Bulan Ramadan, bulan penuh rahmat. Pada bulan inilah terdapatnya satu malam yang sering dinanti-nantikan iaitu malam Lailatul Qadar, iaitu satu malam yang dianggap lebih baik daripada seribu bulan.

Pada waktu itu jugalah, kita disarankan untuk perbanyakkan doa lebih-lebih lagi apabila memasuki 10 malam terakhir di bulan Ramadan.
“Siapa Pun Kita, Doa Akan Makbul Dengan Cara Yang Betul.” PU Amin Kongsi Tip Jika Mahu Doa Dimakbulkan!

Dalam satu perkongsian, pendakwah Pencetus Ummah (PU) Amin berkata, setiap doa yang dipohon akan dimakbulkan asalkan ia dilakukan dengan cara yang betul.

“Siapa Pun Kita, Doa Akan Makbul Dengan Cara Yang Betul.” PU Amin Kongsi Tip Jika Mahu Doa Dimakbulkan!

Justeru, PU Amin berkongsi tips kepada orang ramai cara untuk mendapatkan doa yang makbul:

1. Pastikan diri suci daripada najis.
2. Berdoa di tempat dan masa yang istimewa
3. Jauhkan makan minum daripada sumber haram atau syubhah (diragui)
4. Jauhkan diri daripada buat perkara mungkar.
5. Sangka baik pada Allah

IKLAN

Dalam masa yang sama, PU Amin turut menasihati orang ramai agar terus menjaga percakapan.

“Doa banyak-banyak. Setiap waktu dalam bulan Ramadan doa akan dimakbulkan. Cakap benda yang baik baik kerana percakapan kita boleh jadi doa.
 
“Doakan ibu ayah kita. Doakan untuk seluruh ummat Islam. Doakan untuk negara kita agar cepat sembuh daripada virus ini. Siapa pun kita doa kita akan makbul dengan cara yang betul,” ujarnya lagi.

“Siapa Pun Kita, Doa Akan Makbul Dengan Cara Yang Betul.” PU Amin Kongsi Tip Jika Mahu Doa Dimakbulkan!

IKLAN

Sementara itu, dalam perkembangan terbaru Covid-19, PU Amin turut berkongsi pandangan mengenainya.

“Malam ni malam 20 Ramadhan. Semoga Allah memelihara kita semua. Kes rendah dan akan terus baik inshaallah. Berkat usaha semua pihak.

“Siapa Pun Kita, Doa Akan Makbul Dengan Cara Yang Betul.” PU Amin Kongsi Tip Jika Mahu Doa Dimakbulkan!

IKLAN

“Berkat kerja keras barisan hadapan. Hargai kerja mereka dengan jaga diri kita semua. Inshaallah doa jangan pernah putus. Berkat 10 Ramadhan terakhir. Berkat Lailatul Qadar. Allah akan bantu kita semua . Covid 19 akan terhapus dengan segera .

Sumber: pencetusummah_amin

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI