Lumrah dalam berumahtangga, jika mahu aman dan bahagia kena ada sifat memberi dan menerima antara suami dan isteri. Takkan sepanjang masa isteri sahaja yang nak jaga hati suami. Suami pun perlulah jaga hati isteri dengan cara menggembirakan isteri. Betul tak?
Pasangan yang adalah dua orang individu dengan karakter berbeza yang komited untuk menyayangi satu sama lain. Mereka cakna akan perbezaan antara satu sama lain, namun tidak menjadikan itu satu benteng untuk melayari alam rumah tangga yang bahagia.
Kerjasama, komunikasi antara satu sama lain, saling menghargai dan berterima kasih pada pasangan atas apa yang mereka lakukan. Itu antara resipi untuk rumah tangga kekal aman.
Isteri adalah amanah yang paling bernilai di dalam sesebuah rumah tangga. Justeru, pendamping yang setia itu tidak akan culas dalam menjalankan tanggungjawabnya dalam apa juga keadaan sekalipun.
Lebih-lebih lagi apabila mendapat pasangan yang cukup berdikari, jadi jangan pula mengambil kesempatan di atas kebaikan pasangan anda. Sebaliknya hargai pengorbanan dan penat lelah mereka untuk keluarga. Perkongsian dari saudara Akhtar Syamir cukup menarik untuk dikongsikan.
Isteri saya seorang superwomen ! Setiap inci rumah dia dah kemaskan dan sediakan untuk hari raya tahun ini. Saya tak dapat nak bantu sikit pun. Masa di rumah terlalu singkat kerana kerja. Dia yang handle semua.
Ads
Ini antara sebab kenapa bila dia nyatakan hasrat nak apa-apa di lazada atau melalui PS, saya jarang tolak. Sebab saya tau minat dan semangat dia tu memang tinggi.
Bayangkanlah yang kelabu tu semua wallpaper. Rumah kami ada masalah kulat di cat dinding. Yang putih-putih tu. Memang tak selesai dari masa kami mula duduk sini. Akhirnya terpaksa pasang wallpaper semua. Isteri saya lah seorang diri pasang berperingkat semasa saya bekerja. Bila saya pulang, masa dia akan dihabiskan dengan saya. Mood kerja dia datang bila saya takde je.
Kadang-kala ramai yang kata dia beruntung kerana ada suami seperti saya melalui apa yang saya tuliskan dalam artikel-artikel saya. Tetapi inilah sebab utamanya kenapa saya layan isteri saya setinggi yang boleh, kerana dia melayan saya sehebat ini.
Ads
Dalam perhubungan, ada yang memberi, ada yang menerima. Berilah dan berilah dahulu. Jangan putus asa. Sampai satu masa nanti, anda akan menerimanya semula.
Sekarang dia dalam kepenatan ditambah dengan selsema pulak. Saya suruh dia tidur dan silent telefon. Balik kerja nanti saya nak kena urut bagi dia lega sikit.
Ads
Walaupun dia penat, tapi inilah contoh bila isteri itu bahagia. Pasti keluarga pun bahagia. Jadi, jangan sekali-kali berfikir panjang untuk menggembirakan isteri. Kerana kita sekeluarga yang akan dapat manfaatnya.
Korang dah siap kemas rumah? Mood raya dah sampai ke belum?
Jemput follow saya ?Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa.
Jom join Supergroup Telegram BroOhsem Fans di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.
Sudah tentu antara kita sudah bergelar mertua. Namun untuk menjadi ibu mertua bukan suatu kerja yang mudah. Sudah tentu mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan menantu.
Sebagaimana perkongsian ini amat menarik untuk dijadikan pedoman.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Mentua Dari Kayangan.
Kebanyakan dari kita sudah berkahwin dan mempunyai anak. Sedar atau tidak, suatu hari nanti, In Shaa Allah kita juga akan menjadi Mentua.
Di sini saya senaraikan apakah perkara, perbuatan dan kelakuan yang mesti dielakkan supaya kita juga, suatu hari nanti tidak akan menjadi Mentua Dari Kayangan.
1. Jangan amalkan sihir. Kalau benci sangat kat menantu sekalipun, jangan main bomoh. Sudahlah berdosa besar, keluarga anak sendiri pun porak peranda. Silap-silap sampai ke tua anak tu takkan bahagia.
2. Jangan membanding-bandingkan menantu. Tak kira la dari segi kekemasan rumah, kerajinan, kecantikan, kerja, cara melayan anak dia, harta benda dan sebagainya.
3. Jangan merendah-rendahkan menantu yang tak kaya dan mengangkat tinggi menantu yang kaya. Duit yang banyak tu tak boleh bawak masuk kubur pun. Yang penting kebahagiaan mereka sekeluarga.
4. Jangan menyibuk hal harta benda anak dan menantu. Mereka sudah besar dan biar mereka uruskan kewangan sendiri. Tak perlu masuk campur.
5. Jangan melaga-lagakan menantu. Ini mungkin ramai yang tidak sedar. Apabila di rumah menantu sulung, jangan puji sangat menantu yang bongsu. Bila di rumah menantu kedua, jangan melampau bercerita pasal menantu yang lain pula. Ini umpama melaga-lagakan mereka sedangkan menantu dan birasnya tiada masalah pun.
6. Jangan mengutuk fizikal dan rupa paras menantu. Tak kira la di depan menantu itu sendiri atau di depan orang lain. Hitam? Putih? Gemuk? Kurus? Tinggi? Rendah? Cantik? Buruk? Body shaming oleh mentua sangat menyakitkan hati sebenarnya.
7. Jangan memburukkan menantu dengan anak yang lain. Mak sendiri dah jadi ketua membawang, sama-sama mengutuk dan mengumpat menantu dan kakak ipar anak-anak tu.
8. Menantu bukan pilihan? Yang nak bersama dengan anak sampai ke hari tua anak ialah isteri diorang tu. Kenapa pula mentua yang nak berlebih-lebih nak yang pilihan sendiri? Menantu tu nanti akan tidur dengan anak, bukan dengan mentua.
9. Jangan terlalu mengharap menantu akan ikut semua cara mentua. Nak potong bawang pun kena ikut cara mentua. Nak lipat baju pun kena ikut cara dia. Nak masak kena ikut masakan dia. Nak jaga anak pun kena ikut cara mentua. Cara lain semua salah. Dia je yang paling betul.
10. Jangan terlalu membebel kat menantu. Itu tak kena, ini tak kena. Itu salah, ini tak betul. Ada je benda nak betulkan.
11. Jangan asyik mengungkit benda yang dah berlalu. Kalau menantu tu ada buat salah 10 tahun yang lepas, setiap kali berjumpa akan mengungkit benda yang sama. Walaupun dah minta maaf.
12. Jangan menyindir menantu. Bila nampak rumah ada langsir baru, pinggan mangkuk baru, baju baru atau perabot baru, disindirnya konon menghabiskan duit anak.
13. Jangan sentiasa menyalahkan menantu walaupun anak sendiri yang tak berguna. Tak boleh terima kenyataan anak tu yang bermasalah, tapi menantu jugak yang dipersalahkan.
14. Jangan sentiasa nak komen masakan menantu. Tak sedap, tak garing, tak lembut, tak lemak, tak pedas, tak itu tak ini. Semuanya tak menepati citarasa.
15. Jangan mengutuk, mengumpat dan mengata menantu dengan orang luar. Yang tak kena semua dicerita. Akhirnya akan tinggalkan tanggapan yang buruk kepada menantu.
16. Jangan cakap kasar dengan menantu. Main AKU ENGKAU je macam menantu tu orang gaji.
17. Jangan berlebih-lebih mengajar cara mendidik anak. Setiap orang itu unik dan ada cara masing-masing, menasihati dan memberi cadangan itu tidak mengapa, tetapi memaksa itu dah masuk kategori lain.
18. Jangan menghina menantu yang tidak mendapat zuriat. Bab zuriat ni rezeki Allah. Bab zuriat ini ada banyak sebab. Bukan sebab menantu je, anak pun boleh jadi sebab.
19. Jangan membanding-bandingkan cucu. Sekolah, tahap pembelajaran, rupa paras, bentuk fizikal dan segala benda nak dibanding-bandingkan.
20. Jangan menyalahkan menantu bila terjadi apa-apa pada cucu. Contohnya cucu kurus, menantu tak bagi makan. Cucu gemuk, menantu bagi banyak sangat makan. Cucu tak pandai, sebab ikut otak menantu.
21. Jangan body shaming cucu. Macam pelik kan? Tak pelik. Cucu yang tak cantik dikatanya hidung kemek ikut maknya. Yang hensem, ikut anaknya pula. Habis diceritanya cucu anak yang ini hensem, anak yang itu gelap. Cucu yang ini cantik, yang itu huduh.
22. Jangan bermulut jahat. Menantu setan katanya. Menantu hantu. Cucu macam monyet la kura-kura la. Ini realiti tau.
23. Jangan melaga-lagakan menantu dan anak. Dah tak suka menantu tu, dihasutnya anak macam-macam. Difitnah menantu tu itu dan ini supaya anak jadi benci.
24. Jangan asyik nak iri hati. Bila anak buat sesuatu kat menantu, jeles terus. Anak belikan menantu bunga, nak bunga jugak. Anak belikan isteri dia kereta, dia pun nak kereta jugak.
25. Jangan sentiasa bandingkan menantu yang bekerja dengan menantu yang tak bekerja. Yang suri rumah tu dianggap makan tidur je. Yang bekerja diagung-agungkan.
26. Jangan labelkan menantu pemalas bila tak nampak dia buat kerja. Bukan semua benda kita tahu dan bukan setiap masa kita boleh nampak.
27. Jangan tuduh menantu bomohkan anak bila anak beri kasih sayang dan membantu kerja rumah isterinya.
28. Jangan suka mengarah menantu macam orang gaji.
29. Jangan ingat kita sahaja yang betul dan menantu tak layak untuk beri pandangan.
30. Jangan lebih menpercayai orang lain berbanding menantu. Bila ada benda terjadi, tak nak dengar langsung penjelasan menantu. Orang lain kononnya lebih tahu.
31. Jangan sedap sangat mengutuk besan depan anak dan menantu. Itu mak ayah menantu.
Itulah serba “sedikit” benda yang kita bakal mentua ni perlu elakkan. Kenapa? Kerana kita nak hasilkan rantaian keturunan yang penuh kegembiraan dan saling hormat menghormati.
Jika anda ada lagi perkara atau perbuatan yang perlu dihindari, sila kongsikan di komen. Generasi kita, kita sama-sama jaga. Kongsikan supaya kita ambil peduli dan tidak menjadi Mentua Dari Kayangan.
Jemput follow saya Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa.
Semua wanita ini ingin kelihatan cantik. Tak kiranya wanita zaman dahulu dan sekarang mementingkan kecantikkan diri.
Jika dilihat orang dulu-dulu tetap mempunyai petua untuk kekal cantik, hanya menggunakan bahan secara alami.
Jika asyik membeli produk kecantikkan apa kata cuba petua ni. Hanya mengunakan bahan murah seperti tepung beras dan lemon sahaja nak kekal cantik. Malah ada yang kata petua ni turut digunakan oleh wanita Thailand. Rupanya ini sebab kulit wajah mereka licin cantik!
Wajah yang tanpa jeragat dan ‘whitehead’ mampu menjadikan wajah tidak kusam.
Apa kata cuba petua ni.
PETUA HILANGKAN WHITEHEAD & JERAGAT SERTA SERIKAN WAJAH GUNA DUA BAHAN. Masalah whitehead dan jeragat memang menganggu kaun perempuan kan. Hehe. Rasa geram nak picit buang.
No jangan picit nati tinggal parut. Jom amalkan petua yani. InnsyaALLAH kulit cerah berseri dan bersih dari jeragat serta whitehead.
Bahan -Tepung beras ( atau tepung pulut) -Lemon
Cara- cara 1. Bersihakan muka 2. 1 sudu tepung campur dengan air perahan lemon . Gaul sebati 3. Sapu dimuka sehingga rata atau sapu pada kawasan jeragat atau whitehead. 4. Biarkan 30 minit atau sehingga kering 5. Bilas dengan air bersih dan lap. Dah siap. Senang dan mudah lagipun jimat kos. Buat tiga kali seminggu sahaja. InnsyaALLAH kulit rasa lembut dan cerah berseri je.
Selamat mencuba!
Sumber: Yani, Petua Yani via pesan bonda
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Rawatan tradisional seperti bertungku sudah sebati dengan cara berpantang masyarakat Melayu. Pun begitu, andai diamalkan teknik bertungku banyak manfaatnya dapat dirasai oleh tubuh badan.
Ini sebagaimana perkongsian daripada Fatin Amani apabila sebelum ini badannya sering diserang angin. Siapa sangka cara rawatan yang dipraktikkan cukup istimewa dan berkesan meredakan masalah angin-angin dalam badannya.
Ini perkongsiannya.
Sekadar perkongsian. Mungkin suri boleh buat juga jadikan amalan harian.
Badan saya jenis berangin. Memang tak boleh buat apa. Bila sakit urat je mulala badan rasa lemau lesu. Lagi-lagi saya ni jenis gastrik. So selama saya mengurut 2 3 bulan sekali, tak pernah orang mengurut bagitau benda ni.
Tapi hari Sabtu haritu saya cuba mengurut dengan orang lain and dia bagi saya tips ni.
Katanya, bila kita selalu stress, urat memang mudah nak blocking (tersimpul), masuk angin.
Katanya tak de istilah pantang makanan sejuk ke apa. Yang jadi sakit badan bila salah makan tu sebab badan kita sendiri urat dah blocking, pastu makan benda sejuk-sejuk, berangin, tu yang jadi sakit-sakit urat sebab aliran darah tak lancar. Kalau urat ok tak de blocking, badan tak kan sakit walaupun makan macam-macam katanya.
Pastu dia kata amalkan bertungku. Selalu bertungku kat tempat-tempat yang kita rasa sakit. Biar urat yang blocking tu lembut. Sebab katanya tak guna kalau selalu mengurut tapi tak bertungku. Sebab tak kan nak mengurut hari-hari kan katanya.
Suruh suami urut pun suami tak pakar dalam buat urutan yang betul. Sekadar hilangkan rasa sakit kejap je tapi urat yang blocking tu tak hilang.
So dia kata amalkan bertungku, hari-hari buat senaman stretching especially tang bahu dengan kaki. 2 3 jam skli buat dia kata. Dia kata bila aliran darah kita lancar, kita tak akan stress tak kan lesu and mudah nak tido malam.
So saya dah 2 hari cuba bertungku, alhamdulillah badan rasa ringan. Suri-suri bolehla cuba tips yg bidan ni bagi saya. Mana tau InshaaAllah kita semua cergas sentiasa. Surirumah kenala cergas sentiasa kan.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...