Ibu bapa mana yang tidak bimbang setelah tularnya di facebook dan grup WhatApps bilamana anak-anak kecil berpakaian sekolah sedang menikmati gula-gula yang mengeluarkan asap apabila dimasukkan ke dalam mulut.
Menurut apa yang dilaporkan di Sinar Harian, video yang viral memeperlihatkan lagak kanak-kanak menikmati gula-gula yang dikenali sebagai ‘Smoke Candy’ atau ‘Smoke Ghost’ dipercayai dijual kepada kanak-kanak di luar sekolah dengan harga 50 sen sepaket.
Atas sebab kebimbangan ini, turut mendapat reaksi tegas daripada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mana mahu penjualan gula-gula ‘Ghost Smoke’ dihentikan segera.
Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada masa yang sama meminta ibu bapa meningkatkan pemantauan ke atas anak masing-masing.
“Saya tidak mahu perkara ini menjadi penyakit masyarakat yang menular dalam kalangan kanak-kanak dari kecil lagi,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai ‘Ghost Smoke’ selepas majlis Siri Wacana Sri Satria di sini hari ini.
Selain itu, Pusat Racun Negara juga memberi reaksi dan turut memberi pesanan buat kita bersama untuk tangani gejala ini dari terus berleluasa.
Ads
Ini perkongsiannya:
Baru-baru ini tular tentang satu gula-gula dengan jenama GHOST SMOKE yang boleh mengeluar asap/wap seperti vape. Gula-gula tersebut pula dihisap oleh kanak-kanak sekolah rendah yang menggayakan seperti sedang menghisap vape.
Sememangnya wajar untuk para ibu bapa dan semua ahli masyarakat untuk bimbang dengan kewujudan produk-produk seumpama ini. Walaupun kandungannya belum dapat diketahui sama ada mengandungi bahan yang membahayakan atau tidak. Namun, masalah yang lebih besar lagi disini adalah cara produk ini diambil adalah sama seperti amalan menghisap vape.
Sekiranya dibiarkan, sudah pasti kanak-kanak ini akan terbiasa dengan tingkah laku yang cenderung untuk menghisap vape. Malahan lebih teruk lagi, jika mereka akhirnya terjebak dalam gejala merokok pula.
Ads
Sudahlah perokok dewasa telah menunjukkan contoh yang tidak baik kepada kanak-kanak di sekeliling mereka dengan merokok di khalayak ramai. Ditambah dengan kemudahan mendapatkan produk-produk seperti ini akan menyebabkan lebih ramai bakal perokok atau penghisap vape yang akan wujud pada masa akan datang.
Produk-produk seumpama ini akan sentiasa muncul dalam pasaran dari semasa ke semasa. Justeru, pesanan kami dari Pusat Racun Negara:
? Kepada para ibubapa, sentiasa pantau tingkah laku dan pembelian anak-anak anda. Beri kesedaran dan pemahaman kepada mereka mengapa produk ini perlu dielakkan.
Ads
? Kepada peniaga-peniaga diluar sana, janganlah dikejar keuntungan yang sedikit sehingga sanggup menjual produk yang tidak bermanfaat dan boleh memudaratkan pengguna.
? Kepada pihak sekolah dan PIBG sekolah, mungkin boleh diadakan pemantauan di kedai-kedai berdekatan sekolah.
? Kepada pihak berkuasa yang berkaitan, sudah pasti perlu ambil tindakan susulan untuk aduan dan kewujudan produk seumpama ini.
Sekiranya tiada permintaan sudah pasti tiada pasaran. Kuasa terbesar untuk menghentikan wujudnya produk-produk seumpama ini adalah ditangan pengguna itu sendiri.
Siapa yang mahu anak mereka menjadi perokok atau penagih vape? Hatta perokok sendiri tidak mahu generasi mereka seterusnya menjadi penagih rokok atau vape. Bertindaklah dari sekarang.
sumber : Sinar Harian & Pusat Racun Negara
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Baru-baru ini, pelakon Ika Nabella berkongsi kisah dirinya menghadiri satu majlis keagamaan . Dalam majlis tersebut, terdapat juga selebriti lain. Antaranya termasuklah Amira Othman, Wany Hasryta dan ramai lagi.
Majlis keagamaan tersebut rupa-rupanya dianjurkan oleh selebriti dan hos terkenal, Neelofa bersama ustazah Noni.
“Anak & Harta adalah UJIAN”
Allah SWT tengah uji Mommy..
Dulu I pernah share on my igtv my ttc journey. How I change my doa untuk ada zuriat sendiri, sebab I rasa doa I sebelum tu tak lut.
Tambah Ika lagi, ketika berdoa dia mengakui tidak menyatakan sekali kenapa dia mahukan anak. Namun akhirnya doa yang dipohon dimakbulkan Allah.
Salah I. I doa nak ada anak ja, I tak explain kt Allah pun pasaipa I nak ada anak.. bila I habaq kt Dia niat I kenapa I nakkkk sangat ada zuriat.. Alhamdulillah dia bagi @muhammadnoahzayn..
& harini Ustazah bagitau “Anak & Harta adalah Ujian” so lani I dlm ujian Allah, takut tapi mmg bukak mata..
Mengakui bersyukur dengan kurnian yang diberikan oleh Allah, namun dalam masa yang sama terselit rasa bimbang.
Bila ada anak mai rezeki kot lain pulak, mencurah curah hat kita mintak hat kita tak mintak semua dapat. Dia tgh dok uji ni.. adakah sejak ada zuriat, Mommy makin dekat or makin jauh.. seram kan?
Pelakon, Datuk Fizz Fairuz mengatakan bahawa dia bakal menumbangkan sebanyak tujuh ekor lembu untuk ibadah korban bersempana Hari Raya Aidiladha.
Ketika ditemui OhBulan! Fizz atau nama lengkapnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 41, berkata tujuh ekor lembu itu sebagai simbolik kepada niatnya untuk memiliki tujuh orang cahaya mata. Malah dia akui, sambutan hari raya korban pada tahun ini lebih meriah berbanding tahun lalu.
“Untuk Hari Raya Aidiladha kali ini saya tidak balik ke kampung kerana emak saya ada di sini dan kami sekeluarga akan menyembelih tujuh ekor lembu di sini. Alhamdulillah tahun ini paling meriah.”
“Kami korbankan tujuh lembu kerana saya mahukan tujuh orang anak, jadi kita sembelih lembu dulu. Emak saya mempunyai sembilan orang anak tapi saya mahukan tujuh orang. Insya-Allah.” Kata beliau kepada OhBulan!
Fizz berkata demikian semasa ditemui pada malam gala tayangan filen Sue-On yang diadakan di Starling Mall, pada Selasa.
Berkongsi mengenai erti pengorbanan dalam hidup, pelakon filem Munafik itu berkata isteri tercinta, Datin Almy Nadia merupakan individu yang paling banyak berkorban untuk dia dan rumah tangganya.
“Pengorbanan seorang ibu buat anak-anak, yang saya maksudkan itu adalah pengorbanan Almy pada anak-anaknya. Dia sanggup melakukan apa saja demi menuntut tanggungjawab sebagai seorang ibu.”
“Jujurnya saya terharu melihat apa yang dikorbankan selama ini. Kalau anda duduk serumah dengan saya, anda boleh lihat bagaimana dia berkorban setiap hari. Banyaklah pengorbanan yang dilakukan.” Kata beliau.
Untuk info, Fizz dan Almy atau nama lengkapnya Almy Nadia Aminuddin Shah mendirikan rumah tangga pada 26 April 2004. Mereka telah dikurniakan empat cahaya mata perempuan termasuk seorang anak angkat.
Tentu tidak selesa jadinya bila tekak terasa sakit dan gatal sekali gus membuatkan sentiasa terbatuk.
Mencari penawarnya, kita juga sering dengar boleh dirawat dengan menggunakan petua lama iaitu menggunakan perahan limau nipis diminum bersama madu.
Pun begitu, memastikan cara penyediaan ramuan tersebut agar enzim dalam madu dapat ‘berkerja’ dengan efektif, Dr Suri Roowi ada berkongsi cara dan teknik yang tepat boleh anda amalkan.
Nak tahu detail, ini perkongsiannya.
TEKNIK MEMBUAT JUS LIMAU DAN MADU, UNTUK BANTU MASALAH SAKIT TEKAK dan BATUK
Minum madu asli sangat diperlukan untuk bantu elakkan jangkitan virus.
Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan madu yang benar-benar asli merupakan satu cabaran. Tambahan pula, sebelum ini kita dikejutkan dengan lambakan madu tiruan di pasaran.
Madu Bahtera Tualang telah saya uji keasliannya. Kami akan uji setiap batch/setiap tong madu untuk pastikan keasliannya.
Di sini saya kongsikan teknik membuat jus limau dan madu untuk bantu masalah sakit tekak dan batuk :
Gambar hiasan
1. Potong 1 atau 2 biji limau nipis
2. Perahkan dan asingkan jusnya (supaya enzim dalam madu dapat bekerja lebih efektif)
3. Potong kecil kulit dengan isi limau.
Gambar hiasan
4. Campurkan 2 atau 3 sudu Madu Bahtera Tualang
6. Biarkan selama 15 minit pada suhu bilik (supaya enzim dalam madu dapat ekstrak keluar bahan khasiat dari kulit limau)
7. Campurkan jus limau yang diperah tadi
8. Campurkan 2 atau 3 sudu air masak
9.Minum sikit-sikit (sepucuk sudu) sehingga batuk atau sakit tekak hilang