Kontroversi yang membabitkan juara Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee minum arak di sebuah kelab malam baru-baru ini akhirnya menemui noktah.
Gelaran Dewi Remaja 2018/2019 yang disandang oleh Hanee atau nama sebenarnya, Sharifah Haneesya Sayed Sahlan telah ditarik semula.
Kes seperti ini merupakan kejadian kali pertama dalam sejarah pencarian Dewi Remaja selama 10 edisi ia dianjurkan. Nu Ideaktiv Sdn Bhd selaku pemilik jenama Dewi Remaja, telah mengadakan satu sidang akhbar tengah hari tadi.
Menurut Editor Majalah Remaja, Faiz Aimman, penarikan gelaran Dewi Remaja 2018/2019 daripada Haneesya Hanee dibuat selepas pihak pengurusan melakukan siasatan mendalam dan mendapati pemenang ini telah melanggar syarat penyertaaan.
“Sebagai pemilik dan penganjur, kami menzahirkan rasa sedih atas apa yang telah terjadi. Namun pada masa yang sama, para peserta Dewi Remaja sudah sedia maklum akan syarat penyertaan seperti yang telah dinyatakan di dalam kontrak yang mereka tanda tangani” di mana mereka tidak boleh mempamerkan perlakuan tidak senonoh di khalayak ramai,” katanya semasa sidang akhbar.
Menurut Faiz Aimman lagi, dengan penarikan gelaran tersebut, Haneesya Hanee bersama dua lagi finalis pencarian Dewi Remaja 2018/2019 iaitu Faizni Fazreen Fazeera Faizul dan Erni Nurshahira Khairul Nizam tidak dibenarkan menggunakan gelaran ‘finalis Dewi Remaja’ bagi sebarang aktiviti seni mereka pada masa akan datang.
Dengan penarikan gelaran ini bermakna tahun ini tiada gelaran bagi Dewi Remaja 2018/2019 dan Tia Sarah kekal di kedudukan kedua bagi pertandingan berprestij ini dan akan mewakili nama Dewi Remaja bagi sebarang aktiviti bersama pemenang lain seperti Aween Ismail, Arena Iman dan lain lagi.
Di sebalik isu yang terpalit ini, tidak dinafikan manusia sering melakukan kesilapan dan tiada yang sempurna. Begitu pun, Haneesya Hanee telah memberikan komitmen dan persembahan terbaik sehingga melayakkan dirinya bergelar Dewi Remaja 2018/2019.
Ads
Bahkan, gadis yang baru berusia 19 tahun ini juga mempamerkan bakat dan potensi yang luas sepanjang pencarian tersebut.
Menjawab isu kontroversi ini, jelas pelakon drama Cik Reen Ngok Ngek, dia akui berasa kesal dengan tindakan dan meminta agar netizen tidak mengecam ibunya yang menjadi tulang belakangnya selama ini.
“Saya minta maaf sangat dan ini memang kesilapan bodoh saya. Saya terima dengan keputusan penarikan balik gelaran. Memang ini sewajarnya memandangkan perbuatan saya salah kerana merosakkan nama Dewi Remaja.
“Saya hanya minta orang berhenti cakap ini salah mak tak pandai jaga saya. Ini adalah perbuatan dan pilihan saya sendiri dan mak saya tak ada kaitan.
“Saya juga harap kemaafan dari semua. Sebagai manusia memang kita tak lari dari buat salah. Jadi, saya pohon diberikan peluang ke dua.
“Sekarang saya kena perbaiki diri . Selepas ini saya akan teruskan apa yang saya lakukan sebelum ini. Saya takkan give up.
Ads
Keberanian gadis hitam manis ini untuk memikul tanggungjawab membuatkan dia dilihat seorang yang cekal dalam menghadapi cabaran dan dugaan.
Dia dalam pada itu turut menitipkan nasihat buat remaja di luar sana agar berhati-hati dalam berkawan supaya tidak tersalah langkah.
“Saya ambil ini sebagai pengajaran terbesar. Tolong jangan nilai peribadi saya atau membuat perbandingan kesilapan dengan bakat sedia ada.
“Kepada remaja di luar sana, inilah apa yang awak akan dapat jika salah langkah. Jangan buat kerana tak ada sebarang faedah. Seronok hanya seketika, tapi sakitnya anda sendiri akan tahu.
“Terpulang pada anda sama ada nak bangun atau jatuh, tapi saya pilih untuk bangkit dan kuatkan diri untuk berhadapan dengan semua orang. Saya ambil ini sebagai pengajaran.
“Buat masa sekarang saya hanya mahu rehat tapi takkan lama. Hanya beberapa hari sahaja kemudian akan kembali semula bekerja macam sebelum ini,” ujar Hanee.
Ads
Pemenang tempat kedua, Tia Sarah turut hadir memberi sokongan kepada Hanee.
Ditanya kekuatan dalam beliau menghadapi saat-saat sukar ini, akui Hanee semuanya datang dalam diri serta sokongan sekeliling.
“Ramai yang cuba menjatuhkan saya tetapi apabila lihat ramai kawan-kawan yang bagi sokongan, baca di twitter yang membantu dan bagi nasihat, jadi saya rasa bersyukur kerana masih ramai yang bersama saya.
“Walaupun ibu sangat sedih tapi dia masih mahu datang dengan saya hari ini. Inilah yang membuatkan saya rasa memang patut berhadapan dengan semua orang,” ujarnya sambil menutup perbualan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila Besan Orang Jepun Sepontan Cakap Tak Faham Bahasa Jepun, Bikin Wargamaya Terhibur
Kalau bercakap tentang jodoh dan perkahwinan, ia adalah rahsia Allah. Ada sebab mengapa dia menjadi pasangan kita.
Bahkan tiada siapa menyangka, kita akan bertemu jodoh dengan pasangan yang berlainan latar budaya. Bak kata orang kata, dari mata turun ke hati dan bermulalah cinta.
Tular perkongsian daripada akaun TikTok Farahwaheeda dengan video yang berdurasi 18 saat itu telah mendapat tontonan 2 juta itu membuatkan wargamaya terhibur.
Kata-kata sepontan ibunya yang tidak memahami percakapan besannya itu membuatkan wargamaya terhibur.
“Mak faham ker.” “Sepatah habuk aku tak faham.”
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Video dirakam ketika kunjungan ibu bapa mentua adik bongsunya, Muhammad Izzuddin Md Ariffin, 28, di rumah ibunya dekat Kampung Bukit Badong, di sini, baru-baru ini.
Video itu memaparkan perbualan adiknya dengan mertuanya yang merupakan yang berasal dari negara Jepun ketika sedang menjamah hidangan. Sementelah itu, ibu pula dalam nada seloroh tidak memahami langsung perbualan mereka.
Menurut Farah Waheeda, ibunya berbesan dengan mereka sejak dua tahun lalu selepas adik berkahwin dengan isteri warga Jepun (Kanari Khaleelah, 27).
“Hubungan emak dan besannya baik malah ada berhubung menerusi panggilan video.
“Kiranya, mereka tidak bertemu sebelum ini jadi emak beritahu dia agak gementar untuk jumpa besannya.
“Bagaimanapun, pertemuan itu berjalan dengan baik malah besan emak sangat ramah dan mereka cuba bersembang walaupun tidak faham bahasa masing-masing.”
ADIK JADI PENTERJEMAH
Menerusi video yang berlainan, kelihatan adiknya menjadi penterjemah dalam pertemuan antara ibu dan besannya.
“Emak ada belajar bahasa Jepun yang asas saja melalui ‘Google Translate’ seperti ungkapan selamat datang, apa khabar, jemput makan dan lain-lain yang ringkas saja.
“Mujurlah adik ada maka dia yang jadi penyelamat dengan menjadi penterjemah emak dan besannya.
“Seronok lihat kemesraan mereka dan sebagai tanda kenangan, emak dan besannya ada bertukar hadiah dengan satu sama lain. Besan emak juga menangis ketika bersalaman dengan emak sebelum pulang ke Jepun.”
Biskut yang cukup mudah nak buat, rasanya pun sedap. Yang pasti anak-anak akan sukakannya. Selain dibuat kudapan harian, boleh juga disediakan untuk apa-apa majlis keraian untuk anak-anak ni.
Resipi yang ringkas tanpa guna banyak bahan tapi sedap .
CARA MEMASAK: 1. Masukkan mentega, gula perang dan esen vanilla ke dalam bekas. Pukul selama 5 minit. 2. Kemudian masukkan telur dan putar lagi sehingga rata. 3. Masukkan serbuk Milo sedikit demi sedikit dan putar lagi sehingga semuanya rata.
4. Akhir sekali, masukkan tepung dan uli sehingga menjadi doh. Bentukkan buat, susun atas loyang pembakar dan leperkan dengan garpu.
5. Bakar pada suhu 160C selama 20 minit atau sehingga biskut masak. Masa mngkin berbeza ikut ketuhar masing-masing.
Kalau tiba-tiba terasa teringin hendak masak ayam atau daging yang sedia ada di dalam peti sejuk mesti leceh jadinya bukan? Maklumlah, terpaksa menunggu lama untuk dinyah bekukan sebelum boleh dimasak.
Bahkan hingga ada yang tidak sabar, segera pula dicurahkan air panas atau pun paling tidak terpaksa direndam untuk satu tempoh yang panjang.
Pun begitu, mungkin belum ramai yang tahu tentang satu perkakasan ini yang berfungsi mempercepatkan proses nyahbeku dilakukan
Ia berupa tray yang cukup ringan namum berfungsi sangat efektif dan memudahkan ibu-ibu yang hendak memasak hidangan tanpa perlu menunggu terlalu lama untuk ayam atau daging lembut setelah di keluarkan daripada leti sejuk.
Untuk lebih jelas, ikuti perkongsian daripada puan Huda Zainal ini. Jom baca.
Benda alah ni suami belikan masa #PKP. Serious memang sangat berguna sangat untuk yang jenis tak decide nak masak apa.
Ilham nak masak apa tu datang last minit. Tambah dengan tak ada microwave di rumah.
Biasa nak nyah sejuk beku ni makan masa agak lama. Semenjak ada defrost tray ni tak lah lama nak menunggu dekat dapur bila tak keluarkan awal-awal lauk beku.
Biasa sebekas ayam ni guna defrost tray dalam 35 – 45 minit dah lembut. Tanpa perlu rendam pun dalam air.
Nanti tray akan jadi sejuk macam pegang ais. Memang ajaib namun terbukti berkesan.
Ni masa beku. Bonda letak dalampinggan rectangle nak avoid air ayam meleleh bila dah cair nanti.
Selepas 40 minit. Letak sebelum solat asar, dah siap solat dan mengaji. Tengok dah elok jadi macam ni.
Bonda tutup dengan tudung saji masa ni. Tak mau lah lalat datang menghurung.
Kat shopee kalian boleh je buat carian “Defrost Tray”. Masa tak glamour lagi benda alah ni harga dia RM12 je. Tadi tengok semua atas RM20. Cuma masih berbaloi beli daripada nak beli microwave kan.
Selamat bershopping. Penting ada peralatan yang boleh kurangkan masa berlama-lamaan dekat dapur ni.
Digilis lori simen ketika berhenti di lampu isyarat, warden penjara maut. Seorang warden penjara maut dalam tragedi menyayat hati apabila motosikal ditunggangnya digilis sebuah lori simen ketika berhenti di lampu isyarat di Lebuh SPA berhampiran persimpangan pusat pelupusan sampah Sungai Udang petang semalam.