Pantang nampak orang pegang tuala malam-malam nak jejak bilik air, nanti ada orang bersuara, “mandi la malam-malam, nanti paru-paru berair baru tau!”. Pernah dengar tak?
Disebabkan selalu dimomokkan dengan benda macam ni, terus orang percaya bulat-bulat dan mula la sampaikan kat orang lain. Sampaikan ada yang takut lah mandi malam-malam meskipun waktu tu panas gila!
Haa buang keraguan anda tu, baca perkongsian dari Fatin Zahra ni. Semoga bermanfaat buat semua!
Punca sebenar paru-paru berair
Cecair dalam paru-paru boleh jadi kurang protein (transudative) ataupun kaya dengan protein (exudative).
Transudantive pleural effusion disebabkan oleh cecair yang bocor masuk ke dalam ruang plural akibat daripada peningkatan tekanan di dalam salur darah.
Antara penyebab utama transudative pleural effusion ialah sakit jantung.
Selain itu, exudative effusion pula berpunca daripada saluran darah yang tersumbat ataupun mengalami inflamasi, jangkitan, kecederaan pada paru-paru ataupun tumor.
Pneumonia, tuberkulosis, limfoma dan arthritis boleh sebabkan individu mengalami exudative effusion.
Beberapa jenis ubat-ubatan juga boleh akibatkan paru-paru jadi berair.
Individu yang mempunyai kanser seperti kanser paru-paru dan kanser payudara juga mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidap efusi pleural.
Kadang-kadang, cecair tersebut sendiri boleh menjadi malignan (kanser). Selain itu, paru-paru boleh jadi berair disebabkan oleh rawatan kanser seperti kemoterapi.
Ads
Antara faktor risiko yang boleh menyebabkan peparu berair termasuklah:
1. Merokok dan minum minuman keras.
2. Tekanan darah tinggi.
3. Pernah terdedah kepada asbestos.
Tidak ada lagi bukti yang mengaitkan mandi malam dengan peparu berair. Malah, mandi pada waktu malam terbukti boleh membuatkan anda tidur dengan lebih nyenyak!
Kenali simptom paru-paru berair
Individu yang mengalami peparu berair mungkin akan alami simptom berikut:
# Sesak nafas.
# Batuk kering.
# Rasa ketat pada kawasan dada.
# Tidak boleh berbaring.
# Tidak boleh bersenam.
# Kerap rasa tidak sihat.
Ads
Namun, bukan semua pesakit yang mengalami peparu berair mengalami simptom yang sama seperti di atas.
Jika anda rasa tidak selesa pada kawasan dada, segeralah berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.
Boleh ke air masuk ke dalam peparu disebabkan mandi malam?
Setakat ini, tidak ada lagi bukti kukuh yang boleh mengaitkan mandi malam dengan paru-paru berair.
Seperti yang digariskan di dalam artikel di atas, individu yang mempunyai kanser, sakit jantung, pneumonia, ataupun tuberculosis merupakan antara yang berisiko untuk mendapat paru-paru berair.
Jika anda mempunyai masalah kesihatan berikut, anda boleh elak paru-paru berair dengan cara:
Ads
1. Jangan merokok
Merokok boleh menambah risiko anda untuk mendapat penyakit jantung, kanser dan sebagainya. Jika anda tidak mampu untuk berhenti sendiri, cuba dapatkan nasihat daripada pakar.
Anda juga boleh melawat Klinik Berhenti Merokok yang terletak di hospital-hospital besar seluruh negara.
2. Makan makanan yang sihat
Amalkan makan makanan yang sihat dan berkhasiat. Elakkan makanan tinggi kandungan gula, garam dan berlemak.
3. Pantau kadar kolesterol dalam darah
Kadar kolesterol yang tinggi dalam darah boleh membuatkan anda menghidap pelbagai jenis penyakit termasuklah penyakit jantung dan juga kanser.
Dengan cara mengubah gaya hidup, anda boleh menurunkan kadar kolesterol dalam darah.
Kesimpulan
Mandi pada waktu malam tidak mungkin menjadi punca paru-paru berair. Berdasarkan artikel di atas, sakit kanser, sakit jantung dan lain-lain merupakan punca sebenar penyakit ini.
Tidak ada masalah untuk mandi malam. Malah, mandi waktu malam amat digalakkan terutama sekali untuk menghilangkan rasa stres setelah seharian berkerja.
Selepas ini, sebelum anda percaya apa-apa kenyataan yang tidak masuk akal, buat kajian terlebih dahulu ya!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Masalah kencing kotor sering berlaku kepada wanita, terutama ibu-ibu yang penat menguruskan rumahtangga seharian.
Selain faktor saluran air kencing perempuan yang pendek berbanding lelaki, faktor kebersihan diri yang kadangkala terabai juga menjaga punca.
Setiap kali terasa pedih atau sakit ketika buang air kecil, ada baiknya anda mendapatkan rawatan doktor. Jangan dibiarkan kerana ia mungkin petanda wujudnya kuman.
Selain itu, Pakar Otak, Dr Rizal Abu Bakar juga turut berkongsi tip menggunakan air rebusan serai yang baik untuk menyingkirkan kuman. Jom cuba!
Kalau kerap kencing dan rasa pedih bila kencing, mungkin ada jangkitan kuman. Amal minum jus serai untuk flush kuman – kuman.
Serai ni orang dulu dulu mesti tanam belakang rumah. Wajib ada lah pokok serai. Senang tumbuh. Tak perlu jaga sangat.
Tahukah anda? Batang serai digunakan sebagai natural remedy untuk UTIs atau jangkitan kuman pada pundi kencing.
Ambil 4 batang serai. Ketuk ketuk sikit. Isikan 2 mug air dalam periuk. Masukkan serai. Rebus 5-15 minit. Bila sejuk sikit dah boleh minum.
Lepas 10 minit akan rasa nak terkucil. Serai ni bersifat diuretic. Keluarkan air dari tubuh.
Juga buang toksin yang melekat pada lemak-lemak. Terima kasih pada citric acid dalam serai.
Serai juga bantu stabilkan level pH dalam saluran pundi kencing. Sekaligus halang bakteria menetap secara haram di situ.
Ia turut direkodkan dalam kajian sains, dalam Journal of Biosciences and Medicines tahun 2016.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Tugas menguruskan rumah tangga dan membesarkan anak tidak pernah berhenti. Satu kepenatan yang tak termampu dizahirkan dengan kata-kata.
Bila terasa penat melampau, selain merehatkan diri atau me time bersama kawan-kawan, jangan lupa amalkan Zikir Fatimah untuk menghilangkan rasa kepenatan ini.
Mudah sahaja untuk dihafal, berikut merupakan perkongsian zikir yang boleh diamalkan serta kisah dari Rasulullah SAW dan puterinya.
Dalam Islam sendiri telah tersedia penawar kepenatan untuk ibu-ibu melalui amalan Zikir atau Tasbih Fatimah yang diajarkan sendiri oleh Rasululullah s.a.w kepada puterinya Saidatina Fatimah r.a.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, satu hari puteri Rasulullah SAW, Saidatina Fatimah RA mengadu kepada suaminya, Saidina Ali bin Abu Talib RA tentang tangannya berasa sakit dan keletihan kerana terlalu banyak kerja rumah yang perlu dilakukannya.
Saidatina Fatimah kemudian datang menemui ayahandanya baginda Rasulullah SAW untuk meminta seorang pembantu. Akan tetapi dia tidak berjaya menemui Rasulullah SAW dan hanya bertemu dengan Saidatina Aisyah.
Kemudian Saidatina Fatimah meninggalkan permintaannya kepada Saidatina Aisyah untuk disampaikan kepada Rasulullah. Apabila Rasulullah tiba di rumah, Saidatina Aisyah pun memberitahu Baginda tentang permintaan puterinya.
Lalu Baginda telah pergi menemui puteri serta menantunya yang ketika itu telah berbaring di tempat tidur. Keduanya mahu berganjak bangun ingin menghampiri baginda akan tetapi Rasulullah meminta mereka tetap di tempat perbaringan.
Lalu baginda bersabda; “Mahukah kamu berdua aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kamu berdua minta?
Ketika kalian berbaring hendak tidur, maka bacalah takbir (Allahu Akbar) 34 kali, tasbih (Subhanallah) 33 kali dan tahmid (Alhamdulillah) 33 kali. Sesungguhnya yang demikian itu lebih baik bagi kalian daripada seorang pembantu.” (HR. Muslim, no: 4906)
Jadi amalkanlah zikir ini jika rasa terlampau penat melakukan tugas-tugas harian. Lakukan setiap malam sebelum melelapkan mata.
ZIKIR/ TASBIH FATIMAH
Allahu Akbar – 34 kali Subhanallah – 33 kali Alhamdulillah – 33 kali
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu memerlukan tenaga yang cukup luarbiasa.Tuntutan tugasan di pejabat mahupun pelbagai urusan di rumah di rumah segalanya perlu dibereskan dengan sempurna.Oleh yang demikian, aspek kesihatan dalaman dan luaran haruslah dititik beratkan.
Melalui perkongsian dilaman Facebook Rossa Dyla Mahmud, beliau berkongsi minuman kesihatan yang wajib diamalkan buat kaum wanita setiap kali selepas datang bulan.
BAHAN-BAHAN
Halia ( anggaran 2inci )
Kunyit Hidup ( anggaran 2inci )
Serai ( dua batang )
Daun Pandan (2 helai )
Gula Batu atau Madu ( secukup rasa )
Air (3 cawan)
TAMBAH JIKA PERLU
Daun Sireh ( 2 helai ) jika anda mengalami masalah keputihan.
Buah Manjakani ( 1biji ) untuk merapatkan “Miss V”. (Tidak sesuai untuk anak dara)
CARA MEMBUAT:
1.Basuh bahan dan reneh semua bahan-bahan diatas sehingga menjadi 1 cawan air sahaja.
2.Setelah air kering dan menjadi 1 cawan tutup api serta minum ketika masih suam (tanpa perlu dikisar)
Antara Kelebihannya:
1.Membersihkan rahim selepas datang bulan.
2.Mengeluarkan angin dalam badan.
3.Anti kanser
4.Memecahkan lemak-lemak.
5.Mengurangkan masalah bau badan
6.Mengatasi masalah kemaluan berbau.
TIP EKSTRA:
1. Awas,minum SEBULAN SEKALI SAHAJA selepas datang bulan.
(Penggunaan Buah Manjakani,Daun Sireh,Kunyit Hidup yang berlebihan akan menyebabkan cepat putus haid atau monopouse).
2.Boleh diminum oleh anak dara mahupun yang telah berkahwin.
3.Boleh diamalkan jika mengalami period yang tidak teratur
4.Bagi Ibu menyusu, ia mengikut kesesuaian bayi.
5.Tidak sesuai untuk IBU MENGANDUNG.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di