Jangan manjakan anak lelaki dengan dua perkara ini iaitu telefon dan motor sebelum umur 17 tahun! Kalau tidak susah nak undur. Memang mereka akan ‘ketagih’ nak main motor atau main chat, selfie dan sebagainya. Hakikatnya, inilah cabaranya apabila bergelar ibu bapa dalam membentuk keluarga yang aspirasi dunia dan akhirat.

Memang tidak dinafikan, ibu bapa tak boleh lari dari buat kesilapan apabila mendidik anak. Cara mendidik anak lelaki agak berbeza dengan cara mendidik anak perempuan. Mana tidaknya, anak lelaki dan anak perempuan mempunyai personaliti yang berbeza.

Cabaran dalam mendidik anak yang semakin meningkat remaja apabila mereka mempunyai pandangan tersendiri dan faktor persekitaran yang boleh mempengaruhinya.

Namun, sebagai ibu bapa, kita tidak harus membiarkan anak tersilap langkah bagi hala tuju hidupnya. Perkongsian di laman facebooknya, Ashikin Hashim Pengetua Genius Aulad Saujana Utama, diharap menjadi ikhtibar dalam mendidik anak.

Jangan Manjakan Anak Lelaki Dengan Dua Perkara Ini Sebelum Umur 17 Tahun! Kalau Tidak Susah Nak Undur

Cabaran Mendidik Anak Lelaki.

Beberapa hari ini perbualan kami hanya berkisar tentang pelajar tahfiz Ittifaqiyyah sahaja sama seperti anda juga. Wafi dan adik-adik pun turut sedih. Bila tahu tentang berita terbaru, lagi sedih.

Semua turut bersedih. Marah. Kecewa. Tak perlu maki mak ayah mereka. Kita tak tahu apa yang mereka lalui. Biar undang-undang yang mengadili.

Kita perkasakan akhlaq kita dan anak kita. Tugas kita makin berat. Amanah kita maha hebat.

IKLAN

Antara yang saya selalu pasak pada anak-anak: (ini apa yang kami praktik. Lain sekolah lain ajarannya. Saya hanya berkongsi sahaja)

1. Solat, solat, solat!

2. Hati-hati pilih kawan. Sebelum anak pilih kawan baik, jadikan anak-anak kita tu kawan baik kita dahulu.

3. Jangan sekali-kali mencuba hisap ROKOK! Kalau dah start hisap rokok masa sekolah, mana nak cari duit? Nak kerja? Nak mencuri? Inilah ‘bunga-bunga’ laknat yang ‘membunuh’ anak-anak kita. Saya selalu sebut pada anak-anak, Abi tak hisap rokok jadi jangan hisap rokok. Please! Ummi serious!

4. Selagi belum habis sekolah iaitu umur 17 tahun, usah sekali-kali berani minta motor atau lesen motor dari Ummi dan Abi. Ramai anak yang dah ‘kawan baik’ dengan motor. Duit minyak minta siapa? Nak betulkan motor rosak cari duit dari mana? Ini juga ‘bunga’ laknat yang tak bawa faedah langsung pada anak-anak. Malu ke nak naik bas pergi sekolah? Jalan kaki? Naik basikal? Sorry to say kita terlalu manjakan anak dengan beri mereka motor bukan pada masanya.

IKLAN

5. Tiada lagi keperluan untuk memiliki telefon sendiri buat masa ini. Kesian kat anak sebab nak call kita susah? Untuk apa call? Masa bila nak call? Sepenting mana nak call? Sekali lagi, BELUM TIBA MASANYA. Once mereka dah terpengaruh dengan We Chat ke, segala macam aplikasi, susah nak undur.

Saya lihat 2 benda ini yang amat beri pengaruh besar kepada anak lelaki – MOTOR dan ROKOK.

Anak-anak 0 -17 tahun sepatutnya lebih banyak masa bersama keluarga daripada masa bersama motor, rokok dan kawan.

Bagi kami, biarlah kita marah sekarang saat berulang kali suruh anak solat tanpa jemu, biarlah berbuih mulut minta anak pandai pilih kawan, biarlah penat menjadi kawan kepada anak walau kita penat bekerja di siangnya, biarlah kita menangis dalam hati saat anak meronta mahu dibelikan motor tika masih belum layak memilikinya, biarlah anak kuno sekarang saat diminta-minta beli handphone. Tapi jangan sekali-kali kita rasa penat dalam mendidik mereka.

Jangan Manjakan Anak Lelaki Dengan Dua Perkara Ini Sebelum Umur 17 Tahun! Kalau Tidak Susah Nak Undur
Cabaran mendidik anak masa kini

Perjalanan masih jauh. Masih banyak yang perlu kami lalui. Maafkan Ummi dan Abi sebab banyak larangan kami.

IKLAN

Berkali juga sebut pada anak-anak, berikanlah Ummi dan Abi peluang sekurangnya 17 tahun untuk kami ‘pegang’ kamu. Selepas itu kami yakin kamu matang untuk memilih.

Jika terjumpa anak-anak kami berbuat onar di luar, meletak adab di tapak kaki, segera beritahu kami.

Kepada guru-guru kepada anak-anak kami, didiklah anak-anak kami bukan hanya cemerlang akademiknya tapi juga akhlaqnya.

Al-Fatihah buat kesekian kalinya untuk anakanda pelajar Tahfiz Ittifaqiyyah. Kalian sudah berbahagia di sana. Kami di sini masih berduka.

Ashikin Hashim
Genius Aulad Saujana Utama

*ini adalah hasil penulisan dan perkongsian saya, Ashikin Hashim. Sebarlah sebanyak mana pun namun saya harap anda berkongsilah dengan cara beretika dengan menekan butang share sahaja. Jika anda copy & paste dan mahu kongsi di Whatsapp grup anda, pastikan anda copy keseluruhan status ini tanpa menukar atau menambah mana-mana bahagian. Hargai dan hormati penulisan orang lain. Terima kasih

#ashikinhashim
#makpengetua

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI