Ramai isteri fikir bila suami dah letak nama mereka sebagai penama KWSP, jika apa-apa berlaku pada suami semua duit dalam akaun KWSP adalah milik isteri.
Sebenarnya harta tadi perlu dibahagi mengikut kaedah faraid. Penama KWSP hanya sebagai pemegang amanah.
1) Ayah si mati – 1/6
2) Ibu si mati – 1/6
3) Isteri – 1/8
4) Baki akan dapat pada anak-anak. Anak lelaki dua bahagian dan anak perempuan satu bahagian.
5) Jika tiada anak lelaki, maka baki harta akan ke ayah. Dan sekiranya ayah tiada, makan adik beradik seibu sebapa atau sebapa turut layak dlm bahagian pusaka.
Ads
Contoh :
Suami tinggalkan RM100,000 duit KWSP. Ada seorang anak lelaki dan perempuan.
Ads
1) Ayah = RM16,666
2) Ibu = RM16,666
3) Isteri = RM12,500
4) Anak lelaki = RM36,112
5) Anak Perempuan = RM18,056
Jadi apa guna ada penama?
Ads
Penama KWSP ini akan bertindak menjadi wasi/pentadbir yang berkeupayaan untuk mengurus pengeluaran dan pembahagian KWSP. Pembahagian seharusnya mengikut faraid.
Mudah-mudahan selepas ini kita faham yang duit dalam KWSP bukan milik isteri atau pasangan kita sepenuhnya.
Kredit: Areena A Rahman, PerundingMyPusaka
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pembelian kereta sama ada kereta terpakai atau baharu merupakan suatu komitmen jangka panjang.
Secara umumnya, banyak perkara yang perlu dititikberatkan sebelum membeli kereta supaya tidak mengganggu aliran tunai bulanan.
Namun perkara paling utama adalah ansuran bulanan yang tidak membebankan dan sesuai dengan gaji bulanan. Sekali gus tidak menganggu aliran tunai anda.
Nak tahu caranya ikuti panduan perunding kewangan ini, saudara Azizul Azli Ahmad
KENDERAAN SESUAI UNTUK GAJI RM3000 SEBULAN.
Kenderaan yang sihat buat kita adalah setahun gaji kita. Gaji RM3000 x 12 = RM36,000 sahaja.
Kadar ansuran bulanan yang sesuai hanya sekitar 15% sahaja dari gaji kita. Jika lebih kita akan mula rasa sensara. Jika gaji RM3000 bersamaan sekitar RM450 sahaja.
Kadar pembiayaan yang baik bawah 7 tahun sahaja. Jangan lebih dari itu. Nanti kita rasa peranakkan kita nak jatuh asik bayar hutang kereta.
“gaji saya bawah RM3000 jer bang?”
Tangguh dululah beli kereta, belajar naik motor sahaja dulu dik jika masih bujang. Ada keluarga beli sahaja kereta terpakai yang baik juga banyak.
Belum ada kereta terpakai meletup meninggal selepas seminggu pakai setakat ini.
Sampaikan buat adik kita agar bermanfaat buat semua.
Jika nak tahu berapa belanja sebuah kereta sebulan?
Darabkan dengan ansuran setiap bukan x 2. Kita tahu berapa biayanya.
Rumah tangga yang bahagia boleh dikekalkan dengan memberi perhatian pada beberapa perkara kecil yang sebenarnya penting dalam menjaga perhubungan sesama pasangan.
1. Perkahwinan bukan untuk kita mencari pasangan yang melengkapkan segala keperluan, makan, minum, pakaian, layan kita macam raja atau permaisuri. Sampai satu masa nanti, kita akan merasa penat dan kecewa, sebab pasangan ini sifatnya saling melengkapi bukan tempat kita mengharapkan itu dan ini.
2. Gambar sanding save dalam beg duit masing-masing. Bila tawar hati, tenung lama-lama gambar tu.. Ingat balik kenangan indah bersama pasangan.
3. Perkahwinan yang sebenar ialah satu perkongsian dan pengorbanan. Tak sempurna takpe yang penting berusaha untuk jadikan hidup rasa sempurna dan bahagia dengan cara kita.
4. Perkahwinan bukan untuk kita menerima sahaja tetapi bersedialah untuk memberi juga.
5. Jangan diungkit segala kekurangan dan kelemahan pasangan kerana lemah dan kurang itu memang fitrah manusia. Selagi namanya manusia, kita juga miliki fitrah yang sama.
6. Bila Allah datangkan bahagia dalam rumahtangga, itu tandanya Allah nak kita ucapkan rasa syukur. Simpan baik-baik kenangan itu dalam dairy kita.. Tidak perlu kita terjemahkan dalam media sosial kerana risau timbulnya rasa riyak.
7. Jangan terlalu mengharapkan fizikal dan kecantikan pasangan kita macam dulu-dulu, kerana kitapun tahu bila pasangan mengharapkan kita begitu, kita jadi buntu.
8. Pandang jauh ke hadapan, berazam untuk bina anak-anak yang hebat, soleh solehah. Berhenti mengikut hawa nafsu kerana di penghujung usiapun dia buat kita seperti mahu hidup seribu tahun.
Amalan dalam kehidupan bersama pasangan
Kunci kebahagiaan rumahtangga bukan hanya pada hadiah cincin berlian dan kereta mewah tetapi amalan lain dalam kehidupan.
1. Menjaga Solat
Semua sudah maklum, solat merupakan tiang agama. Kukuhnya agama, kukuhlah rumah tangga anda, inshaAllah. Tidak kira sesibuk mana anda dan pasangan, pastikan anda menjaga solat anda bersama-sama.
Saling mengingati sekiranya salah seorang daripada anda terleka. Paling baik sekiranya suami berjemaah di surau dan isteri menjaga solat diawal waktu. InshaAllah sekiranya anda dan pasangan menjaga suruhan utama Allah, Allah pasti akan menjaga hubungan anda.perkara kecil kebahagian keluarga, aktivit kebahagian keluarga, kebahagian keluarga, keluarga bahagia
2. Ucap Terima Kasih Sekurang-kurangnya Sehari Sekali
Anda sering mengucapkan terima kasih pada orang lain walaupun sorang tersebut sekadar memberi anda laluan di kedai runcit yang sempit.
Ucapkan terima kasih pada isteri anda atas hidangan makan malam yang disediakan beliau. Ucapkan terima kasih pada suami anda kerana menghantar anak-anak ke sekolah. Ucapkan terima kasih pada pasangan kerana membasuh sendiri pinggannya sebaik lepas makan.
Kata-kata penghargaan boleh mengingatkan pasangan anda betapa anda menyayanginya dan dengan mengetahui beliau dikasihi, si dia akan berusaha menjadi yang lebih baik untuk anda.
3. Berikan Layanan Pada Si Dia Dengan Penuh Hormat Dihadapan Orang Lain
Tidak kira anda menghadiri kenduri, temujanji bersama kawan rapat, menghabiskan masa bersama keluarga di kampung atau menemaninya membeli barang di pasar, layanlah pasangan anda dengan penuh hormat. Pimpin tangannya sewaktu berjalan. Berikan senyuman manis padanya. Letakkan tangan anda di atas bahunya.
4. Belajar Untuk Meminta Sesuatu Dengan Lembut Dan Baik
Anda harap suami anda tidak lupa memasukkan baju kotor dalam bakul? Anda kempunan suatu makanan dan berharap isteri anda memasaknya? Anda mahu suami sama-sama membantu anda didapur?
Pastikan anda bertanya, berbanding menyuruh. Sebagai manusia biasa, kita pasti tidak suka disuruh. Begitu juga pasangan anda. Sebagai contoh, daripada berkata “Maknye, saya nak kopi”
Adalah lebih manis sekiranya anda berkata “Sayang, boleh awak buatkan kopi untuk saya?” Dua ayat yang membawa pada maksud dan hasil yang sama, tetapi ayat kedua kedengaran lebih mudah untuk dipenuhi. Lebih-lebih lagi disaat isteri anda baru lepas pulang dari kerja, penat dan terkial-kial menyediakan makan malam untuk keluarga.
Sebagai contoh lain, daripada berkata “Abang, sidaikan kain”. Adalah lebih manis sekiranya diganti dengan “Abang, boleh saya minta tolong awak sidaikan kain?” Sekiranya anda menjadi orang yang disuruh, mana antara dua ayat ini menjadi pilihan anda untuk melaksanakannya segera?
5. Lakukan Sesuatu Untuk Si Dia Sama Seperti Yang Pernah Anda Lakukan Diawal Perkahwinan
Hantar bunga padanya ditempat kerja. Selitkan nota dalam beg kerjanya. Dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, singgah ke kedai dan belikan coklat kegemarannya. Peluk si dia sekuatnya semasa dia merajuk. Puji ketampanannya dan penat lelahnya mencari rezeki untuk keluarga. Hantarkan mesej mengucapkan kata-kata rindu sewaktu di pejabat.
Sekali sekala, pergilah “berbulan madu” untuk mengeratkan hubungan. Perbuatan kecil ini bukan sahaja menggembirakan hati pasangan, ia juga boleh mengimbau balik kenangan manis bersama yang menautkan kasih anda padanya.
6. Berusaha Memperbaiki Diri Menjadi Yang Lebih Baik Setiap Hari
Buktikan cinta anda dengan berusaha memperbaiki tabiat yang biasa anda lakukan, tetapi tidak disenangi pasangan. Sebagai contoh, sekiranya dia mahu anda kekal sihat dan mengempiskan perut, berusaha pergi ke gym atau mengayuh basikal setiap hari. Lebih bagus sekiranya anda melakukan aktiviti tersebut bersamanya.
Sekiranya pasangan anda seorang yang pembersih, hentikan membiarkan stokin kotor bersepah diatas lantai atau lupa memberus gigi setiap malam. Mengucapkan kata-kata sayang selalu ada baiknya, tetapi lebih baik sekiranya kasih sayang itu turut diluahkan dengan perbuatan.
Sumber: Aminah Mat Yusoff dan semuanyajdt.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perkongsian daripada Encik Noorhashim apabila berkongsi foto gelagat pelajar remaja yang sedang mendukung adiknya yang bersekolah rendah, memang mampu menarik perhatian dan sekali gus menyentuh hati buat yang memandang.
Nyata, kasih sayang dan tanggungjawab seorang abang kepada adiknya itu wajar dipuji dan sebolehnya kita juga mengharap dan mendoakan anak-anak kita turut bertindak seperti anak remaja ini.
Secara jujurnya, saya sebagai seorang ibu atau ayah ternampak situasi seorang abang mendukung adiknya dalam keadaan panas terik. Wow!! Kagum dan sebak.
Saya perhatikan perlahan-lahan dia menuruni kawasan berbukit sambil mengendong adiknya dengan kawan-kawan perlahan-lahan menuju ke kawasan rumahnya.
Allahuakbar, anda seorg abang yang hebat. Semoga berkekalan ya adik menjaga serta melindungi ahli keluargamu ya.
Kepada ibu dan ayah serta keluarga adik ini, alhamdulillah didikan dan terapan kasih sayang di kalangan family masih utuh dan kuat. Tahniah atas didikan anda di dalam era yang penuh cabaran ini.
Sumber : Noorhashim Mohamad via KVV
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...