Ramai isteri fikir bila suami dah letak nama mereka sebagai penama KWSP, jika apa-apa berlaku pada suami semua duit dalam akaun KWSP adalah milik isteri.
Sebenarnya harta tadi perlu dibahagi mengikut kaedah faraid. Penama KWSP hanya sebagai pemegang amanah.
1) Ayah si mati – 1/6
2) Ibu si mati – 1/6
3) Isteri – 1/8
4) Baki akan dapat pada anak-anak. Anak lelaki dua bahagian dan anak perempuan satu bahagian.
5) Jika tiada anak lelaki, maka baki harta akan ke ayah. Dan sekiranya ayah tiada, makan adik beradik seibu sebapa atau sebapa turut layak dlm bahagian pusaka.
Ads
Contoh :
Suami tinggalkan RM100,000 duit KWSP. Ada seorang anak lelaki dan perempuan.
Ads
1) Ayah = RM16,666
2) Ibu = RM16,666
3) Isteri = RM12,500
4) Anak lelaki = RM36,112
5) Anak Perempuan = RM18,056
Penama KWSP ini akan bertindak menjadi wasi/pentadbir yang berkeupayaan untuk mengurus pengeluaran dan pembahagian KWSP. Pembahagian seharusnya mengikut faraid.
Mudah-mudahan selepas ini kita faham yang duit dalam KWSP bukan milik isteri atau pasangan kita sepenuhnya.
Kredit: Areena A Rahman, PerundingMyPusaka
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ibu bersalin dalam kereta, polis trafik beri escort ke hospital. Itulah detik mendebarkan yang bertukar menjadi kenangan paling manis buat seorang ibu dikenali sebagai PuterryE’zzah baru-baru ini.
Perkongsian videonya di media sosial mengundang perhatian ramai apabila memaparkan suasana dalam kereta yang pada awalnya tenang dengan iringan muzik. Namun dalam sekelip mata, keadaan berubah apabila kontraksi datang bertalu-talu dan si kecil seolah-olah sudah ‘tidak sabar’ untuk melihat dunia.
Menurut PuterryE’zzah, suaminya cuba memandu sepantas mungkin ke hospital dalam keadaan panik. Ketika berdepan kesesakan jalan raya, mereka ternampak seorang anggota polis trafik yang sedang menjalankan tugas menahan sebuah kenderaan lain.
“Husb terus turun tingkap dan jerit beritahu urgent nak pergi hospital, bini dah bersalin,” kongsinya.
Menyedari kecemasan tersebut, anggota polis berkenaan tanpa berlengah membatalkan tindakan terhadap kenderaan yang ditahan dan segera memberikan bantuan iringan (escort) ke hospital. Dalam situasi mencemaskan itu, keprihatinan anggota beruniform berkenaan benar-benar memberi kelegaan buat pasangan tersebut.
Apa yang lebih mendebarkan, bayi mereka sebenarnya telah pun selamat dilahirkan ketika masih berada di atas jalan raya. Anggota polis pada awalnya tidak menyedari bayi sudah keluar sepenuhnya kerana hanya mendengar jeritan meminta tolong daripada si suami.
Setibanya di hospital, PuterryE’zzah segera dibawa ke dewan bersalin untuk rawatan lanjut. Menjawab persoalan netizen mengenai status tempat kelahiran anaknya, beliau menjelaskan bahawa uri hanya keluar selepas tiba di hospital.
“JPN Johor kata, kalau uri keluar di mana, jadi tempat lahir dekat situ. Jadi kes saya ni, uri keluar dekat dewan bersalin, jadi tempat bersalin dikira dekat hospital juga,” jelasnya.
Dari sudut perubatan, situasi seperti ibu bersalin dalam kereta ini dikenali sebagai precipitous labor, iaitu proses kelahiran yang berlaku sangat pantas, biasanya kurang daripada tiga jam. Keadaan ini dianggarkan berlaku sekitar 0.1 hingga 3 peratus daripada jumlah kelahiran dan lebih kerap terjadi kepada ibu yang pernah bersalin sebelum ini kerana tubuh mereka lebih cepat bertindak balas terhadap kontraksi.
Dalam kes seperti ini, kontraksi boleh berlaku dengan jarak yang sangat rapat dan intensiti yang tinggi. Ibu mungkin tidak sempat tiba ke hospital sebelum bayi dilahirkan. Justeru, kesedaran tentang tanda-tanda awal kelahiran amat penting bagi mengelakkan risiko komplikasi.
Kisah ibu bersalin dalam kereta ini bukan sahaja mencetuskan rasa cemas, malah menyentuh hati ramai. Ia memperlihatkan kekuatan seorang ibu yang sanggup berdepan kesakitan demi melahirkan zuriat, serta kecekapan anggota polis yang bertindak pantas membantu dalam situasi genting.
Buat para ibu hamil, kisah ini juga menjadi peringatan agar sentiasa bersedia menjelang hari kelahiran. Pastikan beg hospital sudah tersedia, peka dengan tanda-tanda awal bersalin dan jangan berlengah untuk mendapatkan rawatan jika kontraksi semakin kerap.
Selain itu, berbincanglah dengan pasangan mengenai pelan kecemasan sekiranya berlaku kelahiran awal. Mengetahui laluan tercepat ke hospital dan memastikan telefon sentiasa boleh dihubungi boleh menjadi langkah kecil yang memberi perbezaan besar dalam situasi tidak dijangka.
Setiap kelahiran punya ceritanya yang tersendiri. Bagi PuterryE’zzah sekeluarga, pengalaman ibu bersalin dalam kereta dengan bantuan escort polis pastinya menjadi memori yang akan dikenang sepanjang hayat.
Saya pernah dapat pesakit muda, baru 18 tahun yang datang ke hospital tiba-tiba dada ketat tak boleh bernafas. Tak lama lepas tu dia pengsan jantung berhenti.
Rupa-rupanya dia ada spontaneous pneumothorax yang terlalu kembang sehingga menjadi tension pneumothorax. Selepas CPR dan ditebuk dada untuk masuk tiub (chest tube) barulah jantungnya boleh mengepam darah semula.
Ingatkan baru balik menyelam ke apa. Rupanya baru mencuba rokok elektronik (e-cigarette) jenis vape sejak 7-8 bulan lepas.
Dia bukan satu-satunya pesakit yang paru-paru bocor. Ada beberapa lagi. Semua muda belaka.
Rokok elektronik ni walau tanpa nikotin, vapor atau wapnya boleh mengikis lapisan perlindungan paru-paru. Jadi sel paru-paru tak mampu melawan kuman, mudah rosak dan menipis. Akhirnya lapisan paru-paru boleh bocor. Itu baru tanpa nikotin. Kalau campur nikotin atau ganja lebih teruk lagi.
Pesakit sebegini perlukan pembedahan besar untuk membuang lapisan paru-paru yang rosak. Jika tiada pakar bedah thorasik, maka dia perlu menggunakan tiub paru-paru (chest tube) selama hampir seminggu.
Rokok elektronik hanya kurang sedikit bahayanya berbanding rokok. Namun tak bermakna ia selamat. Jika pesakit saya nak berhenti merokok, saya takkan nasihatkan dia mencuba rokok elektronik. Ia ibarat keluar mulut harimau, masuk ke mulut buaya.
Lagipun kalau guna vape bernikotin, sama saja dengan rokok. Pi mai pi mai tang tu jugak.
Nak berhenti rokok, berhenti je. Toksah konar sana konar sini guna rokok elektronik. Hasilnya tak boleh berhenti vape atau kembali ke rokok semula. Mudharatnya sama, penyakitnya sama, dosa pun sama. Ada cara lain lebih sihat dan berkesan untuk berhenti.
Hana Hadzrami
Bersedia nak terima pesakit kanak-kanak pula dengan paru-paru rosak akibat vape.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tinggal beberapa hari lagi umat Islam akan meraikan Aidilfitri. Ketika ini sudah tentu ada yang sibuk memasak kuih raya. Selalunya isterilah paling sibuk membuat persiapan.
Namun, berbeza dengan pasangan ini. Isteri tidak memasak kuih raya ekoran baru menjalani pembedahan. Demi isteri tercinta, suami mengambil alih memasak kuih raya. Sweet kan!
Menurut puan Ruzzainie Mamat, suaminya membawa masuk bahan membuat biskut ke dalam bilik untuk bertanya dengan mudah cara penyediaan membuat kuih raya.
Selanjutnya ikuti perkongsian ini.
Alhamdulillah aktiviti malam ni…Satu2nya biskut raya tahun 2021..Isteri baru operation buang hempedu 3 minggu lepas.. masih x boleh duduk bjalan normal..masih sakit sbb open surgery…tp barang2 biskut mmg da beli sebelum puasa lg.
..x mau membazir barang2 suami la yg offer diri google resepi buat n melunaskan impian 🤧🤧🤧..sbb x larat ulang alik tanya isteri gini ok x ok x…last2 dia bawak masuk semua barang lam bilik..mujur oven je x masuk😁😁.
Dalam pada itu, sikap kesungguhan dan prihatin suami ini mendapat pujian warganet.
Begitulah sikap suami yang begitu menghargai isteri. Sanggup melayan kehendak dan tak berkira dengan isteri. Ciri-ciri sebuah keluarga bahagia.
Sumber: Ruzzainie Mamat
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.