Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Melihatkan keadaan si kecil ini membuatkan hati jatuh sebak. Betapa hebatnya ujian yang terpaksa ditanggungnya dalam usia yang masih setahun jagung itu.
Pelajar yang dikenali sebagai Muhammad Alif Firdaus kini bersekolah di SK Tapang. Sejak kecil, Muhammad Alif Firdaus menghidap penyakit kulit rapuh atau dikenali Epidermolysis Bullos (EB).
SEMOGA ALLAH RINGANKAN DERITAMU MUHAMMAD ALIF FIRDAUS
Sekali lagi Kita siarkan kes kanak-kanak menghidap penyakit kulit rapuh atau dikenali Epidermolysis Bullos (EB). Kali ini berkaitan kisah adik Muhammad Alif Firdaus yang kini bersekolah di SK Tapang.
Kehidupan adik Muhamamd Alif Firdaus yang berusia 8 tahun tidak seperti kanak-kanak lain walaupun bersekolah…Dia tidak boleh ke kantin, tidak boleh bermain dengan rakan-rakan atau menyertai perhimpunan kerana dibimbangi terjatuh dan menyebabkan luka yang dialami semakin teruk.
Setiap hari ibunya, Ruziah Ismail terpaksa membalut seluruh badan anaknya dan Muhammad Alif Firdaus hanya mampu memakai baju sekolah dan seluar sukan serta selipar, sesuai dengan luka yang dialami.
Ads
Menurut ibunya, setiap kali membuka balutan di badan anaknya, bunyi tangisan sudah sebati namun ada kalanya hatinya tidak kuat untuk menghadapinya. Namun dia terpaksa akur apa yang berlakuadalah takdir daripada Allah.
Setiap hari sekurang-kurangnya tiga kali Ruziah terpaksa ke sekolah Muhammad Alif Firdaus iaitu ketika watu rehat dan terpaksa menukai lampin pakai buang anaknya itu.
Muhammad Alif Firdaus tidak mampu untuk menguruskan diri di tandas kerana jarinya kini sudah melekat antara satu sama lain akibat penyakit yang dialami.
Orang ramai yang ingin mengurangkan beban yang dialami keluarga berkenaan boleh menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian menerusi akaun (7611159603 – CIMB).
Menurut Ruziah Ismail, 38, anak bongsu daripada tiga beradik ini mengghidap penyakit tersebut sejak lahir lagi. Dek kerana itulah dia terpaksa membalut seluruh badan anaknya setiap hari termasuk tangan akibat luka.
Ads
Malah, setiap hari Muhamamd Aliff hanya memakai baju sekolah, tetapi kasut sekolah terpaksa digantikan dengan selipar dan seluar sukan kerana ia lebih sesuai untuk keadaan luka yang dialaminya.
Ruziah berkata, Alif Firdaus tidak seperti kanak-kanak lain iaitu masanya di sekolah hanya dihabiskan di bangku kelas dan tidak dibenarkan bermain dengan rakan kerana bimbang lukanya semakin teruk sekiranya terjatuh.
“Alif tidak dibenarkan ke kantin sekolah dan setiap kali perhimpunan, saya akan menemaninya di dalam kelas.
Ads
“Sepanjang tahun lalu, masa saya banyak dihabiskan di sekolah demi menemani Alif dan begitu juga tahun ini.
“Setiap kali rehat, saya akan membawa makanan di sekolah dan Alif terpaksa memakai lampin pakai buang kerana dia sukar untuk mencuci najis berikutan jarinya sudah melekat antara satu sama lain disebabkan penyakit dihidapi.
“Setiap kali anak saya membuang air besar, pihak sekolah akan memaklumkan dan saya akan hadir ke sekolah untuk menukar lampin pakai buang.
“Begitulah rutin seharian saya setiap hari yang terpaksa hadir ke sekolah sekurang-kurangnya tiga kali sehari,” katanya yang tinggal di Kampung Chekok.
Dia bersyukur pihak sekolah memahami masalah dihadapi anaknya dan Alif Firdaus juga dikelilingi rakan baik walaupun keadaannya tidak seperti kanak-kanak lain.
Sumber: Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tentunya setiap wanita yang bergelar isteri ingin menjadi penyejuk hati suami walaupun apa jua masalah yang mendatang. Biarpun onak duri, namun kebahagian rumahtangga tetap dijaga utuh. Ia sekali gus menyenari sebuah hubungan suami isteri yang erat dengan penuh kasih sayang. Bagaikan kasih suami membawa BAHAGIA, kasih isteri membawa ke SYURGA.
Ikuti panduan yang dari sebuah blog yang boleh dijadikan panduan bersama dalam melayari kehidupan rumahtangga. Biarpun sudah punya anak, namun kemesraan terhadap suami tetap manis sehingga hayat.
Tahun-tahun pertama perkahwinan adalah tempoh paling bahagia bagi pasangan suami isteri…. namun dengan selarinya peredaran waktu, kasih sayang yang dirasakan selama ini dirasakan semakin memudar. Ada isteri yang merasakan suaminya sudah tidak menyayanginya lagi. Tidak, jangan melulu menyalahkan suami. Mungkin anda jugalah penyebabnya. Mari kita semak kembali apa yang kebanyakan suami sukakan dan mahukan daripada isterinya. Berikut adalah 17 perkara yang isteri perlu beri perhatian dalam menambat hati suami: 1. Mengambil berat tentang penampilan suami Ada suami gemar diberi perhatian akan hal-hal remeh yang berkaitan dengan dirinya. Dia akan senang jika isterinya mencadangkan baju apa hendak dipakai, mengenakan kancing bajunya, mengemaskan tali lehernya, mengelap kasutnya, memotong kukunya dan sebagainya. Walaupun suami anda bukan jenis yang begini, tiada salahnya anda mencuba dan lihat kesukaannya. Dari situ anda akan mengetahui apakah suami anda jenis suka dimanja atau suka berdikari. Kita tidak tahu bagaimana ibu melayaninya dahulu. Anda kena lebih baik daripada layanan yang diterima daripada ibunya. Berasa banggalah melihat suami anda segak setiap hari. Jangan berfikiran negatif, bimbang suami ditackle orang, sebab sekiranya anda ikhlas, keikhlasan itu akan dibalas dengan kejujuran yang lahir dari lubuk hatinya, bukan berpura-pura. Lagipun anda mendapat pahala berbuat begitu. Ini bukan hendak menjadikan anda hamba. Sesetengah isteri memang merasakan begitu. Padahal perkara ini ada disebut dalam hadis,
Ya Fatimah, barangsiapa wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya serta memotong kumisnya dan mengerat kukunya, Allah akan memberinya minum air dari sungai-sungai di Syurga, diringankan baginya sakaratul maut, akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman Syurga, Allah mencatatkan baginya bebas dari api Neraka, dan selamat dari Titian Sirat.”
2. Menambat hati suami dengan bersegera pergi jika dipanggil Pernahkah anda ‘dipanggil’ suami ketika sedang memasak atau melakukan pekerjaan lain? Anda wajib memenuhi ‘panggilannya’ itu. Tinggalkan semua pekerjaan dan tunaikan ‘permintaannya’. Tapi jangan tengah goreng ikan, anda pergi berlari tunggang-langgang kepadanya untuk ‘tugas’ baru. Minta dia tunggu sebentar. Kemaskan diri dan pergilah kepadanya.
3. Menambat hati suami dengan sentiasa berhias untuk suami kebanyakan lelaki cukup cerewet dengan kebersihan. Mereka akan bosan apabila isteri menyambutnya dengan rupa dan rambut yang kusut masai, anak-anak yang comot dan rumah yang ‘bak kapal pecah’. Sesibuk mana pun anda, persiapkan diri sebaiknya tatkala menyambut kepulangan suami. Hadiahkan dia senyuman. Kalau dia bermasam pun tak mengapa, anda sudah mendapat pahala sedekah dengan memberikannya senyuman. Rugi ke senyum?
4. Layan suami seperti raja Sesetengah suami suka dilayani seperti raja. Dia suka jika isterinya membantu mengelap peluhnya, menyediakan keperluannya untuk mandi dan berdiri ketika ia hendak pergi atau kembali. Ungkapan-ungkapan seperti, ‘Bang, nak makan dulu atau nak mandi dulu atau nak tidur dulu?’ cukup untuk membuat suami tersenyum dan mengurangi penatnya.
5. Ucapkan terima kasih setiap pemberian suami Lelaki kadang-kadang suka dipuji. Jangan lupa hargai setiap barang pemberiannya meskipun tidak seberapa nilainya. Sekadar ucapan terima kasih dari seorang isteri ketika menerima pemberian, sangat bermakna dan membekas di hati suami. Kalau rasa tak suka dengan pemberian itu, ucapkan dulu terima kasih, baru beritahu. Misalnya, “Terima kasih bang, belikan Nor kain, cantiknya, Nor suka. Tapi kalau lain kali abang nak beli Nor nak warna kelabu pulak” Suami tak akan tersinggung, malah faham bahawa dia masih belum mengerti kegemaran isteri dan akan cuba memperbaikinya.
6. Jangan berleter! Suami akan bosan jika isterinya ‘cerewet’ dan selalu bertanya, hendak ke mana, acara apa, bila balik, kenapa lambat balik, jumpa siapa tadi dan sebagainya. Banyak tanya tu lebih kurang macam berleter juga. Mana ada suami yang suka isterinya berleter.
7. Menambat hati suami dengan menemaninya makan Jika anda menghidangkan makanan untuk suami tetapi tidak menemaninya makan, sama halnya seperti memberi makan kucing. Ini pun ada disebut dalam hadis. Sebaik-baiknya temanilah dia meskipun sekadar satu suapan, tak pun duduk sambil minum-minum sementara menanti dia selesai. Thabit al-Banni berkata,
Terdapat seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya, yang sangat baik pekertinya terhadap suaminya. Apabila dia menghidangkan makanan di hadapan suaminya, dipegang pelita sampai suaminya selesai makan. Pada satu malam, pelitanya kehabisan sumbu, lalu diambil rambutnya untuk dijadikan sumbu. Esok harinya, matanya yang buta kembali melihat. Allah memuliakannya kerana rasa hormatnya kepada suami.”
Inilah cara paling ampuh untuk menambat hati suami, bermula dari dapur.
8. Tingkatkan ilmu pengetahuan Suami senang dengan kefasihan isterinya dalam berkata-kata, bijak dalam bertindak dan menjadi partner yang baik dalam berdiskusi. Tingkatkan kualiti intelektual anda dengan banyak membaca buku dan gali pelbagai informasi. Hal ini jadi lebih penting jika anda suri rumah sepenuh masa. Sesetengah suami memang memandang rendah sedikit isteri yang berstatus begini. Jadi anda kena tingkatkan pengetahuan dengan mengambil tahu mana-mana yang patut.
9. Jangan terlalu kuat membangkang Jangan kuat membangkang pendapat suami. Kebanyakan suami tak suka pendapatnya dibangkang. Walaupun agak salah, sebaik-baiknya terima dahulu. Kalau nak membangkang pun tengok nada suara dia dan perhati nada suara anda. Ingat, anda ibarat perdana menteri dan dia raja. Mana ada raja yang boleh terima kalau asyik dibangkang oleh perdana menteri. Isteri yang kuat membangkang memang sengaja mencari kebencian suami. Anda tinggal sebumbung dengannya. Sudah tentu anda perlu sependapat dengannya dalam semua isu. Kalau tak sependapat pun, simpan sendiri dan keluarkan balik sedikit-sedikit mengikut kesesuaian masa dan tempat. Pendek kata, seboleh mungkin, sentiasa tunjukkan anda sependapat dengannya.
10. Jadilah bidadari yang menenangkan fikiran Suami mahu isterinya sebagai penenang fikiran. Jadi, berperananlah sebagai bidadari, bukan duri yang asyik menyucuk perasaan suami sehingga rumahku menjadi nerakaku. Kalau isteri sudah tidak bersifat penenang, suami akan mencari pengganti.
11. Sambut kepulangan suami dengan ketenangan Kalau anda ingin suami berlama-lama dirumah, jangan sambut kepulangannya dengan pelbagai masalah anak-anak dan urusan dapur yang remeh-temeh. Mulailah pembicaraan yang menyenangkan, kerana suami perlukan freshener setelah seharian dengan masalah di tempat kerja.
12. Sediakan tempat tidur yang eksklusif Tempat tidur bukan sekadar menyimpan rahsia-rahsia suami isteri, melainkan juga tempat ternyaman mereka untuk saling mencurah perasaan dan saling membuktikannya dengan perilaku. Jadikan ia kamar yang eksklusif dan peribadi. Kebanyakan suami tidak suka tempat tidurnya dimasuki orang tanpa izinnya. Kreatif sedikit dalam menghias bilik tidur ini. Berikan warna-warna yang digemari oleh suami. Susun kembali bunga supaya tidak jemu memandang. Untuk lebih romantik letakkan gambar-gambar perkahwinan disini.
13. Elakkan gangguan Pantang bagi kebanyakkan suami jika tidurnya terganggu. Jauhkan anak-anak darinya ketika dia sedang tidur. Tunggu dia terjaga dahulu sebelum memblander atau menumbuk sambal. Kecilkan suara tv.
14. Isteri yang manja tapi bukan mengada-ngada Suami suka isteri yang pandai bermanja-manja tapi jangan sampai mengada-ngada. Disitulah cantiknya perhubungan suami dan isteri. Isteri yang pandai bermanja-manja bukan sahaja mendapat semua yang dikehendakinya, malah menyenangkan suami dan membuatkan suami teringat-ingat. Kalau dah suami teringat-ingat, takkanlah dia nak cari lain.
15. Jangan kuat merajuk Jangan kuat merajuk dan tarik muka masam terutama tatkala suami sedang berserabut dengan masalah.
Merajuk tak bertempat ini hampir sama dengan mengada-ngada.
Anda kena ingat, merajuk jawapanya adalah pujuk. Jika suami sedang serabut dengan masalah, bolehkah dia memujuk?
16. Beri pendapat bila ditanya sahaja Dan jangan pula banyak tanya, biarkan suami isteri meminta anda memberi pandangan. Sebab pandangan anda yang tidak tepat dan bertentangan dengan pendapatnya akan membuahkan perasaan geram. Setakat geram tidak mengapa, kalau dia marah sudah tentu dia tidak akan meminta pandangan anda lagi pada masa akan datang.
17. Jangan memperkecilkan kemampuan suami Selalu merangsang prestasinya. Kalaupun ia lemah dan ada masalah jangan perkecil-kecilkan kemampuannya itu. Dorong dia dengan kata-kata motivasi dan letakkan dihatinya bahawa anda sentiasa percaya suatu hari nanti masalah itu dapat diatasi. Usahakan rawatannya tanpa berputus asa.
Kebahagian rumah tangga adalah bergantung kepada kedua-dua belah pihak, baik dari pihak si isteri mahupun suami. Semuanya memainkan peranan yang penting. Yang penting kedua-dua belah pihak berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada pasangan masing dan berusaha mengekalkan keharmonian serta kehangatan dalam rumah tangga.
Setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Segala penat lelah dan usaha selama ini akan berbaloi dengan keputusan yang terpampang di depan mata.
Demikian juga dengan ibu bertuah ini bila mana anaknya mencapai kejayaan. Tidak kira di sekolah kebangsaan mahupun sekolah Cina, asalkan ada keinginan dan usaha pasti akan berjaya.
Perkongsian ibu ini yang sudah 10 tahun menghantar anaknya ke sekolah cina cukup berinspirasi.
Leny Adam punya alasan tersendiri kenapa anak-anaknya dihantar ke sekolah Cina. Ikuti perkongsian tersebut.
Dah 10 tahun hantar anak-anak ke sekolah cina. Tahun ni akhir untuk Alif sebelum 4 tahun lagi untuk Amna..insyaallah.
Banyak saya belajar sorang-sorang hantar anak ke sekolah cina. Disiplin disekolah boleh membawa ke rumah dan sampai ke sekolah menengah.kalau ada nakal sikit-sikit tu biasalah kaan? Budak2 nak besar..
bangun pagi pukul 5 tanpa banyak kerenah.kena sampai sekolah sebelum pukul 7.home work kena siap sebelum ke sekolah.kena ingat apa nak bawak dan susun time table sangat penting.saya tak pernah ajar barang tertinggal nanti mommy hantar.biar kena rotan pun kat sekolah dan lain kali dorang akan ingat barang sendiri.bawak air suam penting..tak boleh bawak air sirap.kat kantin pun tak jual jajan.
Mommy akan siapkan breakfast atau bawak bekal biskut atau roti.tak pernah beli di kantin.habis sekolah pukul 1.50 petang Sambung tuisyen disekolah sampai pukul 3.30 petang.lunch ada parents yang boleh masakkan..so mommy tak perlu risau anak tengahari makan ke tak? Siapkan duit untuk bayar je..van akan ambik di sekolah dan hantar ke tempat mengaji.
Disekolah pun ada ustazah yang sangat baik sepanjang 10 tahun anak2 saya di sekolah ni..kelas agama yang selesa siap ada surau yang kami parents melayu yang usahakan 10 tahun lepas.siap minta jakel sumbang langsir.alhamdulillah. Sekolah cina waktu pembelajaran dan waktu2 persekolahan tak ada hiruk pikuk..senyap dan semua fokus dalam bilik darjah masing.tak boleh lari berkeliaran di koridor sekolah.
pagi sampai kelas kena duduk dan terus baca sifir nk pergi tandas pun tak boleh sesuka hati je..parents tidak dibenarkan masuk dan hantar anak2 ke bilik darjah. Kena tunggu di luar pagar sehingga loceng berbunyi.murid2 tidak boleh keluar dari perkarangan sekolah tanpa penjaga..kalau anak menangis..biarkan guru2 yang handle..amacam?? U olls berani tak?
Oh lepas mengaji anak2 saya balik? Oh tidak..cikgu tuisyen anak2 saya akan ambik dari kelas mengaji untuk buat homework dan tuisyen mandarin..sampai la saya ambik lepas balik pejabat pukul 730 petang dan kadang2 sampai pukul 8 malam..tq lause Phoebe Phang sebab sabar dengan my kids.
Sampai rumah tengok tv?? Nop! Weekdays no tv at all..balik rumah makan, susun time table dan tidur.pukul 930 mlm dah deep sleep anak2 saya semua..begitulah hari2 seterusnya. Weekend dorang dah sibuk cuci kasut sendiri dan kemaskan semua baju2 untuk sepanjang minggu.masa ni la dorang qada tengok tv dan buat aktiviti lain..so weekend memang tak pegang buku dah melainkan ada homework.
Anak2 saya pandai? Biasa je dan ikut kemampuam masing2..setiap anak tu berbeza2. Alhamdulillah keputusan mereka membanggakan saya..Alif pernah juga dapat no 1 dalam kelas dan dapat penghargaan. alhamdulillah keputusan perperiksaan anak2 saya tak pernah mengecewakan..
So far bukan sebab pandai semata tapi juga bagaimana mereka boleh survive dalam hidup. Tapi pergi sekolah cina jgn harap sangat dapat merasa jadi pengawas atau ketua waima ketua kebersihan..mmg susah nk merasa tapi bila dah pergi sekolah menengah..semua dorang tapau..
Sebenarnya pergi sekolah cina bukan setakat nak mengusai bahasa lain tapi juga disiplin dan bagaimana untuk bersaing..ada juga parents cina yang tak tahu berbahasa cina dan mereka juga akan ada masalah yang sama macam parents yang lain..tapi semua kena sabar dan persediaan mental dan poket pun kena juga sebab semua berbayar..tapi demi keselesaan pembelajaran anak2 juga.
So untuk yang kata saya acah2 mak muslimah..nak tunjuk jadi mak terbaik di fb sahaja..cuba rasa sehari kat tempat saya..jangan pandai berkata2 sahaja..besarkan anak bukan macam tanam pokok di pasu bunga. Bukan takat post gambar di instagram.nak membesarkan mereka tu peluh dan air mata saya dah sama banyak tau..
Sekian. panjang dan tolong hadam buat yg tak paham paham susah jaga anak2 tu..
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa menyangka ibu hamil bersama empat anaknya yang maut dalam kebakaran di Kampung Berangan Enam, Umbai semalam pernah berdepan kemalangan tragis pada Januari lalu.
Perkara itu dimaklumkan oleh ibu mangsa, Ruziha Osman, yang masih terkejut dan sedih dengan pemergian anak sulungnya bersama empat cucu kesayangannya yang berusia antara empat hingga 13 tahun.
Tambahnya, mereka sekeluarga sebenarnya masih dalam fasa pemulihan emosi selepas kemalangan jalan raya yang menimpa arwah sekeluarga pada 30 Januari lalu.
“Memang tak sangka, lagipun arwah kelihatan ceria dan bergurau dengan kami seperti biasa.
“Arwah sedang mengandung, malah sebelum ini mereka sekeluarga terlibat dalam kemalangan di Brisu Alor Gajah pada 30 Januari lalu, namun terselamat,” katanya.
Namun, siapa sangka, selepas terselamat dari nahas tersebut, mereka akhirnya dijemput Ilahi dalam tragedi yang lebih menyayat hati.
Sementara itu, ibu saudara kepada suami arwah, yang hanya dikenali sebagai Ina, menyifatkan pemergian Laila dan anak-anaknya sebagai satu takdir yang sukar diterima.
“ALLAH SWT telah menyelamatkan mereka dalam kemalangan sebelum ini, tetapi rupanya takdir menjemput mereka dengan cara lain,” luahnya sebak.
Selain meragut nyawa, tragedi memilukan ini turut memusnahkan kediaman yang hangus dijilat api. Mangsa yang terkorban ialah Laila Fathinah Mustapa, 37; Nur Damia Batrisyia Abdullah, 13; Izz Daffa Hafizuddin, 7; Nur Dalilah Khadijah, 6; dan Izz Danish Fathi, 4.
Bagaimanapun, suami Laila, Muhammad Khairuddin Saari, 35, terselamat dalam kejadian itu, walaupun mengalami sesak nafas akibat menghidu asap tebal. Beliau kini sedang menerima rawatan di Hospital Melaka.
Kredit: Sinar Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.