Tidak hanya orang dewasa, kanak-kanak rupanya juga turut terdedah dengan masalah kolesterol. Ini diakui sendiri oleh seorang dietitian, Nur Hafizah M Sobri.
Menurut beliau, kanak-kanak itu mempunyai berat badan berlebihan iaitu 55kg dan bacaan kolesterol adalah 6.2.
Baru umur 5 tahun ada kolesterol tinggi!
Makin muda pesakit zaman kini. Teringat kes ini, sebab anak tersebut akan masuk darjah 1 tahun ini. Dirujuk kepada saya sebab berat badan berlebihan (55kg) dan bacaan kolesterol (6.2).
Ditanya kepada mak yang datang sekali anak makan apa. Setiap hari ada sahaja makanan fast food.
Ads
Kalau bukan buat dekat rumah macam goreng nugget hotdog masa pagi, beli dekat kedai drive through yang berdekatan dengan rumah.
Kedua-dua mak ayah kerja, maka alasan tidak sempat untuk masak sebagai alasan untuk membeli makanan fast food.
Ditanya anak makan apa selain yang mak sebut. Kerap minum air manis macam air teh O dan sirap yang nenek buat. Kerap beli jajan dan gula gula dengan atok.
Ads
Anak dijaga oleh atok nenek waktu mak ayah kerja dan jarang main dekat luar. Banyak masa duduk dalam rumah, tengok televisyen dan bermain telefon pintar.
Kadang-kadang dewasa dalam keadaan IN DENIAL
Anak makan banyak tandanya sihat Anak bambam tandanya berselera Anak besar tandanya kuat Tidaaakkk. Itu merosakkan anak namanya.
Tips pada ibu bapa dan anak cegah kolesterol tinggi
Ini antara tips yang saya beri kepada mak dan anak tersebut, buat satu satu:
Untuk ibu bapa: * Buat sekali seminggu homemade nugget/chicken chop/pes mudah untuk masak sepanjang minggu. * Sentiasa standby buah-buahan di rumah. * Jika perlu beli dari luar, beli yang ada nasi dan berlauk dan wajib ada sayur.
Untuk anak: * Jam 5-7 petang keluar rumah. Buat lah apa apa, main bola ke congkak ke baling selipar ke dan tak boleh duduk dalam rumah. * Cari botol cantik 1 liter dan perlu habiskan air kosong dari botol tersebut baru boleh minum air manis. * Duit beli jajan minta masukkan dalam tabung untuk beli bola dan gol. * Perlu berhenti praktis, anak-anak yang bambam adalah anak-anak yang sihat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kaum wanita apatah lagi yang telah berkahwin dan melahirkan anak, jangan sesekali ambil mudah dengan cara penjagaan dan tahap kesihatan rahim anda. Ini kerana sikap tidak prihatin dan sambil lewa mungkin akan mengakibatkan anda mengalami masalah rahim yang serius seperti prolaps atau rahim jatuh.
Sebaliknya jika anda mempunyai tanda-tanda ini, sebaiknya berjumpa doktor untuk mengenalpasti tahap kesihatan rahim sekaligus mendapatkan rawatan segera.
Melalui perkongsian Nurul Diyana Kamaludin yang juga merupakan perunding jamu kesihatan dan pengamal perubatan tradisional, beliau berkongsi mengenai 9 tanda-tanda jika seseorang wanita memiliki rahim yang tidak sihat.
1. Tumit sering sakit berdenyut dan menyucuk-nyucuk secara tiba-tiba. Rasa ini lebih kerap bila banyak berjalan, berdiri atau angkat benda berat serta beban pada perut.
2. Rasa sengal-sengal dan bisa-bisa urat pada tapak kaki. Rasa kejang dan menyucuk sekitar tapak kaki.
3. Sering sakit di sekeliling pinggang hingga ke papan punggung dan ke atas urat belikat. Sakit pinggang ini lebih kurang seperti lenguh dan rasa senggugut tapi ia berlaku di luar waktu datang bulan.
4. Bahagian bawah perut hingga ke pangkal peha. Rasa sengal dan lenguh pada pangkal paha hingga merebak ke lutut.
5. Mudah terkencing bila bersin, batuk atau ketawa. Mudah juga dijangkiti dengan penyakit kencing kotor serta rasa ngilu sakit ketika buang air kecil.
6. Sukar melakukan hubungan suami isteri dan sering merasa sakit pada bahagian ari-ari setiap kali bersetubuh. Perkara ini juga boleh merosakkan hubungan suami isteri.
7. Sering mengalami kentut vagina. Maknanya, rahim bermasalah dan vagina kembang.
8. Badan berangin dan sering kembung perut. Badan mudah masuk angin, dan perut menyucuk akibat angin dalam rahim dan perut.
9. Vagina berair dan berbau. Berlaku keputihan luar biasa dan salah satu tanda peranakan kembang.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Gout merupakan satu bentuk artritis akut yang menyebabkan kesakitan teruk dan bengkak pada bahagian sendi. Ia disebabkan oleh pengumpulan asid urik yang tinggi di dalam badan. Asid urik terhasil daripada pemecahan bahan kimia purin dalam badan.
Kebiasaannya, purin hadir secara semulajadi di dalam badan, tetapi ia juga terdapat dalam sesetengah jenis makanan. Asid urik disingkirkan daripada badan melalui air kencing.
Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad, diet untuk pesakit gout boleh membantu menurunkan paras asid urik dalam darah. Diet tidak boleh menyembuhkan sakit gout, tetapi ia boleh menurunkan risiko serangan gout dan melambatkan kerosakan sendi. Pesakit gout yang mengamalkan diet bagi gout masih memerlukan ubat-ubatan untuk mengawal kesakitan dan menurunkan paras asid urik.
.
Tujuan pengurusan pemakanan bagi pesakit gout adalah supaya untuk mencapai berat badan ideal dan tabiat pemakanan yang baik, mengelakkan sesetengah makanan yang tinggi kandungan purin, mengambil makanan yang baik dan membantu mengawal paras asid urik
. Prinsip asas diet bagi pesakit gout :
1. Penurunan berat badan – berlebihan berat badan meningkatkan risiko untuk menghidap gout. Kajian mencadangkan penurunan kalori dan berat badan boleh menurunkan paras asid urik dan mengurangkan serangan gout. Penurunan berat badan juga akan mengurangkan tekanan terhadap sendi-sendi.
.
2. Karbohidrat kompleks – makan buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta bijirin penuh yang membekalkan karbohidrat kompleks. Elakkan makanan dan minuman yang ada kandungan sirap jagung tinggi-fruktosa (high-fructose corn syrup), serta hadkan meminum jus buah-buahan yang semulajadi manis. Metabolism fruktosa dalam badan akan menghasilkan asid urik seterusnya meningkatkan parasnya dalam darah.
.
3. Minuman – kekalkan hidrasi dengan meminum banyak air kosong.
.
4. Lemak – elakkan pengambilan lemak tepu daripada daging, daging terproses, lemak ayam/itik dan produk tenusu tinggi-lemak.
.
5. Protein – pilih bahagian daging/ayam tanpa lemak, produk tenusu rendah lemak dan kekacang sebagai sumber protein.
. Saranan makanan atau suplemen yang lebih khusus :
.
1. Organ dalaman – elakkan pengambilan organ dalaman seperti hati, paru, perut, limpa dan lain-lain : ia mengandungi paras purin yang tinggi dan meningkatkan paras asid urik dalam darah.
.
2. Daging merah – hadkan pengambilan daging lembu dan kambing.
.
3. Makanan laut – sesetengah jenis makanan laut seperti ikan bilis, kerang kerangan, sardin dan ikan tongkol mengandungi purin yang lebih tinggi berbanding yang lain. Akan tetapi, kebaikan pengambilan ikan adalah lebih banyak berbanding risiko bagi pesakit gout. Oleh itu, pengambilan ikan secara sederhana adalah disarankan.
.
4. Sayur-sayuran tinggi purin – kajian telah menunjukkan bahawa kandungan purin dalam sayur-sayuran seperti bayam, asparagus, bunga kobis tidak meningkatkan risiko serangan gout.
.
5. Alkohol – Bir dan likuor meningkatkan risiko penyakit gout dan serangan gout berulang. Pengambilan wain secara sederhana pula tidak meningkatkan risiko serangan gout. Elakkan alkohol semasa serangan gout berlaku, dan hadkan alkohol, terutamanya bir pada masa lainnya.
.
6. Makanan dan minuman manis bergula – hadkan/elakkan makanan manis bergula seperti bijirin manis, kuih muih manis dan roti/bakeri. Hadkan pengambilan jus buah-buahan yang semulajadi manis.
.
7. Vitamin C – Vitamin C mungkin membantu menurunkan paras asid urik. Bincang dengan doktor/pegawai dietetik tentang kesesuaian suplemen tambahan 500 mg vitamin C dengan diet serta pelan perubatan anda.
.
8. Kopi – terdapat kajian yang mencadangkan pengambilan kopi secara sederhana berkemungkinan membantu penurunan risiko gout. Namun, pengambilan kopi mungkin tidak sesuai jika anda mempunyai masalah perubatan yang lain. Berbincanglah dengan pegawai dietetik untuk menentukan kesesuaian jumlah kopi dalam diet anda.
.
Diet bagi pesakit gout boleh membantu menyekat pembentukan asid urik dan meningkatkan penyingkirannya. Namun, diet ini tidak dapat menurunkan kepekatan asid urik secukupnya bagi merawat gout. Ubat-ubatan masih diperlukan disamping diet yang betul untuk membantu mengurangkan kekerapan serangan gout dan tahap keterukan penyakit gout.
.
Diet yang bersesuaian, disamping kawalan kalori dan senaman berterusan adalah perlu untuk memperbaiki tahap kesihatan pesakit gout secara menyeluruh dengan membantu mencapai dan mengekalkan berat badan ideal.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Masalah perut buncit bukan hanya dialami wanita sudah berkahwin. Ada juga anak dara yang mengalami masalah perut buncit. Semuanya gara-gara pemilihan makanan dan amalan pemakanan yang kurang sihat.
Bagi wanita yang melahirkan anak pula adalah satu hal yang biasa. Namun ada juga gejala perut buncit selepas bersalin yang dipanggil sebagai Diastasis Recti. Diastasis Recti adalah keadaan di mana ada lebihan pada bahagian kiri dan kanan perut.
Walaupun tidak merisaukan namun perut buncit buat ibu rasa tidak yakin pada diri sendiri. Selain melakukan tekan tubi dan senaman regangan pada perut, tak salah jika anda mencuba petua dua bahan ini.
Petua yang dikongsikan oleh Azlina Aina ini baik juga untuk kita cuba. Katanya detok ini baik untuk merawat masalah perut buncit dan masalah lain.
Detoks baik untuk merawat kolestrol tinggi, darah tinggi, kencing manis, perut buncit dan untuk sahabat-sahabat yang ingin menurunkan berat badan, boleh cuba ni.
3. Masukkan dua bahan ini ke dalam jug besar dan tuangkan air panas.
4. Tunggu suam kemudian baru minum. Yang selebihnya isikan dalam botol dan simpan dalam peti ais.
5. Jika airnya dah habis, boleh tambahkan air panas.
Bila kali ke 3, buang lemonnya dan buat baru. Proses pembuangan toksin melalui pembuangan air besar, kecil dan peluh. Yang ada gastrik pun boleh minum, sebab tu saya letak halba. Air lemon kosong tak sesuai bagi yang ada gastrik.
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.