Hobi yang satu ini ini kian diminati ramai sejak PKP ini. Sehinggakan ia menjadi tular dan sold out. Itulah penangan Pokok Lidah Jin, snake plant atau

atau nama saintifiknya, 𝘚𝘢𝘯𝘴𝘦𝘷𝘪𝘦𝘳𝘪𝘢 𝘵𝘳𝘪𝘧𝘢𝘴𝘤𝘪𝘢𝘵𝘢, kian popular dan viral di media sosial sekarang. Semuanya Gara-gara PKP, ramai yang menghias rumah dengan pokok berkenaan.

Ia dikatakan sejenis tanaman indoor yang bagus kerana dapat membantu pengudaraan dalam ruang tertutup.

Namun, pokok ini juga ada risikonya jika terdedah pada anak kecil dan haiwan peliharaan.

Berikut adalah penjelasan oleh Pusat Racun Negara tentang risiko tumbuhan viral ini.

Pokok Viral, Bukan Jer Serap Habuk, Ini Risiko Letak ‘Snake Plant’ Dalam Rumah Yang Ramai Tak Tahu!

Diketahui bahawa tumbuhan ini mempunyai bahan aktif SAPONIN.

Jika termakan dalam kuantiti yang banyak berkemungkinan boleh menyebabkan gejala-gejala ringan kepada manusia seperti muntah, cirit-birit dan ruam.

Namun, ia mungkin menyebabkan gejala yang lebih teruk kepada haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing.

Antaranya pengeluaran air liur yang berlebihan, kurang selera makan, lesu dan muntah-muntah.

Oleh itu, dalam keghairahan menanam pokok tular ini di rumah anda, pastikan anda BERWASPADA khususnya jika mempunyai anak-anak kecil yang mungkin bermain atau mematahkan pokok ini.
Mereka mungkin terdedah pada bahan aktif saponin yang berisiko menyebabkan keracunan.

Pokok Viral, Bukan Jer Serap Habuk, Ini Risiko Letak ‘Snake Plant’ Dalam Rumah Yang Ramai Tak Tahu!

Dalam sebuah posting di Facebook, ahli kimia, Fatimah Salim juga menyatakan pendapat beliau tentang pokok ini.

Menurutnya, apa yang membimbangkan adalah tanah yang digunakan dan disimpan dalam rumah. Tanah akan menjadi tempat kondusif untuk kuman membiak.

Jadi, kena hati-hati bagi mereka yang ada masalah kesihatan, terutamanya yang rendah sistem imuniti.

Tak dinafikan tumbuhan ini memang cantik dijadikan hiasan.

Tapi kita perlulah menjaga dan meletakkannya di tempat yang selamat ya!

Sumber : Pusat Racun Negara

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI