Cara mendidik anak yang betul itu penting. Tapi dalam sibuk mendidik anak, kita mungkin terlepas pandang sehingga mendidik dengan cara yang salah.
Jalan salah dalam mendidik anak.. Perbetulkan
1. Pertahankan perkara yang tidak sepatutnya
Backup anak walaupun tahu anak telah melakukan kesalahan. Sanggup bergaduh dan bermasam muka dengan guru, jiran, adik beradik, semata-mata pertahankan anak.
Ibu ayah… Ada setengah perkara, kita perlu menoleh kebelakang untuk belajar sesuatu darinya. Toleh dan lihat cara orang dulu mendidik anak..Sangat relevan sehingga hari ini, tidak ada cacat cela walau zaman sudah berubah. Ambil pengalaman dari orang lama, aturlah kehidupan mengikut keperluan semasa.
Menjadi kesalahan besar jika ibu ayah terlalu manjakan anak sehingga mereka tidak mampu nak berdikari, tidak boleh dinasihat, disentuh, dididik, diberi peringatan dan amaran sedangkan Rasulullah s.a.w pesan, didik anak mesti seimbang antara kasih sayang dan bimbingan.
Selalu sebut nama Allah “Ya Latif” untuk mudahkan urusan mendidik.
Ads
2. Sanggup berbohong untuk anak
Selalu sangat kesilapan ini berlaku. Anak tidak dapat hadir ke sekolah kerana ada urusan keluarga tetapi ibu ayah berusaha mendapatkan MC dari doktor untuk buktikan anaknya tidak sihat. Mohon sangat jangan jadikan amalan kerana risau ia menjadi satu doa yang dikabul. Nampak ringan tapi kesannya sangat bahaya.
Anak melihat dan belajar bagaimana ibu ayah berusaha selamatkan mereka dengan cara yang salah. Berbohong adalah permulaan kepada kesalahan jenayah. Ia berputik dan bakal menjadi subur.
Bercakap benar walaupun pahit, agar ada manisnya di akhir kehidupan.
Ads
3. Terlalu berbangga dengan kejayaan akademik.
Sedangkan nilai baik, perkembangan rohaniah, aspek keagamaan dalam diri anak tidak diberi perhatian dan dipupuk.
Jiwa seperti bekas, jika ia dibiarkan kosong unsur-unsur negetif akan berebut untuk penuhinya. Kesian anak…Jiwa mereka kering, gersang dan kebuluran.
Suapkan rohani mereka dengan makanan yang betul.. Bila subur dan sihat, segalanya menjadi mudah dalam urusan mendidik.
Ads
4. Membiarkan anak kekal dalam kesalahan dan kesilapan.
Pernah suatu masa dulu seorang bapa menghantar vioce mail, memberi amaran kepada seorang guru supaya jangan marah anaknya yang tidak siapkan kerja sekolah. Sungguh-sungguh marahnya pada cikgu. Sayang sungguh.. Anak yang baik, sedang diajar supaya menjadi kurang ajar dengan gurunya.
Sayang anak, bangunkan jiwanya.. Bukan dituruti dan diikuti segala mahunya.
Kredit: Aminah Mat Yusoff
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Umur tu hanyalah angka. Wanita tetap boleh kekal cantik dan bersinar walaupun memasuki garis usia 40-an. Usia begini dikatakan permulaan untuk nikmati hidup dengan lebih bahagia.
Yang penting, kita kena hargai diri sendiri, jaga kesihatan, dan sentiasa gembira dengan setiap fasa kehidupan. Senyum, enjoy, dan terus bersinar! Mungkin itu yang digambarkan oleh pelakon cantik,Nora Danish.
Terbaru, Nora memuat naik video di instagram miliknya tampil dengan gaya ‘sweet’. Kekal menutup aurat, video berdurasi 21 saat itu menarik perhatian ramai apabila Nora dengan aksi manja dan cute membuatkan ramai wargamaya dikalangan kaum wanita tidak senang duduk dibuatnya!
Aksi nora bersahaja mengikut rentak lagi berjudul Cute (Stop Lah Being So Cute) membuatkan ramai yang memuji kecantikkan Nora.
Biarpun usia sudah mencecah 40an, Nora dilihat bagaikan ‘anak gadis’ belasan tahun. Video yang dikongsi Nora bagaikan memberi inspirasi kepada kaum wanita bahawa usia 40an bukan usia ke arah penuaan.
Artikel Trending:
Pendek kata, apabila memasuki usia berkenaan bukannya masa untuk bersedih, rendah diri sebaliknya menjalani kehidupan dengan ceria.
Sikap Nora yang terkenal dengan gaya ‘happy go lucky’ itu membuatkan ruangan komen di Instagram si cantik ini dihujani dengan kata-kata pujian buat pelakon ini yang terkenal dengan memegang watak Utama Puteri dalam siri komedi Puteri tidak lama dulu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dikalangan wanita meluahkan rasa kagum melihat kecantikan Nora. Antara komen seperti berikut
“Ulang-ulang tengok sebab comel sangat” “Cantik betul la kau ni geyyammm.” “Aduiii aiii knp la awk ni comel sgt..” “”Nora dah curi hati saya.” “comelll sangatttt girl crush kita.”
Untuk rekod, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Putra Rayqal, 15, sebelum bercerai pada 2008. Kemudian Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl berusia enam tahun sebelum mengambil keputusan untuk bercerai pada 19 Jun 2024.
Sudah sedia maklum bahawa isteri akan melakukan segalanya untuk keluarga.
Dirinya seawal pagi bangun menguruskan anak-anak ke sekolah dan keperluan suami.
Apabila menjelang tengahari pula sibuk memasak di dapur dan mengemas rumah. Jika ada anak kecil sudah tentu rumah bersepah sana sini.
Begitu juga dengan malam, menguruskan anak-anak dengan kerja sekolah, baju sekolah yang kotor perlu dibersihkan dan siapan makan malam.
Bayangkan semua ini dilakukan setiap hari tanpa bantuan suami, tak kiralah wanita itu bekerja atau tak, kerjasama dari suami penting.
Jika banyak urusan dilakukan oleh isteri, sudah pasti dirinya terabai. Jika dulu, ada masa nak berhias supaya kelihatan cantik. Dengan suami pun manja. Tapi jika semua urusan dilakukan sendirian, tentu memberi tekanan pada diri wanita.
Situasi ini dikongsi oleh, Muhammad Hassan setelah seorang suami mengadu padanya bahawa isterinya tidak lagi manja dan cantik.
Ikuti perkongsiannya.
Kenapa isteri nampak tak cantik,tak manja macam dulu.
Ada kenalan ajak minum kopi. Ada hal mustahak katanya nak bercerita kepada saya. Selesai kerja dan solat saya terus ke kedai kopi jam 5 petang semalam.
*Posting ini agak panjang tetapi sangat berbaloi untuk dibaca.
SUAMI LUAH ISTERI TAK MANJA MACAM DULU
Saya ingat dia nak luahkan masalah apa. Rupanya masalah isteri. Mengadu isteri dia sekarang susah nak layan dia,tak macam dulu. Dulu manja manja,pakai lawa lawa,wangi wangi. Sekarang ada anak 3 entahlah mat nampak serabai,ajak bersama pun bermacam alasan.
Saya diam,dengar saja apa yang dia nak luahkan. Setelah diluahkan semua. Saya kata betul nak selesaikan masalah yang kau hadapi ni? Yelah matt,betullah. Serius beliau jawab.
Baik jika begitu boleh tak lepas magrib nanti kita sembang rumah kau. Tapi jangan bagi tau isteri sekarang. Otw 10 minit nak sampai rumah baru info isteri.
Brother ini setuju ajak saya jadi tetamu beliau. Selesai solat magrib kami otw ke rumah beliau. 10 minit nak sampai rumah barulah dia maklumkan kepada isteri ada tetamu nak datang.
Hmm belum apa apa lagi dah kena bebel. “La.. kenapa tak maklumkan awal awal,kelam kabut la saya nak kemaskan semua rumah ni!!.”
Kau dengarlah mat,belum apa apa lagi dah bebel. Saya kata takpa,teruskan kita sembang rumah.
Saya dijemput masuk. Wife beliau senyum dalam penat,tetapi saya dilayan dengan baik sebagai tetamu. Saya duduk disofa yang empuk diruang tamu.
Kenalan saya ini duduk bertentang dengan saya. Setelah parking dengan elok,beliau memanggil isteri dan order air untuk kami.
“Sayang buat air kopi,tak payah letak gula,matt tak minum air manis. Buah buah tu potong,nanas bawa keluar sekali”
“Dari jauh saya dengar. Kejap bang,kejap bang nak pakaikan baju anak kejap”
Saya cuma diamkan diri sehinggalah kenalan saya ini bersembang. Apa yang beliau cakap tu semua masuk telinga kanan,keluar telinga kira. Saya dah jumpa apa yang perlu beliau baiki.
Sedang rancak bersambang tiba tiba waktu isyak dah masuk. Beliau ajak solat isyak,tapi suruh saya jadi imam,sebab tak biasa jadi imam.
Anak isteri berebut nak join solat berjemaah. Isteri beliau pun join sama. Selesai solat,doa Isteri beliau ucap terima kasih katanya jarang dapat solat jemaah begini. Seronok jika abang ajak anak anak solat. Kenalan saya ini muka merah padam. Wajah isteri beliau nampak happy.
Habis disitu.
RUPA INI SEBABNYA ISTERI TAK MANJA DAN TAK BERHIAS CANTIK
Dalam perjalanan menghantar saya pulang ke kedai kopi tadi. Ketika itu saya mula merungkai segala pertanyaan beliau tadi. Saya jawab….
Pertama. Kau buat wife kau itu macam orang suruhan. Kau order je apa yang kau nak. Boleh jadi segala pakaian,makan minum kau pun isteri sediakan. Boleh jadi juga kunci kereta pun kau tanya isteri,sedangkan kereta itu kau yang pandu.
Betul tak apa yang aku cakap ni. Kenalan saya ini jawab Ya.
Saya sambung lagi. Beb isteri kita ini bukan kilang OEM. Semua benda kita boleh order. Kita boleh reject. TAPI isteri ini anugerah dan amanah dari Allah untuk kita jaga dan beri kasih sayang kepada mereka.
Kenapa dia dah tak cantik,tak terurus,tak wangi,tak manja. SEBAB segala urusan dia kena lakukan.
Dari masak,sental jamban,buang sampah,mop lantai,mandikan anak,siapkan pakai makan minum anak sehinggakan seluar dalam yang kita pakai pun dia ambil kira warna apa,berapa helai.
Tiba tiba kita balik kerja,kita nak dia layan kita macam raja,nak dia nampak cantik,wangi,manja. Cuba kau fikir,mana kudrat dia untuk layan kita jika segala mak nenek dalam rumah itu dia yang uruskan.
Tadi. Anak anak dan wife kau suka sangat dapat solat berjemaah. Inilah tujuan aku nak jadi tetamu kau kat rumah. Nak kau fikir betapa keluarga kita ini perlukan kita sangat.
Mereka dahagakan kasih sayang,mereka dahagakan agama,dahagakan akhlak yang baik untuk kita persembahkan.
Jika nak jadi imam pun kau malu,tak pandai macam mana kau nak jadi pemimpin kepada 3 anak perempuan kau nanti.
Kenalan saya ini tunduk,sedar dan sebak. Terima kasih matt buatkan aku sedar. Banyak dosa aku kepada keluarga. Siang malam aku kerja,keluar melepak,karaoke. Insyaallah matt aku tekad nak berubah.
Dia tanya berapa kena bayar. Saya caj rm1000. Dia tanpa soal bagi rm1000 Saya bagi semula. Saya kata RM1000 ini bagi kat wife kau malam ini.
Dia kata selalu transfer ke akaun isterinya saja. Saya kata anak dah 3 pernah tak bagi nafakah cash kat isteri.
Malam ini balik minta maaf kat isteri. Hargai dia. Bagi hadiah duit ini rm1000. Cakap kepada dia berkat kebaikan awak Allah bagi rezeki kepada saya. RM1000 tak mampu nak beli bahagia,tetapi dengan memberi pasti mendatangkan kebahagiaan.
SUAMI KENA BERUBAH
Mulai hari ini belajar masak dengan aku,ringan tulang kemas rumah,buang sampah. Picit picit betis isteri. Ajak anak isteri solat magrib dengar kuliah di masjid.
Hidupkan amal dalam rumah dengan baca Al Quran dan hadith.
Jika rumah kita hidup dengan suasana agama,Allah datangkan nikmat bahagia yang tak pernah kita rasai sebelum ini.
Mendengar pengumuman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkenaan kebenaran rentas negeri, pastinya ramai antara kita teruja untuk pulang ke kampung hingga ada yang menitiskan air mata dek kerana sudah lama menanti pengumuman keramat daripada pihak kerajaan berkenaan isu ini.
Dengan keputusan tersebut, tibalah masanya Keluarga Malaysia bebas melakukan pergerakan terutama balik kampung berjumpa ibu bapa yang telah lama berpisah, melancong dan sebagainya.
Walau kita gembira dengan pengumuman tersebut, SOP jangan dilupa dan memetik laporan di Harian Metro, Polis mengingatkan orang ramai yang belum divaksin supaya jangan cuba menggunakan kad vaksinasi palsu kerana boleh diambil tindakan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pihaknya tidak menafikan cubaan itu mungkin akan ada namun sekiranya ditahan, pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan mengikut akta itu.
“Kita mempunyai empat pasukan pemantau dan dua pasukan akan bertugas setiap hari untuk melakukan pemeriksaan di pasar raya, kedai makan dan hentian lebuh raya untuk memastikan mereka sudah lengkap dua divaksin.
“Selain itu, kita akan tambah pasukan pemantau di peringkat balai dan kita ada sembilan balai di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar dan masing-masing akan tubuhkan pasukan pemantau,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui sewaktu penutupan sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Alor Setar Utara di sini, tengah malam tadi.
Hadir sama, Timbalannya, Superintendan Mohd Redzuan Salleh.
Dalam pada itu, Ahmad Shukri berkata, tiga SJR iaitu Plaza Tol Alor Setar Utara, Plaza Tol Alor Setar Selatan dan Plaza Tol Hutan Kampung ditutup sepenuhnya pada 12 tengah malam tadi.
Beliau berkata, semua 240 anggota yang terbabit ketika penugasan pasukan pemantau Covid-19 termasuk SJR akan pulang ke unit masing-masing.
“Walaupun SJR dan penugasan itu sudah tamat namun tugas polis tidak terhenti di sini malah pemantauan akan berterusan termasuk pemeriksaan mengejut (snap check) akan dilakukan,” katanya.
Ahmad Shukri berkata, pihaknya menjangkakan jumlah pengguna jalan raya yang pulang ke kampung dan memasuki daerah Kota Setar akan bertambah pada hujung minggu ini termasuk yang hendak ke Langkawi melalui Kuala Kedah.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk kita melancong ke Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands! Bahkan anda layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk merasai sendiri pengalaman di sana.
Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...