Boleh dikatakan fesyen selendang dan tudung dipasaran terlalu banyak dan cantik-cantik semuanya. Kalau boleh, semua jenama kita hendak miliki untuk dijadikan koleksi dalam bergaya.
Jadi bukan sesuatu yang pelik, kalau hendak dikira jumlah tudung yang sedia ada, memang banyak hingga cecah ratusan helaian. Senang cakap kalau disimpan dalam almari pakaian memang tidak muat malah sukar pula untuk dicapai.
Untuk itu, apa kata anda jadikan inspirasi rekaan almari tudung yang dikongsikan oleh seorang suami ini untuk isterinya yang tercinta. Mohd Khairizan Reduan mengilhamkan almari tersebut untuk memudahkan isteri menyimpan koleksi hijab secara lebih tersusun dan teratur dengan menggunakan bahan dari kayu pine dan OSB board.
Jadi tungu apa lagi, jom kita lihat langkah demi langkah yang dikongsikannya di salah satu group facebook berkaitan pertukangan.
DIY ALMARI TUDUNG
Langkah 1 : Saya buat almari dengan ukuran panjang 30″ x lebar 12″ / 1 kaki x tinggi 72″ / 6kaki. Dan board ini telah siap dipotong. Harga sekeping adalah RM70 berukuran 4ft x 8ft.
Langkah 2 : Catkan setiap kepingan board terlebih dahulu untuk kemasan yang lebih sempurna.
Langkah 3: Letakkan kayu untuk membentuk frame pada bahagian pintu untuk memberi design. Kemudian sapukan dengan cat varnish (clear gloss) jenama Nippon Paint Floor Dressing agar nampak lebih menarik dan berkilat.
Ads
Langkah 4 : Lakukan pemasangan kerangka badan almari, kemudian pasangkan pintu dan pasangkan juga roda di bahagian bawah almari untuk memudahkan dialih di masa akan datang.
Ikatkan juga badan almari ke dinding dengan menggunakan L bracket untuk langkah keselamatan.
Langkah 5 : Tebukkan lubang pada dua bahagian kayu dengan ukuran yang sama untuk dijadikan penyangkut kayu rod.
Ads
Langkah 6 : Pemasangan rod dengan kemas di dalam almari. Buat beberapa lapisan mengikut kreativiti.
Inilah hasilnya, walau nampak ringkas pastinya sudah cukup bermakna bagi wanita yang ada pelbagai koleksi selendang. Semuanya nampak kemas tersusun dan mudahlah untuk dicapai.
Terliur tengok menu yang dipaparkan ini. Nampak menyelerakan. Takut pula nanti dalam nak berdiet dan makin naik berat.
Menurut Yaya Bazli, dia mengamalkan diet dengan 15 menu ini untuk menurunkan berat badannya. Hasilnya dia hilang 5-6kg dalam tempoh sebulan.
“Siapa cakap makanan sedap tak boleh untuk diet? i hilang 5-6kg in 1 month sebab cheatday sabtu dengan ahad.
“kalau u’all tak cheat langsung confirm 10kg boleh hilang tau. guna garam and black pepper sahaja. no additional seasoning,” tulis Yaya di ruangan facebooknya.
Buat ibu-ibu di luar sana, kalau nak berdiet tapi masih boleh makan yang sedap-sedap, cuba ikut contoh menu yang dikongsikan ini. Memang power kan sebab boleh turun 6kg tu!
Sejak pemergian suaminya Ashraf Sinclair, Bunga Citra Lestari atau lebih dikenali dengan panggilan BCL dilihat tidak lagi menjejak kaki ke negara kelahiran arwah suaminya.
Apa yang kerap dilihat adalah walaupun kemesraan masih lagi terjalin diantara BCL dan keluarga mentuanya namun keluarga mentua lebih kerap mengunjungi BCL dan Noah di Indonesia.
Menurut penyanyi dan pelakon Indonesia Bunga Citra Lestari, kedatangannya ke Malaysia ini adalah momen pertama kali sejak ketiadaan arwah suaminya, Ashraf Sinclair di sisi.
Terdahulu, pelakon Ashraf Sinclair telah menghembuskan nafas terakhirnya di sebuah pusat perubatan di Jakarta akibat serangan jantung, pada 18 Februari 2020.
Menurut BCL, dia sudah menganggap Malaysia sebagai rumah kedua, namun masih memerlukan kekuatan untuk kembali ke sini kerana terimbau kenangan manis bersama Allahyarham.
“Okay ini pertama kali saya datang semula ke Kuala Lumpur yang saya anggap rumah kedua saya. Saya sangat gemuruh sebelum datang ke sini semula.
Saya mengalami anxiety untuk beberapa hari kerana kembali ke tempat di mana ada banyak memori dari tahun 2007, pertama kali saya bertemu dengan Ashraf.
“Waktu itu saya selalu ulang-alik ke KL. Jadi, saya siap sediakan diri saya. Mungkin inilah masanya untuk saya beranikan diri untuk berada disini,” katanya.
Dalam pada itu, BCL turut menyatakan antara faktor yang membuatnya mengambil masa untuk kembali semula ke sini kerana sekatan pergerakan yang dijalankan diseluruh negara gara-gara penularan wabak Covid-19, sejak dua tahun lalu.
“Sebelum ini pergerakan di Malaysia dan Indonesia masih belum membolehkan saya ke sini. Tapi untuk datang ke Malaysia sendiri itu memang special kerana it’s different feeling, it’s not just like coming to another country.
“Tapi because this is the second home yang saya rasa seseorang pernah mengharungi banyak perkara dalam hidup. Jadi tak mudah untuk kembali ke tempat yang ada banyak memori,” jelasnya.
Meskipun pelantun lagu Cinta Sejati itu kini kelihatan lebih ceria, namun dia menyatakan kekuatan yang ada pada dirinya kini berbeza berbanding sebelumnya.
Malah, dia turut menjadikan anaknya, Noah Aidan Sinclair sebagai penguat semangatnya untuk terus bangkit demi memastikan putera kesayangan itu juga kuat.
“Di Jakarta, saya survive di rumah. Setiap sudut dipenuhi kenangan bersama Ashraf tapi saya tinggal di sana selama lapan bulan tanpa bertemu dengan sesiapa dan ditemani keluarga saya dan keluarga Ashraf.
“Selepas menjalani pelbagai perkara sepanjang ketiadaannya, i feel more acceptance. Saya boleh cakap saya okay sekarang tapi ianya berbeza. Jadi untuk kembali ke Malaysia tu memang memerlukan kekuatan,” jelasnya.
“Selain diri sendiri, tentulah anak saya. Mungkin memberikan lebih responsibility to be as a single mother pastikan besar sekali untuk menjalaninya.
“Untuk menerima apa yang terjadi saya harus kuat untuk anak saya bahagia kerana perjalanan hidupnya masih panjangn,” katanya.
Hidayah itu milik Allah, bila-bila masa sahaja Dia akan beri tak kira kepada sesiapa sekali pun. Lihat sahaja kisah penghijrahan selebriti wanita yang mengambil keputusan berhijab dan sebagainya lagi.
Tak kurang juga artis yang terkenal yang kemudiannya mengambil keputusan untuk berubah dan terus menyepikan diri. Antaranya termasuklah selebriti bernama Iwan atau nama sebenarnya, Wan Syahman bin Wan Yunus.
Sebut sahaja nama Iwan pasti kita akan terkenang era kegemilangan irama dangdut kontemporari yang pernah mencetuskan satu fenomena dalam industri hiburan tanah air sekitar tahun 1990-an. Bermula dari situ nama Iwan terus meniti di bibir peminat sehingga dia digelar raja dangdut. Namun kini dia selesa dengan kehidupan berdakwah ke jalan Allah.
Dalam satu perkongsian di laman instagramnya, PU Amin yang berpeluang bertemu dengan Raja Dangdut ini nyata nampak dia sudah berubah sama sekali. Penampilannya cukup ringkas, dengan berserban dan juga jubah sahaja.
PU Amin dalam kapsyennya mengimbas zaman kegemilangan Iwan suatu ketika dahulu.
“Dulu pernah mengadakan 20 kosert dalam satu bulan. Satu malam konsert 2 jam 3 jam dia punya jualan tiket 1 juta lebih . Dia kata tidur atas duit , makan sebelah duit , dalam jamban ada duit..
Tapi masih tak cukup . Duit berjuta juta , tapi tak tenang , tak puas , dah kaya nak nama pulak , dah ada semua , tetap tak tenang tenang , bahagia tak jumpa..
Kata dia rupanya Allah jauh dengan dia . Dia sujud . Baru rasa tenang . Dia jauhkan diri dari harap puji pujian manusia . Dia uzlah . Dia ziarah . Dia sedekah . Duit dia infaq pada yang memerlukan . Harta dia untuk jalan Allah . Hidup atas jalan dakwah . Dua Rakaat Semua Masalah Selesai . Dia istiqamah.
Demikian diungkapkan oleh PU Amin pada penampilan dan kehidupan raja dangdut ini. Selain itu, dalam satu temu bual, turut bercerita mengenai bagaimana dia terdetik untuk berubah dan berhijrah ke jalan yang benar.
“Dahulu saya di panggil raja dangdut Malaysia. Nikmat yang paling tinggi, tapi apalah ertinya gelaran kalau seandainya ketika itu saya leka dengan keduniaan yang ada tapi Allah dan Rasul tinggal di belakang.
“Ketika umur 49 tahun saya di uji. Ujiannya dengan Keruntuhan rumah tangga, anak-anak terbiar menyebabkan saya berubah.
“Satu hari bila fikir, saya ditinggalkan keseorangan tanpa keluarga baru terfikir untuk apa saya dilahirkan di dunia ini. Adakah saya seperti ini. Cari ketenangan tapi tak ada lagi ketenangan, cari keberkatan tapi tak berkat walaupun banyak dapat sebelum ini.
“Akhirnya saya berfikir, bahawa saya akan mati dan bila takut mati baru terfikri untuk berbuat ibadah kepada Allah SWT,”ujarnya.
Bercerita detik awal penghijrahannya, akui Iwan segalanya bermula selepas dia mengambil keputusan merantau ke Singapura.
“Kemudian ke German dan Saya pernah mengembara ke Malaysia dan akhirnya menjadi penyanyi. Kemudian saya mendapat hidayah di Singapura. Saya bertemu dengan seorang ustaz, seorang Jemaah dari Sulawesi. Kami bertemu di sebuah masjid di Singapura.
“Ketika itu, dia nasihatkan saya, kalau kamu nak berjaya kena ikut yang sudah berjaya iaitu Sahabat-Sahabat Baginda Rasullah SAW. Mereka telah berjaya dan Allah sudah Reda pada mereka. Dari situ saya nampak di dunia ini kena ikut orang yang berjaya dan sebagai manusia kita datang ke dunia ini semata-mata untuk mencari keredhaan Allah.
“Baru saya faham dan ustaz sarankan saya islahkan diri iaitu usaha atas nama. Maknanya 3 perkara saya perlu lakukan iaitu usahakan iman saya, usahakan untuk buang syirik yang selama ini tak faham, tak sedar banyak berlaku syirik dan terakhir usaha buang batil-batil yang ada,” jelas Iwan lagi.
Tambahnya lagi, sebelum ini dia pernah ingin berubah dan pernah cuba berubah namun tidak berjaya.
“Dulu saya sudah satu tahun beribadat, tetapi tiada sebarang perubahan lagi. Memang buat ibadat tapi ketiga-tiga perkara ini saya belum dapatkan. Sehinggalah jumpa ustaz ini alhamdulillah dia takzirah saya.
Begitulah kisah Iwan yang mengakui apabila dia mengikut Fisabilillah barulah Allah buka jalan padanya. Semoga kisah Iwan menjadi panduan dan bermanfaat untuk kita semua.
Sumber:m IG PU Amin Via Utube VK
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.