Umumnya bila kita kata menangis, dengan sendirinya kita akan kaitkan dengan situasi anak kita yang inginkan sesuatu barang. Sanggup berguling-guling jika keinginan mereka tidak ditunaikan.
Namun bila telah dewasa, seakan menangis itu dilihat suatu kelemahan pula.
Pun begitu tahukah anda, Public Health Malaysia ada berkongsi info tentang menangis di mana ada manfaatnya buat orang dewasa.
Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya. Jom baca.
Menangis adalah respon biasa seseorang manusia apabila berhadapan dengan situasi beremosi seperti sedih, gembira, marah dan ketakutan.
Selepas menangis,
Bola mata yang kering akan kembali lembab. Mata juga akan berasa lebih lega dan bergerak dengan lebih lancar.
Sebenarnya, air mata juga mengandungi bahan anti kuman yang melindungi dari jangkitan mata. Air mata mengandungi lysozome yang dapat berfungsi sebagai “antibiotik semulajadi”
Ads
Selepas menangis,
Air mata akan mengalir ke rongga hidung. Ruang pernafasan akan menjadi lebih lancar, degupan jantung akan kembali normal. Anda akan merasa lebih lega dan tenang.
Selepas menangis,
Kesedihan dan kedukaan yang di alami dapat diredakan. Tangisan akan merangsang daya “parasympathetic” yang membantu seseorang individu untuk bertenang.
Selepas menangis,
Ads
Anda akan berasa mudah tidur. Ada yang terlena dengan air mata yang masih bergenang. Jika anda perhatikan, selepas menangis, bayi biasanya akan tertidur.
Selepas menangis,
Hormon oxytocin dan endorphins akan di rembeskan. Hormon ini membantu untuk melegakan kesakitan fizikal dan emosi. Hormon ini juga berfungsi untuk mewujudkan kegembiraan dan keseronokan.
Selepas menangis,
Toksin dan bahan kimia yang menyebabkan stress akan di keluarkan menerusi air mata. Pengkaji percaya, menangis dapat mengurangkan toksin di dalam tubuh..
Ads
Walaubagaimanapun,
Menangis merupakan antara tanda tanda kemurungan. Dapatkan rawatan sekiranya anda;
1.Menangis tanpa sebab yang jelas
2. Menangis terlalu kerap
3. Menangis mengakibatkan kehidupan harian anda terjejas
4. Menangis yang tidak terkawal
Menangis adalah tindakbalas normal manusia apabila berhadapan dengan situasi yang beremosi. Apabila anda berada dalam keadaan sedih, sakit dan marah.. menangis boleh memberi sedikit kelegaan.
Namun sekiranya ia berlaku terlalu kerap, air mata tidak lagi dapat membantu anda. Dapatkan rujukan doktor untuk rawatan lanjut
Sebagaimana semua tahu, kurma mengandungi banyak khasiatnya dan bila dicampur dengan susu memberi rasa yang enak dan dapat menjadi agen penambah tenaga sepanjang berpuasa. Apatah lagi rasanya yang enak, membuatkan anak-anak cukup menggemarinya.
Atas sebab itu juga, ibu ini telah menyediakan pati kurma yang dibuat sendiri untuk dicampur ke dalam susu. Selain dapat menjimatkan kos, ianya juga mudah disediakan oleh anak-anak setiap kali mereka ingin menikmati keenakan rasa susu kurma.
Walaupun proses awalnya perlu direbus lama namun tidak menghalang ibu ini untuk menyediakan pati kurma yang memudahkan untuk anak-anaknya menikmati susu kurma setiap hari dengan kos yang lebih menjimatkan.
Nak tahu lanjut, ikuti perkongsian penuh daripada Puan Azrina Mohd.
Selepas rebus kurma 2 jam dan blender, siap dah stok pati kurma untuk bulan posa nanti.. boleh bancuh dengan susu.. jimat skit daripada beli susu kurma yang kat kedai tu…
Cara buat pati :
Buang biji kurma dan masukn isi kurma dalam periuk bersama air.. isi air bagi paras sama dengan isi kurma je.. rebus selama 2 jam.. jangan tambah air kalo nampak kering.. just kacau sikit-sikit je.. lepas dah sejuk, boleh blender dengan sedikit air.. simpan dalam bekas dan masukan dalam peti ais..
* kuantiti dan jenis kurma ikut suka sendiri.. yang penting, paras air dalam periuk nanti sama je dengan paras isi kurma tu.. ada yang tanya kenapa rebus sampai 2 jam? Owner asal resepi ni bgtau rebus 2 jam untuk bagi isi kurma betul-betul lembut dan bkh keluarkan jus kurma yang manis tu sendiri.. saya ikut resepi ni dan memang dah tak perlu tambah gula pun dalam susu atau jus kurma ni..
Bagi yang takut vitamin hilang sebab rebus selama 2 jam, ech to their own way of doing things.. sebab kadang-kadang objektif kita x sama.. ada yg nak menu banyak vitamins but to me, yang penting anak-anak mau minum susu kurma dan tak harap dah susu yang beli kat kedai tu sebab rasa dah sama dengan susu kedai.. if less than 2 hours or tak rebus langsung, mungkin rasa tak sama dan anak-anak tak mau minum.
Memancing selera keluarga ketika berbuka menjadi sesuatu perkara menarik untuk dilakukan.
Maka tidak hairanlah sekali gus menjadikan ibu-ibu sering mencari idea dan mencuba resipi baharu yang istimewa.
Tauhu Pegedil Ayam ini umpamanya adalah menu yang digemari ramai. Jom dicuba hari ini.
Ya, Tauhu Begedil Ayam, bukan sahaja sedap malah berkhasiat, kaya dengan sumber protein dan kalsium. Jom semak resipinya!
RESEPI TAUHU BEGEDIL AYAM
TAUHU BEGEDIL AYAM
Bahan-bahan:
Kentang rebus- lenyekkan
Isi ayam rebus n racik2 (nak guna ayam kisar pon boleh)
Daun bawang
Bawang goreng
Lada merah
Garam sikit
Lada sulah sikit
(satukan dan gaul semua bahan di atas)
Tahu mee kari or tahu goreng tu pon boleh.. (gunting tahu hujung je n korek keluarkan is dalam dia)
Pastu Kepal2 begedil tadi n sumbat dalam tahu tu..
Celup telur n goreng dalam minyak yang betul-betul panas ok.
SAMBAL KICAP
Bahan-bahan:
Cili api
Kicap
Bawang putih
Air masak
Gula
Garam sikit
(blander semua n masak sampai mendidih)
Selamat mencuba
Sumber : norain baharin khan via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kitaran haid perlu diambil kira sebagai salah satu petanda penting bagi kesihatan seseorang seperti mana tekanan darah, denyutan nadi dan suhu badan. Ia boleh menerangkan banyak perkara mengenai kesihatan semasa seseorang wanita
Selain ia boleh menunjukkan jika seseorang wanita itu mengandung atau tidak, kitaran haid seseorang wanita juga boleh memberikan gambaran utama mengenai kesihatan hormon di dalam badan. Ia akan memastikan semua sistem di dalam badan, dari sistem otak hinggalah ke sistem pembiakan, berjalan dengan lanc
ar.
Walaupun apa yang normal dalam kitaran haid bagi seseorang wanita mungkin tidak normal bagi wanita-wanita lain, terdapat beberapa perubahan yang anda perlu berikan perhatian, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan warna darah anda.
Berikut 6 perkara yang tubuh cuba sampaikan mengenai kesihatan kita melalui warna darah haid.
1. Seakan merah jambu
Badan wanita yang mengeluarkan darah haid seakan warna merah jambu, mungkin mengalami kekurangan hormon estrogen. Lebih-lebih lagi jika ia diiringi dengan warna yang lebih cerah daripada kebiasaannya.
Kajian mendapati senaman yang berlebihan boleh merendahkan tahap hormon estrogen, yang boleh seterusnya boleh memberikan kesan buruk kepada kitaran haid, dan mungkin boleh menyebabkan kitaran haid seseorang itu terhenti. (Ia bukanlah perkara luar biasa jika seseorang atlit wanita itu terhenti proses ovulasinya)
Walaupun ia bukanlah sesuatu perkara yang besar, tahap hormon estrogen yang rendah boleh meningkatkan risiko oeteoporosis, jika dibiarkan tanpa dirawat.
Jadi, jika baru-baru ini anda mula berlatih berlari untuk marathon, atau pertama kali bersenam sepanjang hidup anda, atau meningkatkan intesiti senaman anda dan menyedari warna darah haid anda tiba-tiba berubah menjadi cerah atau kitarahan haid semakin berkurangan, anda perlu berjumpa dengan doktor.
Penyebab-penyebab lain darah haid menjadi merah jambu adalah kerana pemakanan yang tidak sihat, sindrom polisistik ovari (PCOS) atau perimenopaus (umur mendekati menapaus), yang mana apabila ovari seseorang kurang menghasilkan estrogen sebagai persediaan mengalami menopaus. (biasanya berlaku 4 atau 5 tahun sebelum menopaus).
2. Kelihatan seperti berair
Jika ini terjadi, seseorang itu mungkin kekurangan nutrisi. Warna seakan keputihan dan berair pada darah haid boleh menjadi petanda anemia yang teruk (kurang sel darah merah yang sihat), lebih-lebih lagi jika disedari darah haid menjadi lebih halus dan cair, yang mana biasanya ianya adalah pekat, kata Ob-gyn, Alyssa Dweck, M.D, penolong profesor klinikal di Mount Sinai School of Medicine di New York.
Jika dipantau untuk beberapa kali kitaran, dan anda risaukan situatasi ini, pergi berjumpa dengan doktor untuk membuat ujian pengesanan kekurangan nutrisi.
Apa yang menambahkan lagi kekeliruan, kekurangan zat besi juga boleh disebabkan oleh darah haid yang banyak. Kajian 2014 telah memeriksa seramai 236 orang wanita yang mempunyai haid yang banyak, dan didapati 27 peratus daripada mereka kekurangan zat besi, dan 60 peratus yang lain mengalami anemia yang teruk).
Jika darah anda keluar melalui pad atau tampon kurang daripada 30 minit, atau terpaksa bangun malam beberapa kali untuk menukar pad, atau selalu berasa letih, segeralah untuk berjumpa doktor untuk membuat ujian pemeriksaan zat besi.
3. Berwarna coklat gelap
Darah seseorang itu mungkin masih mengandungi lapisan uterus dan darah lama yang baru sahaja dikeluarkan daripada badan. Tapi, jangan panik, ia adalah sesuatu yang normal.
“Dalam kes sebegini, kami tidak pasti mengapa ia terjadi, namun kadang-kadang darah tersebut tinggal lebih lama di dalam badan dan mengalir keluar secara perlahan-lahan,” kata Alyssa Dweck.
“Ia mempunyai masa yang lama untuk dioksidakan, oleh itu ia kelihatan seperti warna coklat atau hampir-hampir hitam. (Pastikan anda berjumpa dengan ob-gyn anda jika anda mengalami situasi ini.
Setiap wanita mengeluarkan lapisan uterus mereka daripada badan dengan kadar yang berbeza, namun, sebahagian besar daripadanya, jika darah yang keluar pada permulaan atau pengakhiran haid berwarna coklat, tiada apa yang perlu dirisaukan.
4. Pekat dan berwarna merah hati beserta darah beku
Seseorang itu mungkin mengalami kekurangan hormon progesteron, dan hormon estrogen yang tinggi. Walaupun sedikit darah beku itu adalah normal, namun darah beku yang bersaiz sebesar syiling 5 sen atau lebih besar menandakan ketidakseimbangan hormon yang serius.
Disarakan supaya kurangkan pengambilan produk tenusu, soya dan gula, dan lihat jika ianya memberikan kesan.
Kemungkinan lain adalah uterine fibroids (ketumbuhan pada dinding uterus). Ia biasanya tidak merbahaya, tetapi boleh menyebabkan kesakitan. Jadi jika anda mengesyaki ianya adalah penyebab darah haid anda menjadi pekat, dipenuhi dengan darah beku, jumpa doktor dan buat pemeriksaan ultrasound.
5. Campuran antara merah dan kelabu
Anda mungkin mempunyai jangkitan, seperti STD atau STI (penyakit yang dijangkiti melalui hubungan kelamin). Darah anda juga akan menjadi tersangat busuk (disebabkan sel atau tisu yang mati akibat dijangkiti penyakit). Anda perlu membuat ujian dengan segera supaya anda mendapatkan rawatan yang betul.
Wanita yang mengalami keguguran juga akan menyedari segumpal tisu yang berwarna kelabu yang kelihatan seperti hati. Jadi jika anda kemungkinan anda sedang mengandung atau mengalami keguguran, segeralah berjumpa dengan doktor.
6. Jika ia berwarna merah terang
Anda mempunyai kitaran haid yang sihat, teratur dan normal. Tetapi perlu ingat, “normal” bagi setiap wanita adalah berbeza, namun, kebiasaannya, darah yang berwarna merah terang seperti warna buah ceri, adalah petanda bahawa semuanya berjalan dengan lancar di dalam badan anda.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di