhu.
Apa pun, dalam kita melepaskan rasa geram dek banyaknya ragam anak-anak, kena tahu juga beberapa perkataan larangan yang tak sepatutnya disebut kepada anak-anak.
Jom kita semak apakah perkataan larangan tersebut.
Degil.
Anak-anak biasalah, tengah nak belajar. Kadang terbuatlah benda yang kita tegah. Tiba-tiba tereksiden pulak. Aduh!
Dan kita terbiasa laju menyebut, “Itulah, degil sangat! Kan dah sakit”.
Degil yang kita sebut pada mereka, degillah jadinya. Sebab itu doa kita untuk anak-anak.
Ads
Nakal.
Sama macam degil, ini perkataan yang selalu kita sebut dengan lancar pada anak-anak. Anak aktif lebih sikit, kita dah tak senang duduk.
Kita yang selalu sebut nakal, nakal, nakal. Bila anak betul-betul jadi nakal, kita salahkan anak.
Bodoh.
Ini mungkin tak ramai mak ayah yang sebut. Tapi jangan terperanjat kalau terdengar ada juga mak ayah yang laju saja membodohkan anak-anak.
Cuma sebab anak tak pandai jawab soalan matematik, atau tak tahu macam mana nak kemaskan pakaian. Bukanlah sesuatu yang pelik pun. Kadang-kadang anak taktau sebab tak diajar.
Kenapa dibodohkan anak sedangkan kitalah yang menjadikan mereka ‘bodoh’? ?
Ads
Kurang ajar.
“Kurang ajarlah kau!” “Siapa ajar kau kurang ajar ni?”
Perkataan tu kita dengar pun tak suka. Apa lagi anak-anak. Sakit hati rasa.
Lama-lama anak simpan dalam hati. Jadi dendam. Dan doa itulah yang jadi penghias diri mereka.
Pemalas.
Siapa tak pernah sebut anak pemalas?
Bila kita minta tolong, anak tak bergerak. Lambat. Kita tak sabar,
“Hei, kenapa pemalas ni? Kan dah suruh dari tadi”.
“Suruh kemas tu pun malas. Apalah nak jadi kau ni?”
Ads
Jadi pemalaslah anak tu. Dah itu yang kita sebut selalu. Dapatlah.
Ini perkataan terlarang yang paling popular di kalangan mak ayah. Saya sendiri kadang terlintas juga dalam hati. Cepat-cepat istighfar. Cepat-cepat sebut Na’uzubillahi minzalik.
Semoga apa yang kita terlepas cakap, tak jadi doa. Terbatal dari dimakbulkan. Sebab apa saja perkataan yang terlafaz dari mulut kita mak ayah (terutama mak), adalah doa yang tak terhijab. Termakbul sekalipun terlafaz tanpa niat.
Semoga kita dapat menggantikan perkataan yang lebih baik dan penuh hikmah bila nak menegur anak-anak. Marah anak memang perlu, tapi eloklah kita marah dengan perkataan yang lebih baik.
Memiliki kulit wajah yang licin, tegang, anjal dan kemerah-merahan, bebas daripada jerawat atau kulit merekah sudah tentu menjadi idaman semua wanita.
Namun apabila usia sudah memasuki usia 40 an sudah tentu akan menghadapi pelbagai masalah kulit muka. Selain mengunakan produk modern, apa kata menggunakan petua orang-orang tua.
Petua kecantikan mudah dan ringkas dari beras. Sejak zaman dulu lagi nenek moyang kita dah gunakan beras untuk kecantikan. Dari segenggam beras ni, boleh jadi bedak sejuk, lulur badan, masker muka, air bilasan muka dan macam-macam lagi.
Fiona memang suka gunakan beras sebab mudah dan ringkas. Dia boleh cerahkan kulit secara semulajadi, hilangkan parut, galakkan pertumbuhan anak rambut dan lambatkan proses kedut secara semulajadi.
Banyak lagi sebenarnya tapi malas nak tulis. Hahaha. Okaylah jom baca apa yang kita boleh buat dari beras untuk penjagaan kecantikan. Untuk naikkan seri muka,
1. Bila nampak je nasi yang kita masak tu dah nak kering, cedok 2 sudu besar air nasi, lepas tu lumur kat muka dan leher waktu suam. Biar sampai kering lepas tu bilas okay.
2. Mak-mak yang pucat lepas bersalin, haa cuba petua nombor dua ni pulak. Ambik secawan beras, basuh bersih lepas tu kisar dengan 1 inci kunyit. Dah blend, tambah sikit air sejuk. Jadikan pes pekat. Cuci muka, haa lepas tu kau lumur muka dan leher dengan pes tadi. Lepas tu bilas. Cara ni buatkan daki pun tertanggal sekali, meninggalkan muka cerah berseri bak bidadari. Awww
Untuk haluskan kulit, 1. Ada tepung beras? Haa bancuh 3 sudu besar tepung beras dengan air suam. Lepas tu sapu kat muka, biarkan kering kemudian bilas. Nak campur madu pun boleh. Madu ni bagus sebab dia boleh cepatkan proses penyembuhan luka-luka kecik di muka. Manalah tau kan jari kau tabley duduk diam, asyik dok mengutil jerawat di muka sampai berlubang-lubang.
2. Guna beras pulut hitam. Haa fiona suka sangat pulut hitam. Tak pernah muak walaupun makan sampai 10 mangkuk.
Cara dia, jemur 2 genggam pulut hitam. Kisar sampai jadi tepung. Campur dengan kuning telur dan jus limau nipis. Kemudian lumur pada muka dan leher. Biar kering kemudian bilas. Cara ni pun bagus untuk kulit muka berminyak.
Nampak tak, dari segenggam beras tu, macam-macam petua kita boleh buat kan. Mudah dan ringkas kannnn.
Actually fiona sendiri dah banyak kurangkan step dalam rutin kecantikan harian. Dah tua-tua ni tak kuasa nak berstep-step bagai. Fiona make it simple and easy with 2-3 steps saja.
Asalkan kulit muka sentiasa bersih dan dapat manfaat dari rutin kita, punn dah rasa happy. Ok gais tu je takat ni nak kongsi. Kalau dah cuba, kulit tetiba jadi licin macam baby, jangan lupa belanja fiona aiskrim okeh.
KELUARGA TALK: Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap yang bernyawa pasti akan merasa mati. Tiada siapa yang akan terlepas. Sama ada lambat atau cepat. Ia adalah rahsia Allah. Kita sebagai hambanya harus bersedia apabila ajal tiba.
Oleh kerana itu, sebagai persediaan untuk menghadapi pasangan atau orang tersayang kematian, ini yang patut kita lakukan.
Saya ada membaca beberapa catatan kenalan di FB, apabila orang yang tersayang pergi menghadap Ilahi. Ia peristiwa yang sudah pasti menyedihkan.
Sungguh, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Saya yang tiada pengalaman mak atau ayah sendiri meninggal ni pun, boleh feel kesedihan tu.
Dan memang susah dan memakan masa untuk move on kan?
Allah…
So, pagi ini saya nak kongsikan 9 adab apabila berhadapan dengan kematian dan perkara-perkara yang bagus kalau boleh dibuat terutamanya oleh pasangan atau anak-anak si mati.
Menerima hakikat bahawa mati itu satu kemestian dan ujian dari Allah SWT [Surah Al-Mulk, ayat 2].
Suka atau tau suka, semua orang akan mati [Surah Al-An’am ayat 94].
Apabila datangnya kematian, ia tidak akan tercepat atau terlambat walau sedetik pun [Surah Al-A’raf ayat 34].
Sepatutnya dengan berita kematian menyebabkan kita lebih bersedia dan sentiasa bertaubat.
Menerima kematian dengan adab yang digariskan oleh agama Islam.
Maksudnya: “Rasulullah SAW telah melakukan solat jenazah, lalu aku mendengar Baginda berdoa.
Ya Allah! Ampunilah dan rahmatilah dia, lepaskanlah dia daripada apa-apa yang tidak disukainya dan maafkanlah dia, muliakanlah keadaannya dan luaskan kuburnya.
Mandikanlah dia dengan air, salji dan air yang dingin. Bersihkanlah dia daripada segala kesalahan sebagaimana dibersihkan baju yang putih daripada segala kekotoran.
Gantikanlah rumahnya yang lebih baiki daripada rumahnya, keluarga yang lebih baik daripada keluarganya dan pasangan yang lebih baik daripada pasangannya.
Masukkanlah dia ke dalam syurga dan peliharalah dia daripada fitnah kubur dan azab neraka.
Auf berkata: Aku berharap biarlah aku menjadi mayat itu kerana doa Rasulullah SAW ke atas mayat tersebut.”
Maksudnya: “Ya Allah! Janganlah Engkau tahan pahalanya daripada kami dan janganlah timbulkan fitnah kepada kami selepas kematiannya serta ampunilah kami dan dia”.
3. Doa ketiga [Hadith riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah].
Maksudnya: “Ya Allah, Ampunkanlah dosa orang yang hidup di kalangan kami, yang mati, yang kecil, yang besar, lelaki, perempuan, yang hadir dan yang ghaib.
Ya Allah, siapa yang Kamu hidupkannya di kalangan kami maka hiduplah ia di atas iman dan siapa yang mematikannya maka matilah ia di atas Islam.
Ya Allah janganlah Kamu halangkan kami dari pahalanya dan sesatkan kami selepasnya.”
Jangan meratapi si mayat.
* Haram hukumnya menangis secara berlebihan seperti meraung dan sebagainya [Hadith riwayat Muslim].
* Diharuskan menangis sekadar menzahirkan rasa kesedihan kerana itu adalah fitrah manusia.
Jangan mengaitkan kematian dengan perkara-perkara buruk yang lain [Hadith riwayat Muslim].
*Pujilah si mati dan jangan mengungkit keaibannya [Hadith riwayat Muslim].
*Berpada-padalah dalam mewujudkan dan memelihara kenangan bersama si mati [Hadith riwayat Bukhari].
*Anak-anak bolehlah melakukan beberapa bentuk amalan sebagai sumbangan terhadap si mati :
a. Doa dan istighfar memohon keampunan baginya [Surah Al-Hasyr].
b.Bersedekah bagi pihaknya [Hadith riwayat Bukhari dan Muslim].
c. Melaksanakan badal haji dan umrah baginya [Hadith riwayat Bukhari].
d. Menggantikan puasanya yang tertinggal sekiranya tahu [Hadith riwayat Bukhari dan Muslim].
Ziarahilah kuburnya dan melakukan amalan-amalan sunat seperti :
– Memberi salam, mendoakan kerahmatan, keampunan dan kesejahteraan bagi si mati [Hadith riwayat Muslim]?
– Salam dan doa yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW ialah :
Maksudnya: “Semoga kesejahteraan untukmu, wahai penghuni kubur dari kaum mukminin dan muslimin.
Sesungguhnya kami Insya Allah akan menyusul, ( semoga Allah Ta’ala memberikan rahmat kepada orang-orang yang (telah meninggal) terlebih dahulu diantara kami dan orang-orang yang akan datang.”
*Membaca Al-Quran kepada si mati. Ini boleh dilakukan setiap awal pagi.
Saya berdoa semoga semua yang ditimpa dengan musibah kematian diberikan pahala yang besar oleh Allah SWT.
#KAB
– mati tak mungkin bisa kau hindari, tak mungkin engkau dapat lari, ajalmu kian menghampiri –
#SHARE kepada orang yang kita sayang. Mereka mungkin sedang berduka. Kalau boleh #Tag namanya lagi bagus.
Lebihan roti yang dah tamat tempoh jangan dibuang, sebaliknya ada manfaatnya untuk tanaman anda.
Selain membeli di kedai, anda boleh hasilkan sendiri baja organik yang boleh membantu menyuburkan pokok agar rajin berbunga seperti pokok orkid.
Perkongsian oleh Puan Norzaiwi Ismail pastinya membantu anda menyuburkan lagi tumbuhan. Nampak mudah dan menjimatkan, jom cuba:
.
Bahan-Bahan:
4 Keping Roti
2 Liter Air
.
Cara Membuat:
1.Ambil 4 keping roti dan rendamkan didalam 2 liter *air selama seminggu.
2.Selepas seminggu tapis dan campurkan dengan sedikit air sebelum disiramkan pada pokok.
.
*Sebaiknya gunakan air hujan atau air paip yang ditadah dan biarkan semalaman untuk hilangkan klorin.
.
Selamat Mencuba!
.
Kredit Foto: Zulkifli Mamat
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...