
Tun Rahah Mohamad Noah yang juga balu kepada bekas Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussein, meninggal dunia sebentar tadi.
Ibu kepada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, itu dilaporkan meninggal dunia ketika dalam rawatan di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur.
Kematian Tun Rahah, 87, dikongsikan oleh Dato Seri Najib menerusi akuan media sosial, Facebook dan Twitter peribadinya.
Innalillahwainnailaihirojiun
Bonda saya sudah tiada.
Kami sekeluarga di hospital.
Kesedihan dan air mata mengalir.
Tiada kata-kata untuk kehilangan ini.
Innalillahwainnailaihirojiun.
Bonda saya sudah tiada.
Kami sekeluarga di hospital.
Kesedihan dan air mata mengalir.
Tiada kata-kata untuk kehilangan ini.
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) December 18, 2020
Tun Hajah Rahah sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan tidak sihat di hospital menerima kunjungan beberapa pemimpin negara.
Dalam perkongsian di Facebook sebelum ini, Najib merafak sembah dan menjunjung kasih atas kunjungan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa dan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Turut berkongsi berita duka itu adalah Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa menerusi ciapan di akaun Twitter rasminya:
Innalillahiwainnailaihiraajiun…DGN PENUH RASA SEDIH,TUN HJH RAHAH MOHD NOAH telah kembali ke Rahmatullah sekejap tadi..SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN KEKUATAN DAN KESABARAN KPD SELURUH KELUARGA …DAN SEMOGA ALLAH SWT MENCUCURI RAHMAT ATAS ROH ALLAHYARHAMAH…ALFATIHAH.. pic.twitter.com/cnK2cIEXFp
— Annuar Musa (@AnnuarMusa) December 18, 2020
Andai Bergaji Kecil.Nak Ada Rumah, Ni Panduannya. Confirm Boleh Dapat!

Membeli rumah untuk dihuni oleh seisi keluarga diakui bukanlah perkara yang boleh dibuat sekelip mata, perlu perancangan agar aset yang dibeli tidak membebankan kewangan apatah lagi andai bergaji kecil.
Melalui perkongsian daripada Amir Syahir ini diharapkan dapat membantu. Jom semak.
7 Panduan Membeli Rumah Untuk Golongan Yang Bergaji Kecil
******************************************
Memang diakui pendapatan sesetengah orang tidak cukup untuk membeli rumah. Banyak komitmen. Contohnya nak kena bayar pelbagai kos hidup, ansuran kereta, bil utiliti dan sebagainya.
Pihak bank pula semakin berhati-hati untuk memberikan pembiayaan perumahan. Mereka hanya berikan pembiayaan kepada orang yang betul-betul mampu sahaja. Orang kerja swasta pun susah nak dapatkan pembiayaan perumahan ni.
Jadi, antara perkara yang kau boleh buat ialah;
***
1. Tingkatkan Ilmu Pengetahuan
Ilmu merupakan punca utama untuk kau berjaya. Mulakan dengan belajar ilmu hartanah yang asas. Jika kau ada ilmu pengurusan kewangan, dengan sendiri kau pandai menguruskan kewangan dan hasilnya kau ada wang untuk memiliki sekurang-kurangnya satu aset hartanah.
.
2. Tabiat Menyimpan
Ramai yang tahu menyimpan itu penting. Tetapi tak ramai yang boleh ikut. Ya. Kalau dah gaji RM1400, nak makan pun susah, menyimpan apatah lagi kan. Itu kau kena ambil inisiatif sendiri. Takkan ada orang yang boleh bantu kau melainkan kau yang bantu diri kau sendiri.
.
3. Mulakan Pelaburan
Jika kau sudah ada tabiat menyimpan duit, kau boleh melangkah untuk instrumen pelaburan yang diyakini. Banyak pelaburan yang dijamin selamat. Kau kena tahu matlamat dan risiko serta pulangan pelaburan dengan jelas. Unit Amanah ataupun ASB Financing Islamik.
.
4. Bebaskan Diri Daripada Hutang Jahat
Kebanyakan anak muda suka berhutang apabila mula bekerja. Daripada berhutang beli telefon sampailah berhutang nak kahwin. Semua nak up-to-date. Biar mewah depan mata kawan. Padahal buka dompet pun serupa tumbuk bawang. Hutang keliling pinggang.
.
5. Tambahkan Pendapatan
Perkara paling senang nak tambah pendapatan ialah menjual barang ataupun berniaga secara online. Macam jual serunding ke, kain batik, buku dan lain-lain. Dapat untung RM5 satu pun okay dah.
.
6. Beli Rumah Murah Dulu
Jangan terus nak terkam beli rumah bertanah harga RM400K. Beli dulu rumah bawah RM150K. Apartmen contohnya. Ansuran bulanan pun murah. Harga rumah akan naik setiap tahun. Bila gaji dah naik, ada kemampuan, barulah boleh cuba cari rumah yang lagi selesa.
.
7. Baiki Profil Kewangan
Ramai yang tak dapat pembiayaan perumahan disebabkan profil kewangan yang lemah. Simpanan tiada, hutang kad kredit berlambak dan hutang piutang yang lain. CCRIS barai, CTOS koyak. Jadi, tetapkan matlamat. Ambil masa setahun dua untuk baiki balik kewangan sendiri.
***
Ramai yang tersekat untuk mendapatkan deposit rumah dan susah nak dapatkan pembiayaan perumahan. Banyak cara yang kau boleh buat untuk mengatasi masalah ini. Kau perlu banyak menimba ilmu pengetahuan lagi.
Takkan sampai ke tua tak ada aset rumah sendiri. Takkan nak menyewa sampai anak dah 5? Kau kena fikirkan pelan masa depan kau sekarang.
Tengah duk lepak kedai kopi mahal, sambil hisap vape tu, cuba lah buat draft gambaran kasar perancangan kau. Tentu kau akan nampak.
Ini pandangan dan panduan aku sahaja. Kau boleh rujuk mentor dan pakar dalam bab ni. Ingat, rumah pertama tak perlu besar, nanti penat nak kemas.
Sumber : Amir Syahir
Pelajar OKU Sertai Acara Larian, Cikgu Ikut Sampai Garis Akhir Bikin Sebak!

Menang kalah belakang kira, apa yang penting semangat juang yang tinggi untuk menyertai sesuatu pertandingan tersebut.
Itulah yang digambarkan buat pelajar lelaki kelainan upaya (OKU) ini yang tidak patah semangat menyertai acara larian meskipun menggunakan tongkat.
Dalam video yang dikongsikan oleh Farid Kamaruddin di Aplikasi Tiktoknya di garisan pemula, pelajar lelaki ini dilihat sedang berdiri dalam keadaan sudah bersedia sebelum menunjukkan kesungguhan berlari dengan sebelah kaki dengan dibantu oleh tongkat.
“Aku tahu kau paling kuat dik,”tulisnya.
Sementara itu, apa yang membuat ramai lebih tersentuh hati adalah kegigihan seorang guru wanita yang memakai baju biru turut berlari di sebelah adiknya yang kurang upaya sambil memberikan sokongan sehingga ke garisan penamat.
“Terima kaseh cikgu bagi sokongan sehingga ke penamat,”tulisnya lagi.
@faridkamaruddin18 Aku tahu kau orang paling kuat dik. Terima kaseh cikgu bagi sokongan sehingga ke penamat. #luarbiasa #ppki #fyp ♬ Jangan Pernah Menyerah – Arnas19🐱
Meninjau di ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa sebak melihat semangat dan cara guru menyayangi anak muridnya. Malah, ibu kepada pelajar tersebut berterima kasih atas sokongan yang diberikan kepada anaknya.
Sumber: TikTok faridkamaruddin18
Rahsia En Suami Boleh Hilangkan Keletihan Isteri Sepanjang Hari. Ketahuinya Melalui Perkongsian Ustaz Ebit Lew Ni!

Hidup ini akan lebih bahagia dan sempurna andai kita tahu menghargai dan berlemah lembut dengan pasangan. Belajar untuk ikhlas dan dalam masa yang sama sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik.
Perkongsian daripada ustaz Ebit Lew ini umpamanya, sedikit sebanyak dapat menyedarkan kita hendaknya. Jom semak perkongsian penuh daripadanya.
Seorang lelaki jumpa saya dan kata sifat semulajadinya kasar dan suka marah sehingga isterinya lari bersama anak-anaknya. Dia sayang mereka. Tolong saya ustaz…
Jawab saya Allah sayang abang. Saya nampak abang lembut sebenarnya. Kerana abang bercakap dengan saya ni dengan wajah yang sayu dan air mata yang bergenang..
Jujur & Lemah lembut
Sebenarnya inilah yang isteri dan anak abang nantikan. Tak lebih cuma kejujuran dan lemah lembut. Kalau abang luahkan seperti abang luah pada saya insyaAllah mereka akan maafkan abang..
Siapa gembirakan saudaranya, Allah akan gembirakan hatinya. Abang orang baik.
Indahnya jika dengan sepatah perkataan abang boleh membuat keletihan isteri sepanjang hari boleh hilang dan anak-anak yang menjadi anak yang terbentuk dengan sifat seperti Nabi saw dan sahabah. Cukup bila sampai rumah kata, YaAllah syukur rindunya nak balik tengok isteri abang yang berkorban jaga anak-anak dan uruskan rumah. Bila isteri minta tolong, jawab baik sayang. Abang tolong sayang. Sebaiknya belum habis cakap kita dah terus berlari membantunya.
Puji anak-anak, syukur Allah beri ayah, anak yang cantik dan baik.Terima kasih Allah..Bila mereka buat baik beri penghargaan. Jika perkara salah peluk mereka atau jika anak besar ajak mereka minum dan beri nasihat seperti cakap dengan kekasih. Pasti mereka akan menjadi orang yang hebat…
Tiada siapa suka disakiti
Ada orang dengan satu patah perkataan boleh buat orang darah tinggi, sakit jantung, dan musnah hidup orang lain.sedihkan…kita tak suka disakiti. Tiada siapa suka. Tapi tulah faktor iman dan tidak kenal Nabi saw….dalam hadis menyakiti hati muslim yang lain dosanya seperti meruntuhkan kaabah. Inikan pula anak isteri kita sendiri. Mak ayah sendiri. Suami dan sambil lalu jer ucap sepatah perkataan orang sakit hati.
Saya pernah jumpa ramai orang jadi trauma dan gila hanya kerana pasangannya bergurau dengan menyakitkan hatinya.. Saya juga pernah jumpa seorang jadi gila kerana gurauan kawan-kawan. Nabi saw pernah menegur jangan membuat gurauan yang menyakitkan hati seorang Islam lain. Walaupun memanggil seseorang dengan panggilan yang tidak baik kecuali dia suka. Walaupun dia hitam. Kita panggil si hitam. Bila nak dapat anak? soalan itu ada menyebabkan seseorang tidak tenteram dan bergaduh dengan pasangan…sayangilah semua orang.
Seorang pernah tanya Nabi jalan untuk masuk syurga. Jawab Nabi saw jaga lidah dan jaga kemaluan.
Saya lihat ramai orang yang bila dekat dengan Allah bicaranya menjadi lembut..
Dalam Islam antara perkara utama yang perlu diajar pada anak-anak semenjak lahir ialah lemah lembut. Pelajarannya utama melalui contoh. Dengan kelembutan manusia akan tertarik pada agama. Itulah manusia termulia selamanya Nabi saw.
Tanda seorang semakin dekat dengan Allah semakin dia tawaduk dalam solat dan doa. Dan semakin dia lemah lembut pada manusia..
Lemah lambut akan lahir bila kita rasa sayang pada umat manusia seperti Nabi saw.
Umar ra lemah lembut dan tegas.Menangis lihat seorang yahudi mati tanpa Islam. Menangis lihat orang syria masih tidak mengenal Allah. Sanggup buat apa sahaja untuk memujuk seorang yang murtad yang melampau permintaannya. Menangis setiap malam sehingga solat dan saat mendengar perkataan Nabi saw.. Bersedia mendengar isterinya membebel/ meluahkan perasaan tanpa membalas. Minta maaf jika salah. Sanggup tengah malam tolong orang susah. Dan orang itu menyebut perkataan yang merendahkan khalifah sedang dia adalah khalifah. Dia tetap sabar dan melayani wanita itu dengan baik dan bercakap baik dengannya.
Anak-anak umur 0-7 tahun perkara utama yang diajar ialah mencintai Allah dan Nabi saw. Diajar akhlak yang mulia. Lemah lembut, suka senyum, beri salam, pakaian yang sopan, kebersihan.
Allah sayang abang.
Sifat ini perlu dipelajari. Berkawan dengan orang baik. Doa pada Allah. Berfikir sebelum bercakap.
Terima kasih ustaz….insyaAllah saya pun selalu dengar ceramah ustaz..benar-benar masuk dalam hati saya…doakan saya yer ustaz. Betapa saya sayang mereka ustaz. Tiada siapa lagi dalam dunia ini melainkan isteri dan anak-anak saya..
Lidah ialah cermin hati. Ada orang lidah baik tapi hati jahat. Tapi sebenarnya tiada orang hati baik tapi lidah jahat. Kerana ia bertentangan dengan kata-kata Nabi saw. Ya Allah ampunkanlah kami semua. Jadikanlah akhlak dan lidah zahir kami seperti Rasulullah saw
sumber : Ebit Lew