Buntu rasanya bila uban dikepala semakin banyak muncul. Satu hal yang memberi lebih tekanan adalah rasa gatal melampau pada kawasan beruban. Lain macam gatalnya.
Uban pada kepala memang menjadi satu hal yang sukar dikawal. Bukan sekadar masalah penuaan semata-mata, uban mula timbul disebabkan oleh masalah lain. Antaranya adalah ketidakseimbangan pada diet harian kita.
Sudahnya uban mula menampakkan dirinya di celah helaian rambut. Gatal usah cakaplah. Siapa ada uban mesti tahu rasa gatal terlampaunya. Rasa nak cabut cepat!
Tapi tahu tak uban boleh diubati dengan daun kari je? Tak hanya uban, malah daun kari yang kita selalu gunakan dalam menaikkan aroma menu berkari ini rupanya baik dalam penjagaan dan perawatan rambut.
Hilangkan Masalah Uban
Bahan-bahan:
Daun kari
Minyak kelapa
Ads
Caranya:
1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
2. Masukkan daun kari yang sudah dipisahkan dari tangkainya.
3. Biarkan sekejap dan angkat.
4. Kacau dan leceknya menggunakan sudu dan letakkan pada kawasan beruban.
Ads
5. Biarkan selama 1 jam dan bungkus kepala dengan tuala atau kain bersih.
6. Cuci dengan air bersih.
Laporan Boldsky, daun kari yang mempunyai khasiat vitamin B membantu mengembalikan nutrisi dan warna pada rambut. Malah juga menguatkan akar rambut.
Tingkatkan Pertumbuhan Rambut
Penggunakan daun kari secara teratur dapat membantu meningkatkan pertumbuhan dan juga memperkuatkan akar rambut. Ambil beberapa daun kari, keringkan dan tumbuk halus. Campurkan bersama yogurt dan sapukan pada rambut.
Tonik Rambut
Daun kari juga bekerja sebagai tonik rambut kerana mampu menjaga kulit kepala agar sentiasa lembap dan bernutrusi. Ambil segenggam daun kari, didihkan bersama 2 hingga 3 senduk minyak kelapa dan letakkan pada rambut.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Puas hati kalau kita boleh buat sendiri burger yang sedap seperti ala-ala burger terkenal untuk dinikmati bersama seisi keluarga. Bukan sahaja kita boleh pastikan daging dan bahan-bahan yang digunakan segar dan bersih, malah lebih jimat berbanding jika dibeli.
Oleh itu,buat penggemar burger jom kita buat burger ala-ala prosperity burger McD seperti mana resipi yang dikongsikan oleh Makcik Meira ini.
Daging prosperity ala McD by Makcik Miera.
Yang mana teringin nak makan buger prosperitybuger buger ala2 McD dari air tangan sendiri atau suri rumah yang nak test bakat untuk jualan, silalah cuba resepi ni…saya halalkan.. Ikut je step by step insyallah custemer akan repeat…petua saya nak masak
“JANGAN KEDEKUT BAHAN”
Untuk resepi boleh rujuk pada gambar..rajin2 laa membaca…huraian je lebar..cara masak sambil tiktok je dah siap. SELAMAT MENCUBA
Bahan untuk perapan daging…makcik guna daging kisar ya…makcik x sukat..makcik agak-agak je..so pandai-pandai laa ya…
✔️Daging kisar 2kg
✔️Telur 2biji (dalam pic 4 biji tu sebab daging 4kg)
Kan x pasal kena kecam tipu resepi😂
✔️lada hitam segenggam (kisar halus)
✔️Garam & Pak Aji (tak suka Pak Aji jangan letak & jangan komen marah2) senyum je .
✔️Serbuk lada putih
✔️Tepung gandum
Cara buat :
2. Tadaaaaa…dah siap sebati cantik pulak dia beratur tungu turun nak kena gelek😂 haaa bulat-bulatkan je macam ni…
3. Dah siap bulat macam tadi boleh laa gelek atas plastik macam makcik buat ni…nampak, cantik tu kan tersusun…time ni rasa berair mulut dah sikit-sikit..tak sabar, dah siap macam ni freezer semalaman, untuk perapan supaya rasa dia tu sebati. Dan memudahkan sesi membakar nanti .Opss lupa…gelek besar-besar tebal-tebal ya…nanti dah bakar dia akan mengecut sedikit.
4. Haaaa yang ni dah siap bakar ..ingat, masa bakar jangan masukkan apa-apa minyak atau majerin…sebab daging ni dia tak melekat ya…sebaliknya minyak daging lebih banyak keluar nanti…
5. Nyummmm..dah siap bakar kita celup dalam sos blackpepper super kawww pedas-pedas kebas mulut ..alaa2 McD gitewwww..nampak tak persamaan dia kan..cantik, glowing je.
Resepi sos ada kat bawah..sabar‼️ Haaaa yang ni la rahsia kesedapan buger-buger McD …tomato pure with timun jeruk…
✔️Tomato pure 1tin
✔️Sos tomato jenama jalen(sebab warna dia mengancam)rasa dia sedap..
✔️Timun jeruk
Resepi timun jeruk
✔️Timun Jepun potong halus dan jeruk bersama cuka dan sedikit garam…biarkan selama 2 MLM…lagi lama lagi urmmmmm
Bila dah siap,bahan semua dh lengkap,campur kan semua bahan tu…pastikan timun jeruk cincang halus..macam pic kat bawah ni .
Haaa pastikan macam ni…
Dah siap….tahan lama ni…buat buger chese pon sedap ni… Pastikan simpan peti suhu biasa-biasa je kalau tak nak guna.
Ni sos black pepper…yang harga prosperity RM12 sebiji tu😂..tp buat sendiri bole jual rm8 je sebiji…tu pon rasa mahal
✔️Sos black paper(terpulang jenama apa)
✔️Susu pekat manis
✔️Bawang Holland mayam nipis
✔️Black pepper (lagi banyak lagi terangkat sedap)
✔️Butter sikit untuk tumis
✔️Gandum untuk pekatkan kuah
Cara masak
✔️Panaskan butter dan masukkan Holland kacau sebati hingga layu…
✔️Masukkan sos blackpepper dan sedikit air…
Dah Smpai part ni jangan sibuk nak tiktok pulak,kan hangus sos…makcik rotan nanti
✔️Masukkan susu pekat. Kacau sebati.Agak-agak kalau cair boleh msukkan air gandum ya..
Sos prosperity tak nak cair-cair .Nak pekat likat baru kuah melekat pada daging nanti…
✔️Last sekali masukkan black pepper yang sudah dikisar..tak nak kisar jadi debu pastikan kisar kasar sikit, biar ada rasa texture biji lada hitam tu..faham?
Dah siap..jangan lupa masukkan perasa ya..
Makcik Miera tak dapat nak bayangkan kalau siap..bau dia satu rumah.
Makcik guna roti ni je…nak sedap lagi carilah roti yang ada bijan …lagi real prosperity…
Ni boleh dikatakan bahan utama…tak ada benda alah ni jgn panggil prosperity…yang tak makan benda ni jangan berangan nak buat lagi banyak lagi sedap..
Makcik guna salad romance..sepatutnya salad bulat..tapi tak ada pulak…habis sebab gi lambat duk tiktok padam muka..hummm bole laaa, tapi kalau tak ada salad pon tak apa…yang penting Holland tu wajib..
Haaa…nampak tak? Ni dah siap tungu nak bungkus je
Step susun prosperity
✔️Belah dua roti bakar kejap dengan butter baru bau wangi..
✔️Sapu sos timun jeruk kedua belah roti…jangan kedekut sapu sebelah pulak…tak kaya pon kalau kedekut.
✔️Letak bawang Holland…jangan laaa letak 2 urat je..letak banyak-banyak baru sedap..
✔️Celup daging dalam sos terus letak atas Holland..
✔️Letak salad dan last roti bahagian atas..
✔️Sedia untuk dibungkus
Egg Tart memanglah tersangat popular di negara kita. Kalau berkunjung ke mana-mana kedai bakeri, pasti makanan yang satu ini sentiasa ada stoknya. Maklumlah, ada pengikut tegarnya yang tersendiri.
Itu cerita mengenai Egg Tart. Kalau kita rajin dan kreatif, contohi wanita bernama Herda Johan ini yang berkongsi resipi unik, Tofu Tart di facebooknya. Sama seperti Egg Tart, cuma ia bersifat savoury dan intinya dihasilkan daripada gabungan cendawan dan hirisan sayuran-sayuran yang ternyata unik dan lain daripada yang lain.
Kata Herda, “Sebenarnya saya main campak-campak je bahan-bahan untuk resepi ni. Senang je nak buat. Anak-anak saya suka makan ToFu Tart ni sebab SEDAP dan MENYIHATKAN…ewah hihi. Ada dua cara anda boleh guna, samada bakar atau goreng. Untuk kaedah yang saya gunakan ni, saya bakar dalam oven. Untuk kaedah goreng akan saya terangkan dalam gambar di bawah.
TOFU TART
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur (Saiz A @ B)
Secubit garam
1 sudu makan mayonis
Sedikit serbuk lada hitam
1 sudu teh baking powder
Bahan Inti:
1 biji tomato – potong dadu
1 buku bawang besar – potong dadu
5 helai daun bawang – hiris halus
8 biji cendawan butang dalam tin – potong dadu
Sedikit cili merah/cili benggala (kalau nak pedas) – potong dadu
Caranya:
1. Sapu butter pada loyang muffin atau loyang cupcake bersaiz lebih kurang 2″-2.5″ diameter.
2. Masukkan bahan inti sedikit demi sedikit ke dalam loyang muffin.
3. Gunakan pisau tajam dan potong tofu. Kemudian masukkan setiap potongan di dalam loyang muffin. (Potong tofu dimulakan dengan bahagian tengah. Jangan potong bahagian hujung. Potong dua bahagian tadi kepada 9 potongan sama rata).
4. Pukul kesemua bahan (seperti dalam gambar).
5. Tuang telur ke dalam loyang muffin. Bakar pada suhu 120’c – 140’c atau 30 minit. (Agak-agak pantau sendiri kalau dah nampak masak bahagian atas tu bawa keluar). Bakar hingga bahagian atas keperangan.
6. Dah siap….boleh cicah dengan cili sos.
Tip:
Kalau tak suka bakar, anda boleh juga menggoreng.
Caranya, panaskan kuali dengan minyak. Letak acuan telur mata. Tabur bahan-bahan inti. Kacau sedikit bahan inti supaya garing sedikit. Letak tofu. Biarkan sekejap. Tuang telur.
Tutup kuali dan biarkan telur masak. Bila nampak dah masak. Angkat acuan dan terbalikkan telur tadi. Balik-balikkan telur dan pantau supaya tidak hangus. Siap!
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Daun kari sememangnya menjadi elemen penting jika menyediakan masakan kari untuk keluarga. Dan alangkah mudahnya jika daun kari tersebut hanya dipetik di laman rumah setiap kali ingin digunakan.
Pun begitu andai anda sekeluarga adalah penggemar masakan kari, tentunya mahukan pokok kari yang ditanam berdaun lebat.
Ada beberapa petua boleh dilakukan tanpa menggunakan modal. Contohnya seperti menyiram tanaman dengan air basuhan beras.Cara ini dikatakan berkesan dan ada lagi satu petua lain juga boleh dipraktikkan.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh wanita ini hingga menjadikan pokok kari yang ditanam di dalam pasu berdaun lebat dan hidup subur.
Nak tahu caranya, jom kita baca perkongsian daripada wanita ini.
“Ni cara saya membaja pokok kari saya di dalam pasu. Menggunakan perut ikan. Juga boleh buat pada pokok2 lain juga.”
Step 1
Ambil perut isi ikan.
Step 2
Korek tanah dalam sedikit dan tanamkan isi perut ikan tadi.
Step 3
Timbus perut ikan dengan tanah dan pastikan tertutup sempurna. Ini penting untuk elakkan berbau.
Step 4
Sudah siap. Biarkan sahaja dan siram seperti biasa, dengan sedirinya perut ikan tersebut menjadi baja untuk pokok kari ini.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.